Malaysia : Tong Taik UMNO: April 2009

Thursday, April 30, 2009

Cakap Soal Gabung Dengan PAS Bersama Tun Mahathir

Hanief: Salam Tun.

Mahathir: Salam.

Hanief: Tun tak tidoq lagi ka?

Mahathir: Dak aih, belum lagi. Tak boleh tidoq hari ni.

Hanief: La... awatnya?

Mahathir: Adala sebab dia...

Hanief: Habaq mai la... bunyi serius ja tu.

Mahathir: Tak ada... ni PAS nak gabung sama kita.

Hanief: La, saya baru nak tanya ngan tu.

Mahathir: Hang pun tau ka?

Hanief: Mana buleh tak tau. Heboh Tun! Dalam blog, SMS, TV pun heboh bab ni. Tapi yang Tun pi dok risau sampai ke la, buat apa?

Mahathir: Tun bukan apa, kalau kita gabung sama depa, nanti macam-macam depa tuntut.

Hanief: Biasala tu Tun. Nak gabung mesti ada share satu-dua. Tapi apa yang Tun risau tu?

Mahathir: Tak taula, ni tengah pikiaq la ni. Depa tu tau nak haram sana-sini aja.

Hanief: Apa yang Tun rasa depa nak pi haram-haram tu?

Mahathir: Mmmm... Aurat... dan apa-apa yang dah dibuat di Kelantan la.

Hanief: Ala Tun, bukan mahai mana ghega kain tudung Tun.

Mahathir: Bukan soal duit. Tapi takut depa ni nanti, tak mau pakai. Bab aurat ni nak kena lepaih dulu, baru nak buleh gabung.

Hanief: Kalo tak mau pakai lagu Wan Azizah, pakai lagu Shahrizat lah kot? Orang Iran pun pakai nampak jambui. Tapi, Tun nak ka gabung sama PAS tu?

Mahathir: Aih?! Mesti gabung, kalau dak nanti lagumana nak menang ?

Hanief: Menang yang mana tu Tun? PRK Penanti ka PRU13?

Mahathir: Dua-dua la... kalau buleh.

Hanief: Aik?! Macam tak yakin ja? Gabung pun dak yakin lagi ka?

Mahathir: Ada masalah lagi.

Hanief: La... masalah apa lagi tu? Cuba habaq mai.

Mahathir: Kes Lingam.

Hanief: Yang tu ka? Apala Tun nak risau? Cakap Lingam dapat wrong number sudah la.

Mahathir: Mana buleh, klip tu panjang, sampai ada 3 bahagian. Ni semua di Anwar pula taktik la ni.

Hanief: Habih tu? Hmm... yang kes liwat tu lagu mana pulak?

Mahathir: Yang tu bulan Julai baru bicara.

Hanief: Agak-agak, Tun boleh menang ka?

Mahathir: Ngan tu tak dak masalah. Saiful Bukhari buleh jadi kambing hitam.

Hanief: Amboih Tun, lagu kes Altantuya ja? Tapi kalau Anwar dak masuk penjara lagu mana Tun nanti?

Mahathir: Tak pa aih, ngan Lingam-lingam sekali kita kambing hitam.

Hanief: Pulak dah... Tun dan Najib ni memang pandai bab-bab kambing ni...

Mahathir: Biasalah tu. Hang tak pernah tengok cerita blockbuster ka? Tengok polis pun cukup aih... yang kuli jadi kambing hitam, lepaih tu bos dia boleh pi melancong Lagu tu baru ada akai. Bukan ka?

Hanief: Ya... ya... Akai Tun memang blockbuster. Hahaha.... Eh? Suara sapa tu Tun?

Mahathir: Oh, tak dak aih... Tun Hasmah panggil tidoq.

Hanief: Oh ya ka? Kalau gitu saya nak pesan satu jala... ni kalau Tun nak gabung tu, ajak mai sekalila dengan PKR. Baru kena.

Mahathir: ....

Hanief: Hello... Hello... Hello Tun... Hello...





Wednesday, April 29, 2009

Cakap Soal Dinar Emas Bersama Tun Mahathir

Hanief: Salam Tun.

Mahathir: Salam.

Hanief: Ni betui ka Tun minat dengan Dinar Emas ni?

Mahathir: Awat hang tanya?

Hanief: Tak dak la, ada pencacai Tun bawak mai ceghita ni.

Mahathir: Hang rasa lagu mana?

Hanief: Awat Tun ni selalu berjaga-jaga ja?

Mahathir: Jaga apa?

Hanief: Yala, Tun ni cakap serupa ulaq. Alamak Tun, mengaku sajala. Tak payah tunggu sampai simpang sana la, menyimpang kot tu kot ni. Nak jadi VK Lingam ka apa, Tun ni?

Mahathir: Hang rasa emas baguih ka dak?

Hanief: Baguih la, pasai Nabi yang Tun caci janggut Baginda tu pun, dulu guna Dinar Emas.

Hanief: Apa pasai Tun yang mula minat ke agama ni, tak guna-guna lagi dinar ni?

Mahathir: Kita buleh guna kelmarin pun, kalau hang ndak.

Hanief: Awatla Tun suka cakap besaq lagutu? Tapi Tun selalu jugak keluaq TV na?

