Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Kangkung GIANT

Wednesday, June 23, 2010

Kangkung GIANT

Akar-akar pokok kangkung bebas menyerap air tangki ikan Talapia Merah.

Batang kangkung yang berasal dari pasaraya GIANT ini rupa-rupanya bertindak sebagai pelampung. Sahlah ia bukan kangkung darat.

Anak-anak ikan boleh berlindung rasanya di celah-celah pokok kangkung ini. Mereka selalu tewas dek orang tua mereka sendiri.

Haiwan ini pula gemar memamah kangkung. Namun saya tidak menjadikan ia sebagai makanan utama pun.
Ia bersifat sampingan sahaja.

Dari penapis ikan, menjalar ke atas permuakaan air.

Hijau berseri.

Ada yang di makan serangga. Mereka memakan bahagian yang ada bakteria. Ada kebaikan juga. Tidak seperti sayur yang sempurna, tetapi penuh kadar semburan racun serangga yang melampau.

Kangkung yang hidup di atas air lebih lebar dan besar daunnya.

Ia juga pandai melilit.

Inilah pemakan bakteria pada dedaun kangkung.

Air hujan yang disertai guruh dan kilat menggalakkan pertumbuhan kangkung dengan mendadak. Mengikut hasil bacaan saya di Internet, tatkala sambaran kilat dan dentuman guruh berlaku, ketika itulah semua bakteria dan virus mati di dalam setiap titisan air hujan itu.

Tetapi kita belum sentuh bakteria dan sejatan asid kimia dari asap kilang yang terus berterbangan 24 jam, tahi ikan dan hujan yang dihasilkan dari pembenihan awan (yang sudah tentu tanpa atau pun kurang kilat dan guruhnya).

7 comments:

laniey

cik hanip..ni lah experimen nye ye..;)

Hanief

Ya

laniey

cik hanip..saya xabis lagi tanya pasal modem tuh..

karate

kangkung air ni la yg digunakan utk menu sotong kangkung atau yong tau foo + kangkung. kalau kat rumah takde sayur, rebus je kangkung ni utk dijadikan ulam. ada gerai nasi lemak gantikan timun dgn kangkung rebus. aku pernah jumpa ex pekerja kilang yg kutip kangkung ni di paya lepas tu jual kat market, mamat tu beli kancil baru bayar cash!

Anonymous

arnab yg makan kangkung segar lebih sihat! dagingnya lebih sedap. cubalah!

Anonymous

sesuai utk nasi goreng kampung?

Andartyu

kalo nak jimat...tanamlah kangkung kat longkang utk jadi sayur...air longkang tu leh jadi baja...apa nak digelikan....hasil buangan tu pun dari kiter sendiri....

Post a Comment

Blog Archive