Malaysia : Tong Taik UMNO: March 2009

Tuesday, March 31, 2009

Day 3 - The Real Well Of Wealth Project




Monday, March 30, 2009

Bank CIMB Adik Najib Nak Bungkus?

Ada rupa Najib?

KUALA LUMPUR, March 30 (Reuters) - Malaysian financial services group CIMB has asked its 36,000 employees to consider taking up to six months of unpaid leave as it aims to cut costs in the global economic slowdown, a top official said on Monday.
CIMB is the first major Malaysian company to ask staff to go on unpaid leave.

CIMB Group Chief Executive Nazir Razak said the offer was made last week to its staff in the country's second-largest lender, CIMB Bank, as well as its units BankThai in Thailand and PT Bank CIMB Niaga in Indonesia.

'In the slower economic environment, we are looking at ways to temporarily reduce our costs. The reception from our staff has been very, very good,' Nazir told reporters at a company event.

He said workers who take up the group's offer will start their leave from April 1, but this will not affect the bank's operations.

Nazir said there was no set target on the number of employees accepting the offer and denied the company was cutting staff.

'How can (this) possibly be called a lay-off? We are not instructing anyone to do anything. We are just giving them an option to apply if they wish to take an extended break. Don't interpret it any other way,' he said.

(Reporting by Julie Goh; Writing by Loh Li Lian; Editing by Anshuman Daga) - Malaysia's CIMB offers staff 6-month unpaid leave
Hanief:- CIMB merupakan gabungan Bumiputra-Commerce Bank dan Southern Bank.


Babi & Politik Wang

Day 2 - The Real Well Of Wealth Project



Sunday, March 29, 2009

Day 1 - The Real Well Of Wealth Project





Saturday, March 28, 2009

Dipu Moni, Bangladesh Tak Ada Kerja Langsungkah?

DHAKA: Bangladeshi Foreign Minister Dipu Moni Saturday urged Malaysian authorities to reconsider the cancellation of visas for more than 55,000
Bangladeshi workers, officials said.

Moni met Malaysian International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin bin Mohd in Kuala Lumpur as part of Bangladesh's diplomatic efforts to protect its overseas labour markets, said a release issued by its embassy in Malaysia.

"Kuala Lumpur assured Dhaka of all possible cooperation to end the crisis" without offering guarantees, the release said.

Moni argued that Bangladeshi employees, who are generally engaged in low-end jobs, do not compete with local Malaysian workers.

Malaysia is the second-largest destination for Bangladeshi workers - with about 450,000 employed there - after Saudi Arabia.

Bangladesh earned nearly $9 billion in 2008 in remittances sent by workers abroad. The central bank suggested the government look for alternative manpower markets as the global crisis would likely hurt the flow of remittances.

Yassin, who was expected to become Malaysia's new deputy prime minister, said that increased investment with Bangladesh would be one of his priorities.

The Bangladesh foreign minister also met with retiring Malaysian Prime Minister Abdullah Haji Ahmad Badawi and his successor, Deputy Prime Minister Najib Tun Razak. - Bangladesh asks Malaysia to restore migrant workers' visas
Hanief: Jika saya jadi pemimpin, saya akan ajar orang Bangladesh, bagaimana untuk mencari makan di negara mereka sendiri. Masalahnya di Malaysia ini, rakyat sendiri pun kerajaan gagal mewujudkan gaji minima, macam mana nak nasihat negara orang. Bagaimanalah kita mahu memupuk semangat rakyat untuk bekerja jika gaji yang ditawarkan tidak mempunyai tahap minima? Taukeh besar berkiblatkan untung, pekerja murahan asing diperhambakan. Cara yang terbaik untuk mengajar kerajaan, ialah dengan berusaha sendiri. Gali perigi sendiri, bela haiwan ternakan, tanam dan tuai makanan sendiri. Air ada dalam tanah, percuma.

Mat-mat IT kena kaji sejarah Cuba. Bagaimana bandar Havana melalui Revolusi Hijau.

Emel budaklantis@gmail.com

Emel budaklantis@gmail.com

Emel budaklantis@gmail.com
aku simpati la pda anwar..dlm siri ceramah dia dulu aku ada dgr dia cakap kt najib jgn mimpi la nk jdi perdana menteri,dgn bongkaknya kata2 anwar pada najib...tp hakikatnya pada hari ini tuhan dh tunjukkan pda sesiapa yg bongkak....nah perdana menteri yg baru dtuk seri najib bin abdul razak...kesian anwar melopong,takpa harap2 anwar berusaha kuat lg utk jd perdana menteri...cuma sempat ke tidak pun tak tahu la kan,bb anwar pun tak brapa muda dah kan...aku doakan semoga beliau berjaya jd perdana menteri dlm bayangan...macam dia bgtau kabinet bayangan dia tu...semuanya hanya bayangan..
Jawapannya:-
  • Apa kata kita tunggu kes-kes mahkamah berprofail tinggi selesai?
  • Apa kata kita tunggu hingga bakal perdana menteri ini menyaman akhbar Perancis, Liberation?
  • Apa kata kita tunggu harga minyak terapung kita, naik semula bersama harga barang yang lain?
  • Apa kata kita tunggu perarakan 2 juta penganggur Malaysia dahulu?
  • Apa kata kita tunggu kenaikan caj tol yang ditangguhkan?
  • Apa kata kita tunggu pembayaran rumah yang ditangguhkan?
Semua perkara penting di atas ini. bakal menguji kerajaan baru UMNO, Barisan Nasional. Walaubagaimana pun, tentunya ada perkara-perkara yang belum saya kemukakan.

