ASAMUALAIKUM CIK HANIEF,
DISINI SAYA NAK MINTA TOLONG .SAYA ADA MASALH DENGAN LAPTOP ACER ASPIRE 4736Z DIMAA BIOS TAK DAPAT DETECT HDD SCREEN DIA KUAR SEPERTI
pxe-mof exiting pxe rom,INTEL UNDI 2.1.SAYA FIKIR HDD ADA MASALAH SAYA DAH CUBA BUKA HDD JADIKAN ETERNAL CUCUK KAT USB THEN HDD TAKDER MASALAH OK DAN TAKDER BUNYI BILA SAYA PASANG BALIK XDAPAT DETECT JUGA SAYA JUGA DAH DISABLEKAN NETWORK BOOT TAPI XDAPAT SELESAI JUGA DAN JUGA LOAD SETUP DEFAULT KAT BIOS PUN MASIH XBOLEH,LASTLY SAYA FORMAT PAKAI USB THEN DAPAT DETECT HDD 2 TAPI BILA NAK INSTALL WINDOW XBOLEH DAN SYSTEM ADA JUGA SEBUT CMOS BLALALALA LEBIH KURANG CAMTULA .IKUT PENDAPAT CIK ANIP APA MASALAH COMPUTER SAYA DAN KALAU CIK ANIP LEH TOLONG REPAIR KALU LEH SAYA AKAN ANTAR KALAU XLEH MINTAK ADVICE PUN JADILAH TQ.
- Pastikan pilihan boot pertama ialah HDD (harddisk)
PXE ini ada kaitan dengan network boot. Jika laptop gagal mengesan kehadiran HDD, maka PXE ini akan mula menyibuk. Kalau tak guna network boot. Disablekan sahaja. - Ambil HDD (harddisk) lain dan cuba di laptop itu.
Jika masalah berkekalan, kemungkinan ada kabel/connector HDD yang telah rosak akibat kecuaian seorang noob. - Hubungi Penjual Laptop Atau Pusat Servis Acer
Laptop Acer memang kebanyakannya bermasalah. Kalau boleh elakkan beli jenama Acer. Bagi juruteknik komputer yang sukakan masalah, dia mungkin bolehlah pakai laptop Acer dan moga-moga dapat gelaran geek satu hari nanti.
Hubungi sahaja kakitangan Acer. Jangan malu-malu. Mereka lebih dekat dengan model-model komputer mereka ini. Malah hari-hari mereka berhadapan dengan masalah model-model tersebut. Lagi pun di Malaysia hardware untuk laptop ini dikawal dan tidak dijual pada public. Hanya wakil-wakil yang sah sahaja. Ia berbeda dengan hardware desktop.
Sebab itulah salah-satunya saya muak dengan laptop. Sudahlah mahal dan tidak sepuas komputer desktop.
Kalau mahu mobile, saya pilih telefon pintar atau iPod Touch sahaja. Murah dan kalau rosak, campak buang kemudian beli baru saja. Tapi kena lepak di hotspot WiFi atau 3G. Barangan keluaran Apple Inc. berkualiti tinggi susah nak campak buang. Sebab lambat nak rosak. Bukan macam Acer, laptop dia macam ketuhar. Bagi yang bujang-bujang, bila letak laptop atas riba, mesti fikir dua kali kalau nakkan cahaya mata comel akan datang.
p/s: Jiran saya dan kawan pakcik saya pun pakai laptop Acer. Kedua-dua mereka hadapi masalah keserasian dan hardware. Kesian betul. Untuk pengetahuan anda, adik saya yang sedang belajar di universiti telah saya belikan komputer desktop. Manakala laptop yang diminta-mintanya saya gantikan dengan iPod Touch sahaja. Sudah memadai dengan ada gelombang WiFi untuk cari bahan buat assignment.








12 comments:
Laptop Acer boleh masak telur wakakakakak!
MASIH ANIP REPLAY EMAIL GUA CEPAT TUL REPLY!SIAP PUBLISH LAGI HAHAHAHAHAH
LATEST......
PORTAL BERITA PR utaraonline DAN tranungkite TELAH LUMPUH dalam serangan siber yang menyamar sebagai KEROSAKAN SISTEM
serangan dilakukan DARI PAGI TADI sehingga sekarang telah merosakan 2 portal berita berkenaan....
sila UPDATE SECURITY INTERNET ANDA.....
-BOND-
Thanks Anep for the info! Baik btul, siap tolong anak buah lagi, barulah!
Bohong la kau BOND!!!!!!!!!!
apa beza iPOD Touch dgn iPhone?
iPod Touch tak ada mikrofon, tak ada 3G, tak ada kamera.
Tu la sape suruh beli Acer
ACER=Aku CEpat Rosak
polyaloy(at)gmail(dot)com awas email anda akan menjadi sasaran spammer . selamat berjuang heheheh
polyaloy(at)gmail(dot)com awas email anda akan menjadi sasaran spammer . selamat berjuang heheheh
aku tunggu heheheheeheh
sata? ahci? ide? tengok kat bios kalo ada mende ni, tukor2 la seting sampai menjadi....
asalamualaikum haniaf,saya nak mnta tlg dgn laptop acer 4736z,sebelum ni x da masalah,tp selepas anti virus symantec endpoint proteection small business edition x dpt nak update,laptop saya mghadapi maslh slow,n slalu menjadi h.a.n.g.(not responding)..saya pon x pasti apa mslhnya,anti virus sy x dpt nak update,ia akan kluar update failed..tlg la saya haniaf,saya buntu skrg ni.....
Post a Comment