Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Router Belkin PlayMax with External USB HDD

Wednesday, June 23, 2010

Router Belkin PlayMax with External USB HDD

Router PlayMax , bahagian depan

Router PlayMax , bahagian belakang
Barisan produk (router Basic, Surf, Share dan PlayMax )

Router bersifat untuk menghubungkan semua komputer. Dengan router di atas, terdapat kelebihan seperti kebolehan memuat-turun fail media besar seperti fail filem, muzik dan games tanpa memerlukan komputer anda dihidupkan. Ini berita baik buat kaki Torrent.

Bukan Sahaja Komputer
Router ini juga boleh menghubungkan mesin pencetak, mesin pengimbas dan apa-apa jua perkakasan yang bercirikan USB. Ini kerana terdapat 2 port USB 2.0 di belakang router tersebut yang kemudian dialirkan ke litar RJ45.

Modem ?
Sebut tentang RJ. Port RJ11 / RJ14 tidak kelihatan pada router Basic, Surf, Share dan PlayMax. Maksud saya, ialah port untuk kabel telefon. Jadinya ini semua bukan router modem. Ini hanyalah router tanpa wayar. Modem anda harus beli sendiri.

Ke Mana Ia Dimuat-turun?
Fail semuanya akan dimasukkan ke dalam HDD luaran buat sementara sebelum dimasukkan ke dalam komputer anda.

Versi dan Perisian
Router ini merupakan sebuah router versi N, di mana ia merupakan versi terkini yang dapat melakukan pemindahan data selaju 300Mbps (Streamyx baru 1Mbps) dan ia menyokong semua jenis gelombang tanpa wayar 802.11a/b/g/n . Ia juga boleh backup fail anda ke dalam HDD luaran yang anda pasang jam demi jam dengan perisian yang diberi.

Bila?
Dikhabarkan ia akan muncul di pasaran pada Julai 2010.

Mudah?
Ia hanya memerlukan 3 minit untuk dipasang siap dan juga anda perlulah memiliki komputer yang dilengkapi:-
  • Internet Explorer® 6–8, Firefox® 1.0, or Safari® 2.0
  • Minimum pemproses 1.8GHz
  • Minimum 512MB memory
HDD Luaran
HDD luaran itu anda terpaksa beli sendiri. Ia penting bagi menjadikan router itu boleh memuat-turun fail yang diingini tanpa pembabitan komputer anda. Tetapi bagus juga begitu. Kerana anda boleh tentukan sendiri kapasiti HDD samada ia sebesar 320GB atau pun 1TB. Asalkan ia ada ciri USB.


CrunchGear - Belkin's Play Max 802.11N Router Video Review

5 comments:

Anonymous

ape beza modem dengan router hanief?

x paham..

Hanief

Modem untuk kendalikan talian internet.

Router untuk menghubungkan komputer dan mengendalikan fungsi tambahan lain seperti firewall dan lain-lain.

Jika modem router, ia adalah gabungan kedua-duanya. Agak mahal. Kekurangannya ialah darigi sambaran kilat. Jika disambar kilat kedua-duanya akan hangus sekali.

Bagi saya asing-asing lebih bagus bagi rumah yang tidak kebal sambaran kilat.

mazdaspeed v6

hanief...
berapa kos router ni...
dia wireless ke hanief

maaf la bertanya....pokcik ni tak pandai sangat bab bab ni heheh

Hanief

Wireless router. Harga belum tahu lagi.

waka waka

nak tau harge wireless router tny najib or kujib meow meow

Post a Comment

Blog Archive