Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Jangan Pakai IE6 | Internet Explorer 6

Saturday, January 30, 2010

Jangan Pakai IE6 | Internet Explorer 6

France has followed Germany's lead and urged web users to avoid using Internet Explorer until Microsoft develops a patch to fix a security flaw that led to hacks against websites including Google. - France joins Germany in warning against using Microsoft browser Internet Explorer
Hanief: Jerman dan Perancis iaitu dua buah negara maju telah menyarankan para pelayar web untuk elak daripada menggunakan Internet Explorer. Hal ini berikutan ciri-ciri keselamatan yang rendah di dalam Internet Explorer.
... Many other companies have already stopped supporting older browsers like Microsoft Internet Explorer 6.0 as well as browsers that are not supported by their own manufacturers. We're also going to begin phasing out our support, starting with Google Docs and Google Sites on March 1st. - Web browser support for Docs and Sites
Bukan itu sahaja, Google juga akan membuang sokongan Internet Explorer 6 (IE6) daripada laman-laman web mereka. Kata Google IE6 telah lapuk dimakan zaman. Jika minat Internet Explorer anda kena pakai Internet Explorer yang barulah jawabnya.

Apa sahaja laman web yang ada kaitan dengan Google (seperti YouTube, Picasa, FeedBurner, Blogger dan lain-lain) akan terkesan dengan langkah Google ini.

Outlook Express & Microsoft Outlook Pun Pakai Internet Explorer
Menyentuh hal bertapa rendahnya ciri-ciri keselamatan di dalam Internet Explorer, ketahuilah para pembaca semua, bahawa jika anda menggunakan Outlook Express (OE) atau pun Microsoft Outlook, enjin Internet Explorer akan digunakan untuk memaparkan email dan juga sisipan (attachment). Sebagai penyelesaian anda boleh menggunakan Mozilla Thunderbird (ganti Outlook) dan Mozilla Firefox (ganti Internet Explorer).

Sasaran Hacker
Mengapa Internet Explorer ini menjadi sasaran penggodam (hacker)? Ini adalah kerana dahulunya Internet Explorer menjadi jaguh pelayar Internet berikutan perisian itu telah tersedia di dalam Windows. Jadi para pengguna Windows mesti ada Internet Explorer.

Juga boleh diumpamakan dengan hal mengapa motor Honda EX5/Modenas Kriss atau Yamaha RXZ menjadi sasaran pencuri motor. Ia adalah kerana motor-motor itu popular dan menjadi tunggangan pelumba haram di jalanraya.

Firefox mendahului pelayar web yang lain.

Terdapat 24.63% pengguna IE6 dalam keluarga Internet Explorer.

Sekarang para pembaca laman web saya ini, kebanyakannya telah menggunakan Mozilla Firefox. Jadi, kepada para pembaca yang masih menggunakan Internet Explorer anda bolehlah beralih kepada:-
Anda tidak tahu pelayar web apa yang anda gunakan sekarang? Ketahuinya di sini.

Mungkin ada yang bertanya, apakah Internet Explorer betul-betul tidak diperlukan lagi?

Windows Update
Pada saya ia perlu untuk kita menjalankan Windows Update. Windows Update memerlukan Internet Explorer.

Tatu bunga Notifikasi WGA (WGA notification flower tatoo)

Cetak Rompak
Itu pun jika anda menggunakan Windows yang tulen (original). Kebiasaanya, pengguna Windows cetak rompak tidak akan update Windows mereka. Mereka hanya dapatkan Windows cetak rompak berserta Service Pack (SP) terbaru. Kerana jika tersilap langkah, anda akan dapat tatu bunga seperti di atas.

Lebih buruk lagi komputer anda akan jadi gelap (blank skrin).

Sungguhpun begitu, terdapat juga Windows Update yang diberi oleh pihak ketiga (third party). Anda boleh lihat sendiri di Windizupdate. Ia dicipta untuk pelayar web yang bukan Internet Explorer. Tetapi, bersedialah jika terjadi apa-apa pada komputer anda nanti. Kerana Windizupdate bukanlah dikendalikan oleh pihak Microsoft.

p/s: Bagi saya, tidak semua penggodaman (hacking) akan diketahui kita. Jadi usah simpan maklumat penting atau maklumat peribadi dalam komputer. Simpan dalam otak sudah cukup.

13 comments:

Anonymous

errr.. niep aku update vista pirate rilek jer... x der prob pun..

Hanief

Saya maksudkan Windows XP. Windows Vista/7 saya tak berapa pasti. Apa pun ia mungkin telah diubahsuai (cracked).

Anonymous

owh ye ke.. xp pun aku update boleh gak, maybe crack version kot.

Anonymous

IE7 suck, just a bunch of old code put together to make an IE.....just like umno, a bunch of old looser.

Anonymous

burn ur IE, Use firefox!

Anonymous

hanif, tutor skit mcmmana nk buang tnda xoriginal tu kat skrin.. skrin dh hitam camtu... xkan xde kot cara2 tu

Anonymous

satu lg, cara2 nk repair corrupt RAR file.. ade x RAR file repairer yg cracked x?

Hamimah

Cari kat youtube cara2 nak buang microsorf genuine....mudah saja mat salih ajar...kena download sorfware tuk bagi elok semula komputer tu...

TAUFIK SM™

pakai chorome lagi baik....

admin http://www.taufiksm.com - anti aduka taruna

agent

skrg ni dlm komputer aku ader IE 8,mozilla dengan chrome. aku rase pakai chrome lg best sbb die simple and functional.

sebelum chrome launch hari tu,aku minat gak pakai mozilla ni... IE dah lame dah aku tinggal kan,sejak zaman abis skola lagi :)

3rdfrom9

window & UMNO blood dah lama aku tinggalkan.

penyamun

desktop:~# uname;dpkg -l iceweasel
Linux
Desired=Unknown/Install/Remove/Purge/Hold
| Status=Not/Inst/Cfg-files/Unpacked/Failed-cfg/Half-inst/trig-aWait/Trig-pend
|/ Err?=(none)/Hold/Reinst-required/X=both-problems (Status,Err: uppercase=bad)
||/ Name Version Description
+++-==============-==============-============================================
ii iceweasel 3.0.6-3 lightweight web browser based on Mozilla

shasha

IE ngan internet explorer tu ape wak?

Post a Comment

Blog Archive