Malaysia : Tong Taik UMNO: December 2009

Wednesday, December 30, 2009

Raja Petra Berada di London | RPK


The YouTube London Gathering... LIVE... well almost
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang menjadi buruan polis sejak hampir lapan bulan lalu, kini berada di London.

Beliau berkata, perkara itu disahkan hasil risikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol). - Raja Petra sah berada di London – Polis

Tuesday, December 29, 2009

Perang Dunia Ketiga Sudah Hampir ?

Masanya sudah hampir. Berita yang banyak keudara di media arus perdana berkisarkan Sunni melawan Syiah.

Iran

Sana-sini bom tanpa henti di Pakistan. Bom pula meletup mengenai gerombolan Syiah yang merayakan hari istimewa mereka iaitulah Hari Asyura. Hari syahidnya cucu Nabi Muhammad S.A.W.

Orang Syiah mengagungkan Husin bin Ali kerana selaku cucu Baginda yang sepatutnya meneruskan perjuangan agama Islam. Itulah fahaman mereka. Fahaman ini berlawanan dengan Sunni yang mengatakan Abu Bakr lebih berhak. Kerana Abu Bakr adalah sahabat karib Baginda.

Sunni, Syiah, Hanafi, Maliki, Hambali, Shafie dan Wahabi semua ini hanyalah fahaman politik sempit sebenarnya. Kerana apabila sampai masa, hanya Ka'abah hitam itu sahajalah yang akan menjadi bahan tawaf seluruh umat Islam yang berbilion jumlahnya. Mana ada Ka'abah lain? Nampak tak bagaimana umat Islam boleh terbodoh seketika?


Dr Zakir Naik Sunni,Shia,Shafi,Wahaabi,Hanafi (Are Muslims confused?)

Pakistan buat pengetahuan semua merupakan negara yang memiliki 20% penduduk Syiah dan Sunni 80%.

Iraq pula mempunyai 60% penduduk Syiah dan 40% Sunni.

Afghanistan, 75% Sunni dan 25% Syiah.

Ketiga-tiga negara ini mahu dikuasai Amerika. Jika dilihat peta di atas, memang jelas jika Amerika menguasai ketiga-tiga negara tersebut, maka lebih senanglah Iran diserang.

Mengapa Iran? Iran merupakan pengaluar minyak OPEC yang kedua terbesar. Selain itu kedudukan strategiknya yang menghubungkan timur dan barat dunia. Jika jalan darat digunakan bagi tujuan ekonomi (import/eksport), Iranlah yang akan menjadi orang tengah antara timur dan barat. Takkah kaya Iran?

Dengan alasan kedudukan strategik itu, saya tidak hairan mengapa Iran pernah menjadi satu pusat tamadun dunia teragung suatu ketika dahulu di zaman Raja Kurus.

Turut dimainkan di media, ialah kebangkitan kumpulan Al-Qaeda yang dikatakan beraliran Sunni yang baru-baru ini kononnya, diwakili seorang warganegara Nigeria untuk mengebom pesawat milik Amerika.

Persoalannya mengapa perlu berita-berita ini melaung-laungkan Syiah dan Sunni?

Umum tahu Amerika menghadapi masalah kelembapan ekonomi. Jesteru, Amerika tidak mampu menyerang terus negara Iran.

Amerika perlu menyerang Iran dengan menggunakan proksi. Maka, puak Syiah dan Sunni akan dilaga-lagakan.

Jika anda biasa membaca cerita-cerita perang, anda tentu sedar bahawa banyak negara atau kerajaan jatuh akibat orang dalam.

Sebab itu Iran sekarang ini sedang diasak hebat oleh rakyatnya sendiri yang menyokong pembangkang. Ketua pembangkang Iran Mir-Hossein Mousavi yang baru kematian anak saudaranya dalam satu perarakan, sudah tentu akan mengatur langkah bagi menjatuhkan Ahmadinejad dengan lebih berkesan.

Sudahlah ada rakyat menentang Ahmadinejad, kini akan diumpan-umpan pula bersatu menentang puak Sunni dengan berita letupan yang diputarkan sekarang ini. Apakah negara Iran yang majoritinya berfahaman Syiah akan berdiam diri dengan letupan yang mengorbankan orang-orang Syiah?

Jika Iran termakan umpan pertelagahan Syiah dan Sunni ini maka akan terjadilah Perang Dunia Ketiga.

Apakah matlamat utama Amerika? Amerika pada saya, lebih berminat dalam menguasai telaga minyak dan menjayakan negara haram Israel. Jadi selepas Iran, mungkin Arab Saudi pula. Siapa tahu?

Monday, December 28, 2009

BN Akan Tukar Logo | Dah Agak Dah !

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia. - Cadangan tukar logo dacing BN
Hanief: Saya dah agak. Idea ini mesti didapati dari video di bawah.


Ada Khabar Angin Barisan Nasional Akan Berubah

Saya ada memberikan resipi memulihkan imej BN. Ternyata ada beberapa yang telah diikuti. Antaranya:-
  • Harga Minyak Diturunkan - Boleh Tahan
    Zaman Pak Lah menaikkan harga minyak diakhiri dengan penurunan walaupun tidak setimpal mana, tetapi ia seakan-akan berjaya meredakan kemarahan rakyat. Usah kita lupa sehingga hari ini harga barang masih kekal meninggi.

    Masuk zaman pemerintahan Najib, minyak telah dinaikkan sebanyak RM0.20 dan kualiti minyak direndahkan.

  • Gaji Minima - GAGAL
    Ini suatu perkara yang masih gagal dilakukan. Harga barang meningkat, gaji pekerja bawahan tetap di bawah paras kemiskinan. Kalau pun gaji yang munasabah diterima, tempoh bekerja tak kekal lama. Majikan pula tamak, hanya mahu untung dengan menggaji pendatang asing.

    Maka merempatlah anak-anak tempatan, khususnya anak-anak Melayu. Di kala pak menteri sedang sibuk mengemaskan dan menggebukan katil pendatang asing di bawah program Malaysia My Second Home.

    Bayangkan 12,000 pendatang asing diberikan rumah? Bagaimana yang rakyat sendiri disuruh menyewa? Kampung dirobohkan untuk diratah tanahnya oleh taukeh besar? Dapatlah sedikit saguhati pada kroni dan pak menteri. Seronok dia gadai kampung sendiri. Bagi yang tinggalkan kampung, ya! anda harus terasa hati. Anda ibarat memperjudikan nasib kampung anda. Majukanlah kampung anda. Tak rugi ceburi bidang pertanian dan penternakan. Sunnah Nabi pun semua itu. Lebih berkat usaha tangan sendiri.

  • Pengangkutan Awam - Sedang Diusahakan
    Kita dapat lihat penambahbaikan pada LRT, KTM dan lain-lain. Namun apakah semua ini dapat menangani masalah kesesakan jalanraya?

    Bagaimana dengan tambang? Teksi buka pintu dah RM3.00. Itu belum cerita bunyi bip yang merisaukan penumpang. Cubalah naik. Tinggalkan motor dan kereta anda sebentar.

    Biar saya tambah lagi resipi. Sesebuah negara itu tidak perlu bergantung pada ibu negeri (Kuala Lumpur) semata-mata.

    Semua zon harus dimajukan supaya boleh berjalan sendiri tanpa bantuan zon yang lain.. Self sufficient city. Ada doktornya, ada polisnya, ada jurutekniknya, ada juruteranya, ada peniaganya, ada petaninya, ada buruhnya dan lain-lain.

    Zon di sini bererti bahagian seperti zon Subang, Sentul, Gombak, Ampang, Cheras, Segambut dan sebagainya.

    Dr. Hassan Ali tentu tahu hal self sufficient city. Sebab dia belajar bab perancangan bandar. Internet pun gedung ilmu. Semua orang boleh tambah ilmu.

    Kalau semua nak lambak di Kuala Lumpur, macam mana tak sesak Kuala Lumpur? Nak pula balik kerja dan pergi kerja serta hari cuti semuanya serentak!

    Pernah dengar kes negara kekurangan tenaga mahir? Akibat emigrasi?


    Emigrasi Rakyat Malaysia

    Tekan butang dalam bulatan hijau itu untuk sorokkan pilihan video.

  • Keselamatan - GAGAL
    Cerita kes culik, kes rogol, kes bunuh, kes kemalangan, kes enjin hilang, kes RPK hilang ...

    Suruh bikin hukum Hudud tak mahu! Solat ikut Al-Quran tetapi Hudud tak ikut pula. Padahal hukum Allah S.W.T itu untuk orang Islam. Orang Islam sendiri yang cari nahas, dengan mengatakan Hudud itu lucu seolah-olah tak tahu dia mentertawakan jurutera segala manusia dan makhluk di bumi ini!

