Malaysia : Tong Taik UMNO: November 2009

Monday, November 30, 2009

Kenapa Masih Streamyx ? Kenapa Tidak Potong ?

Taman Pelangi mana ada P1.

Sunday, November 29, 2009

Hutang (Pinjaman) & Ilmu

Dunia hari ini adalah dunia kapitalis. Orang yang punya wang atau pun modal (capital) maka dialah yang akan memiliki atau menguasai sesuatu rata-ratanya. Jarang-jarang ada benda percuma di waktu sekarang ini. Jika udara percuma mungkin iya.

Kita ambil contoh, ilmu. Ramai yang mempertikaikan tahap pendidikan saya. Kata mereka, saya hanya budak mentah. Tak matang dan hanya punyai kelulusan SPM. Dalam pada masa yang sama, mereka ini juga menanyakan beberapa soalan berkaitan IT. Bagaimana mahu buat itu dan mahu buat ini.

Jawabnya mudah. Tanyalah pensyarah. Saya bukan pensyarah. Pensyarah lebih bijak.

Apa dia? Di universiti semuanya kena cari sendiri? Ilmu harus dicari sendiri? Atau pensyarah itu kurang ilmu? Atau pun pensyarah itu kurang ikhlas? Atau mungkin kurang gaji barangkali?

Bila gaji kurang, keikhlasan pun kurang. Bila keikhlasan kurang, para pelajar kena cari sendiri?

Berapa banyak wang yang telah diambil pinjam dari PTPTN untuk belajar dengan pensyarah seperti ini? Sudah habis bayar atau belum?

Nah, hari ini soalan IT ditanyakan pada budak lulusan SPM? Bagaimana itu dan bagaimana ini?

Bukanlah bongkak. Bukan juga kedekut. Cuma budak lulusan SPM mahu menguji minda budak univerisiti dan para peminjam yang lain.

Mahu saya jawab soalan IT tadi? Bagaimana itu dan bagaimana ini? Saya caj RM30,000.

Mahal?

Ambillah pinjaman. Sekarang saya jadi pensyarah pula. Dengan ilmu dari soalan IT tadi mungkin pelbagai perniagaan boleh didapati. Sesetengah kemahiran mahal bukan? Tambah-tambah lagi jika tiada satu pensyarah pun yang mengajar kemahiran yang dimahukan. Bilang mereka, carilah sendiri.

Apa akan jadi, jika para pensyarah yang tidak menyampaikan kemahiran itu terus kekal? Mesti para pelajarnya terus bebal atau tumpul akal.

Apa akan jadi, jika universiti ambil orang yang punya kemahiran, keikhlasan dan keupayaan untuk berkongsi ilmu yang jitu atau yang sebenar mengikut kehendak pasaran. Saya percaya akan ramai para pelajar mahu masuk universiti itu.

Jika diamati, seseorang yang berkemahiran tinggi itu sebenarnya sedang bermain dengan dunia sebenar. Insan yang dimaksudkan bukanlah semata-mata mengajar, tetapi turut juga berkecimpung dalam arena sebenar. Baik dari sudut perniagaan mahupun penyelidikan. Penggabungan itu akan memantapkan lagi pengalaman insan tadi.

Jadi jika kita ada pensyarah yang luas pengalaman seperti itu, juga sedang bermain di lapangan sebenar. Mesti dia bakal melahirkan anak didik yang begitu hebat sekali. Kita tak mahu pensyarah yang hanya suruh para pelajarnya cari sendiri. Bagi saya lebih baik pensyarah seperti itu balik tidur di rumah dan jangan datang-datang lagi. Menyusahkan budak lulusan SPM sahaja.

p/s: Memang banyak universiti swasta yang mantap pembelajarannya. Kerana bila ada duit, maka pensyarah yang hebat dapat ditarik. Tetapi bukan semua. Kadang-kadang hanya hebat pada iklan atau font sahaja. Apa yang nyata, Internet memang berjaya meleraikan budaya memperdagangkan ilmu ini. Banyakkan ilmu percuma menerusi Internet? Tak payah ambil pinjaman?

Saturday, November 28, 2009

Bos Cerita Singapura & Thailand

Bos: Nanti itu Citibank mau tambah mesin lagi.

Budak Indonesia: Berapa banyak?

Bos: Satu building loh!

Budak Indonesia: Wuish?!

Budak Kelantan: Setiap tingkat lagutu.

Bos: Itu dia punya Singapore bos, mau kasi masuk satu building.

Hanief: Wah...

Bos: Kasi sign contract. Mesin pun masuk.

Hanief: How's Singapore now ah bos? Okay already?

Bos: You don't have to ask one.

Bos: They are not like us.

Bos: Our country talk a lot. Politic a lot.

Bos: To talk and walk the talk are two different kind of things.

Bos: They work hard. Like me I work hard also.

Bos: You see, people are not interested in your problems.

Bos: People want only the best. Whatever problem you have, take it with you.

Bos: Everybody has their own problems. Job is job.

Bos: Singapore went up first, then followed by Japan.

Bos: Asia is gaining now. You see now US is taking loan from China, Japan dan Taiwan.

Bos: Taiwan pun bagi Amerika duit pinjam loh!

Budak Kelantan: Taiwang?

Bos: Ya, you ingat apa? Taiwan sana dia jual itu wafer chip, satu dunia punya.

Hanief: Ya, IT punya barang.

Hanief: Dulu kabel putus pun dekat Taiwan juga.

Bos: Ya mah.

Bos: Suka tak suka, dalam Asia semua orang mesti dengar cakap itu Lee Kuan Yew.

Hanief: Really ah?

Bos: Ya!

Bos: All the investors tanya mana mau bikin itu kilang mesti mau panggil Lee Kuan Yew minta pendapat. Itu China pun ada panggil Lee Kuan Yew. Very powerful loh dia!