Najib diterima menjadi perdana menteri, hanyalah kerana peralihan kuasa. Jika ada undian pun, ianya hanya diundi oleh gerombolan UMNO sahaja berbanding PRU13 nanti yang akan membabitkan ramai pengundi baru dan lama di seluruh negara.

Anwar Ibrahim
Menganai Anwar, ideanya lebih penting daripada susuk tubuhnya. Sebab itu akhbar yang mewakili suara-suara rakyat dan idea para pemimpin pembangkang disekat. Saya rasa kita perlukan seorang pemimpin yang diterima ramai kerana sokongan rakyat itu berupaya mencorakkan masa depan negara. Kerajaan Firaun jika kita lihat, telah diguling rakyat dan bala Tuhan. Seperti juga Amerika Syarikat yang telah melahirkan ramai pelarian di dalam khemah. Sekarang ini mereka pula yang berkhemah di bandar khemah di seluruh Amerika.


Tent City~Homeless React To Plan....Sacramento,Cal USA

Friday, March 27, 2009

Japan Exports Fall To Record Low

Thursday, March 26, 2009

Top 10 Guide To Survive Hyperinflation (Beta)


Top 10 Guide To Survive Hyperinflation (Beta)

Mujur Anak Tun M Kalah , Era Mamak Hampir Kembali


KJ Menang PEMUDA UMNO

Cerita politik Malaysia semakin menarik. Kali ini, Khairy Jamaluddin telah menjadi Ketua PEMUDA UMNO. Hebat manusia yang bernama Khairy Jamaluddin ini. Anak Mahathir pun boleh kalah dengan Mat Penyapu pun sekali kena sapu.

Ketua Wanita UMNO pula, dapat ke Shahrizat. Satu-satunya wanita keturunan mamak yang memimpin UMNO. Mungkin dialah Mahathir versi wanita. Hahaha! Correct! Correct! Correct!

Ketua Puteri UMNO? Itu kita tak mau tahu. Tak ada kesan pun suara mereka. Elok simpan buat menyanyi lagu tema mereka sahaja.

Apapun, rasanya pergolakkan bakal tercetus dengan kes-kes tertunggak yang membabitkan Najib dan Mahathir. Kes-kes ini mungkin boleh di-Correct! Correct! Correct!-kan. Tetapi mungkin tidak dengan Khairy yang dilihat tidak menyebelahi mereka.

p/s: Nak-nak pula dicampur dengan kegawatan ekonomi, tangguh kenaikan harga barang, tangguh kenaikan tol, tangguh pembayaran PTPTN, hai seronoknya.


Wednesday, March 25, 2009

Harga Gula-gula Pak Arab Syiria Dah Naik

Kalau dulu RM3.00 = 100g, sekarang RM4.00 = 100g.

Tak apalah, asalkan Pak Arab happy. Gula-gula ni, Trebor Sour Plum pun tak boleh lawan dan Cloud 9 pun kalah. Hahaha!

p/s: Maaflah kalau ada yang bosan cerita bab gula-gula. Saya dari kecil suka makan gula-gula. Kalau budak-budak kecil datang rumah mesti boleh jadi geng gula-gula. Hahaha!

Memahami Kapitalisma

Harta kekayaan datang dari tenaga manusia. Harta Qaroon sekali pun ianya terkumpul dari hasil tenaga manusia. Kena loteri pun duitnya berpunca dari tenaga manusia yang telah di tipu. Justeru semua harta kekayaan didalam duna ini adalah hasil tenaga kerja manusia. Sejarah dunia ini ialah sejarah manusia membuat pekerjaan. Tidak ada harta terpijak.

Tulang empat kerat dan otak fikrah manusialah yang melahirkan dunia yang kita lihat hari ini. Semua kebaikan dalam dunia ini adalah hasil perbuatan manusia. Semua kebejatan dan kerosakan alam ini juga adalah hasil kerja tangan manusia.

Apabila manusia bekerja dia melaburkan tiga pekara asas: tenaga, masa dan fikrah. Tiga pekara inilah yang menjadi asas ekonomi. Dari Zaman Batu, ke Zaman Gangsa, ke Zaman Wap, ke Zaman Leterik, ke Zaman Nuklear hingga ke Zaman Internet hari ini – yang menjadi asas ekonomi masih lagi tiga perkara ini.

Semua harta kekayaan – dalam apa sahaja bentuk - yang di miliki oleh sesiapa pun didalam dunia ini tidak dapat tidak berpunca dari tiga asas ini.

Pak Tani ke sawah – dia membanting tulang – menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkan padi dan beras. Dia menggunakan akal fikiran untuk mencari masa dan ketika yang baik untuk menyemai, mengubah, merumput dan menuai padi. Pak Cik Felda bertungkus lumus menanam sawit, membaja pokok, memotong buah dan mengumpul buah. Pak Cik Felda juga menggunakan akal fikiran tentang cara terbaik untuk membaja, menarah pokok dan memilih buah.

Tiga pekara ini tidak akan lari sebagai asas ekonomi – masa , tenaga dan fikiran.