  • KKN (Korupsi, Kronisme & Nepotisme) - GAGAL
    Ramai pengamal rasuah termasuk Bapa Korupsi masih berada di dalam BN. Macam mana nak adakan satu perubahan?

  • Sentimen Perkauman - GAGAL
    Pemerintahan berasaskan parti, warna kulit atau pun perkauman masih lagi dijalankan. Hal ini berlanjutan sehingga terjadinya keterpisahan antara sektor kerajaan dan swasta. Di mana akhirnya hal ini mengakibatkan monopoli dikedua-dua sektor oleh taukeh-taukeh besar yang tamak.

    Apa masalahnya? Banyak masalahnya. Hanya para peniaga kecil dan pemakan gaji bawahan sahaja yang merasainya. Maklumlah ada orang tak suka perbalahan dan hanya terikut atau terkena tempias pertelagahan beragenda daripada pemerintahan yang tidak adil ini.

  • Islam Hadhari - Boleh Tahan
    Islam Hadhari sudah tidak kedengaran lagi. Mahathir sendiri tak sukakan Islam Hadhari. Nik Aziz pun sama tak suka. Berita terakhir berkenaan Islam Hadhari di media arus perdana pun, hanya bertahan hingga bulan April 2009. Selepas itu sunyi-sepi.

  • Ahli BN Lompat Bergabung dengan Pakatan Rakyat - Sedang diusahakan
    Ramai yang sudah masuk. Tak semestinya ahli. Ada yang bekas ahli. Tak kiralah apa pun nama gabungan parti, BN atau Pakatan Rakyat. Tetapi diharapkan susuk-susuk yang jujur, yang mahu membela nasib rakyat akan bangun bersama-sama berjuang untuk rakyat.

  • Logo BN Akan Ditukar - Dah Agak dah!
    Dengan adanya petikan berita di atas, maka kita semua tentu tahu. Bila logo dah ditukar, nama pun kebiasaannya akan ditukarkan sekali. Mungkin disingkatkan?

    Logo BN dah jadi macam muka hantu. Semua orang takut. Pengundi semua fobia. Nampak dacing saja, terus terbayang harga minyak dan pelbagai masalah. Jadi hal logo ini memang mengembalikan nostalgia silam rakyat yang suka pangkah logo itu. Tak menggigil nak memangkah nanti?

Perhatian Kepada Penganggur Semua !


Saya telah memohon kerja di JobsMalaysia.gov.my. Saya percaya, JobsMalaysia.gov.my ini merupakan idea Rosmah Mansor untuk meredakan para penulis blog dan para penganggur yang menentang kerajaan ketika ini.

Cara laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my diiklankan di TV pun, ia dikeudarakan pada waktu berita. Nampak sangat ia ditujukan pada pengikut isu semasa seperti saya.

Buat Rosmah dan Najib, kalau ikhlas nak jadi pemimpin yang berjiwa rakyat, bagi sahaja rakyat peluang bekerja. Bukan menggugat mereka dengan kuota, inflasi, perkauman sempit serta retorik (cakap kosong).

Duit rakyat dicukai untuk kesejahteraan negara ini. Jadi agihkanlah wang rakyat itu (salah-satunya) melalui menggaji rakyat untuk bekerja untuk membangunkan negara ini. Kita lihat sejauh mana orang yang dapat kerja nanti!

Apa nak buat jika masih tidak dapat kerja?

Kita akan turun beramai-ramai dalam apa jua protes anjuran pembangkang atau NGO sampai jatuh kerajaan BN.


Protes GMI | SOGO | 1 OGOS 2009 | 3.30PM

p/s: PRU13 makin hampir. Kalau nak sedapkan hati rakyat, inilah masanya. Jadi BN dan pembangkang tunggu apa lagi?

Sunday, December 27, 2009

Masukkan Emel Dalam Address Book | Yahoo Mail !

Saya dapat panggilan daripada seorang pembaca blog ini. Khabarnya dia ada terbaca yang saya menawarkan bantuan IT.

Dia menanyakan saya bagaimana untuk memasukkan emel dalam Address Book. Tambahnya lagi, hal ini disuruh oleh anaknya yang sedang bekerja di dalam sektor perkapalan di Mexico.

Ianya sangat mustahak kerana dia mahu berkomunikasi dengan cara emel bagi menjimatkan belanja. Panggilan telefon ke negara Latin itu sangat mahal.

Mak Cik: Macam mana nak masukkan emel dalam Address Book?

Hanief: Makcik guna Yahoo Mail ke?

Mak Cik: A'ah Yahoo.

Hanief: Saya guna GMail. Dah lama saya tak guna Yahoo ni.

Hanief: Tapi tak apa, (tak apa attitude). Makcik ada depan komputer ke sekarang ni?

Makcik: Ya depan komputer. Tapi laman web Yahoo, Makcik dah tutup.

Hanief: Macam ni, saya ada depan komputer. Saya tengah tengok Yahoo Mail saya.

Hanief: Boleh Makcik buka emel anak Makcik tadi?

Makcik: Kejap. Ok dah buka.

Hanief: Err... Kejap Makcik ... (Streamyx saya lembab) Yahoo Mail saya ... (pft!)

Hanief: Ha! Makcik nampak tak yang perkataan From tu?

Makcik: From? Dekat mana?

Hanief: Yang dekat nama pengirim tu.

Makcik: Ada nama dan emel sekali.

Hanief: OK. Sebelah dia ada Add To Contact.

Makcik: Tak ada pula.

Hanief: Eh?!

Hanief: OK. Apa yang Makcik nampak sekarang dalam skrin tu?

Makcik: Tapi sini ada butang hijau. Bila tunjuk saja dia keluar Send To Contact.

Hanief: Saya punya Add To Contact. OK tak apa. Makcik klik saja.

Makcik: Klik Send To Contact tu?

Hanief: Ya. Makcik klik saja.

Makcik: Dah klik. Tapi tak keluar apa-apa pun?

Hanief: Eh?!

Makcik: OK dah keluar. Dia tulis Add to Address Book. Ada Name (First, Last), Email, Phone dan Nickname.

Hanief: OK bawah sekali Makcik nampak apa?

Makcik: Ada Add to Address Book dengan Cancel.

Hanief: OK. Makcik pilih Add.

Makcik: Add to Address Book ni?

Hanief: Ya.

Makcik: Macam itu saja? Lepas tu?

Hanief: Dah selesailah.

Hanief: Saya rasa sebab sekarangkan ada emel SPAM, jadi anak Makcik nak terima terus emel dari orang yang dia kenal. Sebab itu dia suruh Makcik masukkan emel dia dalam Address Book.

Makcik: OK Hanief, Makcik cuba dulu reply emel dia. Apa-apa nanti Makcik telefon lagi.

Hanief: Boleh-boleh.

Makcik: OK ya.

Hanief: OK...

Makcik: Waalaikumussalam.

Hanief: Waalaikumussalam eh? Assalam.. :P

Paparan Yahoo Mail Classic (Lama)

Paparan Yahoo Mail All New Mail (Baru)

Harga Minimum Rokok RM6.40 Jumaat Ini

Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan. - Harga minimum rokok RM6.40 Jumaat ini
Hanief: Letaklah harga berapa pun, orang ketagih dia akan merokok juga. (tak kira rokok murah atau berkualiti rendah). Dengan perlaksanaan ini, saya percaya hasil pungutan cukai oleh kerajaan semakin melimpah-ruah.

Saturday, December 26, 2009

Peratusan Pengguna Internet Di Malaysia


Hanief:
Bayangkan bagaimana Belanda mempunyai 86.8% rakyat yang tahu menggunakan Internet?

Friday, December 25, 2009

Bagaimana Warga Pulau Pinang Menyambut Krismas


Anggota RELA Kena Lauk


Christmas Celebration Malaysian Style

Hanief: Tragedi 25 Disember 2007 berulang kembali. Nasihat saya, hentikanlah main penyembur buih itu. Ia sangat keanak-anakkan.

Vaksin Selsema Babi Sudah Sampai !


PETALING JAYA: A batch of seasonal influenza vaccine that can protect the people against the A(H1N1) flu will arrive in the country by March, according to the manufacturer of the vaccine.

“We can confirm that the vaccine will be available any time from March to April 2010,” said Sanofi-Aventis medical manager Dr Shree Jacob. - H1N1 flu jabs for public by March
Hanief: Peristiwa apakah yang akan menyambut umat Malaysia pada tahun 2010?