Bos: You tengok semua kilang sekarang labur di Thailand.

Bos: Tengok Nestle, dulu Malaysia. Sekarang Thailand.

Bos: Tengok Wall's aiskrim, dulu Malaysia. Sekarang Thailand. Indonesia pun ada.

Budak Indonesia: Iya?

Bos: Itu Toyota, dulu sikit lagi mau bikin kilang yang terbesar punya di Asia. Dia mau bikin di Malaysia. Tapi lepas itu bincang-bincang last minute, government campur-campur. Cancel.

Bos: Thailand panggil Toyota. Kilang pun dibuat di sana. Honda pun ada sana. Banyak lagi. Itu kilang yang bikin sport rim Proton.

Hanief: Aha?!

Bos: Pun pergi Thailand.

Budak Kelantan: Tapi negara dia bergolakkan? Kucar-kacar dok?

Bos: Mana ada. Itu bawah sana saja. Sempadan itu. Atas semua OK.

Bos: You tau dulu ada satu budak dari Sekinchan bikin itu thumbdrive panggil Pendrive.

Bos: Dia sekolah banyak pandai. Tapi tak ada wang punya pasal. Dia minta sama kerajaan. Tapi tak dapat.

Bos: Lepas itu dia pergi Taiwan. Terus jadi expert. Itu kerajaan panggil dia balik. Dia senyum saja. Dia ada pulang Malaysia derma RM500,000.00 sama dia punya sekolah Cina.

Hanief: Wah...

Bos: You bayangkan, dia umur 30 lebih saja.

Budak Kelantan: Banyak rugilah Malaysia ini macam.

Bos: Itu dulu ada seorang India pun pandai juga. Mau buka kilang di Malaysia. Tapi itu kerajaan suruh dia pergi sana. Lepas itu sana punya orang suruh pergi sini. Lama-lama dia cakap, "Stop!". Thailand sponsor dia. Kilang pun buka sana.

Bos: Kita semua ah, tak boleh lari loh dari itu graf, turun naik punya barang. Mesti ada bagitau sesuatu punya.

Bos: Ini dulu kilang Western Digital dekat sama kita ini, sikit lagi mau tutup loh. Mau pindah Thailand sudah. Tapi tak tau apahal dia masih dekat sini.

Hanief: Ramai orang kerja kilang. Kalau kilang semua lari, gaji pun tak keluar lagi.

Bos: Mesti. Malaysia kena hati-hati, kalau tidak kita semua banyak susah loh.

Bos: Woh. Masa sudah sampai. OK, jom mari kira.

Friday, November 27, 2009

Apabila Akhbar ( NSTP ) Memfitnah


Court orders NSTP to pay RM100k to Anwar

Baru-baru ini akhbar NSTP kalah dalam kes mahkamah. Kes tersebut berkaitan berita fitnah ke atas Anwar Ibrahim yang disiarkan NSTP. Pemimpin Pakatan Rakyat itu menang RM100,000.

Ini suatu perkara serius yang perlu kita ambil pusing. Sejak saya menulis blog yang menyentuh hal-hal politik, ramai di antara para pembaca mengatakan saya sepatutnya percayakan media arus perdana dan jangan percayakan Internet dan blog picisan.

Media arus perdana seperti NSTP? Di Malaysia, semua media hampir semuanya dikuasai oleh satu syarikat. Tidak akan keluar satu berita sekiranya tiada kata putus dari ketua syarikat. Bukan?


Malah apabila dibaca atau pun ditonton (berita), semuanya senada dan seagenda. Sebab itu banyak beritanya membosankan, melainkan berita luar negara dan berita sukan.

Apa yang saya khuatir ialah, sekiranya media arus perdana ini pernah dan sedang menipu dalam perkara yang lain juga. Terutamanya hal-hal berkaitan ekonomi dan kesihatan negara kita.

Apa yang dibaca di dalam akhbar (berita ekonomi) jelas sekali berlawanan dengan reaksi dan keluhan rakyat di bawah ketika ini. Anda boleh cuba sendiri dengan turun ke bawah dan bersembang dengan rakyat terbawah ini.

Paling terbaik, anda lakukan seperti saya. Ambil satu posisi kerja kuli dengan syarikat kecil. Dalam blog ini pun ada pos yang berkisarkan peluang pekerjaan bawahan. Inilah saja caranya. Sendiri rasa, sendiri tahu. Apabila dibandingkan dengan berita, jauh berbeza, jauh berbatu.

p/s: Akankah NSTP terus menipu dan mengkayakan Anwar Ibrahim dengan lagi satu RM100,000 ?

Harga Windows 7 di Malaysia

Peluang Pekerjaan di GIANT Klang , Selangor

GIANT Klang memerlukan pengawal keselamatan.

Peluang Pekerjaan di Nitritex , Selangor

Saya kurang pasti di mana. Anda perlu dapatkan maklumat dengan membuat panggilan telefon.

Peluang Pekerjaan di Seksyen 16 , Shah Alam

Kilang plastik PAC Worldwide Asia Sdn. Bhd.

Baiki Motor di Jalan Pasar

Deposit dah 2 kali bayar. Tapi apa-apa resit pun tak boleh beri. Saya tangkap gambar saja.

Syarikat Kean Nam , Jalan Pasar.

Thursday, November 26, 2009

Buku Yang Mahathir Tak Mahu Rakyat Beli

Wednesday, November 25, 2009

Peluang Pekerjaan di Petaling Jaya

Kilang SATO, Petaling Jaya.

Jelas Sekali NSTP Sebar Fitnah !

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002. - NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar
Hanief: Siapa pernah kerja NSTP di sini? Hahaha... Hari Jumaat ni saya akan selenggara mesin air di NSTP. Saya nak tanya apa pendapat mamat-mamat dekat situ. Hahaha...

