Baru-baru ini, Mahathir telah melancarkan satu lagi spesis Proton. Iaitulah Proton Kuda. Ia mampu berjalan tanpa menggunakan minyak petrol atau pun diesel atau pun pun gas asli.Sebaliknya Proton Kuda mampu mengeluarkan pula gas asli melalui ekzosnya. Proton Kuda ini hanya memerlukan air dan rumput kering untuk berjalan. Ia dapat mengatasi masalah:-
- Kesesakan lalulintas - Proton Kuda tidak menyesakkan jalan ia kecil.
- Kerosakan lampu isyarat - Proton Kuda mempunyai deria istimewa.
- Pintu tol atau pun palang tag SMART - Proton Kuda boleh melalui jalan pintas.
- Kepadatan parkir - Saiz Proton Kuda lebih kecil daripda Proton biasa.
- Sindiket kecurian kereta mewah - Proton Kuda kenal tuan.
- Cukai Jalan - Proton Kuda boleh dibiakkan. Tiada cukai dikenakan.
- Hadlaju - Proton Kuda hanya berhalaju maksima 80km/j
- Harga Minyak - Hanya beri air, rumput kering dan lain-lain.
- Penyelenggaraan - Hanya perlu tukar ladam dan tempat duduk.
- Sistem automatik - Proton Kuda ini boleh dipanggil dengan siulan.
Ditanya mana dia Proton yang berenjin. Katanya, Proton kini sudah kehabisan enjin akibat dijual pada syarikat di Amerika Selatan. Syarikat automobil yang lain juga sedang mengalami nasib yang lebih kurang sama.
Proton Dalam Bahaya
Mahathir juga mengatakan kereta yang menggunakan kuasa caj elektrik merupakan satu jenaka.
Gas Murah = Elektrik Murah
Mahathir yang juga sebagai penasihat PETRONAS berkata, harga minyak dunia makin mahal akibat manusia berniaga dengan fiat money (wang paslu) yang tidak disandarkan dengan nilai emas. Emas yang berharga telah disorok oleh puak Zionis dan Saiful ke dalam apanama-apanama tempatnya?
Mahathir Kata Minyak Dah Murah
Proton Kuda yang diilhamkan oleh seorang penulis blog, sangat tepat pada waktunya, kata Mahathir. Ia juga bertepatan dengan saranan Nabi S.A.W yang menyuruh umatnya:-

- Menghayati Al-Quran
- Memanah
- Menaiki kuda (Proton Kuda)
- Berenang
Mahathir juga berkata, satu hari nanti minyak pasti akan habis. Pembangunan empayar dunia yang mencanak naik dek kerana minyak ini, akan menjunam jatuh berkecai.
Ternyata minyak menyumbang kepada kemajuan peradaban dunia moden. Hari ini minyak semakin surut dan semua manusia akan kembali menggunakan haiwan sebagai tunggangan dan semuanya akan kembali kepada aktiviti atau pun cara hidup yang lebih tradisional.
Tambah bekas Perdana Menteri itu, beliau sudah tua dan berharap anak-anak muda akan menikmati hari-hari mendatang dengan menggunakan Proton Kuda untuk bersiar-siar di Malaysia. Ia lebih selamat katanya.

5 comments:
kahkahkahkahkah...tulisan kau kali ni mirip sikit macam tukartiub.blogsport.com......bezanya takde perkataan ketawa berdekah2..tapi sinis jugak kalau di hayati betul2...kahkahkah..
sinis giler ah hehe
hahaha hanief ni memang bez...vid die kat utube memang mantop2.. wahahaha
keh..keh, lawak siot. entah2 ko ni mamat bujang sepah tu..
Hanief memang sempoilah... haha...
Post a Comment