Mahathir: Bukan apa, kamera tu yang cari Tun. Sebab tu muka selalu keluaq TV.

Hanief: Oh, lagutu ka? Tapi muka Tun keluaq sama banyak dengan Najib, lagumana tu?

Mahathir: Tak taula. Ikut nasibla.

Hanief: KJ pulak lagumana. Mana muka dia lama tak keluaq TV?

Mahathir: Hang tanya Johan sama bapak si Dino.

Hanief: Dino?

Mahathir: Dino Rais.

Hanief: Oh... Rais yang jual pulau tu ka? Hahah! Tun! Dia tu penyokong kuat Tun. Muka dia keluaq RTM1 di barih depan sekali masa Tun berkempen di Bukit Selambau.

Mahathir: .....

Hanief: Takkanlah Rais tak dengaq cakap Tun? Si Johan Jaapar tu pun, bukan main kalau ampusana-ampusini dia mai.

Mahathir: Tapi sungguh, Tun tak dak kawai sapa-sapa.

Hanief: Aih, sungguh ka? Tapi balik tang cerita Dinar Emas tu, sekarang anak Tun, pegang MITI. Awat tak niaga dalam Dinar Emas sama negeri Islam yang lain? Buatlah lagu Euro. Awat Tun ketaq sama Obama ka atau George Soros?

Mahathir: Mukhriz tu takdak kuasa. Dinar Emas ni kuasa Menteri Kewangan sama Bank Negara.

Hanief: Tak kiralah Tun, tapi semua orang dah nampak yang Tun kawai serba-serbi dalam kerajaan la ni. Depa kata Mahathirisme.

Mahathir: Mana ada. Tun ahli biasa ja.

Hanief: Terpulanglah Tun, tapi kalau Tun ni betui-betui bukan barua Orang Putih, Tun kena suruh si Mukhriz usul hal Dinar Emas ni di Parlimen. Buleh Tun?

Mahathir: Parlimen pun tak dak kuasa dalam hal ni.

Hanief: Kalau gitu Tun, kita tukaq kerajaan sajalah Tun. OK Tun. Jumpa di Penanti na! Jangan lupa mai lagu di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Mahathir: Ya.. ya baik.

Memahami Kapitalisma 3

GLOBALISASI MODAL

PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan. Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan. Kata beliau, liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. – DI PUNGUT DARI UTUSAN MELAYU

Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh.

Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga.

Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal.

Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation.

Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb.

Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng.

Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar.

Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini.

Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba.

Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi.

Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai.

Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia.

Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka.

Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita.

Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri.

Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global.

Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan.

Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.

Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh.

Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka.

Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama?

Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan. (TT) - MEMAHAMI KAPITALISMA
Hanief: Saya dah kata, UMNO hanyalah budak suruhan British.

Tuesday, April 28, 2009

Kronologi Penghapusan Elemen DEB

Pada bulan Mac 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor telah menghapuskan elemen DEB dalam pemberian tender berkuota. Tender-tender kemudiannya diberi dalam sistem terbuka (tanpa kuota). Usaha itu ditentang oleh beberapa ahli UMNO di Pulau Pinang dan seterusnya disusuli dengan perarakan seramai 3000 orang pada bulan itu juga.

Pada bulan Oktober 2008, Najib telah berjanji dengan badan berita Bloomberg untuk menghapuskan elemen DEB. Tanggal April 2009, elemen DEB iaitulah 30% ekuiti Bumiputera telah dihapuskan atau pun dikurangkan sehingga 0% (telur ayam). Itulah UMNO yang hanya memerlukan masa dalam setahun untuk mengikut jejak kerajaan pembangkang di 2 buah negeri itu. Kesimpulannya, UMNO tiru strategi Pakatan Rakyat.


Kronologi Penghapusan DEB

p/s: Ahli UMNO kena gali perigilah lepas ni.

Monday, April 27, 2009

Kilang Getah Untung Akibat Selsema Babi

... Kossan Rubber (KRIB.KL) and Supermax (SUPM.KL) shares were also up, both rubber glove makers, also rallied.

"The spread of the swine flu would require more medical gloves and Top Glove, Supermax and Kossan will likely benefit from this additional demand," said a dealer with a local investment bank... - Malaysia Hot Stocks-Rubber glove makers gain on flu
Petikan berita di atas menyatakan kilang getah di Malaysia bertambah untung akibat Selsema Babi. Sarung tangan perubatan diperlukan oleh negara yang dilanda wabak tersebut. Jadi sesiapa yang bekerja di kilang-kilang di bawah, usah khuatir dengan sebarang kerugian.

Penjajah Yang Kulitnya Serupa

Hal ini dahulu lagi pernah didengari saya dari ceramah Ustaz Ismail Kamus. Beliau mengatakan, akan baliklah penjajah berkulit putih dari negara Islam dan tinggallah penjajah yang berkulit gelap (sawo matang) bagi menuruskan agenda penjajah.

Kemudian hal ini disebut lagi oleh Tok Guru Hadi Awang di dalam video di bawah:-


UMNO Penyeru Neraka Jahanam

Akibat daripada agenda penjajah, umat Islam tidak lagi bersatu di bawah agenda Islam. Umat Islam hari ini bersatu di bawah pelbagai agenda yang menyesatkan. Antaranya, Nasionalisme, Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme dan lain-lain. Hal ini berlanjutan sehingga ada yang terang-terang menolak hukum Hudud yang dianjurkan oleh kitab suci Al-Quran. Di manakah perginya iman orang-orang ini apabila Al-Quran yang sebahagian daripada rukun Iman ditolak? Mungkin itulah tandanya orang yang tidak beriman.