Monday, November 23, 2009

VIDEO: Bala Muncul Semula | Kes Altantuya


Ringkasan Kes Altantuya | Sehingga 06 JULAI 2008


Balasubramaniam Diugut Atau Dirasuah ?


The Bala Interview Part 1 of 3

Kes Bukit Antarabangsa : Kerajaan Pusat Bantah

Kerajaan Selangor membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya. - S'gor batal dedah tragedi Bkt A'bangsa


Tanah Runtuh - Bukit Antarabangsa

Hanief: Kerajaan pusat bantah? Siapa kerajaan pusat ni?

Sunday, November 22, 2009

Arnab Beranak & Menyusu Automatik Lagi




Hanief: Ya, jumpa-jumpa sahaja anak arnab sudah sebesar 1 bulan saiznya. Kedua-dua ibu dan anak arnab ini saya kurungkan selepas mereka didapati basah-basah ditimpa hujan.

Saturday, November 21, 2009

Google Chrome OS

Google Chrome OS


Video demo of Google Chrome OS, Taken At Mountain View Debut

Hanief: Google tak main offline OS. Semuanya online. Ini kalau TMnet Streamyx masih sangkut-sangkut, Google Chrome OS tak akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia rasanya.

Friday, November 20, 2009

Nasihat Saya Pada Orang Kaya Bukit Antarabangsa

Bantuan kewangan bulanan RM1,000 yang dihulurkan oleh kerajaan Selangor kepada setiap keluarga mangsa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa akhir tahun lalu, adalah tidak mencukupi.

... "Mereka sekarang menyewa rumah di Ampang, sekitar Taman Bukit Perdana, Apartment Beverly Heights dan Taman Tun Abdul Razak. Mereka perlu belanja untuk sewa rumah antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Jumlah RM1,000 itu tidak cukup," jelasnya. ... - Bkt Antarabangsa: Bantuan RM1,000 sebulan tak cukup
Hanief: Jelas sekali kekayaan boleh ditarik olehNya. Kita harus berani turun jadi orang miskin atau pun bersama orang miskin. Merasai penderitaan mereka bak puasa di bulan Ramadhan.

Saya yang bergaji RM835 pun tak bising. Ya, hari ini saya bujang. Nanti mungkin akan berumah tangga. Siapa kisah dengan gaji kecil ini?

Jadi, kepada para pembaca dan penduduk Bukit antarabangsa, lihatlah negara anda sendiri dengan fikiran yang rasional. Tinggalkanlah kawasan mewah itu. Duduklah di kawasan perumahan murah.

Bukit Antarabangsa, sewanya mahal. Menyewa tidak membawa erti jika tidak diakhiri dengan pembelian. Sewa senang meningkat harganya. Usahlah berlagak kaya. Kalau banyak hutang mengaku saja. Ukurlah baju di badan sendiri. Ingatlah orang tersayang. Kalau orang itu seperti Rosmah yang gila shopping, tentu anda tahu apa langkah seterusnya.

Musibah tak kenal masa. Binalah diri kita dengan hati yang tawadhu'.

Wednesday, November 18, 2009

Gambar Menerangkan | PPSMI

Jika seorang guru tidak fasih berbahasa Inggeris?

PPSMI

PPSMI

PPSMI

Bakal pemimpin?

What is this?

Rasuah = Malaysia


Rasuah Semakin Parah di Malaysia


Cakap Tentang Rasuah = Batuk


Politik Wang | Rasuah Memang Budaya UMNO


Ali Rustam & KKN Mahataik

Tuesday, November 17, 2009

50 Sen Ciplak & Harga Gula Akan Naik Harga

Ciplak (kanan) dan tulen (kiri).

Ciplak (kanan) dan tulen (kiri).

Darian: Why it cannot receive huh?

Hanief: Nevermind, leave it there. What drink you want?

Darian: Cincau.

Hanief: Here you are.

Darian: Thank you.

Budak Kelantan: Kenapo dio tu? Duit tendang?

Hanief: Semua syiling dia boleh masuk. Tapi 50 sen ni saja.

Budak Kelantan: Ini duit tipu ni.

Hanief: Ha? Syiling palsu?

Hanief: Corak dia bukan main detail lagi.

Budak Kelantan: Cuba rasa berat dia. Ada lain sikit.

Hanief: Yalah. Ada rasa macam ringan sikit. Besi dia macam tak padu. Campur aluminium kot?

Darian: What's wrong?

Hanief: This 50 cents is a counterfeit coin. How can I say, erm.. it's not real, not genuine. It's a fake one. That's why the machine rejected it.

Darian: Owh!

Darian Mom: Fake coin ah?

Hanief: Yup, conterfeit 50 cents. This machine will reject dirty, counterfeit and damaged coin.

Darian Mom: I see. The machine can recognize it ah?

Hanief: Definitely.

Hanief: Mana datanglah syiling palsu ni?

Budak Kelantan: Indonesia ni.

Hanief: Ye ke? Ingatkan Afrika.

Budak Kelantan: Afrika tak main syiling. Dia main dolar, baru ada kelas.

Hanief: Hahaha... Syiling lain 20 sen? 10 sen?

Budak Kelantan: Tak dok. Semua 50 seng je.

- - - - - - - -

Bos: Hey I'm going to stock some sugarlah. How leh? Boleh muat ka?

Hanief: Why?

Bos: Tahun depan gula naik harga RM1.00 loh! Mesti naik punya. Every Chinese New Year. Sure one!

Budak Kelantan: Gilo naik RM 1.00. Habis ni, teh tarik nok jadi hargo berapo?

Hanief: Biar betul.

Hanief: Where did you got this info? Already in the news?

Bos: No, no yet.

Hanief: Robert Kuok sure making money this time. Hahaha...