Dengar atau tidak hebohan radio pada akhir tahun 2009 ini, "Waspada dengan gelombang kedua virus H1N1".

Umum tahu, tahun 2010 bukanlah tahun yang meriah dari segi ekonominya. Jesteru, suatu rangkaian perniagaan berteraskan vaksin akan mewarnai tahun 2010.

Sudah tentu, jika tidak kita terpaksa menjual 2 buah enjin lagi, bagi mengurangkan defisit negara kita.

Dengan kata lain duit hasil keringat rakyat akan diperah lagi. Syarikat-syarikat besar milik negara gagal berniaga, maka mereka rugi berbilion-bilion seperti biasa.

Syarikat-syarikat ini akan mengadu hal pada kerajaan. Kerajaan akan meminta pada rakyat untuk berkorban ubah gaya hidup dan sebagainya. Cukai pun naik melalui inflasi (harga barang naik). Tetapi selepas rakyat ternampak gaya hidup mewah pak menteri-pak menteri, rakyat pun macam biasa, akan turun ke jalanraya lagi untuk protes. Sebab itulah ISA masih tidak dimansuhkan. Ini semua hanyalah untuk menjamin tampuk pemerintahan yang gila kuasa dan gagal. Tak begitu?

Berbalik pada vaksin ini, di YouTube sudah heboh bahawa ianya hanyalah bermotifkan keuntungan semata-mata, bahkan ianya merbahaya pula. Budak kecil mana yang akan disuntik dengan vaksin bertuah ini?


Makers Of Vaccine Refuse To Take H1N1


Selsema Babi - Jualan Daging Babi Terjejas

Bandar-bandar kaya atau pun berkilang dan berekonomi tinggi seperti Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Subang Jaya akan dibelit sekali lagi dengan virus H1N1.

Sesiapa yang masih menganggur, pergi kerja sekarang. Kerana apabila tiba bulan Mac atau April 2010, vaksin ini akan sampai. Cukupkan duit anda sekarang, jika mahu duduk rumah pada bulan itu.

p/s: Beranikah anda berpesta tahun baru 2010 di Bukit Bintang? Tak takutkah anda, sekiranya virus H1N1 akan disebarkan di khalayak ramai tatkala semua orang leka berhibur mengira detik menjelang 2010 bersama-sama?

Thursday, December 24, 2009

Rafidah Aziz Mula Bersuara !

KUALA LUMPUR, Dec 24 (Bernama) -- The new Malaysian economy must address the issue of wealth distribution as pursuit of high income alone will not be acceptable in future Malaysia, according to Tan Sri Rafidah Aziz. - New Malaysian economy must address wealth distribution, says Rafidah
Hanief: Rafidah Aziz yang dahulunya dihebohkan dengan kes AP, hari ini mula bersuara.


Salahguna AP | Approval Permit Ranapkan PROTON

Mungkin setelah insaf membaca artikel saya yang lepas, Ekonomi Malaysia di Persimpangan Kritikal. Katanya, hasil negara perlu diagihkan seadil-adilnya untuk mencapai negara berpendapatan tinggi (high-income country).

p/s: Jom tonton video di bawah!


Rafidah Aziz Ponteng Persidangan Parlimen

Tuesday, December 22, 2009

Firaun Marah !

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Mantan perdana menteri menyahut desakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang semalam yang mahu kerajaan berbuat demikian sewaktu mengulas pendedahan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain. - Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 bilion
Mahathir should declare whether he would co-operate with such a Royal Commission of Inquiry to prove that Wain is wrong in blaming him for the legacy of “wasting or burning up” RM100 billion in his long tenure as the fourth Malaysian Prime Minister. - Najib should set up Royal Commission of Inquiry to investigate whether Mahathir had “wasted or burned up” RM100 billion on grandiose projects and corruption in his 22 years as Prime Minister
... 12. Depending upon the result of the commission, I reserve the right to sue Barry Wain, Lim Kit Siang and Malaysiakini.com for libel for a sum to be disclosed later. ... - FORM ROYAL PROBE ON DR M'S SQUANDERING
Hanief: Saya ada terbaca blog Lim Kit Siang mutakhir ini. Beliau ada mencabar Mahathir untuk disiasat oleh satu suruhanjaya diraja. Ini berikutan hal buku karangan Barry Wain yang berjudul Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, yang mengandungi fakta Mahathir membazirkan dana negara sebanyak RM100 bilion.

Sekarang, Mahathir sudah marah. Di dalam blognya, dia menyatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk menyaman Barry Wain, Lim Kit Siang dan MalaysiaKini berkenaan dengan tuduhan RM100 bilion itu.

Turut terkeluar di dalam tulisan blognya, ialah mengenai Pak Lah yang dikatakan membelanjakan RM270 bilion pula.

Persoalannya, mengapa begini lambat? Mengapa Mahathir tidak melaporkan hal RM270 bilion ini terus sebaik sahaja Najib menjawat jawatan PM? Dan mengapa reaksinya terhadap cakap-cakap para penulis blog mengenai buku Barry Wain agak lambat? Apakah dia sedang mencari idea bohongnya dalam kelambatan itu?

Lazimnya apabila seseorang mencari kesalahan orang lain, atau pun menjawab tuduhan dengan tuduhan, ketahuilah orang seperti ini sememangnya menyorokkan sesuatu.

Lagi satu, Mahathir seakan-akan yakin benar dengan tindakannya untuk menyaman Barry Wain, Lim Kit Siang dan MalaysiaKini. Apakah dia sebenarnya masih berkuasa secara proksi? Menguasai mahkamah, polis, ekonomi dan istana?

Apakah juga kemenangan beberapa kes susuk-susuk pimpinan pembangkang sebenarnya, hanyalah satu sarkas Mahathir? Sarkas itu kemudiannya akan diakhiri dengan Anwar Ibrahim , Barry Wain, Lim Kit Siang dipenjarakan dan MalaysiaKini bankrap? Siapa tahu?

Anak Mahathir semua berniaga besar-besar. Seorang meniaga arak, seorang meniaga di litar F1, seorang lagi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan anda boleh kaji sendiri yang lain-lain. Badan kehakiman memang pernah disarkaskannya. Polis pun pernah dianjingkannya hingga lebam satu mata Anwar, yang mana kini menjadi inspirasi kepada logo PKR. Kuasa istana pula telah ditumpulkan taringnya oleh Mahathir lama dahulu.

p/s: Jika Lim Kit Siang tulis dalam Bahasa Melayu, mungkin lebih ramai orang Melayu akan terbuka minda dalam memahami isu-isu negara. Di sinilah pentrjemah seperti Altantuya dapat memainkan peranan dan masuk gaji.

PKR Makin Kaya !

Tian Chua

Syed Husin
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya 31 peserta Persidangan Asia Pasifik Timur Timor (Apcet) pada tahun 1996 yang ditahan secara salah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan ganti rugi am RM30,000 seorang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Adnan @ Addinan Muhamad (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian setelah mendapati mereka tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersurai.

Antara plaintif ialah Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden parti, Dr. Sanusi Othman dan Ketua Penerangan, Chua Tian Chang.

Pada 9 November, 29 peserta Apcet itu yang kebanyakannya daripada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis sosial menyaman bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ismail Che Ros dan empat yang lain berhubung penahanan mereka yang didakwa tidak sah dan salah.

32 plaintif antaranya menuntut ganti rugi am yang semuanya berjumlah RM35 juta, ganti rugi khas dan teruk. - Utusan - Mahkamah perintah PDRM bayar RM30,000
Hanief: Wah, makin berduit orang-orang PKR. Tak payah minta derma lagi.

Ekonomi Malaysia di Persimpangan Kritikal

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi Malaysia kini di persimpangan kritikal iaitu terperangkap menjadi negara berpendapatan sederhana atau mencapai status berpendapatan tinggi. - Ekonomi Malaysia di persimpangan kritikal
Hanief: Cubalah tanya diri sendiri dahulu, gaji yang diterima banyak mana? Kalau pemimpin gajinya berpuluh-ribu, sudah pasti rakyatnya akan miskin. Ini logik yang budak tadika pun boleh fikir.

Kek

Siapa pernah masuk tadika? Dalam tadika selalu ada kumpulan, apabila tiba hari jamuan.

Katakan, satu kumpulan ada 5 orang dan ada sebiji kek dibahagi 5.

Kalau seorang ahli kumpulan itu bolot 3/5 daripada kek itu, lagi 4 orang ahli kumpulan dapat makan kek banyak mana?