Maka seperti kata Tok Guru Hadi Awang, umat Islam akan ditimpa celaka apabila Islam itu tidak diguna-pakai (secara menyeluruh). Malaysia kita ini mengamalkan sistem Kapitalisme dan sedikit ajaran Islam (tidak menyeluruh). Apakah kita sedang atau akan ditimpa celaka?

*Pembetulan untuk video di atas, Pulau Churchill sebenarnya Pulau Seychelles

Saturday, April 25, 2009

Last.fm & Pandora Are No Longer Free in Malaysia

Yup, long time ago, Pandora got restricted from Malaysia.

And now Last.fm is asking for money.

What next? Will YouTube ask for money as well? As for a water well digger like me. This is totally not a problem. Even every water well digger could find a way to get the free music from the net. You just need to Google them. If you can't do that, then get married to a singer. You will hear plenty of live music next to your own ears. Problem solved.

p/s: Or another option you if you can't hack the Google, just be a composer and start to make your own beat. What software to start with? Well I would suggest FL Studio.


Prometeus - The Media Revolution

Friday, April 24, 2009

Day 27 - The Real Well Of Wealth Project



Chemtrail - APRIL 24th

Indonesia Bakal Menyinar?


IMF Kata -3.5% Pertumbuhan Ekonomi

Bercakap mengenai hal ekonomi, kita tidak boleh lari daripada tenaga buruh dan pengorbanan. Kita dapat lihat, rakyat negara China banyak berkorban keluar dari negara mereka untuk berselerak ke serata dunia hingga ada yang menjadi pelacur murahan di sini. Hal yang sama juga berlaku pada negara jiran kita, Indonesia.

Selain pelacuran, banyak juga pekerjaan murni yang lain diceburi mereka, contohnya di sektor pembinaan dan perkhidmatan serta pertanian. Rata-ratanya orang Indonesia yang menjadi tulang belakang sektor-sektor ini.

Pernah saya terdengar, kata-kata orang bahawa hari ini orang Indonesia memburuh di Malaysia, esok-esok manalah tahu, kita pula memburuh di negara mereka.

p/s: Galilah perigi anda sementara ada masa.

Thursday, April 23, 2009

Pokok Tebu Kembali Tumbuh Setelah Hilang Pada 90-an

Inilah tebu yang telah dibuang kulitnya.

Batang tebu yang menyejukkan tekak.

Ini pula mata batang tebu.

Jangan dibuang kulitnya. Boleh dilonggok buat kompos. Begitu juga daun keringnya.

Buangkan dalam tong kumpul untuk dilambakkan di tempat kompos.

Kulit tebu

Ya, ada tiga pokok tebu. Lihat di bawah.

Kelihatan 3 pokok tebu

Jika diteliti ada kesan batang tebu yang diambil tadi.

Apabila sudah serasi dengan tanah, pucuk baru segak menghijau.

Saya berjaya mengembalikan tanaman nostalgia ini selepas 18 tahun ia menghilang!

Tidak lama dahulu, sekitar saya sekolah rendah, di rumah ini memang ada pokok tebu. Akibat tidak menjaganya, pokok tebu yang berasal dari Asia Tenggara ini ditebas. Lazimnya apabila tebu itu masak, ibu saya akan membuang kulitnya dan memotongnya sehingga ke isi yang berwarna putih. Kemudian ia sedia untuk digigit.

Pada tahun 2009 ini, pokok nostalgia ini kembali masak. Ia dibeli saya pada tahun lepas dari seorang peniaga air tebu. Sangat lucu sekali apabila saya membuat helah membeli bagi menjadi bahan kunyah-kunyahan, tetapi akhirnya saya berterus terang iaitu untuk menanamnya apabila wang RM10 yang saya tawarkan diberi baki dengan RM7.50. Jadinya sebatang tebu hidup saya bawa pulang dengan menggunakan kereta setelah menyerongkannya dari belakang hingga ke sebelah tempat duduk hapadan.

Setiba di rumah saya terus ambil batang tebu itu dan menanamnya dengan posisi menegak. Jiran sebelah (Nek Arah) yang melihat ketawa besar dan mengatakan ia mengikut tradisinya ditanam menyerong tak kira walaupun dikerat-kerat. Janji mata tebu yang mampu mengeluarkan pucuk baru itu kelihatan. Setelah itu, batang tebu tadi dikerat lima dan ditanam. Hanya 3 pokok tebu yang berjaya dihidupkan setelah 9 bulan menunggu.

Ikuti gambar permulaannya di sini.

p/s: Tebu ini percuma. Tidak ada kesan inflasi. Tiada orang tengah dan sebagainya. Hahaha!

Dapatkah UMNO Jadikan DEB Sebagai Umpan?