Bos: Nolah! This is global one. Even the government isn't related to this price hike.

Bos: If they care, they will subsidize itlah. That's all.

Bos: You can see in the Internet all the current prices. Sugar lah, milk lah and some other stuffs like coffee.

Hanief: What about the Chinese newspapers?

Bos: No, no news at all.

Hanief: Then? You just predict it?

Bos: Of course loh. Our business requires sugar everyday, what? Those 'ingredients' machines. You have to fill in the sugar everyday in the canister, what?

Hanief: Ya, you are right!

p/s: Apabila duit syiling palsu 50 sen dan tulen itu dijatuhkan ke atas lantai, syiling yang tulen lebih berdesing.

Monday, November 16, 2009

Masalah Depan Mata Yang Pemimpin Buta

  • Kesesakan Jalanraya - Bila sesak orang nak berniaga pun susah. Semua lambat.

  • Internet lembab - Semua orang tahu. Fuck TMnet!

  • Jerubu - Rakyat senang sakit. Pakailah topeng macam orang bodoh.

  • Jalanraya berlubang - Tambah risiko penunggang motor temui maut

  • Lampu-lampu jalan tak menyala - Sama juga seperti di atas

  • Masalah kekurangan parkir - Orang sukar berniaga dan buang masa (double parker).

  • Pengangkutan awam teruk - Rakyat balik lambat. Tekanan pada rakyat.

  • Tiada gaji minima seperti UK - Menjadikan gaji rakyat Malaysia sama dengan pendatang.

p/s: Cukai berbilion-bilion tapi? Ke mana ia pergi? Tidak pulang kepada rakyat? Ter'fuck' dalam poket kroni?

Minta Maaf Pada Bapa Saudaraku

Semuanya sebab internet yang lembab. Tiga buah komputer yang dihantar pada hari Ahad gagal disiapkan pada hari itu juga. Nasib baiklah saya telah ada kerja baru dan meminggirkan apa jua mengenai IT. Kecuali bab tolong-tolong saudara sendiri. Itu sebab, saya terima juga tiga buah komputer tadi.

Saya sudah lama bosan dengan perkhidmatan jalur lebar Streamyx. Tak guna pun, jika mereka naikkan kelajuan jalur lebar itu ke 100Mbps, jika ia masih tidak stabil. Kelajuan tidak akan dapat dinikmati jika ia tidak stabil.

Bayangkan malam pertama si teruna menghayun laju, akan tetapi batangnya tidak stabil. Sekejap masuk, sekejap terkeluar. Mesti pasangannya naik angin satu badan. Nah itulah perumpamaan melampau dan gila ketara bagi orang-orang yang buta IT untuk memahami masalah dinosour ini.

Macam biasa, apabila kita reformat komputer, tentulah driver baru perlu dimuat-turun. Tambahan pula bapa saudara saya tak beri pun CD driver. Memuat-turun driver dari Internet bukanlah satu perkara asing dalam dunia juruteknik komputer. Kita bukan lagi berada pada tahun awal 90-an di mana semuanya bergantung pada CD semata-mata.

Driver komputer HP itu terpaksa dicuba muat-turun dari pelayan (server) HP China, Korea, Singapura... tetapi semuanya terputus. Ada yang ditengah-tengah 50%, 76% dan 95% pun ada. Menyirap tak menyirap?

Nak harapkan pelayan Malaysia dan AS, tiada sebarang driver. Yang tinggal hanyalah perincian di bahagian produk dan perkataan jelik Discontinued product.

Saya berhempas-pulas, dari pagi sampai ke malam. Jadual hari Ahad musnah. Sial punya TMnet. Macam mana nak buat business kalau Internet macam haram? Sebab itu saya jatuh cinta pada pertanian dan penternakan.

Nak IT, pergilah ke Jepun atau mana-mana negara dunia pertama (negara maju). Nak harap MSC? That acronym stand for Macam Serupa Cibai (MSC).

Apa seterusnya? Saya pun padamkan login ID Streamyx di router. Biar tak ada Internet terus. Sebenarnya Internet dikongsi juga bersama bapa saya. Bodohnya dia, apabila semua benda yang dibaca, ditonton, dilihat akan dimuat-turunnya. Mana tak bertambah lembab Internet?

Video YouTube yang kita tengok sebenarnya dah ter'download' atau ter'fuck' di dalam temporary folder. Apakejadah nak download lagi? Saya dah ajar bapa saya supaya salin sahaja video yang telah ditonton di temporary folder, agar dia tidak hog Internet dengan aktiviti download benda sama 2-3 kali. Ngok gila?!

Itu belum masuk bab cerita artikel di blog dan laman web lain. Semua dia "Save Page As". Harddisk 500GB yang telah ditampar masuk dalam PC dia pun penuhlah. Dah ada broadband pun masih nak baca offline kah? Kuno gila, dia ingat ini zaman dial-up kah? Orang jenis ini mungkin memang suka menyimpan. Sebab dulu dia kerja simpan duit orang dekat bank. Kerja Bank Islam, mana taknya :P

Jadi mungkin terbawa-bawa sikap itu. Buah-buahan dalam peti sejuk pun akan dijerukkannya. Tak percaya? Datanglah ke rumah dan buka peti sejuk kami. Anda akan terkejut. Dah semua benda nak disimpan? Tak tahu mana satu dah expired. Apa nak dikata?

Jadi bila Internet dah tak ada, dia pun gelabah. Tiga biji komputer adik dia sendiri tak dapat dibaiki. hah? Baru reti? Lagi satu, bapa saya dah jadi macam anak bos saya. Apa dia? Gila Facebook. Saya tak adalah nak gila benda-benda ini semua. Maybe I just sign-up an account and then slap a Magibon pic as the profile picture. The main objective is just to promote my MalaysiaNews vids. Gambar cun, hari-hari ada mamat request. Minah pun adalah juga esp. yang se'species' dengan Magibon. Nama dia Cici kot? Banyak saya add, tapi tak kenal pun. Lantak kau oranglah. Hahaha...

