Asia, Malaysia, Tech & World Blog: GEMPAR : Pengawet Mayat Pada Ikan

Saturday, August 28, 2010

GEMPAR : Pengawet Mayat Pada Ikan

SERDANG 26 Ogos — Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.

Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar berkata, alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan. - UPM cipta alat kesan pengawet mayat pada ikan
Hanief: Saya bukan teruja pada ciptaan doktor tersebut. Saya berasa amat terkejut sekali bagaimana ikan-ikan pada hari ini perlu diawet sebegitu rupa. Kalau tak kerana sikap megah 'Malaysia Boleh' maka berita di sebalik berita ini tak akan disiarkan.

Bahan pengawet mayat adalah untuk mayat. Mengapa perlu ia diletakkan pada ikan?

Buat pengetahuan anda semua, saya adalah peminat makanan segar. Kalau mahal pun, saya akan beli. Kalau betul-betul tak dapat beli, saya akan jadi vegetarian.

Hal ini bagi saya tak lain, tak bukan adalah petunjuk bahawa ekonomi kita yang semakin merosot.

Ikan yang diawet dengan pengawet mayat sudah tentu tahan lama. Kemudian rakyat Malaysia semua boleh masuk hospital kerana barah itu dan ini.

Apakah sudah kurang para pembeli ikan akibat kenaikan harga?

Atau pun petrol untuk ke laut sudah menjadi mahal, lalu nelayan terpaksa mengawet sebegini rupa?

9 comments:

Perombak Kerajaan

biasa nyer nelayan especially yg bumiputera tuh yg selalu jual petrol subsidi ke org laen......
biasak ah...government servant keje pon cam x keje...x caye...kah 3x.......nak pantau pon kate ek eh...panah ahh ari nih....letih padahal keje menghadap pc hari 2x....kah 3x

Anonymous

Ni isu lama. Ikan impot dari Thailand yg terlibat. Ikan Malaysia direct dari kapal ikan laut dalam tak terlibat.

Bukan itu saja, kapal ikan laut dalam Thailand yg bukan islam bawa anjing dalam kapal, di lautan berak kencingnya di mana??? Juga ada yg bawa daging babi sebagai bekalan di lautan & di simpan di tempat ikan sebab punya air batu. Pencemaran???

Dark-Emperor

citer lame neh...
dari aku sekolah rendah awal 90-an dah tau mende neh...

Anonymous

isu lama beb..senang je nak tau kena awet ke tak. ko tgk ada lalat hurung tak ikan tu? kalau lalat takde maknenye bykla bhn kimia ada kat ikan tu..

ni aku nak bagitau kat ko ye nip...huhuhu

ReentryCapsule

Bukan je awet mayat.Ada ikan yang duduk dalam peti sejuk beku tu dah duduk dalam tu 3-4 tahun.Dulu cikgu aku cakap la.Chaittt.!!!!!!

Makan Chapati dengan Kuah Dal la.Baru Syiookk..

Terima Kasey...

Anonymous

Kotak ikan LKIM tu apa cerita pulak?

Zul's Burger Penang

mau ushar kuat

Anonymous

dia dilarutkan dgn formaldehyde pun ada. bahan bahaya sbb meruap cepat dan menyebabkan kanser. saya kerja kat hospital, kami memang takut tiap kali nak bancuh larutan ni. mata jadi pedih. tak silap, certain syarikat guna bhn ni untuk buat kosmetik. jadi nasihat kat awek2/isteri korang jgn percaya make up sgt. luar atau dlm negara kalau korang syg lagi kat mereka

Anonymous

salam hanif, kalo u nk makan makanan laut segar, u turun sabah. gua boleh bwa lu. aku org kl kerja sabah dah 8 thn. sini kami makan yg jarang2 aku dpt mkn kt kl pasal kl harganya mahal nk mampus. ketam suri rm 5 1 kg, d kl 100g 2.50. tu kat pasar raya bintang. mahal bagak. udang galah, udang rimau, ikan putih, ikan merah, kerapu balik2 makan. ko pasal aku suka blog ko, so kalo p sabah bg tau. lg pun ko dh tolong aku dpt kn contact stevia hr tu. tq so much.

- jack

Post a Comment

Blog Archive