30% Ekuiti Bumiputra Dihapuskan

Asal-usul DEB
Semua orang tahu DEB (Dasar Ekonomi Baru) itu adalah untuk menjamin ekonomi orang Melayu. DEB ini lahir akibat rusuhan kaum yang tercetus pada tahun 13 Mei 1969. Parti-parti politik ketika itu telah menggunakan perkauman sebagai senjata terakhir mereka. Pada hari berdarah itu, datanglah segala cerita, si pulan membawa penyapu nak halau kaum ini dan si pulan buat begitu serta begini. Ia berlanjutan sehingga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan bangunan-bangunan terbakar.

Setelah dikaji peristiwa berdarah itu, UMNO mendapati kaum Cina terlebih kaya di mana ini membuatkan mereka rasa Kuala Lumpur ini mereka yang punya. Hal ini juga menjadi punca ketidakseimbangan dalam ekonomi bagi setiap kaum di Malaysia. Parti yang memerintah pun mewujudkan DEB bagi kaum yang miskin ketika itu kononnya ialah kaum Bumiputra (di mana ia juga mewakili Melayu).

UMNOPutra atau Bumiputra?
Tahun demi tahun, 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam. DEB berterusan, dan ia telah disalahguna pula. Peluang-peluang perniagaan yang bertunjangkan DEB berlegar-legar di kalangan Bumiputra elit sahaja (UMNO elit). Golongan Bumiputra miskin hanya ternganga tidak tahu apa-apa. Berita di kaca TV yang dimiliki UMNO lazimnya melaporkan yang Melayu sudah berjaya hasil perjuangan mereka. Begitulah UMNO yang sering berlagak seperti Tuhan. Mungkin UMNO lupa bahawa kekayaan milik Tuhan itu tidak Tuhan khaskan pada golongan bersongkok sahaja. Malah Tuhan berikan pada semua ibarat air dari perigi yang perlu digali untuk dinikmati semua.

Bermain-main dengan perkataan liberalisasi
Hari ini, UMNO yang sememangnya gagal dalam membaiki ekonomi semua kaum hasil amalan rasuah dan legaran kekayaan di kalangan mereka sahaja (sehingga membuatkan Pak Haji PAS masuk UMNO kerana nak cari makan), terpaksa menarik salah satu elemen DEB. Apa dia elemen itu? 30% ekuiti Bumiputra telah dihapuskan. Istilah 'diliberalisasi' digunakan bagi mengaburi sesetengah pencinta DEB yang malas membuka kamus. 'Diliberalisasi datangnya dari perkataan liberalization. Liberalization bermaksud the act of making less strict atau pun suatu tindakan mengurangkan hak. Jadi jika Najib kata elemen DEB iaitu 30% ekuiti Bumiputra diliberalisasikan ini bermakna, 30% ekuiti Bumiputra dikurang-hak atau pun dihapuskan. Dikurang-hak atau pun dihapuskan banyak mana? Sebanyak 30% lah. Jadi 30%-30% = 0 (telur ayam). Tiada lagi ekuiti bagi Bumiputra.

Bermain-main dengan perkataan ekuiti
Ada orang tanya ekuiti itu apa pula? Tahi hidung Mahathir Kutty ka? Ekuiti itu lahir dari perkataan Inggeris, equity. Ia bermaksud hak samarata. Apakah 30% itu samarata? Mengikut UMNO, ia samarata kerana jika DEB itu tidak diperlakukan begitu, akan wujud lagi satu tragedi berdarah.

18% = DEB Gagal atau UMNO Gagal?
Ada orang tanya lagi, sekarang ini orang Bumiputra hanya menguasai 18% ekuiti sahaja. Ini bermakna UMNO gagal mencapai sasaran sebanyak 30% bahagian ekonomi seMalaysia, apakah akan terjadi lagi tragedi 13 Mei 1969?

Lalu Hanief pun menjawab, entahlah kita tunggu dan lihat pada 13 Mei 2009 iaitu 40 tahun selepas 13 Mei 1969 ini. Mungkin ia berlaku, mungkin tidak berlaku. Itu bergantung pada penyertaan orang ramai yang kita tahu, mereka berupaya menggunakan akal dan tangan mereka bagi menggali perigi daripada membunuh kaum lain sekali gus tidak menjadi alat parti politik.

Mahathir Pun Mengaku DEB Tak Berjaya
Mungkin DEB dan kes Altantuya akan digunakan Mahathir untuk menjerut Najib supaya Mukhriz dapat berkuasa. Kita juga tahu sejak mutakhir ini, Nazri Aziz dan pemimpin Melayu lain yang berpotensi cuba dimandulkan dengan pelbagai kes.


Mahathir Tak Setuju DEB Dihapuskan

Kenapa Anwar Tentang DEB?
Rujuk video di bawah. Anak Mahathir, si Mukhriz suka akan DEB, tetapi Anwar punyai alasan yang tersendiri.


Mukhriz Suka Dasar Ekonomi Baru

Khalid Ibrahim Juga Akui DEB Disalahguna!
Menteri Besar Selangor juga mengaku DEB telah mula disalahgunakan bula pada tahun 90-an.


DEB: DASAR EKONOMI BAPAK KO

Tujui Peringkat Mentah!
Kita semua tahu, orang Melayu tak punya kilang dan lazimnya banyak menjual produk negara asing. Ilmuan Arab ada mengingatkan, jika orang Islam hendak maju, maka mereka perlulah mencipta pen yang mereka gunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian terlebih dahulu.