Selagi mana gaji pemimpin tidak diturunkan menjadi RM800 selagi itu rakyat di bawah akan kekal bergaji rendah.

p/s: Dah telan kek banyak-banyak, mana tak gemuk. Bibir pun naik merah, dagu pun berlapis-lapis. Lepas itu tanya orang ramai, siapa makan kek tadi? Rakyat di bawah, sudahlah kurus melidi. Lebih steady badan rakyat Iran. Mungkin sebab di Iran ada 5 buah menara berkembar PETRONAS.

Sunday, December 20, 2009

Oktober 2015 Imam Mahdi Akan Datang | Jaber Bolushi

Bersembang Bersama Zhou

Zhou
hanif?

16:42 Muhammad
yes

16:43 Zhou
apa khabar?

16:43 Muhammad
Baik

16:44 Zhou
selamat berkenalan
owh bagus
saya cuba tulis emel kpd anda.. tetapi tidak dibalas. Rasanya hanif sibuk kot

16:45 Muhammad
mungkin terlepas pandang... emel mana?

16:45 Zhou
dah agak lama. masa tu saya masih bekerja di singapura
sekitar tahun lepas

16:47 Muhammad
berkenaan dengan apa?

16:48 Zhou
hm.. pasal iran rasanya.. sudah lama.. saya pun dah lupa
masa tu terbaca cita2 anda ingin ke iran

16:49 Muhammad
mungkin saya ter delete.. sebab memang menjadi kebiasaan saya mengosongkan inbox saya selepas baca emel
kenapa dengan Iran?

16:50 Zhou
haha
saya pun terfikir.. mungkin bukan saya sahaja yang emel anda
dalam 1 hari beratus emel kot

16:51 Muhammad
tak lah 1 hari dalam 10-20 emel...

16:52 Zhou is offline.

16:52 Zhou is online.

16:52 Zhou
saudara hanif sibuk ya?

16:54 Muhammad
tak berapa sibuk

16:54 Zhou
saya risau menggangu saudara hanif ni

16:54 Muhammad
haha.. saya tak sibuk

16:55 Zhou
hanif.. adakah kamu ingin ke iran seperti apa yg anda maksudkan?

16:56 Muhammad
lepas saya menguasai bahasa Parsi sepenuhnya

16:56 Zhou
owh, khoobeh shoma

16:57 Muhammad
khubam mamnoon

16:57 Zhou
:o:o

16:57 Muhammad
kenapa salah ke?

16:57 Zhou
tak salah

16:57 Muhammad
khob
khob = OK

16:58 Zhou
saya dahula ada belajar farsi tetapi sudah lupa

16:58 Muhammad
di mana saudara belajar?

16:58 Zhou
semenjak kawan saya pulang ke iran

16:58 Muhammad
oh...

16:58 Zhou
saya tidak boleh berlatih farsi dgn dia

16:59 Muhammad
kawan memang sangat membantu

16:59 Zhou
saya belajar farsi melalui filem iran & buku

17:00 Muhammad
saya pun.. tetapi masih merangkak... saya ingat kena ada isteri berbangsa Iran untuk mengajar.

17:01 Zhou
kawan iran saya menasihatkan supaya tidak perlu belajar farsi tetapi belajar bahasa arab

17:02 Muhammad
saya tahu di Arab Saudi ada telaga minyak terbesar.. tetapi saya rasa ada perlunya saya memahami kaum syiah terbesar

17:04 Zhou
kawan iran saya berasa sungguh sedih utk balik ke iran hari itu
dia britahu hidup sana susah.

17:05 Muhammad
dia bekerja di Singapura bersama saudara?

17:05 Zhou
tidak
dia belajar di university berdekatan rumah saya. kadang2 dia lalu & beri salam

17:06 Muhammad
di mana-mana pun ada rezeki... sana-sini sama sahaja.
yang penting kena ada minat dan semangat.

17:08 Zhou is offline.

17:09 Zhou is online.

17:09 Zhou
ya

17:10 Muhammad
secara jujur saya harus katakan saya tidak berminat tinggal di Malaysia... saya jatuh hati dengan Iran.

17:10 Zhou
suatu hari nanti saya akan cuba melawat iran jikalau ada rezeki

17:11 Muhammad
bagi saya, cara yang cepat ialah dengan bekerja di singapura untuk mengumpul duit.
berapa saudara dapat semasa bekerja di singapura?

17:12 Zhou
saya tipu semasa bekerja di singapura
di tipu majikan
gaji utk org malaysia di singapura amat rendah dalam S$1300 sahaja
sewa bilik dalam S$500+ tak termasuk duit untuk ejen

17:13 Muhammad
tetapi itu sudah RM3100
ejen?
kenapa guna ejen?
bahaya tua
tau*

17:14 Zhou
biasanya di singapura sewa bilik perlukan ejen
kecualii anda ada kenalan
memang boleh kumpul duit tetapi kualiti hidup kurang

17:14 Muhammad
lazimnya saya cari kenalan dulu sebelum masuk ke sesuatu negara.
kerja apa yang saudara lakukan?

17:15 Zhou
kerja baiki pc & melayan customer macam kat lowyat tuh

17:16 Muhammad
oh begitu

17:16 Zhou
semasa di singapura
saya terlihat ramai org m.sia yg terdekat kerja di situ
*terdesak

17:16 Muhammad
apa nama tempatnya?

17:17 Zhou
nama tempat untuk?

17:17 Muhammad
plaza komputer itu?

17:18 Zhou
di singapura terkenal dgn sim lim square
tetapi saya tidak bekerja di situ
sim lim square lebih teruk dari lowyat. silap2 boleh kena sembelih harga

17:20 Muhammad
haha... mereka tentu ada senarai harga

17:23 Zhou
harga mereka markup tinggi2

17:25 Zhou
sudahlah hanif. saya sudah cukup kerja di singapura. saya dipermainkan majikan

17:25 Muhammad
di sini pun sama... saya diberi gaji serendah RM800 dan kelengkapan yang tidak selamat

17:26 Zhou
semua majikan hendak cut cost
barulah mereka boleh untung berganda2

17:27 Muhammad
Di Iran mereka lebih menekankan agama. Jadi mereka tidak abaikan kebajikan pekerja. Saya lihat orang ramai di sana tidak tamak macam negara kita

17:28 Muhammad
Jika jalan-jalan di Tehran, mereka boleh senyum dengan kita dan berbual mesra... tidak seperti di sini. Semua buat hal masing-masing.

17:28 Zhou
yaka?
itu saya tidak pasti

17:30 Muhammad
Ya. Sebab itu saya jatuh hati dengan Iran. Pada hari Jumaat, mereka cuti dan bersolat beramai-ramai. Di Malaysia, semua terkial-kial kerja di hari Jumaat. Lebih-lebih lagi kerja yang gajinya RM800.

17:31 Zhou
ish2

17:32 Muhammad
Itu belum cerita solat fardhu (lima kali sehari). Majikan di Malaysia belum faham sepenuhnya apa itu Islam. Mereka kata solat itu buang masa. Tetapi di Iran, majikannya bersolat sekali. Bayangkan 98% muslim di Iran.

17:33 Zhou
hey hanif

17:33 Muhammad
Maaflah jika saudara bosan dengan sikap saya yang suka mengetengahkan hal solat.
ya

17:34 Zhou
saya ingin britahu apa yang baca mengenai iran bukan semuanya benar

17:34 Muhammad
baca dengan mengalaminya sendiri adalah dua benda yang berlainan...

17:35 Zhou
rakan iran saya berkata bukan 98% beragama islam di iran

17:36 Muhammad
Ramai warga Iran yang datang ke Malaysia adalah warga yang benci negara sendiri. Kita boleh pilih untuk berbicara bersama warga yang positif atau negatif. Tetapi apa yang penting ialah kita mengalaminya sendiri dengan melawati Iran.

17:36 Zhou
ya betul hanif
orait ada kerja nih. sembang lain kali

17:37 Muhammad
ok

17:37 Zhou
thanks kerana sudi chat bersama

17:38 Muhammad
anda juga

101 Peniaga Bumiputera Kena Halau

Anggerik Mall
KUALA LUMPUR: Seramai 101 peniaga Bumiputera yang didakwa tidak membayar sewa di pusat beli-belah Anggerik Mall, Shah Alam, diarahkan keluar dari premis itu dalam tempoh sebulan bermula semalam.

... “Sejak kami ambil alih pengurusan bangunan Ogos lalu, 101 peniaga ini tidak membayar sewa yang hanya serendah RM300 hingga RM429 sebulan. Namun, kami masih bertimbang rasa dan mengeluarkan beberapa notis sebagai amaran.