Jika sesiapa yang telah membaca buku The Godfather tulisan Mario Puzo akan bertemu dengan ayat – di belakang semua kekayaan ialah jenayah. Kata-kata ini ada unsur-unsur kebenaran. Semua manusia yang kaya raya didalam dunia mendapat harta kekayaan hasil dari merompak – tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Towkay atau Tok Peraih yang membeli padi dari Pak Tani akan membelinya dengan harga yang murah. Ertinya Tok Peraih membeli dengan harganya yang tidak setimpal dengan nilai masa, tenaga dan fikiran Pak Tani. Tok Peraih akan menjual padi ini sekali lagi dengan harga yang tinggi – ini dipanggil untung. Untung ini sebenarnya ialah nilai lebihan hasil dari tenaga, masa dan buah fikiran Pak Tani yang menanam padi.

Padi yang telah menjadi beras ini akan bertukar tangan sahingga sampai kepada pengguna. Dalam perjalanan dari sawah ke meja makan - orang-orang tengah ini menokoh tambah nilai harga tenaga asal titik peloh Pak Tani. Si Pengilang, Si Pembungkus, Si Pengangkut, Si Pengiklan dan Si Peruncit – semua ini adalah orang tengah yang hidup kaya raya diatas titik peluh Pak Tani.

Orang-orang tengah ini berligar-ligar memusing-musing perniagaan untuk mendapat keuntungan maksima. Justeru – Pengilang beras jadi kaya, Pengedar beras jadi kaya atau Pembekal beras jadi kaya. Jangan terperanjat ada diantara peniaga beras – di Bursa Saham Wall Street New York atau City of London - tidak pernah melihat sawah dan padi tetapi mereka kaya raya berniaga padi dan beras. Yang terus miskin ialah si Pak Tani. Ini lah satu contoh dalam sistem ekonomi kapitalis dimana harta kekayaan boleh dibuat dengan menggunakan tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Mekanisma yang dikatakan menilai harga padi dari Pak Tani ialah Pasaran atau Market. Ini sebenarnya satu pembohongan. Pasaran ini di kawal oleh tuan-tuan pemodal sendiri. Tok Peraih, Si Pengedar, Si Pembekal – semuanya memiliki persatuan yang menjaga kepentingan mereka. Dengan modal besar yang terkumpul mereka mengawal harga untuk memastikan mereka terus mendapat keuntungan maksima. Mereka memastikan harga padi atau apa sahaja yang mereka beli akan terus murah dan manakala harga beras atau apa sahaja yang mereka jual untuk pengguna akan terus mahal.

Pak Tani telah dipisahkan dari orang yang ingin membeli beras. Ruang pisah ini telah dimasuki oleh Orang Tengah atau Lintah Darat yang kerjanya hanya mengaut untung. Untuk mengindah muka hodoh Lintah Darah ini mereka memanggil diri mereka – Ahli Perniagaan, Usahawan, Pemaju, Pengimpot, Pengekpot atau Pengedar. Hakikatnya mereka hidup diatas usaha orang lain.

Kita juga selalu melihat, membaca atau mendengar ada Sang Kontrektor atau Sang Pemaju menjadi kaya raya. Ini bukan bermakna si Pemaju ini hebat, bijak atau dia berjemur dalam panas terik membanting tulang. Apa yang lakukan oleh si Pemaju ialah mencari tenaga kerja buruh termurah. Kerana itu di Malaysia kita mengimpot buruh dari luar negara untuk membayar upah tenaga kerja dengan murah.

Kita panggil ini gaji. Gaji ialah pertukaran masa, tenaga dan fikrah si Buruh yang membuat kerja. Jumlah duit yang dibayar untuk pertukaran ini akan dinilai oleh si Pemaju. Si Pemaju sama seperti Tok Peraiah akan menilai masa, tenaga dan fikrah Buruh ini dengan nilai yang terendah. Gaji yang murah akan menjanjikan keuntungan yang lebat untuk si Pemaju. Justeru si Pemaju binaan tidak akan mengambil buruh dari New Zealand atau Sweden – tidak mungkin – mereka mengambil dari Indonesia, Burma dan Nepal.

Harus kita sedari bahawa seorang buruh Sweden keupayaan kerjanya adalah sama dengan buruh dari Nepal atau Indonesia. Tetapi ada perbezaan bayaran. Perbezaan bayaran ini untuk memastikan si Pemaju mendapat keuntungan yang maksima. Rumah atau bangunan yang di dirikan oleh tenaga buruh dari Indonesia atau Nepal dapat dijual dengan keuntungan lebih banyak. Keuntungan berlaku kerana tukaran tenaga, masa dan fikrah itu tidak setimpal dengan nilai tenaga pemburuhan itu.

Justeru terbukti Si Kontrektor dan Pemaju jadi kaya raya bukan kerana mereka hebat tetapi kerana mereka hidup mengumpul titik peluk dan tenaga beratus-ratus kaum buruh yang kemudiannya dijadikan keuntungan dan modal. Lagi ramai tenaga buruh yang di gunakan lagi besar modal yang dapat di kumpulkan.

Jika kita telah memahami asas dari mana punca modal dan keuntungan datang maka amat senang untuk kita memahami kenapa pula negara-negara Dunia Ketiga – Asia, Afrika dan Latin Amerika terus miskin dan susah. Dari sini kita juga akan faham kenapa Eropah, Jepun, Amerika, Canada dan Australia terus menjadi kaya dan dapat mengumpulkan modal untuk warga mereka hidup lumayan.