Kita semua boleh fikirlah, kalau kita jual daging lembu milik orang, banyak mana untung kita boleh dapat? Takkanlah kita nak menipu dan menekan macam sesetengah peniaga? Berapa lama kita boleh bergantung-harap pada pembekal itu? Bila dia tak mahu bekalkan daging pada kita, mana kita nak cari daging? Bila pembekal naikkan harga, kita nak buka harga berapa pula? Inilah sebabnya, kita kena lakukan kerja berat itu sendiri. Pergi pada peringkat yang paling mentah. Kalau meniaga daging lembu, pergilah pada menternak lembu kemudian baru lihat pada bab mengiklan, menjual, mengeksport, menambah ternakan dan lain-lain.

Apo Nak Dibuek Jang?
Apa nak buat sekarang? Jangan termakan perangkap satu lagi 13 Mei, tak kiralah di Penanti ke atau di mana-mana pun. Kita undi PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebab ekonomi Islam adalah penyelamat daripada segala masalah. Islam tak bela Melayu sahaja, Islam tidak perlukan peratus itu dan ini, sebab jika kau pergi ke Makkah, ada pelbagai bangsa mengelilingi atau pun tawaf Ka'abah tanpa sebarang peratus hak pusingan mengelilingi Ka'abah mengikut kaum. Termasuk bangsa Cina dan India yang berpakaian sama dengan yang lain tak pilih bulu. Jadi janganlah kita takut untuk sokong sistem ekonomi Islam.

p/s: Tak perlu hairanlah, kalau DEB tak berjaya mengangkat ekonomi Bumiputra. Kita semua kena ingat 2 sebab sahaja. Sebab kronisme (berlegar di kalangan UMNO elit sahaja) dan sebab kita tidak memiliki kilang sendiri. Apa salahnya orang Melayu ada kilang sendiri? Habis sudah duit cukai rakyat untuk bina kilang sendiri. Habis ke mana? Ke wanita seksi? Aduhai racun 3 Ta (Wanita, Takhta, Harta).

Wednesday, April 22, 2009

Skandal Raja Kelantan | Manohara Odelia Pinot

Kemaskini 1 Jun 2009,


Pengakuan Manohara Odelia Pinot


Kemaskini 23 April 2009,


Skandal Raja Kelantan | Perbualan Telefon

Kemaskini 4:00PM,


Skandal Raja Kelantan | Pengakuan Ibu Manohara

Model Indonesia Disilet Pangeran Malaysia. Berita Palsu?

Kemaskini 3:48PM,

MANGSA PENCULIKAN SUAMI?

MAKAN

TENGKU TEMENGGONG & ISTERI

MANOHARA, PUT ON WEIGHT
Inilah wajah terbaru, Manohara dan Tengku Temenggong Kelantan (Suami yang sah) setelah pulang dari UMRAH. bagaimana mungkin dituduh penculik. Awas berita palsu dari Indonesia. - MANGSA PENCULIKAN SUAMI? MAKAN TENGKU TEMENGGONG ...

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

"Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik berkata.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

"Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan)," wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

"Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik."

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia" - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.

Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu "baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya."

"Saya sudah menganggap Tengku anak saya," Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan."

Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur.

"Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

"Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

"Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya," beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat. - Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model

Memahami Kapitalisma 2

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NOW ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT) - MEMAHAMI KAPITALISMA

Monday, April 20, 2009

Emel Berkenaan Dengan Perigi & Arnab

Salam Saudara Hanif

Bukan apa apa, saya hanya ingin berkenalan dengan lebih dekat dengan saudara. Bila2 pun tak kisah, saya ade kat sekitar sini je.

Lagi satu, saya nak tengok sangat arnab - arnab yang hanif bela dengan progress kerja 2 gali perigi. Kalau boleh, saya nak beli satu arnab dari saudara hanif pasal adik saya asyik mintak2 belikan arnab. Tengok kat pet shop, harga arnab mahal2 lah sampai RM 500 seekor.

Dulu masa air kena catu pasal kerajaan BN nak salurkan semua air ke tasik putrajaya (masa zaman maha firaun sibuk bina putrajaya), saya dah nak mula gali perigi tapi Syabas / JBA tak bagi pasal menyalahi undang2 (Tak tau apa jenis akta yang diaorang rujuk) Tu yang tak jadi buat, kalau nak buat jugak, kena mohon lesen khas.

Salam,
Arnab itu saudara boleh beli di Medan Idaman dengan harga RM48 seekor (arnab kecil). Berkenaan dengan perigi, jika ada pihak yang cuba campur tangan, saya akan heret pihak-pihak lain yang telah lama menggali perigi di sekitar kawasan saya dengan video. Jika kerajaan yang berpaksikan fahaman Kapitalisme ini (yang mempunyai 1001 alasan berkenaan dengan kelembapan ekonomi) menyuruh kita mengubah cara hidup, mengapa mereka masih mahu memerah duit daripada orang yang menggali perigi?

Takkan Miskin Selagi Ada Tanah
Rakyat miskin mampu bangun dan berdikari sendiri sekiranya mereka menanam najis mereka seperti yang dilakukan di India bagi penghasilan tanah kompos dan tenaga Biomas untuk menjana elektrik dan bahan api.