Hari ini, apabila saya pulang balik kerja, ada nota atas papan kekunci menyatakan, orang TM datang repair Internet. Lucu gila.

Tapi peliknya bagaimana bapa saya desak orang TM supaya datang rumah? Sebelum ini kalau nak panggil orang TM, kena tunggu giliran hingga masuk seminggu. Mesti ayat "Saya nak cakap dengan bos kamu" keluar. Hahaha... Satu hari sahaja orang TM datang. Apakah ini satu perubahan besar?!

Tahu apa orang TM buat? Dia hanya bikin direct connection. Router D-Link dipisahkan. baru kejap tadi, saya periksa semula router itu, saya dapati login ID Streamyx masih kosong. Bodohnya? Orang TM ambil mudah dalam menyelesaikan masalah. Nanti kalau orang nak guna router, tak ada Internet? Hahaha...

p/s: Hari ini saya sudah tercakap KL. BI dan BM campur. Nasiblah dah duduk dalam...

Negara dunia ketiga,
Internet lembab,
kita ada Mat Sembab
dan Najib Altantuya.

Hahaha... Masalah ini tak akan selesai. Sebab kalau Internet stabil, pembangkang dan geng-geng Anwar Ibrahim akan mengusai Malaysia. Baru keluar berdebat, orang dah suka. Belum ada satu siaran TV lagi. Silap besar si BN kalau bikin Internet jadi stabil. Sure TV tak laku.

Thursday, November 12, 2009

Utusan Malaysia VS Berita Harian | Siapa Lebih Putar Alam ?



Hanief: Pembayang? Payung.

Peluang Pekerjaan di Jalan Ipoh , Kuala Lumpur

Kah Bintang Auto , Jalan Ipoh Kuala Lumpur


Besarkan Peta

Hanief: Kepada yang berhajat, bolehlah klik gambar di atas dan berkunjung ke Kah Bintang Auto. Ia terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh , Kuala Lumpur.

Wednesday, November 11, 2009

Anwar & Raja Petra Lepas | Mungkin Sebab Deepak ?

PETALING JAYA 11 Nov. — Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata, perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

"Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan,” kata Rozina. ... - Raja Petra lepas tanpa bebas tuduhan menghasut
KUALA LUMPUR: The then Anti-Corruption Agency (ACA) investigations into the allegations that former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had masterminded 20 master accounts running into RM3bil showed them to be “baseless and unsustainable.” - ACA cleared Anwar over master account allegation (Update 3)
Hanief: Kedua-dua petikan di atas menunjukkan Anwar Ibrahim dan Raja Petra terlepas.

Tentang Anwar Ibrahim, kes beliau berkaitan akaun berisi RM3 bilion merupakan tuduhan yang tidak berasas. Lihatlah pembaca semua! Kalau insan ini telah dituduh meliwat sehingga 2 kali (1998 & 2008) dan ini pula cerita akaun berisi RM3 bilion. Tentulah kita tahu siapa yang jahat.

Anehnya, semua ini menyebelahi pihak Anwar Ibrahim dan Raja Petra setelah artikel berkaitan Deepak Jaikishan disiarkan. Kepada yang tidak tahu, artikel-artikel di Malaysia Today itu menceritakan bagaimana Rosmah memiliki lelaki simpanan berketurunan India (Utara) yang tampan bagi memuaskan nafsu.

Masih ingat peristiwa ini? Ini tanda-tanda kecil barangkali.

p/s: Pak Hitam tak nak ke? Akon? Bila badan berisi, nafsu pun melonjak-lonjak. Ajak-ajak puasalah Rosmah. Hahaha...

Monday, November 9, 2009

Program Inkubator Usahawan Belia Tani

BESUT 8 Nov. - Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) akan diberi peruntukan tambahan bagi menarik lebih ramai penyertaan golongan muda dalam sektor pertanian negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, penambahan peruntukan tersebut dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti.

Katanya, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM4.6 juta untuk program berkenaan dan perbincangan untuk menambah jumlah berkenaan akan dilakukan.

"Menjadi hasrat kerajaan untuk menarik minat usahawan tani muda kerana dalam masa yang sama mereka boleh membantu kerajaan mengurangkan import bahan makanan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil kepada 45 peserta Program Inkubator Usahawan Belia Tani 2009 di Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, di sini, baru-baru ini.

Mengenai masalah kekurangan modal, beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan TEKUN bagi membolehkan peserta yang lulus program berkenaan layak diberi jumlah pinjaman tertentu sebagai modal.

"Masalah ketiadaan tanah untuk dijadikan tapak penanaman pula, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri sekiranya mereka boleh menyediakan kawasan tanah terbiar kepada peserta kita untuk diusahakan," katanya.

Pihaknya juga menyarankan usahawan tani membentuk pakatan sesama sendiri bagi membolehkan pengumpulan hasil pertanian untuk menjamin bekalan berterusan dan konsisten jika ingin menembusi pasaran pasar raya.

"Peserta juga mendapat kerjasama baik daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari segi pemasaran, jadi kita harap mereka dapat menjaga kualiti produk yang dihasilkan bagi memastikan produk mereka dapat sambutan," katanya. - Program IUBT diberi peruntukan tambahan

Mohon masa bulan September 2009 lepas.

Dalam bulan ini ada temuduga. Nak tanam cili pun ada temuduga.

