Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Marahkan Anak, Sindir Menantu

Sunday, January 31, 2010

Marahkan Anak, Sindir Menantu

Saya tak tahu samada para pembaca suka tulisan kali ini atau tidak. Tetapi ini pendapat ikhlas saya.

Berhubung hal Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap rakan gabungan Pakatan Rakyat, Khalid Abdul Samad. Pada saya laporan itu dibuat adalah kerana rasa tanggungjawab yang lahir jauh di lubuk hati semua orang-orang Islam. Ia terpaksa dizahirkan dengan keadaan 'marahkan anak, sindir menantu'.

Begitu juga hal kerajaan perpaduan. Terdapat dua ulama' ulung yang terpaksa berada di dalam keadaan 'marahkan anak, sindir menantu'. Ia terpaksa dipaparkan begitu bagi menampakkan suatu keadaan yang tidak berat sebelah. Juga supaya tidak terlambat nanti untuk berbaik semula.

Kisah Zahrain Mohd Hashim dengan Lim Guan Eng juga terpaksa disuarakan begitu. Bayangkan jika Anwar sendiri yang bercakap secara terus perkataan seperti komunis dan lain-lain itu. Bukankah ia hanya akan menambahkan retak? Jadi biarlah orang yang bawahan sedikit yang suarakan. Apakah perkataan itu datang dari arahan Anwar? Entahlah.

Susuk-susuk bawahan ini perlu dalam menyuarakan kehendak yang mungkin popular. Mereka ini juga boleh dikatakan sebagai alat untuk test marketing. Bagi melihat apakah reaksi rakyat dan benda-benda lain lagi buat kepentingan pihak-pihak tertentu.

Semua benda ini terjadi akibat huungan antara kaum yang masih renggang sebenarnya. Walaupun 1001 slogan telah dipakai, namun terdapatkah keikhlasan di hati dalam mengamini sesuatu perjanjian?

Maklumlah sesetengah orang masih mahu menyelamatkan kaum sendiri. Tetapi dia lupa bahawa semua kaum itu datang daripada Nabi Adam A.S.

Saya yakin ada komplot atau pakatan di antara DAP dan MCA dalam memperoleh sesuatu. Begitu juga PAS, PKR dan UMNO. Apakah ini suatu perkembangan yang baik dalam merapatkan hubungan kaum?

7 comments:

Anonymous

bertuah ko anep, tiada hutang ptptn. kepalo den ni tgh poning fikir hutang ptptn. setiap bulan kos pentadbiran naik sebanyak RM105!!.

susah betul hidup dalam negara kapitalis.
semua riba',
semua fikir untung,
semua tamak,

ini semua bawah telunjuk US/Zionist/Dajjal yang hanya fikir Duniawi No 1, Akhirat dilupakan.

Anonymous

anip nie best ker sampai artikel dia best2 nie?

Anonymous

lol. dah masyuk. 105 ringgit pun susah nk bayar.. klakar la ko nh.. pinjam pandai. bayr x pandai, jgn salahkan kapitalis.. sendiri pikir masa nk pinjam,, x nak blaja.. blaja jadi usahawan.. gud luck matE!

The Man With No Name

saya punya hutang ptptn pun agak teruk jugak. menyesal melanjutkan pelajaran dengan mengambil ptptn.

penyamun

hanief , kenapa kau tak letak gambar kau sendiri kat profile tu? mana la tahu kalau jumpa buleh ajak minum di kedai mamak

kopiah putih

Alhamdulillah...selamat ak x berhutang dalam menuntut ilmu...zakat yg Allah perintahkan membantuku...hehe...asnaf...asnaf...asnaf...

Anonymous

kepada anony Sunday, January 31, 2010 11:21:00 PM GMT+08:00

oi oi.. aku bukan kene bayor RM105 sebulan. tolong faham statement aku. KOS PENTADBIRAN SAHAJA RM105.

Post a Comment

Blog Archive