Air Itu Percuma
Begitu juga perigi yang mengandungi air yang boleh memanfaatkan seluruh aktiviti penduduk setempat. Nak bancuh simen pun guna air, kalau haus bina perigi pun kena minum air. Selagi air tidak dibebaskan, selagi itu kita akan mempunyai masalah dalam menyediakan makanan sendiri dengan kos yang minima. Tanaman yang ditanam tidak harus bergantung 100%, pada air hujan. Tambahan pula, hujan bukan bersih di semua tempat dan bukan selalu turun di kawasan kita. Di Paraguay pun, petani menggunakan air perigi untuk mengairi tanaman berskala besar mereka dengan sistem pemercik (sprinkler).

Manusia Berideologi Kebendaan
Memang ternyata bumi ini diduduki oleh segelintir manusia yang dangkal dan bersifat dengki serta berkepentingan. Mereka akan lakukan apa sahaja demi mengaut keuntungan. Mereka menyuruh kita menaiki basikal, sedangkan mereka mencukai wang hasil titik peluh kita untuk menaiki kereta import (bermewah-mewahan). Ada juga kerajaan yang dengki, di mana mereka sanggup mencemar ruang udara dengan penyakit dan mengubah cuaca dengan asap kimia menerusi kesan asap roket (Lihat Chemtrail). Ia dilakukan bagi niat mengekang orang ramai menanam dan memperolehi makanan dari hasil tanaman sendiri. Ini amat kurang ajar sekali pada saya. Ada sesiapa yang tahu, kalau-kalau ada pihak mencemari mata air bawah tanah khusus mengganggu orang memiliki air perigi? Jika anda bertanya apakah tujuan semua ini? Mereka suruh kita membeli dan terus membeli barangan asas ini pada kadar harga mahal yang mereka (kerajaan) suka. Anda tidak rasa tercabar?

Lakukan Apa Yang Nabi Lakukan
Sudah tiba masanya buat saya untuk berhenti bermain permainan mereka. Kita harus kembali pada konsep berbudi pada tanah. Saya bukan ingin menjadi kera sumbang (mengasingkan diri). Saya juga tahu orang Islam mesti hidup bermasyarakat seperti kata Tok Guru Hadi Awang. Ada petani tanam sayur, ada nelayan tangkap ikan. Kedua-duanya mesti bergabung tenaga. Tidak akan selesai masalah kegawatan ekonomi dengan suntikan puluhan bilion pada syarikat-syarikat tertentu. Belajar juga dari Cuba, di mana mereka mula menanam dan menghasilkan makanan sendiri di mana jua kawasan apabila mereka dilanda gangguan makanan (yang dahulunya mereka import).

Kembali Pada Asas
Walaupun saya sebenarnya dari aliran IT, tetapi saya rasa, saya wajib berbudi pada tanah, serta memiliki kemahiran membuat perigi, rumah dan beberapa benda asas yang lain yang lazimnya kita lihat orang kampung lakukan dan para pendatang asing dari Indonesia lewat 90-an lakukan.

Ketawa... Ketawa... Silap-silap Kena Ke Kita! Ha...
Mungkin ada di antara kita yang ketawa melihat manusia di kampung menggunakan perigi, tetapi masa untuk mereka memeluk era perigi mungkin akan tiba beberapa tahun lagi walaupun timba ditukarkan dengan pam elektrik.

Ustaz Nga Kor Ming Baca Al-Quran

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemunkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.

Al-Quran (16:90)

- - - - - - - - - -

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Al-Quran (11:113)


Kor Ming recites again ...

Sunday, April 19, 2009

Mahajantan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang. - Dr M: BN tidak patut mengaku kalah di Penanti

Mahathir Kata Bertanding

Hanief: Hah! Macam itulah, baru Mahajantan. Hahaha!

Mari Intip Siapa Ahli UMNO

Selain dari Google Images, anda juga boleh menggunakan senarai peminjam pinjaman yang mengandungi deretan nombor kad pengenalan rakan-rakan anda yang sedang hidup sempit berhutang.


Sebelum anda berbual panjang di kedai-kedai kopi khususnya bualan yang berkisar politik, pastikan anda memiliki maklumat kecenderungan parti politik bagi insan yang menjadi teman bualan anda itu. Teknologi di hujung jari, jadi apa anda tunggu lagi? Klik di sini.

Starcraft 2


[HD] StarCraft 2 Battle Report Two - Part 1/2


[HD] StarCraft 2 Battle Report Two - Part 2/2

Friday, April 17, 2009

Day 20 - The Real Well Of Wealth Project





Kucing Makan Ikan 3



Wednesday, April 15, 2009

Memahami Kapitalisma

GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.

Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.

Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.

Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin. (TT) - MEMAHAMI KAPITALISMA
Hanief: Kita telah melupakan emas. Ramai antara kita tak percaya, bahawa emas itu laku di seluruh dunia berbanding wang kertas. Emas laku tak kira waktu, baik waktu perang mahupun waktu aman. Mungkin emas akan digunakan kembali apabila orang-orang Illuminati itu sudah kaya-raya dengan emas yang terkumpul di tangan mereka? Atau wang akan bertukar kepada mikrocip?

Tuesday, April 14, 2009

Cerita 3 Orang Polis Jahat Masuk AP (Associated Press)

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — An officer says Malaysian police rushed to a robbery scene only to find the suspects were fellow officers.

