
Jiran sebelah, Nek Arah kata bau ayam kuat bila dibela.

Dulu arnab pun dia kata bau busuk.

Tapi bila dah masuk 14 ekor arnab, tak ada bau pun.

Tetapi jika najis arnab dibiar basah dan terkumpul, memang ada bau kuat.

Bayi pun, kalau dibasuh dan dijaga dengan baik, takkan busuk.

Jadi kalau cerita arnab, saya rasa jika orang malas sahaja yang akan punyai rumah arnab yang busuk.

Bab ayam, belum tau lagi. Tapi masa pergi MAHA 2000 dulu, memang ada bau satu barisan ayam, walakin ada pengalih udara (
ventilator).

Yang saya seronok bab pernternakan dan pertanian ini, ialah perkembangannya sangat memberi makna. Ia lebih seronok daripada menunggu
loading bar. Menuggu arnab, anak-anak arnab keluar lebih comel dari muka bos.

Ini kalau tunggu Ayam Kampung, dapat telur boleh buat sarapan pagi. Jam loceng boleh campak buang. Ayam akan tolong kokok (
crow).

Nanti boleh cuba baja tahi ayam dan bandingkan dengan pelbagai tanaman dengan baja arnab yang sedia ada. Boleh jual baja, rasanya? Hmm... Mungkin lepas tanah pasir keliling rumah bernutrien dahulu agaknya.

Siapa di sini tak pernah sembelih ayam? Saya pun tak pernah. Masa tingkatan 4 semua kawan berebut nak sembelih. Jadi saya jadi tukang cabut bulu sajalah. Hahaha...

Sekarang harga ayam dah melambung. Kalau masa 90-an, ayam 1kg boleh dapat RM4.50. Sekarang dua kali ganda. Nanti harga minyak naik, mesti cecah RM8.00. Hahaha... Tak tahulah Mamak nak caj berapa pada hidangan Roti Naan Ayam Tandoori.

Nek Arah ada tawarkan untuk pergi sama ke kampung dia, lihat anak saudaranya bela ayam. Bela pakai lampu, ada suntik entah apa ubat sampai 45 hari sahaja sudah besar. Khabarnya eksport sampai ke Jepun. Hahaha... kata Nek Arah, yang mana ayam daging kaki patah, dapat kepadanya. Tapi yang saya nak, ialah ayam asli. Suntik-suntik itu tentu ayam daging.

Sudahlah-sudahlah dengan makan 'ayam ubat' bertahun-tahun. Tiba masanya saya hormatkan anggota badan dengan benda asli.

Oh ya, saya paling suka buat pintu dalam banyak-banyak bahagian. Cabarannya tinggi, ketepatan mengukur amat diperlukan.

Ingat nak bikin tanggam, tapi takut patah pula. Lagi pun kayu-kayan mahal. Elok simpan daripada jadi mangsa tanggam gagal.

Akibat sibuk bekerja, semuanya disiapkan hingga tidak berpeluang menangkap gambar. Waktu pun sudah masuk Maghrib. Mujur ada lampu tumpu (
spotlight) membantu. Akan tetapi, kamera tewas dengan kegelapan malam.
p/s: Tak apa, apabila Ayam Kampung tiba nanti segala-galanya akan terserlah.