Hanief: Saya tak kisah kalau tak dapat. Pergi ke ladang-ladang pun kita boleh tanya saja macam mana nak tanam cili secara komersil. Sebelah ladang cili, kita bela arnab nanti. Dapat baja tahi arnab, cili pun melebat. Lepas itu kita panggil anak-anak muda bekerja di ladang. Kita maksimumkan gaji mereka. Bos atau kuli gaji kena sama. Kemudian barulah kita dapat kurangkan pekerja asing. Dari situ kita boleh dakwah budak-budak muda untuk menentang rasuah dan untuk mempertahankan tanah-tanah pusaka yang mereka miliki. Ada banyak lagi idea. Nanti saya beritahu lagi.

Sunday, November 8, 2009

Laman Web H1N1 Kementerian Kesihatan Tidak Berfungsi

Kemaskini 19:03,

Emel juga gagal. Minta sesiapa hubungi si Saparudin ni pada hari Isnin. Hahaha...

Apabila capaian H1N1 itu diklik, ia menuju ke http://h1n1.moh.gov.my/

Anda akan dapat halaman seperti ini. Apa dah jadi? Apakah Malaysia sudah bebas H1N1?

Suapan RSS pun gagal.

[ Administrative Contact Code: DCA029047 ]
Hj. Saparudin Hj. Shaari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Aras 5, Blok E7, Parcel E, , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Wilayah Persekutuan
Malaysia
saparudin@moh.gov.my
(Tel) 03-88833199
(Fax) 03-88833380 - Whois My
Hanief: Kalau nak telefon mereka hari ini, mereka pun cuti. Hari Ahad kakitangan kerajaan tidak bekerja. Jadi saya emelkan mereka sahaja. Saya percaya pelayan bagi laman web mereka masih berfungsi. Cuma kandungan bagi laman web H1N1 sahaja tidak berfungsi.

VIDEO : Kelantan 1 - Negeri Sembilan 3 | Piala Malaysia


perlawanan akhir TM piala malaysia kelantan vs negeri sembilan 1 - 3

TV3 : Seks Rambang Pak Hitam | Perempuan Melayu


Perempuan Melayu & Warga Asing

Hanief: Mengikut kata beberapa pengunjung blog ini, blog ini telah terpapar dalam TV3 (Buletin Utama, 07 November 2009) Rupa-rupanya ia merupakan satu masalah negara. Dahulu saya ada tulis mengenainya di sini.

p/s: Untuk menonton video di laman web TV3 anda perlu mendaftar. Bagi yang malas, anda boleh pinjam kata pengguna dan kata laluan di bawah:-
Username: gingerbond
Password: qwerty

Pengangguran Tertinggi di Amerika Syarikat Sejak 1983


Pengangguran di Amerika Syarikat Tertinggi Sejak 1983

Hanief: Haaa... di Amerika Syarikat, dah jadi pengangguran yang tertinggi sejak 1983. Maknanya ada pengangguran yang lebih tinggi daripada hari ini sebelum tahun 1983. Apa pun, bagaimana dengan nasib ekonomi negara kita?


Bukankah negara kita memiliki Amerika Syarikat sebagai rakan niaga kedua terbesar? Juga Singapura sebagai rakan niaga pertama? Singapura ini ditaja siapa kalau bukan Amerika? Bendera kita pun mirip Amerika. Bagaimana dengan nasib ekonomi kita nanti? Siapa yang nak teka ni? Hahaha...


Ahmadinejad: The American Empire Will Soon Collapse

Nampaknya pemimpin Iran, Ahmadinejad berkata benar? Katanya Amerika perlu menghadkan campur tangan, hanya di sekitar negaranya sendiri. Kerana Amerika atau pun kerajaan puak Zionis yang berpusat di Amerika akan hancur.


Unemployment at 10.2% (17.5% U6); Half of American

Saya selalu tonton video si DEMCAD. Dia mungkin dilihat seperti sedang cakap berseorangan. Tetapi apabila ada agensi berita tempatan melaporkan benda yang sama. Maknanya DEMCAD memang berkata benar. DEMCAD seorang warga Amerika Syarikat.


the Recession is Over???

Begitu juga dengan si drinkingwithbob. Setiap videonya saya tak pernah terlepas tonton. Walaupun ada yang sensitif tetapi ia merupakan pendapat dari seorang lagi warga Amerika Syarikat. Video di atas menceritakan kelembapan ekonomi tidak berakhir bagi rakyat tetapi hanya berakhir bagi pemodal besar.

p/s: Memang betul-betul berlaku kegawatan ekonomi ini bukan?

Friday, November 6, 2009

Black Devil | Rokok Baru

Semuanya hitam. Nanti paru-paru pun sekali ikut hitam.


Pagi tadi Budak Kelantan beli rokok baru. Dia tertarik dengan nama dan bungkusan rokok itu. Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, bagaimana Belanda berjaya dalam menarik golongan muda mencuba rokok mereka.

Bukan itu sahaja, perisa rokok itu terdapat dalam 3 perisa:-
  • Vanilla (yang di beli Budak Kelantan)
  • Ros
  • Chocolate
Komen si Budak Kelantan, rasa rokok itu tidak seberat mana. Ia ringan. Rasa Vanilla yang dijanjikan juga tiada. Tetapi hanyalah baunya sahaja.

Habis baju saya berbau Vanilla hari ini. Walaupun saya tak hisap rokok, saya tak marah si Budak Kelantan kerana dia 10 tahun tua daripada saya dan dia hisap di tempat terbuka. Kena guna psikologi juga kalau nak nasihat. Tapi masa pulang tadi, kena juga sedas nasihat dari saya.

Tatkala ingin meletakkan kembali van ke tempat asalnya, saya ternampak sepapan Panadol dan rokok Black Devil Budak Kelantan tertinggal di depan stering van. Saya ambil kedua-duanya, lalu berikannya pada Budak Kelantan sambil saya berkata "Eh Abang, ada 2 barang tertinggal lagi. Nah, satu ubat dan satu racun".