Senior Kuala Lumpur Police Officer Khairi Ahrasa said Tuesday that three men of a special elite police unit were allegedly caught robbing five men at a house. One of the officers was armed with a pistol.

He says a neighbor heard the noise inside the house Sunday and called the police, who came and arrested the policemen.

Ahyrasa says the men will remain in police custody until Thursday and are being investigated for armed robbery, which carries a penalty of up to 14 years in prison and caning. - Malaysian cops accused of moonlighting as robbers
Hanief: Haha! Kalau dulu berita Azilah dan Sirul berkaitan Altantuya. Hari ini ada berita polis moonlighting (bikin 2 kerja). Kerja apa? Bukan jadi pondan di Chow Kit, tetapi merompak. Bukan seorang beb, 3 orang. Polis Special Elite. Ini kena tanya syarikat KRU di Setiawangsa yang ditaja UMNO kalau-kalau mereka kenal siapa Polis Special Elite ni. Kumpulan Elite pun dulu kalau tak silap ada 3 orang juga.

Lupakah kita semua yang sektor kerajaan ini terutama badan kepolisian telah dinaikkan gaji serta mendapat pakaian seragam baru yang lebih selesa di bawah cuaca panas? Hobi polis ke, kerja merompak ni? Nanti buat laporan polis, tulis ada polis merompak rumah si anu-si anu. Siapa yang nak percaya? Ketua polis tengok, "Eh, ini macam anak buah aku". Hahahai tak taulah puak-puak ni.

p/s: Kesian dekat polis-polis muda, kerjaya ini semakin dipandang negatif. Itu belum cerita FRU tembak gas pada mata budak sampai buta.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi?

PUTRAJAYA 13 April — Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Datuk Noh Omar berkata beliau yakin pembangunan usahawan Bumiputra tidak akan terjejas walau pun kementerian itu dibubarkan.

Malah, katanya, pembangunan usahawan Bumiputra akan lebih terbela apabila agensi di bawahnya disusun semula dengan lebih terancang untuk mengelakkan pertindihan peranan dengan kementerian lain. “Yang tidak ada cuma kementerian, dan kementerian hanya sebagai penyelaras kepada agensi ini.

(Jadi) walau diletakkan di mana-mana kementerian pun, peranan agensi itu yang penting, selagi peranan agensi itu tidak diubah maka Bumiputra akan terbela,” katanya kepada pemberita di majlis perpisahan beliau dengan warga kementerian itu di sini hari ini. — BERNAMA - Uusahawan Bumiputra lebih terbela dengan penyusunan semula

Uusahawan?

Salah eja? Ini juga menunjukkan minat sebenar orang Melayu di Utusan Malaysia berkenaan isu ini. Kalau berita artis, tentu tidak jadi begini bukan?

Maaflah, orang macam saya memang tak peka langsung dengan kewujudan dan pembubaran kementerian ini. Mungkin tidak ada keberkesanannya? Atau pun mungkin tidak wujud sebarang skandal panas seperti kementerian kesihatan (seks bebas) dan kementerian pertahanan (Altantuya & Nuri/Sukhoi/Scorpene)?

Jika diteliti, kementerian tersebut adalah untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Bagi saya, jika diwujudkan 5 buah lagi kementerian seperti itu pun, usahawan Bumiputera mungkin tetap begitu juga.

Kenapa? Kerana kita tidak memiliki kilang sendiri. Kita tidak berupaya mencipta produk sendiri. Produk yang mampu menjamin kekukuhan ekonomi negara. Kita banyak menjual produk orang lain dan ini bukan sahaja dilakukan oleh kita rakyat biasa, tetapi para menteri juga. Mereka lebih bodoh kerana tidak berwawasan dalam menjamin masa depan kita semua. Apa yang mereka tahu, hanyalah pesan produk tertentu yang dilapisi ramai orang-orang tengah (yang lazimnya kroni-kroni mereka), sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta duit cukai rakyat.

Inilah akibatnya, apabila para menteri kita hanya tahu berfoya-foya dengan duit cukai rakyat. Lebih cerdik lagi menteri Cina, yang rata-rata mereka tidak beragama Islam pun. Mereka membeli bangunan dan menyewakan pada kaum mereka untuk berniaga. Ini adalah fakta. Lihat Plaza Lowyat dengan mata kepala anda sendiri. Walaupun mereka ini disokong oleh produk dari negara Tanah Besar China, Taiwan dan Singapura, tetapi apa yang perlu kita ambil, ialah inisiatif mereka yang realistik ke arah kemajuan.

Saya yakin, bukan semua orang Cina di Malaysia bijak-pandai. Mereka ada yang tidak sekolah tinggi pun, bahkan ada yang berlatarbelakangkan jenayah berat. Tetapi mereka berupaya menggunakan kekayaan atau pun dana mereka untuk memajukan diri mereka. Kita ambil contoh, bengkel motorsikal. Pemilik bengkel tidak tahu langsung cara-cara membaiki motorsikal. Begitu juga anak-anak pemilik bengkel itu. Tetapi, Yamaha tahu cara-cara itu. Dengan berbekalkan duit loteri, mereka memenuhi syarat Yamaha dengan membeli puluhan motorsikal dan membuat perjanjian dengan Yamaha supaya anak-anak mereka dilatih sehingga mahir.

