Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Virus Boleh Masuk Melalui PDF | Zbot | Zeus

Saturday, April 17, 2010

Virus Boleh Masuk Melalui PDF | Zbot | Zeus

Virus Zbot atau pun Zeus ini merupakan kuda trojan yang mampu mencuri maklumat daripada komputer yang dijangkitinya. Ia akan memulakan kerjanya setiap kali sebaik sahaja Windows dibuka (startup). Dikhabarkan kuda trojan ini menggunakan pelayan di negara China.

Zbot ini selalunya datang dalam bentuk emel yang dikepilkan bersama fail PDF bernama Royal_Mail_Delivery_Notice.pdf . Bagi saya, di zaman ini kepilan (attachment) pada emel sudah tidak popular lagi. Ini berikutan virus yang senang masuk sebaik sahaja kepilan dibuka.

ESET telah pun bertindak di atas hal ini.

Bagi para pengguna NOD32, anda tidak perlu risau sekiranya anda sudah mengemaskini pengkalan data tandatangan virus (virus signatures database) yang terkini.

Berkaitan: http://www.techtree.com

11 comments:

Man U win agains Man C

how to free download this anti virus?

Man U win agains Man C - so wat?

try search kat yahoo. mungkin ade.

Anonymous

antivirus ni bukan free. kalau nak kau kena bayar, tapi kalau kau pandai sikit kau boleh dapat free (pirate)

riz

hanief..

pakai ori ke pirate?

Hanief

Beli saja RM79 untuk setahun.

Kalau keberatan, guna Ubuntu Linux.

agent

respek laa hanip...ko galak kn org ramai pakai software ori/berlesen. malah siap bagi alternatif lg kpd yg x nk byr utk ori.

by da way anip...ko rase nod32 ni lg bagus ke drpd kaspersky atau antivir? bleh komen sket?

nazri

aku rasa nod32 ni lg bagus dari kaspercrap, antivir dan f-secure.. sbb tak banyak guna memory.. scan je jumpa virus2 tu.. rekemen beli ori..

Anonymous

aku dah 2 tahun pakai kaspersky... setakat ni kaspersky yg terbaik...kalau tgk mane2 website teknologi berkaitan ranking anti-virus kaspersky mesti dlm top 5

Anonymous

Salam.. hanief, boleh rekomen tak antivirus apa yang best dan berbaloi? ESET NOD32 nih tak penah dengar plak saya. Mana boleh dapat bro? Kat Alor Setar ada ka?

Hanief

http://www.basicgateway.com/

Anonymous

TQ Hanief! Sekarang pakai AVG 9 Internet Security. Ada lagi 20 hari trial. Lepas habih trial saya akan try guna ESET NOD32 Antivirus 4 ni pulak.

Post a Comment

Blog Archive