Pada kali ini, saya bertekad untuk hanya memberikan makanan atau pun minuman pada ulat-ulat parkir.
Ya, saya bekerja di kedai komputer di Bukit Bintang kembali. Kali ini di mana-mana pun ada ulat-ulat parkir.
Keadaan ekonomi yang bertambah baik yang dilaporkan akhbar Utusan jelas hanya baik untuk kroni BN sahaja. Rakyat semakin merempat. Itulah hakikat pahit bagi rakyat kita.
Saya pelik, kenapa jumlah ulat-ulat parkir berbangsa Mamak semakin bertambah?
Mana dia Mukhriz yang merupakan Timbalan Menteri Pedagangan Antarabangsa & Industri?
Mana dia Mirzan yang baru beli kilang arak San Miguel di Filipina?
Mana dia Mohkzani yang menjadi tuan empunya Litar F1 di Sepang?
Mana dia Mahathir yang merupakan penasihat Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Proton dan PETRONAS?
Mana dia Khairy yang merupakan Ketua PEMUDA UMNO?
Mana dia Shahrizat yang merupakan Ketua WANITA UMNO?
Mana dia Menteri Sumber Manusia Subramaniam?
Secara logik, Mamak atau India selalunya akan berganding bahu lebih erat di mana-mana ceruk kawasan Malaysia pun. Saya telah meneliti perkara ini sangat lama. Malah di bangku sekolah pun, Mamak akan lebih berkawan dengan orang India dan begitulah sebaliknya.
Tetapi mengapa, ulat-ulat parkir Mamak ini semakin bertambah? Takkanlah Mamak pun kini dah jadi macam Melayu. Ada Mamak elit dan Mamak merempat? Mana Mahathir nak letak muka macam ini?
Semalam, saya didekati satu ulat parkir.
Ulat Parkir Mamak: Adik, boleh tolong abang tak adik? RM 1 saja.
Hanief: (Saya buka kunci motor, pakai topi keledar dan bawa keluar satu bekal berisi buah kurma)
Ulat Parkir Mamak: RM 1 saja, abang sini jaga motor. Mana-mana orang kacau motor, abang pukul dia. Itu kayu pun abang ada bawa. Letak dekat sana.
Hanief: (Saya hidupkan enjin motor dan berhasrat untuk beri makanan di hujung waktu. Maklumlah, ulat parkir ini kelihatan mabuk dan saya khuatir dia akan minta RM1 dua-tiga kali
macam ulat parkir tahun lepas).
Ulat Parkir Mamak: Adik, boleh tolong tak? RM1 saja. Abang jaga sini dari pagi sampai malam.
Hanief: (Hahaha.. aku sampai 9 pagi. Tak ada pun muka engkau? Aku kerja dari 9 pagi hingga 9 malam bukan buang masa beb! Di sebelah malam, aku bagi kena bagi makan 30 ekor arnab. Tukar air minuman arnab dan ayam. Bagi ikan makan palet. Beb! Hanief kerja sampai 12 tengah malam sebenarnya. Dia sudah susun strategi gila-babi untuk pergi Iran. Sebab itu dia buat semua kerja itu. Yang kau? Jaga parkir sini siapa suruh? DBKL? Along?)
Ulat Parkir Mamak: RM1 saja ada?
Hanief: Abang, duit saya tak ada. Saya baru kerja 23 September ini. Gaji pun belum dapat lagi. Makanan adalah. Makanan boleh?
Ulat Parkir Mamak: Makanan? Makanan apa?
Hanief: (Saya selak beg plastik untuk menampakkan bekas makanan berisi buah kurma).
Ulat Parkir Mamak: Apa tu?
Hanief: Buah kurma.
Ulat Parkir Mamak: Itu makan mana kenyang? Saya mau RM1 beli roti canai.
Hanief: (Oih! Pukimak lah macam tu. Dah bagi betis nak peha).
Ulat Parkir Mamak: RM1 saja.
Hanief: Saya ada ini saja. Saya bagi percuma satu bekas ini.
Ulat Parkir Mamak: (Kecewa dan mula beredar).
Hanief: Abang nak tak buah kurma ni?
Ulat Parkir Mamak: Tak payahlah.
Beza Ulat-ulat Parkir Serumpun
Bagi ulat-ulat Parkir Indonesia dan Melayu di depan Plaza Imbi saya bagi air mineral 1.5 liter berharga RM2.60 pagi dan malam. Bezanya mereka tidak menyenyeh mintak berkali-kali.
Mereka hanya tolong berhempas pulas mengalihkan motor-motor bagi membolehkan motor saya keluar. Mereka hanya tunggu motor saya keluar dan memandang dengan pandangan RM1. Hahah... Saya hanya berikan air mineral sebotol itu dan mereka ucapkan terima kasih. Kalau bagi duit, nanti dia beli dadah. Lantak sayalah nak bagi apa. Janji ikhlas.
Penunggang Motor Yang lain
Ramai penunggang motosikal lain tidak berikan apa-apa dan sanggup merisikokan motor mereka. Antara ayat yang biasa saya dengar, "Aku nampak motor ni ada calar ada usik sikit saja aku tak cari orang lain. Aku cari kau juga".
Amaran Keras Buat Semua
Hanief telah lama meneliti jurang perbezaan miskin kaya di Bukit Bintang. Ulat-ulat parkir yang mampu bekerja, cukup tulang empat kerat dan sempurna pancainderanya menjadikan Bukit Bintang satu tempat yang menjijikkan. Orang Putih kata eyesore (hodoh). Ia menghodohkan Bukit Bintang.
Saya memberi amaran pada pihak berkuasa di Bukit Bintang, termasuk dengan ahli parlimennya sekali. Saya berupaya mengumpulkan RM10,000 dengan gaji RM1,000 setiap bulan bermula bulan ini. Tiba PRU13 ia tentu cukup RM10,000. Saya akan menjadi calon bebas dan akan mewakili warga tercicir dan pekerja kuli di sekitar Bukit Bintang.
Semua ulat-ulat parkir ini akan saya gunakan sebagai jentera kempen. Nantikan kemunculan saya di Bukit Bintang pada PRU13. Saya akan perjuangkan peluang pekerjaan yang lebih berkesan, tempat penginapan khas para pekerja, cukai munasabah, gaji pekerja kuli yang munasabah, parkir umum luas lagi percuma, peningkatan kebersihan, pembasmian pelacuran, dadah, judi dan mewajibkan rondaan polis setiap hari (bukan pada hari VVIP saja). Lain-lain cadangan akan diterima.
p/s: Ada pondok polis, tapi tak ada polis. Apa kejadahnya tu? Ada orang kata, buka sahaja kotak derma nanti mesti ramai yang ingin mencukupkan RM10,000 itu. Tak apa, bakal ahli parlimen mesti berusaha sendiri. Baru jantan.