Dalam konteks ekonomi kapitalis global - semua negara-negara Dunia Ketiga tarafnya samalah seperti Pak Tani dan Buruh Imigran. Malaysia, Singapura dan China ini adalah buruh-buruh imigran. Thailand, Cina, Indonesia, Vietnam adalah Pak Tani yang mengeluarkan makanan. Hasil dari sistem ini warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika terus hidup dalam kemiskinan. Tenaga, masa dan fikrah warga di negara-negara ini di nilai dengan rendah justeru upah untuk masa, tenaga dan fikrah mereka amat sedikit.

Dalam sistem kapitalis ini, yang mendapat kekayaan adalah kaum pemodal antarabangsa yang berpusat di New York, Paris dan London. Kaum pemodal antrabangsa ini mengajukan kepada kita semua agar menggunakan sistem ekonomi kapitalis yang telah mereka cipta. Warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika di taburkan dengan pelbagai tipu helah dan paksaan agar menerima sistem ekonomi kapitalis tanpa apa-apa pilihan. Kaum pemodal Anglo-Amerika mengatakan bahawa tidak ada sistem ekonomi yang lain melainkan sistem kapitalis. Ini bohong.

Jadi dalam konteks ekonomi kapitalis global, kita di Malaysia dilihat sebagai buruh imigran oleh kaum pemodal Anglo-Amerika. Justeru, buruh imigran tidak memiliki banyak hak. Buruh imigran ini selalu ditakut-takutkan dengan pelbagai undang-undang dan akta. Mereka tidak ada kesatuan yang ampuh untuk memperjuangkan hak mereka.

Buruh imigran ini tidak mungkin akan dapat mengubah dam memperbaiki hidup dalam sistem yang ditaja oleh Tuan Empunya Modal atau Kilang. Sebagai buruh kilang kita akan terus mendapat gaji yang rendah. Kita tidak akan memiliki kualiti kehidupan yang lumayan untuk kita memperluaskan keupayaan diri sebagai insan untuk membuat kebaikan. Malah kita juga dilarang untuk berilmu dan berfikiran bebas.

Seperti Pak Tani di Kuala Muda Kedah hidup mereka akan berterusan dalam kemiskinan kerana Tok Peraih Beras dan Tuan Punya Kilang Beras tidak akan membenarkan Pak Tani ini faham akan susur galur perjalanan sekampit padi itu. Pemodal pemodal antara bangsa di Bursa Saham Wall Street dan City of London tidak akan membenarkan Pak Tani dan Buruh Kilang mengubah cara urus niaga ini. Mereka menyediakan mandor-mador yang ganas untuk memastikan sistem ekonomi ini berteruskan.

Di Malaysia mandor yang telah di pilih oleh kuasa pemodal Anglo-Amerika semenjak tahun 1957 ialah gerombolan United Malays National Organisation. Mana mungkin Tok Peraih dan Sang Pemaju dan para mandor ini mahu berubah sistem kerana sistem kapitalis ini telah memberi memberi mereka keuntungan maksima dan modal yang melimpah tanpa mereka membanting tulang bekerja. TT - MEMAHAMI KAPITALISMA
Hanief: Kerana itulah saya percaya, bidang pertanian dan penternakan adalah suatu bidang yang lumayan. Paling teruk pun, jika hasil tidak dapat dijual, kita boleh memakan hasil-hasil itu. Kalau kerja bidang IT pula, apabila komputer tak dapat dijual, kita juga boleh memakannya.

Tuesday, March 24, 2009

Kerajaan Tak Hormat Perlembagaan

Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini. - Gas pemedih mata surai ceramah Anwar
Ini politik apa? Mana ada syarat untuk mohon permit berhimpun dan sebagainya? Apa akan jadi jika kerajaan pembangkang menguasai kerajaan persekutuan, kemudian mengharamkan ceramah UMNO kelak? Jelas sekali Kerajaan Barisan Nasional tak hormat perlembagaan.

Suruh gunakan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk tadbir negara, tak mahu. Tok Guru Nik Aziz nak buat pemerintahan cara Islam di Kelantan, kerajaan persekutuan tak bagi. Apa nak jadi? Perlembagaan Islam ditolak dan Perlembagaan Malaysia (acuan British) pun tak dihormati, jadinya Kerajaan Barisan Nasional ini ikut perlembagaan mana?

Artikel 10, Siapa Tak Tahu, Memang Dia Orang Barisan Nasional
Umum tahu, suara rakyat boleh diterjemahkan di dalam bentuk kebebasan bersuara. Kebebasan ini ada termaktub (tertulis) di dalam Artikel 10, Pelembagaan Malaysia.

Article number: 10

(1)Subject to Clauses (2), (3) and (4) -
  • (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
  • (b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;
  • (c) all citizens have the right to form associations.
- - - - - - - -

Artikel nombor: 10

(1)Perkara Untuk Fasal-fasal (2), (3) and (4) -
  • (a) setiap rakyat punya hak pada kebebasan bersuara dan menulis;
  • (b) semua rakyat punya hak untuk berhimpun dengan aman tanpa bersenjata;
  • (c) semua rakyat punya hak untuk menubuhkan pertubuhan-pertubuhan.


p/s: Kalau polis nak suraikan perhimpunan, peserta pehimpunan perlu membawa senjata. Itu sahaja syaratnya.

