Sambungan cerita ini.
Saya terpaksa baiki juga kabel reben kamera video saya. Jika tidak dibaiki, saya terpaksa mengagak jarak dan fokus semasa merakam sesuatu. Kalau tersalah fokus, maka rugilah masa bukan? Video Anwar Ibrahim pun menjadi bosan apabila saya tidak dapat bermain zoom kerana khuatir akan lari fokusnya, di mana akhirnya telah mengakibatkan video menjadi bosan tanpa ada riak muka atau pun gerak mulut yang seiring dengan bunyi suara.
Kamera video Sony DCR-SR42 ini hanya mempunyai skrin LCD mini bagi memberitahu apa yang sedang kita rakamkan. Jadi, kabel reben yang menghubungkan lensa dan skrin telah rosak. Saya bahasakan kabel ini sebagai kabel isyarat (signal cable). Di telefon bimbit jenis lipat pun ada kabel ini. Pernah seorang pakcik yang merupakan pelanggan saya ketika saya bekerja di Lowyat berceritakan tentang kabel reben telefon bimbit anaknya. Katanya ia mudah rosak apabila dibuka dan ditutup selalu. Kosnya baikpulihnya pula sekitar RM50. Itu baru telefon bimbit.
Jadi hari ini, saya telah telefon kedai Sony di KLCC. Kata kakitangannya, saya perlu hantar ke sana dan tunggu dalam sebulan untuk dibaiki di ibu pejabatnya. Saya agak kurang berminat kerja men'juggle' ini.
Saya kunjungi laman web Sony Malaysia dan akhirnya saya terserempak dengan satu nombor telefon.

Setelah saya hubungi nombor tersebut, barulah saya tahu dan percaya yang Sony jual alat ganti! Ia boleh dibeli oleh orang-orang awam seperti saya. Tiada monopoli! Keterbukaan ini sangat-sangatlah terpuji!
Minat saya terhadap jenama Sony semakin bertambah! Saya pun bergegas ke Mid Valley.
Minat saya terhadap jenama Sony semakin bertambah! Saya pun bergegas ke Mid Valley.
Setibanya di Mid Valley, saya agak hairan kerana Mid Valley hanya ada 6 tingkat sahaja. Mana dia tingkat 8? Setelah bertanyakan pemuda India sebagai jurujual Sony, dia menyuruh saya pergi ke North Point, tingkat G.Ah! Sudah. Tadi tingkat 8.
Saya sangsi, lalu saya terpa ke arah satu laptop berwarna gay dan menunjukkan blog saya berkenaan dengan kabel reben. Namun dia tetap menyuruh saya ke North Point.Setelah bertanyakan arah pada pengawal keselamatan, saya akhirnya tiba di North Point. Pusat servis Sony di tingkat G juga saya jumpa. Saya ambil nombor dan tunggu. Sangat lama menunggunya. Hampir 35 minit. Di sekeliling saya terdapat 2 laptop yang hanya membenarkan laman web Sony sahaja dilayari.
Di dalam hati saya berkata, "Bagaimana saya nak tunjukkan kabel yang mana satu, jika blog tak boleh dilayari dan apahal pula saya beratur bersama-sama mangkuk-mangkuk lain yang membawa pelbagai produk rosak Sony di sini?"
Akhirnya nombor saya dipanggil. Saya pun terangkan, yang saya mahu beli alat ganti pada kerani yang melayan saya itu. Dia akhirnya menyuruh saya ke Sony tingkat 8.
Bangunan yang agak ketat keselamatannya itu membuatkan saya mati akal di mana tingkat 8. Apalah punya teruk North Point ni?! Saya kembali semula mendapatkan kerani tadi dan minta alamat penuh Sony di tingkat 8 itu.

Lokasi Tower A tingkat 8 agak tersorok dan tidak seperti Tower B yang jelas kelihatan dek semua pengguna jejantas.
Jalan menghala ke Tower A disambut dengan tangga bergerak yang mati. Aduhai!
Jalan menghala ke Tower A disambut dengan tangga bergerak yang mati. Aduhai!
Sony DCR-SR42 Ribbon Cable | Signal Cable
Setiba di Sony tingkat 8, saya terpaksa meminta kerani itu menunjukkan kesemua kabel reben bagi Sony DCR-SR42, kerana saya tak mahu silap kabel dan jadi bangau dengan memanjangkan leher melihat fail PDF di monitor kerani itu.
Belek punya belek, jumpa jua akhirnya. MADE IN JAPAN lagi tu! Hahaha!
Belek punya belek, jumpa jua akhirnya. MADE IN JAPAN lagi tu! Hahaha!
Saya kembali ke Sony Mid Valley untuk berjumpa pemuda India tadi hanya untuk berkongsi kegembiraan. Dia tersenyum sahaja. Tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan gembira terhadap keterbukaan Sony dan semua yang menolong saya ke North Point.Oh ya, pengawal keselamatan Nepal pun, ada menolong saya. Fasih betul dia berbahasa Melayu. Kalah sesetengah orang Cina yang pelat. Saya respek betul tatabahasanya yang tersusun rapi!
Saya pun pulang ke rumah selepas itu.
Warnanya jelas dan tidak seperti dahulu (putih semua skrinnya).p/s: Tahniah Sony Malaysia atas keterbukaan pihak anda!
Baca juga: Bahagian sebelumnya.

12 comments:
Wow sony nie boleh tahan gak. Tak macam apple, nak tukar bateri pun kena hantar kedai, HAHAHA bodohnya. Nak tambah ram, harddisk? KEDAI! HAHAHA~
Hebat kau barai semua sendiri2, respek!
Tu lah hebatnya Sony ni!
as'kum bro anip.. saya selalu bukak youtube.. benda yg saya selalu bukak malaysia news.. tahniah bro..
sony hebat??? saya nie ha repair dvd drive.. kat kilang sony.. tengah pening kepala..
hahahhaha...
hanief..
nk mintak pendapat ckit.. awak rasa rm3000 cukup x untuk dapatkan powerfull dekstop.. cpu sahaja.. x termasuk monitor,keyboard. etc.... saya lebih suka amd..
Komputer RM3000 itu nak guna software apa nanti?
Nak bikin apa?
Sebab daripada penggunaan software lah datangnya keperluan membeli hardware yang mahal-mahal.
Kalau setakat nak guna software MS Office saja, komputer terpakai pun boleh jalan. Tak perlu canggih-canggih.
grafik ai,flash,photoshop,maya.etc. berkaitan multimedia n games ..
nip, kalau aku nak beli housing sony erricson xperia (x1) ada tak kat situ?
aku rasa ada pasal website sony pun ada tunjuk produk sony ericsson.
grafik ai,flash,photoshop,maya.etc. berkaitan multimedia n games ..
Rasanya RM3000 sudah cukup. Kad grafik boleh beli seperti yang disyorkan (untuk gaming) oleh NVIDIA atau pun ATI.
PSU boleh beli yang true power. Bergantung pada berapa banyak hardware yang nak dipakai. Sekarang ini PSU 800watt pun ada.
Jangan lupa beli AVR juga.
Untuk gambaran yang jelas, rujuk hardware yang terbaik di sini
salam..
saudara hanief...terima kasih berkongsi ilmu..
jgn lupa add saya di fb...
@azizi
Added
wow gempak lah bro!
Post a Comment