Kemelesetan besar merupakan satu kemelesetan perdagangan sedunia 1930. Ia telah mencatatkan satu jangkawaktu pengangguran dan kelembapan pergadangan terlama dalam dunia moden.
Kemelesetan besar berlaku pada Oktober 1929, apabila stok dan saham di Amerika Syarikat menjunam teruk. Ribuan pemegang saham mengalami kerugian duit yang banyak.
Apakah jenis duit yang digunakan ketika itu? Apakah dalam bentuk emas dan perak?

Bank-bank, kilang-kilang dan kedai-kedai ditutup sehingga mengakibatkan jutaan manusia tiada pekerjaan dan tiada duit. Ramai orang bergantung pada kerajaan atau pun derma-derma dalam bentuk makanan.
Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat?
Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia.

Seperti negara-negara Kapitalis lain, Amerika Syarikat memiliki bank pusat seperti kita sekarang (Bank Negara). Bank ini menjadi lubuk kekayaan negara. Tetapi kebiasaannya ia disalah-gunakan oleh golongan tertentu.
Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti kerajaan Kelantan sekarang yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak).
Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular.

Ia telah mengakibatkan bank jatuh bankrap akibat jumlah emas yang kurang di bank-bank.
The life of Andrew Jackson 8 of 10
Bank-bank pada dahulunya menyimpan wang emas rakyat jelata. Kemudiannya memberikan wang kertas sebagai janji bahawa emas itu ada sebanyak yang tertulis di atas wang kertas.
Tetapi kewujudan bank merupakan helah perompak ekonomi dunia. Kerana itulah wang emas rakyat jelata tiada di dalam simpanan bank yang konon menyimpan emas.
Hari ini wang kertas tidak lagi menjanjikan emas. Sebaliknya rakyat perlu pula membeli emas dan bukannya menukar emas dengan wang kertas. Bunyinya mungkin serupa antara beli dan tukar. Tetapi bukankah nilai emas meningkat apabila wujud permintaan yang tinggi?
Bolehkah nilai kertas disamakan dengan emas yang meningkat. Siapa yang tergila-gilakan kertas? Lagi pun kertas bukan universal jika dibawa ke mana-mana. Nilai tidak setanding dengan emas.
Kemelesetan besar menjangkau ke semua negara di dunia pada 1930. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dalam perdagangan sedunia. Rata-ratanya, semua negara mahu berjimat dan cuba meningkatkan jumlah catuan barangan import dan menumpukan pada barangan tempatan bagi menolong rakyat mereka sendiri.
Kemelesetan juga telah mempengaruhi politik banyak negara. Pemimpin di banyak negara telah digulingkan dan jenis kerajaan juga banyak telah berubah akibat kemelesetan besar.
Contohnya, keadaan ekonomi yang teruk telah menaikkan Adolf Hitler yang menjanjikan perubahan buat warga Jerman. Keadaan ekonomi yang teruk juga telah menyebabkan Jepun menjajah daerah Manchuria di China.
Hitler menjanjikan perubahan pada warga Jerman dengan mendakwa Jerman bakal menjadi negara nombor satu di dunia. Jepun pula telah mendirikan pelbagai industri dan lombong-lombong di daerah Manchuria dengan harapan rakyatnya akan bebas dari kemelesetan besar.
Tindakan dua negara besar ini sedikit sebanyak menjadikan punca berlakunya perang dunia kedua (1939-1945).
Kemelesetan besar berakhir apabila banyak negara meningkatkan penghasilan produk persenjataan menjelang perang dunia kedua. Di mana hal ini telah menyebabkan banyak wang dilaburkan dan kembali disebarkan.
Kemelesetan ini telah menyebabkan kerajaan dan rakyat di pelbagai negara menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekonomi berbanding tempoh sebelumnya.
Kesimpulannya sejarah telah membuktikan wang kertas boleh meranapkan ekonomi negara dan ekonomi sedunia akibat nilainya yang tidak sekukuh emas dan perak. Kerana itulah wang kertas dan inflasi tidak dapat dipisahkan.
p/s: Wang elektronik bagaimana pula?