“Malangnya, notis itu tidak diendah menyebabkan kami terpaksa mencabut fius aliran elektrik utama untuk menyedarkan pihak terbabit. Mereka umpama peniaga ‘setinggan’ kerana berniaga di premis kami dengan percuma, malah enggan menandatangani surat perjanjian untuk menyewa premis di bangunan yang diuruskan syarikat,” katanya pada sidang media di sini, semalam. ... - 101 peniaga diarah keluar
“Kita dalam lebih kurang 120 peniaga dan penyewa, kalau kita tengok dari hasil lama nak dapat RM30, RM40 ringgit satu hari pun susah. Kawan saya Sabariah terpaksa keluar nak cari hasil nak bayar sewa disebabkan orang tidak datang atau singgah tempat dia tu. Ini yang menjadi kesedihan kepada pihak penyewa kita”,katanya. - Persatuan Usahawan Anggerik Mall Persoal Tindakan Inno Elegan
Hanief: Shah Alam ini tempat orang Melayu elit tinggal bukan? Kalau sebelum Putrajaya dibina dahulu, Shah Alam inilah ibarat Putrajaya.

Sekarang sampai 101 orang peniaga Bumiputera diarahkan keluar. Ia seperti 3 buah kelas sekolah menengah ramainya.

Kalau tak bayar sewa, ini bermakna untung jualan tidak mencapai jumlah sasaran bayaran sewa. Atau pun mungkin cukup-cukup makan untungnya.

Enjin Jet TUDM Hilang


Enjin Jet TUDM Hilang

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah. - Enjin jet TUDM hilang
Hanief: Kalau maklumat masuk-keluar Altantuya tidak berupaya diperoleh oleh pihak imigresen, apalah sangat sebuah enjin? Jika Bahan letupan C4 pun boleh dibawa curi keluar oleh seorang polis untuk mengebom warga Mongolia, apalah sangat sebuah enjin?

Andai kata ekonomi negara makin pulih, mengapa ada kes manusia nak jual enjin? Mungkin pegawai tentera itu baru lepas mabuk macam Budak Sabah.


Komando TDDM Seronok Minum Arak

Kalau Komando minum, mangkuk-mangkuk atasan mesti lagi hebat! Mangkuk-mangkuk bawahan nak berguru bagaimana dengan kaki botol? Cuba terangkan sikit. Saya tak faham bagaimana?

Semua orang tahu tentera diberi gaji yang cukup (hingga seluar dalam pun diberi) dan ada diberi juga masa setiap bulan untuk pergi enjoy. Ada yang enjoy di masjid berkiamulail akan tetapi lebih ramai yang berkiamulail seperti Komando di dalam video di atas. Akhir zamanlah katakan.

Anak polis pun curi motor. Anak siapa pula nak curi enjin ni? Nakalnya perangai!?


4 Anak Polis Cemerlang Gemilang Terbilang

Saturday, December 19, 2009

4 Ekor Arnab Baru | Naik Taraf Rumah Arnab

Proses naik taraf rumah arnab masih lagi berjalan. Mungkin Tuhan mahu mengejutkan saya daripada rasa sugul akibat berhenti kerja, hari ini saya diberi 4 ekor arnab baru. Semua saya jumpa di dalam tanah pasir. Hujan yang lebat telah merosakkan terowong arnab. Ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk menyelamatkan mereka semua. Dari pandangan mata kasar, ke semua anak-anak arnab tersebut berusia lingkungan 2 minggu (14 hari). Saya terpaksa menganggar kerana itulah adat membela arnab di luar rumah. Semua proses beranak di dalam tanah pasir.

Sengaja dibina dengan keadaan senget, supaya ia tampak low profile.

Inilah lubang yang dimaksudkan.

Pada mulanya, saya jumpa hanya seekor.

Saya sambung kerja, membikin pintu. Suatu proses yang paling digemari.

Kehandalan terletak pada penentuan ketepatan sudut pintu. Hahaha...

Gergaji tersebut berusia ... entahlah ia telah wujud sejak saya tadika lagi.

Sekarang saya berusia 25 tahun.

Pasang jaring dawai.

Tepat.

Eh, apa tu?

Silap mata?

Alhamdulillah ada 3 ekor arnab putih yang berjaya diselamatkan.

Jadi semuanya ada 4 ekor.

Rumah arnab 2 tingkat.

p/s: Adalah amat penting untuk membiarkan ibu arnab memberitahu anda sesuatu walaupun anda telah berjaya menjumpai seekor anak arnab di dalam tanah. Caranya? Lepaskan ibunya sebentar dan perhatikan gerak-gerinya. Selamat berjuang semua!

Friday, December 18, 2009

KASTAM Berpakat Dengan Mahathir

Malaysian customs authorities have been holding up delivery of 800 copies of an authoritative new biography of former Prime Minister Mahathir Mohamad for the past three weeks at the Port Klang customs office. - Mahathir Book Too Hot for Malaysian Authorities


Najib Anak Mahathir

Hanief: Hah! Apa dah jadi? Buku panas ini sekarang telah ditahan dek KASTAM. Kita perlukan bantuan orang luar negara untuk menjadikan buku ini dalam versi elektronik. Kemudian masukkan fail PDF itu ke dalam laman web Scribd.com bagi semua orang baca.

Si Mangkuk Tua ini tak reti duduk diam. Dia akan melalak walau pun dah masuk kubur. Dia akan menafi dan terus menidakkan, serta menyimpang lagi mengutuk bagi menyelamatkan kepalanya daripada dilambung. Dia perlu di bawa ke muka pengadilan.

DIA SEDANG MENYELAMATKAN DIRINYA
DIA BIMBANG TAHI-TAHINYA AKAN DIGALI SEMULA
DIA RISAU JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH LALU MEMAKAN DIRINYA
DIA TAKUT DUDUK DI PENJARA SUNGAI BULOH & MATI DI DALAMNYA
DIA KHUATIR DSAI AKAN BALAS DENDAM DAN MEMBIARKAN DIRINYA MERASA MAKANAN PENJARA

Dia akan menjawab jutaan persoalan
Sayalah orang yang paling bersedia untuk menghukumnya

DARI KACAMATA SAYA, SAYA MASIH TERIKATKAN PERKARA-PERKARA KEJI YANG DILAKUKAN OLEHNYA.

DIA BUNUH DEMOKRASI
DIA BUNUH BADAN KEHAKIMAN
DIA BUNUH MONARKI
DIA BUNUH BAHASA IBUNDA
DIA BUNUH SEMUA AGENSI - PDRM, ATM, AG, SPR (MACC), EC, BANKS,TH,MAS,
DIA BAZIRKAN WANG KITA SEMUA (PETRONAS)
DIA SUAP SEMUA KRONINYA HINGGA KENYANG
DIA ROSAKKAN SEMUA ORANG MELAYU
DIA HANCURKAN UMNO YANG SEBENAR
DIA MUSNAHKAN SISTEM PENDIDIKAN
DIA MEMBUATKAN KITA BAYAR DUIT TOL DI JALANRAYA (YG. TERUS MENINGKAT)
DIA MENJADIKAN KITA SEMUA PEMBAYAR KEPADA "SKIM & PELAN PENSWASTAAN"

DIA KATA, DIA SUDAH LUPA SEMUA INI

SAYA MAMPU KOREK SEMUA DAN INGATKAN DIA KEMBALI.
TENTU SEKALI.


Mahathir Suka Meminjam

Proton Lancar Model Istimewa Tun Mahathir

http://www.proton-edar.com.my/

THE Malay proverb, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” conveys the meaning “One’s good deeds will never be forgotten.”

With this in mind, I would like to suggest that the new Proton model be named after Tun Dr Mahathir Mohamad, the man who so brilliantly inspired the automotive industry in the country. I would like to mention some famous companies in the global automotive industry to emphasise my suggestion. - Proton should name car after Dr M
Hanief: Bunyi hon model istimewa ini akan berbunyi, "Correct, correct, correct!"

Thursday, December 17, 2009

Naik Taraf Rumah Arnab | Hanief Berhenti Kerja

Sebenarnya saya tak tahu, nak mula macam mana. Main cacak saja 4 batang kayu.

Tutup sementara, kerana hujan lebat.

Semua main letak-letak kayu dan papan.

Asalkan boleh, kukuh dan masuk akal binaannya memadailah.

Naik Taraf
Arnab semakin banyak sehingga ibu-ibu arnab berebut zon untuk beranak di dalam tanah. Ada tanah yang kurang sesuai (kerana terdedah penuh pada limpahan hujan) maka saya terpaksa naik taraf rumah arnab yang ada sekarang.

