Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Sah Google Alami Kekurangan Pengiklan !

Tuesday, April 20, 2010

Sah Google Alami Kekurangan Pengiklan !

Balik rumah jumpa sepucuk surat daripada Google!

Bagi RM150 percuma untuk hantar iklan pada Google Ads.

Siap dakwa bikin iklan dalam beberapa minit sahaja.

Takkan dah lupa nama orang yang dapat cek 4 pusingan Google AdSense?

Tak sabarnya Google? Hurry up! Lekas! Lekas!

Tak adalah saya nak layan. Bagi RM1 juta pun saya tak mahu.

Mana tidaknya? Saya letak iklan Google AdSense dulu, satu apa pun tak keluar. Lebih baik letak iklan sendiri. Lagi ada faedah. Lagipun, iklan Bahasa Melayu banyak yang berkisarkan pembesaran zakar, pancutan hebat dan skim cepat kaya. Malu saya dengan iklan sebegitu. Nanti dapat cek rasa macam tak berkat saja.

Saya sudah sampai tahap berblog dengan ikhlas. Mungkin ada di antara pembaca yang gila Google AdSense, anda boleh teruskan. Saya ada cara tersendiri, untuk dapatkan duit tambahan.

Dulu saya tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Sekarang banyaknya dalam Bahasa Melayu. Saya tak rasa kemerosotan pendapatan Google AdSense disebabkan faktor kandungan blog dalam bahasa Melayu. Kerana sewaktu mula-mula saya mendapat cek Google AdSense, saya menggunakan Drupal dengan modul internationalization dwi-bahasa supaya blog dapat ditulis ke dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dapat cek pun!

Namun sejak tahun-tahun mendatang ini, di mana terdapat kejatuhan nilai matawang dolar Amerika, saya secara logiknya, ada beranggapan bahawa Google pasti akan turut tersepit. Nah! Hari ini dengan kedatangan surat ini, Google telah mengesahkan bahawa mereka memerlukan lebih pengiklan.

p/s: Blog ini takkan ada iklan dari Google AdSense. Saya bukan merajuk, cuma saya semakin ikhlas berblog. Chewah!

18 comments:

Nek Nak

tipulah bagi sejuta tak nak...Ade sejuta x payah bela arnab lagi..hehe

Capone

aku nak advertise jobs dari website aku ok tak..nak display RSS kat sidebar...bole ke

Frankie John

Hang biak betul?.. Kalau ade sejute tak patut hang tak mau.. Banyak tue.. Masyuk tu bro.. Kalau tak pun hang pi sedekah kat anak yatim pun takper.. Ade juga pahale nyer ^^

Anonymous

tu lah, 80% ad melayu tentang seks dan scam. takda benda lain. pasal keruntuhan us dollar, tu sebab, ada kemungkinan us akan stay low untuk pun jatuh terus. sekarang takut jugak kalau nak main forex dengan us dollar.

Anonymous

Aku pun skng tgh belajar buat servis percuma walaupun aku ada kerja tetap....tu nilai + aku sebagai umat islam. Syeikh Imran ada cakap kalau kita ikhlas bagi perkhidmatan Insya Allah hidup kita dimudahkan pasal kita tak simpan apa2 perasaan tak baik kat org lain.

free

owh rupanya google ada pejabat di Malaysia,jahilnya saya..hanief peringatkan mereka tentang google maps malaysia, banyak lagi tak boleh access.

Anonymous

Aku pun semalam ada org A.I.A suruh aku masuk insurans dia org hanya bayar rm50 dan dijanjikan benefit mcm2 aku xcaya semua tu pasal kawan bapak aku ada yg terkena ngan insurans ni psl term baca xabis.kena kanser thp 2 tp sykt insurans cakap boleh full cover kalau kanser smp tahap 4.hello?tahap 4 tu dah nak mampus dah...aku mmg xcaya lansung insurans ni lps Syeikh Imran ckp benda ni haram.

Anonymous

Google pun dah pandai bodek ko Nip, Advertising Manager...hahaha...tang manager tu yg xtahan tu...

Malaysian

ini bukan kekurangan pengiklan la anep.ini strategi business daa..biasala..takan itupun tak tahu anep.baru dapat surat suruh register dah kata company tu kurang customer.aku ingat org berebut2la nak masuk iklan kat google tu.google ada cara tersendiri utk cari duit.bukan bergantung pada iklan je.takde duit nak bayar cakap je la..org bagi 1 juta tak nak konon...pigiii dah...ahak..

Anonymous

Nape skng baru nak buat bila Kerajaan China dah halau Google dari sana kenapa br nak buat strategi nie? Ko bole jwp Malaysian?

Anonymous

Strategi business kepala bapak kau Malaysian!

Malaysian

"Anonymous said...
Strategi business kepala bapak kau Malaysian!"

apa masalah ko ni? masalah rumahtangga ke? ahak..
dlm business mestilah ada strategi dan cara nak tarik customer..takan nak tunggu customer tetiba dtg jek..selain pakai internet..pos pun marketing gak. kalau tak tahu pasal business diam jek la..huahua

Anonymous

Puak2 kapitalis dah jd cacing kepanasan skng!

Anonymous

Ko abaikan jer surat tu nip...lg byk dia anta lg bagus...boleh jual kt cina sulat khaba lama...

Anonymous

buat bungkus karipap ker....lapik anak arnab ko ke....

Anonymous

ahaha kalau tak dapat duit dr adsense, mcm tu la, mula la kata google dh miskin...

mentaliti "pembangkang" mmg cam ni ahhhaa

sendiri tak tau bt adsense, kata google miskin, adeh

tgk, ingatkan dalam politik je bodoh, dalam berbisnes pun dua kali lima bangang gak

adeh...

ikhlas ke buat blog ni?

dah baper tan fitnah dh ko bg kat pemimpin kerajaan?

haha

elok2 ingat nak tambah saham positif(pahala) rupa2nya saham negatif(dosa) lak dapat berkilo2 hahhaahahhaa bangang

yela, semakin ramai yang baca fitnah ko dalam blog ni... huhu semakin best kan?

hahahahahahaha

anip.. anip..

ANoKattNio

Tok leh troll cara ni. Saloh ni! Nok ramai pengunjung kena jadi matang sikit. Tak aci main ini semua

Belajar Forex

terima kasih informasinya, semoga pengiklan tambahan ini dapat membantu

Post a Comment

Blog Archive