Ya, kita tahu Yamaha bukan motor buatan Cina. Tetapi mereka sedang menuju ke arah itu. Ini baru cerita Cina di Malaysia, belum Cina komunis di Tanah Besar China di sana.

Kita? Melayu yang berasal di sini bagaimana? Mana ada Tanah Besar Melayu untuk menjamin ekonomi kita? Kalau ada pun, orang Arab yang seagama di Timur Tengah. Para pemimpin kita hari ini barulah nak sedar dan nak berurus niaga dengan Iran, UAE, Kuwait, Qatar dan lain-lain. Mereka harus bangun dari tidur mereka dan mereka juga harus berani untuk menunjukkan keindahan Islam serta menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam (terutama UK dan AS).

Jika kita tidak menyedarkan mereka yang senang-senang bersuka-ria dengan wang cukai kita, kitalah yang akan menjadi mangsa globalisasi. Sehingga hari ini, kerajaan UMNO ini masih menyalahlah kita dan mereka dilihat tidak akan berhenti selagi mana kita tidak menggulingkan mereka.

p/s: Apabila kita makin maju, makanan makin mahal atau makin murah? Jawapannya di tangan anda para pembaca. Jika anda tanam sendiri dengan air perigi, ianya tidak mahal dan tidak juga murah. Sebaliknya ia percuma.

Day 17 - The Real Well Of Wealth Project



Monday, April 13, 2009

Dajjal & Matawang Satu-Dunia


Are we headed towards a one world currency?

Hanief: Apakah ada banyak emas di bawah Masjidil-Aqsa di Baitulmaqdis? Apakah matawang satu-dunia ini berdasarkan emas? Apabila matawang dikawal, maka agama, kebebasan, kuasa politik, produk-produk dan lain-lain akan dikawal juga. Apakah akan ada perang dunia ketiga bagi melaksanakan matawang satu-dunia ini? Rasa saya, cukup dengan hanya menaikkan pemimpin boneka yang mampu melaksanakan projek besar ini. Kerana wang rasuah, kuasa politik UMNO dapat ditentukan. Jika taukeh judi yang memberi wang, maka taukeh judilah yang mencaturkan masadepan negara kita.

Sunday, April 12, 2009

Malaysia Akan Jadi Macam Thailand ?




BAGAN DATOH 12 April — Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Tentera Wataniah di semua kawasan parlimen - Zahid
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini. - Peristiwa 13 Mei
Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok dan beberapa wilayah berdekatan.

Pengumuman itu disiarkan melalui televisyen. - PM Thai isytihar darurat di Bangkok
Hanief: Hari ini, kita menyaksikan keadaan darurat di negara jiran iaitulah Thailand. Negara ini telah bergolak selepas kegawatan ekonomi membadai negara yang dahulunya dikenali dengan jolokan Siam.

Kejadian tunjuk perasaan yang melibatkan ratusan ribu rakyat Thailand kemas dan seragam dengan berbaju-T berwarna biru dan merah yang dikenakan oleh golongan pro-Thaksin (merah) dan pro kerajaan Abhisit (biru).

Ternyata kegawatan ekonomi sedunia ini akhirnya akan meragut kuasa kerajaan yang sedikit sebanyak berdosa pada rakyatnya. Mustahil sama sekali jika sesebuah negara itu menyalahkan Amerika Syarikat dan Israel 100%. Obama pun ada berkata, jika pemimpin sesebuah negara yang tidak mengainaya rakyat mereka atau pun menyalahgunakan kuasa serta wang cukai rakyat, barulah mereka boleh menuding jari pada Amerika Syarikat.

Keadaan ini ibarat seorang menteri yang sudah bersetubuh dengan pelacur kemudian tidak mahu lepaskan jawatan. Ia suatu dilema sebenarnya.

Hari ini juga, Menteri Pertahanan Malaysia yang baru, yang juga pernah menjadi orang pro-Anwar Ibrahim sekitar 1998 (kemudian dikenakan tindakan disiplin), akan menempatkan 500-1000 orang laskar atau pun sojar pada setiap kawasan parlimen. Itulah jumlah satu batalion. Duit cukai rakyat akan diperah demi mempertahankan kawasan-kawasan parlimen ini.

Tidak dapat dinafikan juga, kerajaan sedang membuang beberapa pekerja berkontrak seramai 10 batalion (10,000) pada Jun 2009 ini. Hahaha...


Nasib 10,000 Kakitangan Kerajaan Pada JUN 2009
God bless you and keep you DEMCAD, and all my brothers. I live in Orange County, and things are looking worse. Walmart is always sold out of rifle and pistol ammo. Many retail businesses large and small have closed while spaces remain empty. I've noticed people living in their cars. Tensions between socioeconomic classes are rising. Racial tensions are rising. There are few jobs to be shared between many applicants. People who were once merely discouraged are starting to become angry. - imchet
Lihatlah ulasan di atas yang saya ambil dari channel DEMCAD. imchet mengatakan ketegangan kaum di Orange County (selatan California) sedang memuncak. Di sini kita dapat pelajari apabila krisis ekonomi global melanda sesebuah negara, maka ketegangan kaum mudah terjadi.

Blog Archive