6 comments:
So kita akan kena kemelesetan besarlah bro?
dengar2 PETRONAS tak bagi bonus untuk tahun ni
apa kata kita perkenalkan sistem tanpa wang & bekerja utk memperbaiki kehidupan jek.....nampak mustahil kan...tp aku pernah tengok citer star trek dulu...pd masa hadapan xder lg duit...semuanyer free tp org keje untuk meningkatkan kualiti hidup jek.....
-ps-money is root of all evil.......pernah dengar x?duit lah penyebab perang,keruntuhan moral,ketidakadilan sosial dsbgnyer
dulu org kater x mungkinlah manusia boleh smpi ke bulan...tp lihat aper yg terjadi pada awal zaman 70an?
dulu galileo kater matahari pusat sistem suria tp org x caye?lihat sekarang....
sekarang org kater mustahil lah kalo x pakai duit tp ms depan manalah tau?
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KPD SEMUA RAKYAT MALAYSIA WALAUPON BERBEZA IDEALOGI & KEPERCAYAAN TP BIARLAH KITA BERSAMA MERAIKAN PERISTIWA BERSEJARAH INI....
staff bank rakyat (yang pegang duit rakyat) dapat bonus lebih dari 8 bulan xdelak kecoh ..
bonus petronas gak yg nak dikecoh2kan ..
"muak telinga mendengar, lagi berat bahu memikul .."
Sesetengah pihak berpendapat emas dan perak tidak boleh selamanya digunakan sebagai wang memandangkan sumbernya amat terhad. Tidak pasti samada ia hujah yang betul-betul bernas.
Bagaimanapaun adalah amat menyedihkan apabila mengetahui bahawa wang yang ada sekarang tidak bersandarkan nilainya kepada apa-apapun benda berharga.
Hal ini membuatkan kita sebenarnya menggunakan 'wang palsu'...Dengan kata lain..wang kertas sekarang mempunyai nilai kerana janji serta jaminan kerajaan semata-mata. Duit yang kita gunakan sekarang tidak mempunyai nilai sebenar.
Kerana wang kertas sekarang tidak mempunyai sandaran, maka ia boleh dicetak sesuka hati seperti yang berlaku di USA..walaupun hutang negara amat besar..Amerika Syarikat dengan selambanya mencetak wang sewenang-wenangnya untuk menampung keperluan ekonominya terutamanya kos 'perang menentang keganasan'.
Saya bukan mahu bersikap negatif tapi untuk memudahkan pemahaman mengapa wang kertas ini adalah 'palsu', berikut adalah contoh situasi...cuba bayangkan jika negara kita mengalami nasib yang sama dengan Vietnam Selatan (tidak lagi wujud) ataupun Iraq dibawah Saddam Hussein..apa yang berlaku adalah duit yang dihasilkan pada zaman kerajaan2 tersebut diisytiharkan sebagai tidak laku kerana kerajaan lama yang menjamin nilai wang tersebut sudah tidak lagi wujud.
Andaikata keadaan itu berlaku di negara ini.. jika saya ada RM20 juta sekalipun..ianya tidak berguna lagi kerana ia hanyalah kertas-kertas yang bernombor dan tidak diakui oleh negara lain sebagai wang.
Keadaan adalah berlainan jika menggunakan duit emas atau perak kerana nilainya diakui dan diterima di seluruh dunia.
Apa yang jelas, wang fiat yang digunakan sekarang adalah mainan kapitalis untuk memperhambakan manusia demi mengaut keuntungan atas angin dan bukannya ikhlas untuk memenuhi keperluan pasaran.
Selagi kita menggunakan wang fiat ini..2 perkara pasti berlaku iaitu riba dan inflasi.
Malangnya jika Malaysia ingin menggunakan wang emas menggantikan wang sedia ada..kita mungkin menerima hukuman mati dari Amerika Syarikat.
Kapitalis akan runtuh jika guna emas dan perak sebab logam-logam ini tidak boleh dicipta atau dibuat seperti mudahnya mencetak wang kertas.
Post a Comment