Monday, March 23, 2009

Harakah & Keadilan Digantung 3 Bulan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan - masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverSurat penggantungan Suara Keadilan itu dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Suara Keadilan edisi krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas menjadi sasaran rampasan KDN.

Hampir 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Rampasan KDN mula dirancakkan ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu. - KDN gantung akhbar PAS, PKR
Hanief: Ingatkan nak bagi waktu siaran yang adil di televisyen dan radio. Rupa-rupanya semakin bersifat diktator. Tahniah! Inilah yang akan menjadi punca kekalahan Barisan Nasional nanti.

Makin disekat, makin orang simpati! Takkan gantung lidah pembangkang majoriti Melayu saja? DAP punya Roket tak mau gantungkah? Jangan-jangan mesti UMNO ada hutang poster dengan MCA tak?

Mahligai Khir Toyo , Kalah Dengan Nik Aziz

Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Selanjutnya di sini.


Hanief: Dalam TV, Khir Toyo cakap orang UMNO leka dengan kekayaan, pangkat, tidak berjiwa rakyat dan sebagainya. Woi Khir Toyo! Diri sendiri kalau duduk dalam mahligai atas bukit begitu rakyat pun susah nak menziarah. Itu kalau disimpan 100 ekor lembu pasti muat. Ada kolam renang, penuhlah dengan air percuma idea Tan Sri Khalid Ibrahim.

Rumah bos mentor dia Mahathir entah macam mana pula. Di manalah Khir Toyo dapat duit banyak begitu? Mungkin dia pernah cabut gigi bintang Hollywood dan Bollywood gamaknya.


Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, March 22, 2009

BN Tak Gentar Kehadiran Blogger Bantu Calon PKR

...Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri James Jemut Masing, berkata biar seramai mana ‘blogger’ PR datang ke Batang Air, jentera BN bersedia menghadapi mereka selain menganggap penduduk di sini, tidak memerlukan orang asing...

...“Saya dimaklumkan akan ada beberapa ‘blogger’ dari PR akan datang ke Batang Air dengan saya ‘mengalu-alukan’ kehadiran mereka, namun tetap merasakan usaha itu adalah sia-sia belaka... - BN tak gentar kehadiran blogger bantu calon PKR
Hanief: Semasa Dato' Dr. Hassan Ali keluar UMNO dahulu, beliau ada mengatakan bahawa, jika kita mahu menguasai Sabah dan Sarawak, maka hendaklah kita kuasai negeri-negeri maju terlebih dahulu. Sesiapa yang ada kamera, sila tangkap gambar rumah Datuk Seri James Jemut Masing dan geng-gengnya kemudian sebarkan di Internet. Biar kita semua orang dapat melihat, bertapa kayanya orang tua ini semua.

Saturday, March 21, 2009

Politik Wang Global / Sedunia ?

... kah kah kah… PROJEK…KONTREK… PROJEK…. KONTREK…. EMPAT TAHUN LAGI GEROMBOLAN NAK MENUAI… HABIS DUIT PETRONAS… HABIS DUIT KWSP…. SEMUA KENA REMBAT…. kah kah kah ... - UMNO DIPENGHUJUNG JALAN – MUHYIDDIN - mSta
Petikan di atas telah memberikan saya idea, di mana 'rata-rata' kerajaan yang ada di atas muka bumi buat masa ini, sedang mengalami satu tentangan hebat oleh rakyat jelata mereka (temasuk Malaysia). Mungkin kerajaan-kerajaan yang ditentang hebat itu, sememangnya boneka Amerika Syarikat. Sifat mereka menyamai sifat kapitalisme Amerika Syarikat, yang hanya mementingkan gerombolan (pemodal besar) tertentu dan tidak kisah dengan nasib rakyat yang semakin berhutang.

Kemelesetan ekonomi yang berlaku mungkin disebabkan kurangnya sokongan rakyat terhadap kerajaan-kerajaan ini. Lalu segala percaturan mereka yang sentiasanya berlandaskan wang dan keuntungan, akan menemui jalan buntu. Lupakah kita dengan tabiat politik wang mereka? Lazimnya, wang akan menyebabkan seseorang itu kaya atau pun muflis, jadinya politik wang yang bersangkut-paut dengan negara ini akan menyebabkan satu malapetaka kewangan. Jika ia bercorak global, mungkin muziknya berbunyi malapetaka kewangan global.

Dalam filem Spiderman pun, ada ungkapan berbunyi, great power, comes great responsibility. Maknanya mungkin kuasa yang besar melibatkan tanggungjawab yang lebih besar. Jadi kalau politik wang yang besar, melibatkan kewangan yang besar (kewangan mana lagi kalau bukan dari penghambaan rakyat? Nak-nak pula rompakan wang rakyat?).

Mengenai wang rakyat yang semakin dirembat itu, memang ada betulnya. Pada lewat 1998, ia dirembat oleh Menteri Kewangan dan tahun ini percubaan itu entah berjaya entah gagal (saya kurang pasti). Keberatan kerajaan untuk berundur, barangkali akan dialas dengan alasan seperti "Kita akan melakukan perubahan!" dan sebagainya.


