
Tutup jang, tutup.
Bagi yang tak tahu, saya dahulu merupakan juruteknik komputer. Seorang yang berperanan dalam menyelesaikan permasalahan komputer dari:-
- Hardware
- Software
- Networking
- CCTV
- Web, Bunting, Banner & Lanyard Design
- Audio & Video
Menyentuh tajuk hari ini, yang mana tentunya kaum Adam ingin tahu, saya akan menceritakan bagaimana perkahwinan masih tidak berjaya meredakan nafsu syahwat orang yang sudah berkahwin.
Dalam membaiki komputer, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan pelanggan yang dapat diketahui saya. Jadi, sebagai seorang juruteknik komputer kita hendaklah punyai sifat amanah yang tinggi dalam mengelolakan segala mak-nenek (aneka) dokumen di dalam komputer mereka.
Para pelanggan saya terdiri daripada pelbagai lapisan kaum. Dari segi umur, mereka majoritinya sudah bergelar suami. Mungkin orang muda tidak memerlukan khidmat saya, kerana bagi saya rata-rata budak Kuala Lumpur minat IT.
Berbalik pada tajuk. Porno satu benda yang berkaitan dengan seks. Jika di Internet, ia terbetik (terpapar) dalam bentuk teks (nukilan lucah), audio/podcast (audio lucah), video (filem lucah) dan imej (gambar lucah). Lebih pada itu, anda boleh ulas di bawah.
Kedatangan jalur lebar menyebabkan video dipilih bagi memuaskan nafsu si peminat porno. Video yang bersaiz besar dapat dimuat-turun dengan kadar yang pantas.
Namun, Streamyx yang lembab mutakhir ini membuatkan si pemuat-turun berebut kelajuan dengan sesiapa sahaja yang berada di rangkaian (network) nya.
Seperti biasa, jika ada permasalahan serangan virus atau pun spyware, khidmat saya diperlukan. Maka terpaksalah saya tanyakan pada pelanggan, "Encik, kalau tak dapat cuci virus ini, saya perlu format semula komputer ini. Ada tak fail yang encik mahu selamatkan?".
Lalu si pelanggan pun menjawab, "Eh, ada. Dekat sini, sini, mm... yang di sini pun dan kalau ada jumpa lagi macam di sini awak hubungi sayalah".
Tugas juruteknik komputer akan menjadi lebih rumit dengan permintaan seperti itu. Fail pelanggan diletakkan dipelbagai tempat. Ia kelihatan cuba disorok tetapi katanya penting dan berkaitan dengan kerja.
Setiba di rumah saya, didapati semua yang disuruh selamatkan tadi dijangkiti virus, spyware dan lebih memeranjatkan, fail-fail berkenaan ialah nukilan seks, imej lucah, ratusan video 3GP yang menjadi buruan anak muda kebiasaannya dan beberapa video 'kerja' lain.
Saya terus berkata di dalam hati, "Argh kena lagi pelanggan haram macam ni".
Apakah halal sekiranya saya bersubahat dengan pelanggan yang menyimpan video-video porno ini?
Buat pengatahuan pembaca, itu bukanlah kali pertama saya mendapat pelanggan sebegitu. Secara jujur saya katakan, porno adalah dadah kedua dalam masyarakat kita. Ada di kalangan saudara terdekat saya pun punya tabiat ini. Ya, mereka sudah berkahwin tetapi mengapa berperangai seperti bujang terlajak? Oh mungkin anak mereka?
Manusia yang bernama pelanggan ini tentunya ada yang celik komputer dan ada yang tidak. Antara kelicikan mereka yang saya ingati ialah:-
- Mereka menyorokkan bahan lucah di dalam beberapa folder. Berlapis-lapis.
Tetapi bodohnya mereka, jika ada orang menekan Kekunci Window+ F. Tentu dapat dicari dengan wildcard dalam beberapa saat.
- Mereka membuang extension fail tersebut.
Tetapi bodohnya mereka, jika ada orang heret fail tersebut ke MCP atau pun perisian pengesan extension fail.
- Mereka cuba membuangkannya sementara di dalam Recycle Bin
Kemudian restore (ambil semula) fail itu pabila gersang?