Berhenti Kerja
Oh, ya. Saya juga baru berhenti kerja berikutan hal arnab dan juga beberapa hal lain seperti kerenah Budak Sabah yang kaki botol dan kaki judi juga. Tidak terlepas juga budak Kelantan yang kaki rokok.


GST Rompakan Siang Hari

Lagi pun dengar khabar harga minyak akan naik lagi 2010 ini (tinggal 2 minggu saja lagi), lokasi tempat kerja yang jauh (Kelana Jaya) akan meranapkan motor dan gaji RM800 saya. Ditambah dengan kehadiran GST (Rompakan Siang Hari) bawaan kerajaan UMNO-BN. Yang mana GST akan menerbitkan budaya cukai 4% pada semua barang di sekeliling anda kecuali:-
  • Beras
  • Sayuran
  • Tepung
  • Gula
Garam naik harga agaknya? Hahaha... 4% ini secara matematiknya, jika sepasang kasut berharga RM100, maka ia akan meningkat harga sebanyak RM4 dan menjadikan kasut itu berharga RM104. Perlu diingat, bukan kasut sahaja. Lihat di hadapan anda, ada monitor, ada laptop, ada speaker, ada papan kekunci, ada tetikus, ada kamera web, ada cermin mata, ada AVR (auto voltage regulator), ada modem, ada router tanpa wayar, ada meja, ada kerusi, ada pemutar skru, ada kitab suci, ada kamera video, ada telefon bimbit, ada air mineral, ada sinki, ada jubin dan lain-lain. Bukalah mata kita semua.

Itu belum cerita bab cara pembelian melalui kredit. Caj servis mesin kad kredit sering dialirkan pada pengguna, di mana ia sepatutnya diharungi pekedai itu sendiri. Selalukah anda dikenakan lebihan caj kad kredit sebanyak 2.5% ?

Sesetengah kedai ada yang bantai sampai 4%. Jadinya peratus GST campur dengan peratus caj kad kredit, 4% + 4% = 8%. Kalau beli kasut RM100 tadi, selepas cukai harganya melambung kepada RM108. Jadi kalau nak beli barang, tak boleh bawa sejumlah wang yang tepat. Kerana adanya tambahan harga akibat peratus cukai GST dan caj kad kredit (jika dilakukan secara kredit).

Mengapa jadinya begini? Jawab saya, mungkin kerajaan dah terhutang budi dengan para pemodal besar. Pemerintah sekarang hanya bak boneka yang bertalikan para pemodal besar. Ahli politik ini pakailah kot jenama designer sekali pun, naiklah kereta kebal sekali pun, duduklah dalam istana Permaisuri Elizabeth sekali pun, saya tak ada masa untuk layan mereka ini. Arnab saya lebih mulia dan bebas cukai.

Servis Komputer Percuma
Buat masa ini saya sedang menumpukan perhatian sepenuhnya pada arnab dan juga menawarkan perkhidmatan servis komputer secara percuma. Sesiapa yang berminat nak jimatkan duit, anda boleh hubungi saya di 03-4022 0853 (Hanief). Saya menawarkan servis komputer desktop atau laptop, networking, CCTV dan banner/bunting design. Semua saya tawarkan secara percuma.

Kepada syarikat yang khuatir dengan servis percuma ini, gajikanlah saya dengan gaji RM2500. Jika tak mampu, biarkan saya terus membantu orang ramai dengan servis percuma ini. Servis ini ditujukan pada pengguna di rumah. Bukan untuk pengguna di syarikat atau pun kedai komputer. Ini peta rumah saya.

Selamat berjuang semua!

3GP Gang Bang Kampung Merapuh | Adegan Terlampau

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.

Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.

Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.

“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. - Adegan terlampau
Video 3GP: http://hotfile.com
Password: hanief.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

Kenapa Malaysia Kehilangan Tenaga Mahir ?

Umum tahu Malaysia merupakan negara dunia ketiga. Sangat jelik bunyinya. Tetapi apakan daya, menara tinggi pun tak mampu mengubah status jelik itu.

Bahkan kita ada UMNO sebuah parti Melayu yang gah pun, tak berupaya mengubah negara kita daripada status jelik itu.

Di manakah silapnya? Sekarang apa masalah kita? Salah satunya ialah kekurangan tenaga mahir. Pekerja mahir yang kita tercari-cari. Di mana mereka? Sudah lahirkah mereka? Atau sudah larikah mereka?

Jika kita mahu jadi pandai, atau mahir dalam sesuatu, kita mestilah berguru dengan yang pandai atau dengan yang mahir.

Di Malaysia, semenjak rasuah berleluasa, projek-projek besar hanya berlegar-legar di kalangan kroni. Golongan mahir tidak diendahkan, sebaliknya golongan yang sanggup memberi rasuah besar, maka dialah yang dapat projek. Tak kira samada dia bodoh atau penjenayah, jika memiliki saguhati besar maka dia diutamakan. Ini sungguh menyedihkan, tetapi ia sudah lama bersarang di Malaysia.

Contohnya, ada projek membekalkan minuman ringan di sebuah zoo. Taukeh Cina tak akan dapat projek itu selagi mana tak ada rasuah darinya. Selepas Taukeh Cina merasuah pihak zoo, barulah minuman ringan dapat dibekalkan. Kesannya banyak sekali. Taukeh jujur lain terpinggir akibat projek itu tidak diundikan pada pihak yang betul-betul berkelayakan.

Sekiranya Taukeh Cina tadi seorang yang tidak mahir, maka minuman ringannya sering lewat dan bermasalah. Ia akan mengakibatkan para pengunjung zoo tadi marah kerana pelbagai masalah yang timbul. Namun, akibat rasuah tadi taukeh ini kekal berniaga di situ.

Selalunya kakitangan Taukeh Cina seperti ini tidak terdiri daripada orang-orang yang mahir. Ini kerana Taukeh Cina seorang yang kedekut dan dan rajin berjudi. Pekerja yang diambil terdiri daripada warga asing yang digaji RM700 sebulan.

Apabila warga tempatan yang mahir mahu bekerja dengan Taukeh Cina, dia diberi dengan gaji RM800 lebih sikit daripada pekerja asing. Kemudian, apabila Taukeh Cina ditanya oleh wartawan berkenaan dengan pengambilan pekerja asing. Jawabnya, "Orang tempatan pemalas, tak suka kerja."

Padahal, Taukeh Cina mahu berjimat RM100 setiap sebulan untuk perbelanjaan di kedai TOTO dan pembelian arak serta rokok.

Hal ini berlaku di mana-mana sahaja. Di UK, warga tempatan di sana terpinggir akibat kebanjiran pekerja asing dari negara Poland.

Semua taukeh mahu untung, apa yang dapat dijimatkan, akan dijimatkan. Soal kebajikan pekerja tidak dihiraukan langsung.

Ini belum dicampur masalah politik di dalam sesebuah syarikat. Ada yang kaki bodek, orangnya bodoh tetapi pandai dalam ambil hati taukeh. Contohnya hisap rokok bersama taukeh.

Juga belum dicampur soal ketampanan dan kepintaran seseorang individu yang mendorong mana-mana taukeh hodoh dan bebal membuang para pekerjanya. Sangat susah menjadi seorang yang tampan dan pintar. Sebab itu ahli politik UMNO semua hodoh dan bebal.

Mana mungkin si ketua hodoh dan bebal mahu seseorang menandinginya. Baik secara sedar mahu pun separa sedar.

Sekiranya anda seorang yang tampan dan pintar sering dibuang kerja atau didajal oleh kaki-kaki bodek. Tibalah masanya anda berdiri di atas kaki anda sendiri. Cukuplah dengan politik sempit syarikat besar mahu pun kecil.

Tubuhkan empayar baru kepunyaan anda sendiri dan bersemuka terus dengan empayar taukeh anda.

Ya, saya tahu. Ada yang masih tidak mampu atau tidak memiliki modal untuk berlawan dengan empayar si taukeh dan kerana itulah kita lihat ramai golongan mahir dan jujur ini merantau ke negara orang.

Di negara orang, matawangnya tinggi. Perolehan projek diutamakan mengikut prestasi dan bukannya rasuah atau saguhati. Di sinilah budak baru dapat membina diri.

Kerana tiada halangan dari si perasuah tua hodoh yang bebal menyekat periuk nasi golongan mahir, dengan amalan rasuah.

Kesimpulannya, rasuah mengenepikan golongan mahir atau pun golongan pelapis. Sebab itu di warta berita, muka-muka perasuah semua rata-ratanya berumur belaka. Juga, jika anda perasan. Negara yang anak-anak mudanya lari ke luar negara adalah terdiri daripada warga negara-negara membangun. Malaysia hanyalah salah satu daripada negara-negara yang saya maksudkan itu.