Anwar Anti IMF

Pada saya, Ia satu retorik yang lucu. Suatu kerajaan yang berlandaskan wang ingin melakukan perubahan? Bagaimana hendak melakukan perubahan jika sokongan semakin berkurangan? Bagaimana ingin mengambil hati rakyat, jika harta hari tua mereka diperah begitu sahaja?

Ya, memang semua kita akan terasa bahang dan bara kerajaan yang bermasalah. Kerana kita berada sekali di dalam negara ini. Rakyat jelata harus bersatu-padu bantu-membantu dan berkempen secara senyap dalam menukar kerajaan dengan kerajaan yang pro rakyat serta menyedarkan golongan yang leka dengan hiburan melampau.

Selagi hayat masih ada, ayuh kita teruskan perjuangan.

Jangan biarkan diri kita hanyut dengan 3 ta:-
  1. Harta
  2. Takhta
  3. Wanita
p/s: Fairus berhenti sebab 3 ta ka? Hmm... CJ Fairuz pula bila nak kena bicara?

Perompak Ajak Bersatu

"Orang Melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusukan, anak dikendong
mati kelaparan. - Muhd Taib: Bersatu jika orang Melayu nak selamat...
Daripada bersatu dengan perompak Melayu, lebih baik bersatu dengan mangsa rompakan Melayu. Perompak mesti ditangkap, bukan diajak bersatu. Lebih-lebih lagi perompak yang tak mahu mengaku bersalah dan tak mahu bertaubat.


Kenali Mat Taib selanjutnya di sini.

p/s: Betullah kata hadis, di akhir zaman ini banyak orang jahat jadi pemimpin.

Wednesday, March 18, 2009

Pak Lah Kena Jampi?

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno. - Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?
Hanief: Tunjukkanlah apa kandungan ayat tulisan jawi itu. Mungkin ia mampu menidurkan seseorang. Hahaha!

Apabila Akhbar Pengampu 'Tak Cukup Makan'

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad berkata keputusan berpiket itu dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya. - Wartawan UM ugut piket di sidang Umno
Hanief: Kalau kita angkat pemimpin yang baik, ia akan memberi faedah pada kita. Kita pun tak perlu dibayar sekian-sekian harga, kerana kitaran keadilan akan meliputi kita, bak kita berbudi pada tanah. Hari ini Utusan Melayu yang banyak menipu kaum Melayu terutamanya, akan berpiket di hadapan tuan mereka (UMNO) kerana 'tak cukup makan'. Inilah bahana, mengangkat pemimpin korup melalui media. Insaflah wahai manusia yang bernama Amran Ahmad.

Tuesday, March 17, 2009

Arnab Saya Minum Apa?

Jika Abang Effi sukakan Vitagen berperisa Anggur, arnab saya pula sukakan air tapis Rena Ware.

Pantang-larang tercipta dengan sendirinya apabila pengalaman dikumpul. Apa pantang larangnya? :-
  • Sentiasa sediakan air untuk arnab (bekalan air sentiasa).

  • Arnab hanya akan makan, jika ada air di sampingnya.

  • Walaupun arnab tidak minum, sediakan juga airnya (satu kemestian). Pernah arnab saya tidak minum selama 2 hari, rupa-rupanya mereka minum apabila saya masuk dalam rumah (saya intai melalui tingkap, haha!).

  • Rumput memang mengandungi air, juga dedaun. Tetapi air tetap air. Manusia pun kena minum.

  • Air hendaklah ditukar sehari sekali (minimum). Bagi arnab saya, 2 kali sehari penukaran air (pagi dan malam). Oh ya, pernah beberapa kali arnab tertendang bekas air kerana gatal mengawan dan melompat sakan. Jadi, nasib saya baik kerana air ditukar setiap 12 jam (2 kali seharikan?).

  • Jika ada orang bodoh mencemari air arnab dengan habuk, debu atau asap, seperti penyembur nyamuk tajaan DBKL atau pun jiran yang gila bakar sampah tak reti bikin kompos. Tukar air jangan malas!

  • Jangan panaskan air di bawah cahaya matahari.

  • Basuh bekas air arnab sehari sekali. Lendiran dari makanan dan kelembapan cuaca persekitaran akan membiakkan bakteria jika dibiarkan tidak berbasuh. Saya, setiap 2 hari sekali penukaran air, jawabnya pagi dan malam bekas-bekas air itu dibasuh oleh saya. Kocakkan dengan air sahaja. Jika perlu, gosokkan dengan daun kering (saya guna daun mangga yang gugur). Bilas kemudian isilah air. Jangan memandai-mandai guna sabun. Mabuk arnab itu nanti.
Reaksi air lebih hebat dengan kaca. Plastik ada kimia. Tapi kira bolehlah botol ni.

Rena Ware. Satu produk yang susah nak jumpa, mungkin sebab pasarannya tidak berada di Malaysia. Tak apa internet ada. Klik di sini. Air jadi lembut dan mesra-tekak (senang telan).

Dalamannya.

Balang gula-gula pun jadi.

Kemudian saya tuangnya ke sini.

Mangkuk tembikar atau kaca akan dicelup kaki arnab, air akan tercemar!

Arnab Perak, sejenis baka yang hampir pupus di Amerika kemudian diberi nafas semula di Asia Tenggara. Google Image 'Silver Rabbit'.