Saya, Budak Kelantan dan Budak Sabah gelak terbarai.

p/s: Kata si Mamak restoran, rokok ini baru sebulan keluar.

Thursday, November 5, 2009

Apa Yang Saya Buat Sekarang ?

  • Saya sedang kumpul duit untuk biakkan arnab dan ikan di rumah.
  • Saya sedang kumpul duit untuk sewa/beli tanah sendiri bagi tujuan ternakan.
  • Saya sedang bekerja selenggara mesin layan diri yang menyihatkan badan.
  • Saya sedang meminggirkan bidang IT seketika di kala kegawatan ekonomi ini.
  • Saya sedang belajar bahasa Parsi
  • Saya sedang meninjau negara luar yang bermatawang tinggi untuk saya memburuh dan mendapatkan pendidikan bertaraf tinggi.
p/s: Saya juga sedang mencari calon bagi mencerdikkan warisan saya akan datang. Dia sudah tentu, harus hadir dari suku kaum yang bukan Melayu. Kacukan baka kaum berlainan mengikut ilmu Sains dan promosi cara kahwin Qabil & Habil jelas memberi manafaat. Ini mungkin perkara terakhir yang akan saya lakukan. Apa yang penting kita cari wang dulu, cuba ternak dulu kemudian baru blah ke negara orang dan kahwin.

Kenapa Ekzos Sesetengah Motor Berbunyi Amat Kuat

Tabung ekzos tertanggal di jalan motor Federal Highway.

Saya tinggalkan saja. Gilakah? Nak pegang benda panas menuju ke rumah bos?

Ya, ekzosku bermasalah lagi. Tak sangka, bunyi gegaran besi yang sering memanggil-manggil saya mutakhir ini (ketika berada di halaju 20km/j dan ke atas), rupa-rupanya tabung ekzos yang nazak.

Hari ini, tabung ekzos telah patah secara mutlak. Saya salahkan permukaan jalan motor di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway). Ia banyak lubang, permukaan yang tidak sekata (mengakibatkan hentakan) dan rekahan atau bonjolan akar pokok yang merentangi jalan.

Bonjolan akar pokok telah wujud di jalan motor Federal Highway sejak bertahun-tahun lamanya. Hari ini bonjolan akar tersebut tampak besar sekali. Semua pengguna motor terima azab yang sama dari bonjolan itu. Mengikut ilmu Sains, akar pokok semakin membesar mengikut usia pokoknya. Kedangkalan dan kemewahan wakil rakyat mungkin telah menyebabkan perkara ini berlanjutan. Mereka leka tak pernah turun padang dan naik motor sendiri di jalan motor Federal Highway. Tidak berjiwa rakyat bukan?

Mungkin tiada langsung simpati ke atas ribuan para penunggang motor yang bergegas ke tempat kerja di sepanjang-panjang jalan motor Federal Highway itu. Mereka juga pengundi pilihanraya tahu?

Kedua-dua hala jalan pergi-balik, berkualiti sama. Baik di sebelah kiri Federal Highway mahupun di sebelah kanan Federal Highway.

Saya sudah muak dengan beli-membeli ekzos. Saya tak mahu bazirkan duit lagi dengan masalah yang berpunca daripada kerajaan. Saya dengar Selangor dapat hasil cukai RM16 bilion. Tapi kenapa jalan motor Federal Highway macam pantat Rosmah? Ia memualkan. Yuck!


Kerajaan Pusat Kebas Wang Peruntukan

Motor saya kini, berbunyi seperti motor Harley Davidson. Ia menakutkan kereta yang suka membelok secara tiba-tiba tanpa memberi isyarat. Ia juga membuatkan banyak kereta sedar akan kewujudannya motor saya, lantas mereka segera membuka laluan dan tidak lagi mereka menghalang laluan saya sesuka hati.

Gaji saya pun RM835.00 sahaja. Tak adalah saya nak layan masalah ekzos ini selagi mana permukaan jalan motor Federal Highway ini tidak selesai.

p/s: Itu belum masuk cerita bab terowong jalan motor Federal Highway yang gelap tidak berlampu dan berlopak. Mungkin kita perlukan pilihanraya kecil di situ bagi mendapat jalan baru dan kemudahan baru?

Apabila Kita Ada Datuk Yang Berotak Udang

KENINGAU 3 Nov. - Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja, kerajaan terpaksa menanggung tunggakan bil hospital di seluruh negara sebanyak RM7 juta.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4 juta membabitkan warga asing, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. - Kerajaan tanggung RM7 juta bil hospital - Rosnah
Hanief: Di Selangor sahaja kita dapat RM16 bilion cukai dan di Pulau Pinang RM3 bilion (rujuk video di bawah). Apalah sangat RM 7 juta bagi tiga bulan punya tanggungan bil hospital seluruh negara? Kalau setahun pun baru RM28 juta seluruh negara bil hospital. Berita ini nak beli siapa? Konon nak tunjuk kerajaan usaha keras? Bodoh gila. Tak tahu beza juta dan bilion.


Kerajaan Pusat Kebas Wang Peruntukan

p/s: Pasal itu kita mesti cari maklumat. Hadiri forum anjuran Pakatan Rakyat. Bukan susah mana pun.

20,000 Mangsa Koperasi Cepat Kaya

"Contohnya sebuah koperasi yang menjalankan projek tanaman serai kononnya para pelaburnya boleh dapat pulangan keuntungan sehingga lima peratus sebulan atau 40 peratus setahun tetapi sebenarnya tiada projek dilakukan. - 20,000 mangsa koperasi cepat kaya
Hanief: Serai tak tanam, duit yang hilang. Di sini kita boleh nampak bagaimana orang mempercayai pertanian dan juga orang yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas 20,000 orang. Bangsa apalah agak-agaknya ini. Hahaha ...

p/s: Kalau sebuah sekolah memiliki 1,000 orang murid. Jumlah 20,000 orang mangsa penipuan ini bak 20 buah sekolah banyaknya.