Bagi yang ingin berlawan dengan golongan perasuah di Malaysia ini, anda perlu tabah dan sanggup duduk di Malaysia walaupun terpaksa memamah umbi-umbi kayu. Itulah pesanan Nabi S.A.W. Saya sarankan supaya kita kumpul modal daripada penternakan dan pertanian.


Nasib 10,000 Kakitangan Kerajaan Pada JUN 2009

Ada yang berjuang dari luar negara dan ada yang berjuang dari dalam negara. Apa-apa pun jangan kita putus asa. Lawan tetap lawan!

Tuesday, December 15, 2009

Peluang Pekerjaan P1 Wimax

Lokasi banner ini ialah di sekitar PKNS Shah Alam

Budak Sabah Tak Reti Keutamaan

Hanief: Eh! Kau OK ke?

Budak Sabah: Ah?!

Hanief: Sikit lagi nak terbabas tadi. Gila betul!

Hanief: Kau minum lagi ke semalam?

Budah Sabah: A'ah. Semalam.

Hanief: Padanlah kau pakai cermin mata hitam. Nak sorok mata kuyu.

Budak Sabah: Ahaha...

Hanief: Kita tukar tempat. Biar aku bawa van.

Budak Sabah: OK.

Hanief: Ha, sekarang kau boleh rehat.

Hanief: Eh, aku nak tanya sikit.

Budak Sabah: Apa dia?

Hanief: Apa rasa lepas minum arak? Pening ke?

Budak Sabah: Mana ada. Kalau lepas minum, kau akan rasa happy. Sakit ke? Ada masalah ke? Semua kau lupa.

Hanief: Tapi lepas tu?

Budak Sabah: Ha, lepas besok pagi kau bagun sakit semua datang balik.

Hanief: Maksud kau, sakit kepala?

Budak Sabah: Bukan sakit kepala. Rasa dia macam kepala kau berat.

Hanief: Macam berat masa demam tu?

Budak Sabah: Ya, macam itulah.

Hanief: Nanti aku nak beli nasi dekat Restoran Ali Maju dekat dengan syarikat Philip Morris nanti.

Budak Sabah: OK.

Hanief: Kau pula bawa van. Aku nak makan.

Hanief: Sekarang giliran aku pula untuk makan. Kau dah makan tadikan? Hahaha...

Budak Sabah: ...

Hanief: Kenapa setiap kali aku makan nasi bungkus, kau mesti bawa van laju-laju?

Budak Sabah: ...

Hanief: Kau tension ke?

Budak Sabah: Aku suka pandu laju, sebab kalau aku pandu macam biasa nanti aku rasa mengantuk.

Hanief: Ini sebab minum lah ni!

Budak Sabah: Ahahaha...

Budak Sabah: Wangi betul bau nasi kau.

Hanief: Aku hairan, kenapa waktu tengahari kau makan kuih-muih dengan Nescafe saja?

Budak Sabah: Aku dah biasa. Dulu aku pun macam kau juga, selalu makan nasi masa tengahari. Sekarang aku boleh tahan lapar.

Hanief: Tapi kau kata nasi aku wangi tadi? Van pun kau pandu laju. Lain kali kalau kau nak aku bungkus sekali untuk kau, cakaplah siang-siang.

Budak Sabah: ...

Hanief: Kau tak ada duit agaknya ni?

Budak Sabah: ...

Hanief: Tapi, setiap hari kau mesti pergi kedai TOTO dekat dengan Nan Yang Siang Pau tu. Takkan tak ada duit untuk makan?

Budak Sabah: Ahaha ...

Hanief: Habis ke judi.

Hanief: Baik kau jangan main lagi. Berapa kali nombor kau naik?

Budak Sabah: Adalah 2-3 kali.

Hanief: Paling besar berapa?

Budak Sabah: Paling besar dalam RM5,000

Hanief: Kau letak berapa?

Budak Sabah: Aku taruh RM10 saja.

Hanief: Bila kau kena tu?

Budak Sabah: Lama dulu, masa tahun 2005. Masa aku di Johor kerja di kilang Hitachi.

Hanief: Kau beli apa dengan duit tu?

Budak Sabah: Aku enjoylah! Ajak kawan-kawan pergi mabuk.

Hanief: Gila betul kau ni!

Budak Sabah: Nak buat macam mana. Masa ambil nombor, semua kawan aku tahu. Mereka pun bila kena, mesti kena belanja kami semua.

Hanief: Nombor tu dah tetap ke? Atau pun kita tulis sendiri ikut hati kita?

Budak Sabah: Ikut rasa sendirilah. Tak ada nombor tetap pun. Tapi masa tulis tu semua kawan-kawan dah hafal semua nombor.

Hanief: Oh, macam tu.

Hanief: Aku rasa kalau kau nak makan sedap macam aku, baik kau berhenti berjudi dan berhenti minum arak.

Budak Sabah: Ahaha ...

Hanief: Carlsberg satu tin berapa ha?

Budak Sabah: Ada macam-macam harga.

Hanief: Paling murah punya?

Budak Sabah: RM5

Hanief: Kau tahu berapa jus oren (Tropicana Twister) ni?

Budak Sabah: ...

Hanief: RM2.50 saja. Aku bukan orang kaya. Tapi aku nak yang terbaik. Aku minum jus oren ni pun sebab aku selsema sikit. Kalau di rumah aku ada mesin boleh buat jus sendiri. Tapi dah kita kerja macam ni, aku terpaksa beli.

Hanief: Gaji aku pun RM800 saja. Kau RM1,200 takkan tak boleh beli nasi?

Budak Sabah: ...

Budak Sabah: Aku bukan apa. Cuma aku susah nak berhenti. Minum arak dah jadi kegemaran aku.

Hanief: ...

Hanief: Kau dah ketagih ni agaknya.

Budak Sabah: Tak juga. Aku boleh kawal. Aku cuma suka minum.

Hanief: Kau kena jaga-jaga. Jangan jadi macam orang India kutu parkir di Bukit Bintang. Sebab minum arak, dia kena buang kerja.

Budak Sabah: Oh, orang India memang kuat minum.

Budak Sabah: Minum arak punya pasal pun kena buang kerja? Kenapa pula?

Hanief: Sebab, dia lewat sampai tempat kerja. Kadang-kadang tak datang kerja.

Budak Sabah: Kau macam nak perli aku saja.

Hanief: Eh, mana ada. Orang India tu sendiri cakap pada aku.

Hanief: Masa dia minta RM1, dia kata "Tolonglah saya baru kena buang kerja".

Hanief: Nak tolong berapa kali? Setiap malam dia minta RM1.

Hanief: Ada sekali tu, aku dah bagi RM1. Lepas tu, tak sampai 10 saat dia minta lagi.

Hanief: Aku dah agak semua duit yang aku bagi hari-hari dia beli arak. Sebab itu dia mabuk mintak setiap hari.

Hanief: Lagi pun, aku selalu nampak dia tidur tersembam tak sedarkan diri atas jalan dengan botol-botol arak di tangan pada waktu pagi.

Hanief: Bahaya minum arak ni. Boleh hancurkan masa depan kau. Berjudi pun, boleh habiskan duit kau.

Budak Sabah: ...

p/s: Saya akui, Tok Guru Nik Aziz adalah pemimpin yang sebenar! Mari sama-sama kita pelihara Tok Guru Nik Aziz dari tangan-tangan orang jahat.

Bahasa Ibunda : Mahathir VS Lee Kuan Yew

Rakyat Malaysia amat perlu menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan memastikan negara ini tidak kembali dijajah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. - Kuasai bahasa Inggeris, elak 'dijajah semula'


Singapore News - MM Lee says Make Mandarin fun!

Hanief: Pemimpin mana lebih menyayangi bahasa sendiri? Pemimpin mana lebih maju negaranya?

Sunday, December 13, 2009

TEKUN Pula Minta Tolong

TEKUN yang GAGAL
TEKUN Nasional akan memastikan krisis ekonomi global mampu dihadapi oleh masyarakat Malaysia melalui skim dan program anjuran penyedia dana dan peluang perniagaan itu.