Lucerna : Day 20



Persempadanan Semula Arnab Dengan Tanam-tanaman

Jika anda punya arnab atau pun kelinci (Bahasa Indonesia), anda seharusnya mengasingkan ia daripada tanam-tanaman anda. Kerana apa sahaja yang ditanam, semestinya tewas sama sekali kepada makhluk comel ini.

Bukanlah kita mahu menyekatnya, daripada memperolehi makanan. Cumanya ia perlu diletakkan pada kawasan yang sepatutnya.

Arnab ini sedang mencari haluan ke belakang halaman rumah, yang penuh dengan tanaman hijau.

Air hujan yang ditadah sudah ada, tanah yang sudah terkompos dengan tahi arnab juga ada, jaring yang menutupi tanam-tanaman sudah ada dan kini sempadan juga telah ada. Hanya perlu tabur benih dan tunggu sahaja.

Arnab tadi.

Ahli Parlimen Boleh Mencarut, Tapi Tak Boleh Menuduh

A Sikh MP Gobind Singh Deo has been suspended for a year, as he accused the Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak of being involved in a murder case and in contempt of a deputy speaker during the committee stage debate on the Supplementary Supply Bill 2009 on Thursday. - Sikh MP suspended for fingering allegations against Malaysian Deputy Prime Minister


Mencarut Dalam Parlimen | Siaran Langsung


Parlimen Malaysia : Isu Mencarut

Hanief: Parlimen sudah jadi sarkas Barisan Nasional. Belum pun Najib naik jadi PM, sudah ada seorang ahli parlimen digantung selama 365 hari. Ini petanda tidak sihat pada perjalanan parlimen di Malaysia. Walaubagaimanapun, jika ada ahli parlimen yang marah, mereka boleh tiru ahli parlimen Kinabatangan. Kerana mencarut tidak dikenakan tindakan.

Sunday, March 15, 2009

Ada Apa Dengan Malaysia & Vietnam ?

Saya rasa, tentunya ada negara yang sama (atau hampir sama) keluasannya dengan negara kita.

Apa kata kita ambil Vietnam sebagai perbandingan. Rujuk https://www.cia.gov

Vietnam & Malaysia

Berapa Tanah & Berapa Air
Tentunya ada daratan dan perairannya:-

Vietnam
Jumlah: 329,560 km per segi
Tanah: 325,360 km per segi
Air: 4,200 km per segi

Malaysia
Jumlah: 329,750 km per segi
Tanah: 328,550 km per segi
Air: 1,200 km per segi

86 Juta Lawan 27 Juta
Vietnam sebuah negara yang diduduki 86 juta orang berbanding Malaysia yang hanya 27 juta orang. Keluasan tanah negara kita tidak banyak bezanya. Kita hanya mendahului dengan 3,190 km per segi. Kesimpulannya, negara kita lebih ruang dan sedikit penduduknya berbanding Vietnam.

Apakah Vietnam Ada Minyak?
Ada. China selalu mengimport minyak dari Vietnam, untuk mengelak daripada tentera Amerika Syarikat dan lanun-lanun di Selat Melaka.


Vietnam -- The Next Oil King: TFN Market Insights 08/01/07

Apakah Minyak Vietnam Lebih Banyak?
Buat masa ini, penghasilan minyak kita lebih banyak daripada Vietnam. Vietnam hanya menghasilkan 350,700 tong sehari. Manakala Malaysia 753,700 tong sehari. Walaubagaimana pun, dikatakan Laut China Selatan di bawah sempadan Vietnam masih belum habis diterokai.

Kemungkinan : Kenderaan
Seperti mana yang kita maklum, Vietnam terdiri daripada 86 juta penduduk. Negara Vietnam seluas Malaysia. Tentunya ia lebih padat dan sesak sekali. Didapati mereka lebih menekankan pada penggunaan motorsikal yang menjimatkan minyak. Rujuk gambar-gambar di bawah:-

Tak pakai topi keledar pun.

Oh ada yang pakai rupanya.

Bila Vietnam Merdeka?
Vietnam pernah dijajah oleh Perancis. Kemudian diberi kemerdekaan pada 1945. Bukan setakat itu, negara ini pernah diganggu dengan Perang Dingin. Peperangan yang menjadikan Vietnam kepada dua bahagian, iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Vietnam Utara disokong kuasa komunis China dan Vietnam Selatan pula disokong kuasa Amerika Syarikat (anti-komunis). Segalanya berakhir lewat 1970-an.

Berapa Lama Malaysia & Vietnam Sudah Membangun?
Kita sudah mengecapi kemerdekaan sejak 1957 dan menjadi negara Malaysia (Sabah & Sarawak) pada 16 September 1963. Vietnam sudah merdeka lebih lama iaitu pada 1945, tetapi mereka telah digugat dengan Perang Dingin yang mengorbankan 1,300,000 nyawa. Perang tersebut berakhir pada lewat 1970-an iaitu selepas bandar Saigon dikuasai komunis.

Gambar popular berkaitan Perang Dingin di Vietnam

Vietnam juga popular dengan kejadian hilang kaki akibat letupan periuk api tinggalan tentera Perang Dingin. Kalau tak salah hal ini pernah masuk Majalah 3 pada lewat 1990-an.


