Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Apa Itu Inflasi ?

Saturday, May 22, 2010

Apa Itu Inflasi ?

Inflasi = Harga naik

Inflasi Daripada Para Peniaga
Harga barang naik apabila peniaga mengalirkan pembiayaan cukai, sewa kedai dan bala yang lain-lain ke atas para pengguna. Harga barang pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Sikap Pengguna
Sekian lama pengguna semua takut untuk berbelanja, sehingga tiba satu masa ramai pengguna berbelanja pada masa yang sama. Sudah tentu bekalan barangan akan menjadi terhad. Harga barang pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Monopoli
Apabila tiada saingan daripada syarikat lain, sebuah syarikat contohnya TMnet, suka-suka naikkan harga perkhidmatan mereka tanpa memikirkan kualiti yang diberi. Mereka tahu aktiviti perniagaan mereka dilindungi oleh kerajaan. Proses monopoli pun dapat dikecapi dengan mudah. Harga perkhidmatan pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Kebodohan
Negara yang banyak bergantung pada negara luar akan mengalami masalah. Contohnya produk luar itu penting buat negara kita. Kita boleh cipta produk itu sendiri. Tetapi kita bodoh. Negara luar pun ambil kesempatan atas kebodohan kita. Harga kapal selam dan jet pejuang pun dilambungkan.

Inflasi Daripada Wang Kertas
Dahulu ada wang dinar dan dirham (emas dan perak). Tetapi lepas orang putih jajah, kita semua dipaksa menggunakan kertas sebagai wang. Wang kertaslah penyumbang besar kepada kenaikan harga barang. Anda keliru? Cuba simpan emas dan wang kertas mulai hari ini. Tunggu lagi 5 hingga 10 tahun. Lihat apa yang akan berlaku. Kaji graf sejarah nilai emas, apakah ia semakin meningkat atau pun menurun.

Siapa yang cipta wang kertas? Bank Negara. Bank Negara sandarkan wang kertas pada apa? Dolar Amerika. Apabila Amerika mengalami masalah, apakah negara kita akan turut terasa?

Sudah tentu, kita semua beriman dengan Dolar Amerika. Amerika perlukan hasil keringat manusia untuk meneruskan agenda mereka. Nilai wang kertas kita mengikut rentak kata mereka. Harga barang pun dilambungkan.

p/s: Sebab itu orang sekarang tak dapat naik bas dengan RM0.50 seperti dahulu kala. Paling sikit pun nak ke bandar sudah makan RM4.00. Kita sebenarnya masih dijajah dengan wang kertas arahan orang putih ini.

8 comments:

Anonymous

freemason kat atas 2 kn??

XL

Wow gemuknya manusia2 dalam gambar tu. Jadi siapa yang breakdance dekat tengah2 tu? Takkan diaorang hehehe..

Too phat? Yaa memang too phat.

ReentryCapsule

Freemason Pulau Pinang.Nuar Bucuk pun ahli Freemason jugak.Celaka betul.!!!!

ReentryCapsule

TMNEK bukan monopoli je tapi suka mengelirukan pelanggan.Banyak putar belit.Time nak troubleshoot lembab.Time nak potong bil laju jer.

coil

Jadi...apa yg perlu saya buat Hanief..? emas telah saya mula simpan setelah mengetahui 'powernya' ( sungguh rugi kerana sy tahu perkara ini pd umur saya 21 tahun )klo lbh awal kn lagi baik..Tq website jutawanemas...jadi apalagi..? bukalah minda bangsa kita...jom2

recoil

camnielah.....pinjam bank dlm RM10000 pastuh beli emas.Simpan emas tu(jgnlah dipakai plak...kah 10X) ko tunggu bler dier naik mendadak.Pastu ko jual balik.Dulu org melabur asn camtuhlar tapi skrg selamat lg klu pki emas.Masa perang pun,harga emas pun stabil gak.Tp masa tuh dah xder maknenya kt simpan harta byk 2x...........

Mosquito Coil

Jgn pula beli barang kemas....belilahhh jongkong @ kertas emas....hehehe
-peace-

Malaysian

WOW.. 'cerdik pandai' sungguh anep cite pasal inflasi.ada jugak yg setuju tu..huahua
grow up la anep oii..

Post a Comment

Blog Archive