Pengurus Urusan TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, pihaknya bersedia membantu dari segi kewangan mahupun bimbingan dalam perniagaan sekiranya individu itu benar-benar ingin menjalankan perniagaan. - Tekun Nasional bantu rakyat hadapi krisis ekonomi
10 bulan kemudian ...
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang ditubuhkan sejak 1999 bagi melahirkan lebih ramai usahawan kini berhadapan masalah kekurangan dana. - TEKUN kurang dana
Hanief: Apabila rakyat diasuh, supaya berhutang untuk belajar tinggi, berhutang untuk beli-belah, berhutang untuk berniaga, berhutang untuk beli kereta, berhutang untuk beli rumah... Hutang bertingkat-tingkat, Dei?! Apa da hutang-hutang! Rakyat berhutang, pemimpin pun berhutang. Akhir sekali:-
  • Taukeh judi juga menang!?
  • Taukeh dadah juga menang?!
  • Taukeh pelacur juga menang?!
  • Taukeh arak juga menang?!
1Malaysia 1Hutang. 1Negara Berhutang! Negara yang dibina dengan hutang. Siapa ajar ni?

p/s: Jom berkenalan dengan para pengarah TEKUN.

Siapa Nazri Aziz ?

Dahulu saya selalu tonton WWF (sekarang WWE). Tetapi setelah tahu itu semua hanyalah lakonan semata-mata, saya tidak lagi menontonnya. Mungkin ada di antara rakan sekolah dulu tahu akan hal ini.

Di dalam rancangan itu ahli-ahli gusti termasuk bosnya sangat pandai berlakon. Paling menyakitkan hati, apabila ada beberapa ahli gusti yang bersubahat mengkhianati rakannya sendiri. Bahkan ada pula yang berpura-pura bermusuhan, tetapi sebenarnya berkawan rapat.

Sedikit sebanyak, politik dalam rancangan gusti itu mengajar saya bahawa, tak kira samada berbaik atau bermusuhan, agenda tetap diteruskan.

Di dalam Islam, ada juga golongan yang berpura-pura ini, mereka digelar golongan Munafik. Ada dijelaskan ciri-ciri orang Munafik sebagai pembayang kepada orang Islam sendiri untuk mengenal pengkhianat agama Allah S.W.T. Antaranya:-
  • Mungkir janji
  • Berbohong
  • Tidak amanah
  • Menegakkan benang yang basah
Saya tak sebut nama. Siapa dan siapa. Kerana tiada guna kita berteka-teki. Biarlah masa yang menentukan. Tiba masa, akan terjawablah segala persoalan.

Nazri Aziz
Namun setakat ini, bagi yang belum mengenali siapa itu Nazri Aziz. Mungkin saya boleh kongsi daripada apa yang saya baca dan tonton setakat ini.

Ada orang kata dia pegang permit teksi. Ramai pemandu teksi yang saya temui merungut kerana sewa mahal, pelancong kurang, cuaca hujan, jalan sesak, minyak naik, NGV beratur panjang, hasil berkurangan dan macam-macam lagi.

Di Internet, heboh gambar anak dia. Entah betul anak Nazri Aziz atau pun tidak. Anda nilailah sendiri di sini. Ada orang kata, hal anak-anak tak boleh dikaitkan dengan bapanya. Tapi bagaimana dengan yang di bawah ini ? :-


Anak Najib Atau Altantuya ?

Apa lagi? Oh ya, Nazri Aziz adalah bekas anak buah Anwar Ibrahim (sewaktu di dalam UMNO). Ezam Noor pula pernah menjadi penulis teks ucapan kepada Nazri Aziz. Dia mana Ezam Noor sekarang? Apa pun, kita lihat reaksi Nazri Aziz terhadap 2 orang susuk pemula gelombang Reformasi 1998 ini:-


Anwar Telah Bersumpah Di Parlimen

Lebih menggemparkan ialah 2 keping gambar di bawah ini. Apakah ini lagak profesional ahli-ahli politik? Atau pun belang sebenar mereka semua?

Ada eye contact antara Anwar Ibrahim & Nazri Aziz

Apakah mereka ini 3 Musketeers ?

Melayu & Melayu Mamak
Di dalam UMNO, ada dua kumpulan yang samar-samar terbentuk. Satu Melayu betul dan satu lagi Melayu Mamak. Mungkin hal ini terjadi tanpa disedari ramai. Tetapi tak salah jika saya hanya berkongsi pandangan.

Dalam mengejar hayat politik, ahli-ahli politik beragenda sanggup melakukan apa saja.

Buat masa ini, jelas sekali Nazri Aziz dan Mahathir tidak sehaluan. Lihat video di bawah:-


Tun Dr Mahathir "buuoo" to Nazri

Lihat juga petikan-petikan di bawah:-
Sebelum persaraannya pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara selama dua dekad, digelar sebagai "Bapa Pemodenan".

Hari ini, beliau diberi gelaran baru oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. Beliau menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'. - Nazri: Dr M 'bapa segala perkauman'
KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan beberapa kenyataan terbuka dibuatnya sebelum ini. - Nazri enggan mohon maaf kepada Dr M
Apakah Najib, Anwar dan Nazri ini satu geng? Kes Altantuya diheret-heret sebagai bahan untuk melekakan geng Mamak (Mahathir)? Apa akan jadi jika persahabatan dan kerjasama dinampakkan dengan ketara? Tentu Mahathir melompat.

Begitu juga dengan Ezam Noor. Mengapa hujahnya yang padu dahulu, kini menjadi seperti hujah orang dangkal? Apakah permusuhan Ezam dan Anwar dibuat-buat juga bagi melekakan geng Mamak (Mahathir). Sehingga dikhuatiri anak Mahathir, si Mukhriz:-


Reaksi Mukhriz Terhadap Kemasukan Ezam Dalam UMNO

Dalam pada Nazri mengatakan Mahathir sebagai Bapa Perkauman, Khairy yang kelihatan gelap seperti Mamak bangun membela BTN (sehaluan dengan Mahathir). Lihat petikan di bawah:-
"I think that it is irrational to call for BTN's closure because as an agency, it was created to instil the spirit of patriotism especially among the younger generation," said Khairy, who is the son-in-law of former premier Tun Abdullah Ahmad Badawi. - Khairy plays safe, defends BTN but agrees on modules revamp
Layakkah Khairy yang tampak bermusuhan dengan Mahathir, digelarkan sebagai agen Mahathir? Petikan di bawah, Khairy membela kewujudan ISA. Mahathir juga suka ISA :-
KULIM, 18 Julai (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia lebih suka Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda dan bukan dimansuhkan, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin. - Pemuda Umno Leibh Suka ISA Dipinda Daripada Dimansuhkan
12. Can the ISA be replaced by a court hearing. In Malaysia courts take a long time to pass judgement; months or even years. By then the violence would have taken place, i.e. the court action would have failed to achieve the prevention that the law is meant for. - ISA
Mahathir salahkan perbicaraan mahkamah yang memakan masa yang lama, lantaran itu ISA diperlukan dalam menahan seseorang daripada suspek membuaskan diri dan menjahanamkan negara. Jangan kita lupa, siapa yang memperalatkan mahkamah? Mahkamah pernah jadi sarkas Mahathir:-


Mahathir Mahu Jadi Diktator - Tan Sri Azmi



Ku Li Ulas Kes VK Lingam

Jika Ezam Noor saya kira sebagai agen Anwar dikutuk sebagai Mat Kotak. Mungkin tiada bezanya dengan Khairy Jamaluddin sebagai agen Mahathir dikutuk sebagai Menantu. Permusuhan rekaan ini mungkin ada tujuan bagi mengaburi musuh masing-masing.

Jangan kita lupa, penghijrahan para sahabat ke Madinah pun dilakukan senyap-senyap. Mesti bertujuan besar bukan?

Bagi mengetahui lebih awal mereka ini siapa dan siapa? Hendaklah kita mengawasi dan membaca gerak-geri mereka dan taulan mereka. Jika kita malas, galaskan saja tugas itu pada masa. Masa akan menentukan dan biasanya ketika itu nasi sudah jadi bubur.

Apa yang anda hajatkan dan apa yang anda mahu mereka (ahli politik) suarakan? Apakah ahli politik berguna benar? Apakah anda lebih percaya pada perniagaan dan empayar perniagaan seperti ramai taukeh Cina?

Vincent Tan sebagai taukeh judi yang dituduh terlibat dalam kes VK Lingam telah membeli laman web Friendster. Kini Vincent Tan boleh banci minat atau kecenderungan anak-anak muda di Friendster. Nasib baik dia tak beli YouTube. Jika tidak, habislah channel MalaysiaNews.

p/s: Bila ekonomi lemah, kita tak akan dirasuah kerana walaupun miskin, kita punya pegangan agama. Tetapi, jika tiada agama, rasuah mudah berleluasa. Bagilah slogan, hulurkanlah serban atau dirikanlah kubah kristal sekali pun. Ia tetap akan meningkat. Agama itu petunjuk dariNya.

Blog Archive