Howto: Clearing Landmines in Vietnam

Bagaimana Ekonomi Vietnam?
Majukah Vietnam? Entahlah. Para pembaca semua kena tanya pakar ekonomi samada Vietnam maju atau tidak dari sudut ekonomi. Kata Anwar Ibrahim, Malaysia sudah kalah dengan Vietnam pada 2006 dari segi pelaburan asing.


Ekonomi Malaysia Mundur

Masalah Remeh-temeh
Masalah pendatang asing, pemerintahan berdasarkan warna kulit (Bumiputera dan bukan Bumiputera) , masalah pengangguran, masalah gaji minima, masalah inflasi dan lain-lain. Rasa saya, pemimpin kita banyak beri alasan dan memperbodohkan rakyat, daripada memperkasakan ekonomi negara. Jelas sekali, Vietnam yang sama luas tanahnya dan pula padat penduduknya (86 juta) mampu menewaskan kita yang serba kaya dengan hasil bumi dan masih kurang penduduk.

Jika Vietnam mampu membela 86 juta rakyatnya, tentunya kita Malaysia tiada masalah untuk membela 27 orang rakyat dan beberapa pendatang asing dengan izin atau tanpa izin (kalau Pak Lah nak kayakan kepelbagaian etnik di Malaysialah).

Jika Malaysia Berada Dalam Keadaan Vietnam?
Mampukah Malaysia yang sama luas dengan Vietnam menampung 86 juta rakyat? Dengan pemimpin dan hasil bumi kaya, yang bagaimanakah kita bisa mampu membawa keadilan kepada 86 mulut ini, sekiranya pada tahun-tahun akan datang jumlah penduduk Malaysia bertambah?

p/s: Agak-agak anda, logikkah jika kita kata terdapatnya kebocoran/korupsi di dalam pengagihan sumber kekayaan di Malaysia ini? Rasa saya, ya tentu ada. Pada saya, Malaysia ini ibarat rumah besar yang sedikit penghuninya. Tentunya penghuni yang sedikit di dalam rumah besar ini cukup makannya. Tetapi jika tak cukup makan, ada masalah ekonomi dan sebagainya tentu ada sebab-musababnya.

Friday, March 13, 2009

Insaflah

Saya sangat terkejut dengan pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

Saya telah membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi saperti berikut:

Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500-00 sebulan, , ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen tiap bulan;

3. Kalau disbanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000-00 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau disbanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50-00 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji/ pendapatan Pengerusi/ Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

Islam mengajar kita supaya berhemah, berjimat dan sentiasa mengutamakan orang lain terutamanya kalau melibatkan rakyat miskin dan bawahan. Tetapi nampaknya Kerajaan Islam Hadhari Malaysia menepati apa yang disebut oleh pujangga Islam tersbut.


Yang benar,

Zulkifli Bin Noordin - KENYATAAN AKHBAR

Sultan Azlan Shah Dihina 6 Penulis Blog

Enam orang akan dihadapkan ke mahkamah esok kerana menghina Sultan Azlan Shah dalam blog atau melalui komen yang disiarkan.

Difahamkan mereka terdiri daripada dua individu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang di Petaling Jaya, seorang di Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi di Butterworth, Pulau Pinang.

Beberapa orang lagi dijadual didakwa di Kuala Terengganu pada hari Ahad atas tuduhan yang sama. - Hina raja: Penulis blog didakwa esok

Hanief:
Ya! Siapakah gerangan 6 finalis ini? Apakah Hanief salah seorang daripada mereka? Mari kita lihat siapa yang kena!

Thursday, March 12, 2009

Lucerna : Day 15



iPhone Is Coming To Malaysia On 20th Of March 2009

Digi must be mad at this Maxis & iPhone development.
Maxis will offer the 8GB and 16GB iPhone 3G models with four specially designed postpaid plans called iValue, all of which are voice-data bundled price plans, starting from RM100 per month. - Maxis to bring iPhone 3G to Malaysia on March 20
... An iPhone with 8 gigabytes of memory will sell for RM1,510 when a customer signs up for a RM100 a month package, under a 24-month contract. In the package, the user gets 333 minutes of voice credit and 500 megabytes of data credit ...

... The iPhone with 16 gigabytes of memory will also be on sale with a price of between RM1,260 and RM1,890, depending on the price plan ... - The 'revolution' finally makes it to our shores

Hanief: No Flash & Java? Can you live with just iPhone SDK based apps.?


Adobe's Narayen Says Flash on IPhone Is a Challenge


Sun Announces Intent to Create JVM for iPhone

Wednesday, March 11, 2009

Aduhai Terlambat 10 tahun

... Bagaimanapun, tambah Lau, program kerajaan Selangor kini tidak pernah mengabaikan penduduk wilayah itu apabila beberapa bantuan negeri boleh juga dipohon oleh warga Kuala Lumpur yang lahir sebelum pengambilalihannya pada 1974 ...

... Bantuan kerajaan negeri kepada warga emas boleh dipohon oleh mereka, katanya lagi, tetapi bukan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu seperti dinikmati di Selangor.

"Kasihan tidak dapat air percuma," katanya... - DAP: S'gor, ambil semula Kuala Lumpur
Hanief: Aduhai, terlambat 10 tahun. Zulhasnan Rafique mana nak bagi air percuma. Dia duduk kisah anak perempuan dia clubbing hari-hari. Tak percaya tanya Pak Ngah Google engkau.

Gambar Altantuya Shaaribuu









Blog Archive