Peluang Pekerjaan Di Seksyen 19, Petaling Jaya

Malaysia Milk Sdn. Bhd.


Hanief: Kepada yang berhajat bolehlah ke Malaysia Milk Sdn. Bhd. di Seksyen 19, Petaling Jaya.

Tuesday, November 3, 2009

Hanief Cabar Kerajaan Hapuskan Subsidi Minyak

“Kerajaan menanggung subsidi 17.55 sen bagi setiap liter dan melepaskan cukai yang sepatutnya dikutip sebanyak 58.62 sen seliter untuk mengekalkan RON95 pada harga RM1.80 seliter. - Kerajaan tanggung subsidi 17.55 sen satu liter petrol
Hanief: Saya tak pakai pun RON95. Apa kelas RON95? Buat malu saja masa angkat pam RON95 yang berwarna kuning itu. Rasa macam mengemis pada kerajaan pula. Saya angkat pam RON97, penuh bergaya macam orang kaya. Pada hal gaji RM853.00 saja. Baru anak jantan! Baru boleh survive kalau orang campak ke Singapura.

Ini kalau kerajaan pusat (BN) rasa susah sangat, saya cabar mereka supaya hapuskan saja subsidi minyak. Habis cerita. Lagi pun, belanjawan negara mengalami defisit. Ada baiknya Najib hapuskan subsidi rakyat dan atasi masalah defisit belanjawan dengan duit subsidi itu.

Esok, kalau jadi lagi defisit belanjawan, Najib naikkan saja harga minyak. Senang saja. Apa susah.


PETRONAS Di Bawah Kawalan PM , Bukan Kabinet


Belanjawan 2009 Alami Defisit


2010 Defisit Belanjawan Meningkat

p/s: Woit! Syarikat Leo Burnett, Saatchi & Saatchi, McCann Erickson, F-Secure dan banyak lagi syarikat besar, pun ada beri subsidi minuman air tin pada pekerja mereka. Sebab itu mereka hanya perlu masukkan RM0.50 untuk beli satu tin Coke.

Sedangkan di Sekolah Sri KDU, murid-murid di sana bayar RM1.80 untuk setin air Milo. Syarikat besar tadi, beri subsidi berapa sen setiap tin? Lebih RM1.00 bukan? Lakukan kira-kiranya. Itu contoh dari syarikat orang kafir. Hahahah!

Monday, November 2, 2009

Hasil Kelapa Sawit Susut 25 Peratus

Pendapatan eksport minyak sawit Malaysia dijangka susut sebanyak 25 peratus tahun ini berbanding RM65.22 bilion pada 2008, kata menteri perusahaan perladangan dan komoditi hari ini. - Hasil kelapa sawit susut 25 peratus
Hanief: Ini malapetaka buat Malaysia dan Indonesia saya kira. Nak tahu kenapa? Lihat video di bawah.


Rahsia 85% Sawit Dunia

p/s: Di kala ini juga, ramai orang ingin menjual tanah pusaka (tanaman Kelapa Sawit) mereka.

Sri Gading Mahu Presiden MCA & Gerakan Berundur | Hahah! Wo!


Ahli Parlimen Umno suruh Presiden MCA dan Gerakan Berundur dari Kabinet

Hanief: Hahah! Wo!

FORUM BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2010

Tetamu terhormat belum lagi sampai.

Walau pun hujan lebat, kedatangan orang ramai tidak mendukacitakan.


Kerajaan Pusat Kebas Wang Peruntukan


Belanjawan & Kehakiman


Nak Banding Ekonomi Malaysia Dengan?


2 Masalah Ekonomi Amerika Syarikat

MENSEJAHTERAKAN RAKYAT

TARIKH :
SELASA, 3 NOVEMBER 2009

MASA:
8.00 – 11.30 MALAM

TEMPAT:
DEWAN BANQUET
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
JALAN YONG SHOOK LIN,
PETALING JAYA, SELANGOR

AHLI PANEL :

1. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (PKR)
2. YB DATO’ SERI HAJI HADI AWANG (PAS)
3. YB TONY PUA KIAM WEE (DAP)

PERASMIAN OLEH YAB MENTERI BESAR SELANGOR,
TAN SRI KHALID IBRAHIM - FORUM BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT 2010

Hanief: Mengikut blog salah seorang ahli panel (Tony Pua), forum ini boleh dihadiri oleh orang ramai. Jadi ia bukanlah majlis makan-makan ala hotel 5 bintang.

Walaupun waktunya agak kurang sesuai, tetapi forum ini bakal mengisarkan cara kerajaan Pakatan Rakyat menyusun strategi kewangan pada 2010. Ia juga mungkin boleh menjadi satu pembuka mata mengenai keadaan ekonomi semasa. Saya akan hadiri forum ini bersama kamera video memandangkan lokasi forum ini agak dekat dengan Kelana Jaya tempat saya bekerja.

Jumpa di sana!

Proton Dalam Bahaya ?

Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton) Datuk Nadzmi Mohd Salleh dimasukkan ke Hospital Apollo di sini akibat serangan angin ahmar ringan awal pagi ini.

... "Beliau agak bernasib baik, jika dibiarkan beberapa jam (keadaan) dia boleh menjadi lebih serius," kata Shahul Hameed yang merupakan anggota delegasi itu. ... - Pengerusi Proton masuk hospital
Hanief: Dalam gambar di atas, ada rambut-rambut putih masih okay. Kenapa si rambut hitam kena serangan itu? Tuhan sahaja yang mengetahui. Bagaimana pula dengan penasihat Proton?


Mahathir Janji Letak Jawatan Penasihat PETRONAS & PROTON


Proton Dalam Bahaya

Blog Archive