Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Soalan Munshi rage verge | Komputer

Monday, February 22, 2010

Soalan Munshi rage verge | Komputer

Hanief: Terima kasih kerana mengikuti blog saya. Blog ini hanyalah sekadar tempat saya merekodkan apa jua yang terlintas difikiran (yang wajar untuk dikhalayakkan). Tiada apa yang serius di blog ini. Apa yang dikarangkan tidak saya ambil peduli 100%. Pertemuan 4 mata dan rapat umum lebih serius berbanding blog ini sebenarnya.
  1. Rujuk di sini untuk nama pembekal (supplier) barangan komputer.

  2. Secara jujurnya saya tak pernah bikin projek besar. Saya jenis low profile dan tidak kiasu. Jadinya saya tiada pengalaman dalam bab pengendalian atau prosedur.

    Tetapi baru 10 minit membaca emel saudara, saya dapat maklumat berkenaan soalan kedua saudara itu. Rujuk di sini.

  3. Upah kerja ini, saya tak pasti. Tambahan faktor ekonomi sekarang banyak mempengaruhi caj servis dan lain-lain hal pembayaran. Jika peniaga biasa, mereka akan ikut pasaran. Sekiranya ramai peniaga mengenakan harga contohnya RM500, maka yang lain-lain pun akan turut berlegar di sekitar harga itu juga.

    Cara saya berniaga dari dahulu hingga ke hari ini, memang orang akan ketawa dan mungkin akan kata saya gila. Sebab saya ambil untung yang amat minima sekali. Adakalanya saya bagi percuma. Kerana saya percaya dalam berniaga, kita bukan sekadar cari untung, tetapi kita berdakwah dan juga mencari taulan serta mencari kepercayaan orang ramai.

  4. Sebagai tambahan, pastikan pembukaan (projek) yang baik diakhiri dengan penutupan (projek) yang baik. Lakukan susulan (follow-up) seperti tanya khabar komputer-komputer dan kabel yang telah diperbaharui. Yakinkan pelanggan dengan memberi nombor telefon untuk dihubungi bagi menangani sebarang masalah.

2 comments:

istanakristal

aku kongsi skit pengalaman...

oleh kerana ko baru bertapak. aku cadangkan:

1)ko tubuhkan 1 sykt enterprise. biasanya kos dia rm150. kalau ko rasa mahal ko cipta je la nama sykt apa2 pun. tapi kalau ko buat masalah ngan sekolah tu, dia saman ko, lepas tu dpt tau sykt tu tak wujud, ko jawab sendirila.

2)ko buat sebut harga guna letter head sykt ko lepas tu ko hantar kat sekolah tu. kalau ko tak pasti harga berapa. ko tanya pakcik google. ko cari paling kurang 5 senarai sykt yg menyediakan perkhidmatan tu. ko berlakonla kononnya ko nak ambik service tu. pas tu ko buat perbandingan harga. lepas tu baru ko letak harga yg relevan. TAPI INGAT! jangan terlalu murah mcm anep buat. dia tu bukan bisnes tapi buat kerja amal. tak lama lg dia nak bukak rumah kebajikan. ko jgn letak terlalu mahal dan jangan terlalu murah. paling penting cara ko berkomunikasi ngan customer ko. ayat manis2 dan sertakan dengan servis yg cemerlang. agak2 nama sykt ko dah naik sikit baru ko naikkan harga. ko sendiri tau apa2 brg yg dh terkenal harga dia lebih mahal dari yg lain. kadang kualiti tetap sama. contohi org lain yg buat bisnes. tolong jgn ikut mcm anep. kalau bende tu berpanjangan contohnya ko kene service komputer tu tiap bulan dan sebagainya, ko buatla agrement. contoh agrement pandai2la ko dptkan sendiri. tanya google, kwn2 ker. ataupun ko rekala agrement yg sesuai. agrement tu mesti dari seluruh aspek. cara pembayaran contohnya deposit, last payment nak byr bila, service tiap berapa kali. kalau rosak caj dia berapa dan sbgnya. ko lebih taula hal2 ni, jgn tanya aku. seeloknya dep. jgn kurang dari 50%.

3)lepas dia setuju dengan sebutharga tu, dia akan bg surat tanda terima.

4)settingkan hari bila ko nak mula. dan siapkan dgn cemerlang, gemilang dan terbilang. masa juga penting dlm bisnes. masa itu emas dan duit. siapkan secepat yg boleh tanpa menjejaskan kualiti. kualiti yg paling penting dlm bisnes. sebelum tu ambik deposit dulu. walaupun sykt ko kaya raya deposit adalah perkara yg wajib. faham!

5)lepas siap, ko bagi invoce. dlm invoce tu adalah note skit pembayaran mestilah tak lebih dari 14 hari dan di bayar guna cek atau cash. kalau dia nak guna cek, ko tulis kat invoce tu cek mestilah ditulis atas nama ko (kalau ko takde sykt) leter head yg ko cipta tu pun mesti ada bunyi nama ko. contohnya adam malik enterprise. cek di tulis atas nama adam bin malik. dlm agrement pun tulis gak. kalu ko nak tulis nama aku pun boleh gak. nnt cek tu ko tlg bank in kan. nnt aku belanja ko roti canai kat mapley. tapi seelok2nya adakan 1 sykt. apa2 hal ko nak saman dia pun boleh. kalau ko takde sykt lepas tu ko tipu dia lg senang dia nak saman ko.

6)jgn lupa setiap bayaran mesti ada resit rasmi. utk ko, tak yah nak tempah resit. sbb resit tak boleh tempah satu2. kurang2 10 buku. lbh kurang rm150. cukupla sekadar ko beli buku resit kat kedai buku pastu ko tempah cop sykt. pas tu ko cop kat buku resit tu. tu dah kira sah disisi undang2

itu basic je utk ko. kalau sykt yg besar lg byk prosuder yg lebih panjang.

bab2 komputer jgn tanya aku, aku tak tau sgt.

Munshi

0oo,panjang gak proses ni ek. Takpe2, aku try la seabis baik tuk projek ni. Aku ikut step by step la empunya guide ni. Aku try la nak wat seformal mungkin tuk elak prob nanti.

Kire main thing jgn tiru anep la :D

Terima kasih istanakristal dan tuan punye blog :)

Post a Comment

Blog Archive