- Mereka zipkan fail tersebut, sekali dengan pengawasan kata laluan (password)
Tetapi bodohnya mereka jika ada orang punyai perisian menjejak kata laluan itu.
- Mereka muat-naik video lucah ke laman web penyimpan fail percuma 1GB
Tetapi mereka lupa memadam maklumat pelayaran ke laman web tersebut.
- Mereka burn video lucah ke dalam DVD
Tetapi mereka lupa memadam rekod video-video yang telah masukkan ke dalam DVD itu.
Ada banyak lagi teknik, malaslah saya ingin dedahkan semuanya nanti peminat porno bertambah licik pula.
Apabila komputer dihantar semula, ada pelanggan yang malu untuk bersemuka, kerana ada yang terlanjur cakap di telefon. Jadinya isteri mereka yang terima atau pun setiausaha peribadi mereka yang terima komputer itu.
Maka bermulalah perbualan yang memualkan.
"Apa masalah komputer ni dik?"
"Tak apalah cik/puan, dah selesai dah pun."
"Selalu sangat ke masalah macam ni?"
"Biasa saja."
"Biasa dik kata? Keluar gambar telanjang macam itu biasa ke?"
"Oh itu virus atau pun spyware".
"Apasal komputer akak tak ada keluar macam tu pun?"
"Pasal komputer cik/puan tak biasa dengan virus macam tu".
"Dik!"
"Ya, cik/puan".
"Dik ke yang letak virus tu?"
"Eh, mana ada. Sebenarnya..."
"Habis tu?"
"Sebenarnya, komputer ni kalau pengguna dia rajin layari laman web lucah mesti kena virus. Lepas itu komputer dia akan jadi perlahan".
"Oh, macam itu ke? Tak tau pulak akak. Tapi wallpaper siap Masjid Nabawi tu".
Lepas dapat cek, terus cabut. Segannya, berborak pasal bahan lucah dengan orang perempuan. Itu belum masuk cerita di mana saya menghantar komputer taukeh Cina yang mempunyai wallpaper perempuan telanjang.
Nak dijadikan cerita, setibanya di premis taukeh tersebut, pembantunya bertanya:-
"So how's the computer? Okay or not?"
"Okay, everything is okay".
"You wait ha, I call my him. Here, he's on the line, you talk to him"
"Hello Mr.X."
"Hello Hanief, how's my computer?"
"Ya, your computer is okay now."
"Can you switch it on let my assistant see?"
"What? Must switch it on ah? But won't she mind about your wallpaper?"
"Hahaha! You're very funnylah Hanief"
"Seriously?"
"Aiyah, you aa... Just let her check her things there lah."
"Okay then."
[Computer switched on]
"Sorry, but the wallpaper is not mine but his. It has been there since..."
"I know already. You so kaypoh lah you. Hahaha! Okay good all my files are here."
Apa nak dikata? Kita duduk dalam Malaysia yang mana orang-orangnya berbilang kaum dan macam-macam tabiat.
Saya ada bertanyakan pada ibu saya, "Mak, orang dah kahwin ni bukankah dia akan puas dan tak minat lagi dengan video lucah semua ni? Bukankah pintu nasfu dia akan terjaga?"
Ibu saya jawab, "Eh, itu terpulang. Ada orang yang suka nak ambil tahu, memang teringin dia nak tengok juga. Mak ada kawan yang tengok video lucah sama suami dia. Lagi dahsyat."
Saya pun tambah, "Mungkin kita kena buat macam di Iran, tak bagi peluang langsung untuk rakyat masuk laman web tak senonoh dan semua perempuan tutup aurat. Masa Hanief jalan di Tehran, terasa macam jalan dalam masjid. Tak ada peluang nak tengok skirt sana, skirt sini".
Saya tambah lagi, "Di Malaysia ini, kalau Hanief kuat iman pun, peluang menonton tetap ada. Jadi benteng nafsu di Malaysia kurang berbanding di Iran. Esok kalau Hanief ada anak-anak, ke mana nak di bawanya mereka itu? Kena pergi ke negara berbenteng macam Iran. Tapi yang pelik itu, orang Iran pula yang tergila-gila nak ke mari."
Ibu saya kata, "Macam itulah manusia tak nampak keindahan negara sendiri".
p/s: Sekarang saya ternak arnab. Tengok arnab mengawan tak apa kot?