Saya sekarang sudah menjadi pengguna Google Chrome. Sekian lama saya mengguna Firefox. Mengapa saya guna Firefox? Kerana ia ada fungsi:-
- Keyword Search (Chrome lebih efisyen)
- Search Status (Chrome Pagrank Toolbar ada)
- Tabmixplus (Chrome ada built-in pin)
- Firebug (Chrome ada Dev. Tool)
- Multi-tasking (tak sangkut bila bikin banyak kerja)
- Flash (tak terpadam bila banyak flash)
- Suggestion (Cadangan URL / Tajuk laman web yang dikunjungi)
- Fast (Lajuuu!)
Sekarang semua ciri-ciri di atas itu telah dirangkul bersih oleh Google Chrome.
Saya juga sudah kembali memeluk dunia Drupal. Memikirkan fungsi laman web Mudah.my yang serba kekurangan, saya hadir dengan laman web sendiri. Bercakap berkenaan Drupal, saya dapati ia lebih mesra dengan Chrome, IE (WTF), Opera dan Safari. Bila guna Firefox, ia sangkut!
Lepas ini terpaksalah saya berhempas-pulas dengan jongkang-jongket SEO. Jadi, jangan tanya kenapa saya dah padam iklan-iklan di laman web Mudah.my dan Forum.lowyat.net.
Tak sangka Firefox boleh dibuang begitu sahaja.
p/s: Paling menyampah bila Firefox sangkut dan lahap memori mengkhinzir-buta.







17 comments:
siapa admin mudah.my ngan forum lowyat ek... gua betul2 nk tahu
hang rasa yg mana antara wordpress , joomla dan drupal lebih baik....
saya lebih selesa pakai wordpress sebab senang...
Dalam memilih CMS ia seperti pilih motor atau kereta. Kalau mahir dua-dua, tentu dia boleh bawa tanpa ada masalah.
Mudah.my popular sebab main dia iklan merata-rata guna Google AdWords.
Lowyat.net popular sebab tumpang glamour dengan nama Plaza Lowyat.
firefox 4 laju je...ram pun murah, bukan mslh bsr sgt...
2GB pun tetap meragam. Apa punya tur...
pakai chrome lagi bagus... sebab ia pantas dan ringan...
Perlu beritahu kepada Firefox mengenai isu yang ditimbulkan supaya Firefox boleh memperbaiki kelemahan yang dikemukakan.
Ada sesetengah kemudahan perbankan internet tidak dapat menggunakan Google Chrome sepertimana Firefox dan browser yang lainnya.
rasanya aku pun kena ikut jejak langkah hanief gak la,dah lama guna firefox,dulu ok ja,skang ni lambat kedabab..mcam2 tip dah cuba,hasilnya hampeh gak..kena cuba chrome le pas nih..
BATU RM1 DIJUAL RM26000
aku dah perasan yg chrome ada harapan brbanding firefox sejak 1 setengah tahun lalu. Buat mase skrg ni 98% kerje2 online aku menggunekn chrome. 1% aku gune opera & 1% lagi aku gune firefox. So far, chrome tak penah megecewakan la..kpd yg sanggup mencube sesuatu yg baru, aku mmg rekomen utk pakai chrome..
chrome ade x add-ons cm firefox?? kalu x de cmna nk wat??
a betul2...chrome ade x add-ons cm firefox?? kalu x de cmna nk wat??(pinjam soalan anom)
SEORANG RAKYAT MALAYSIA BERJAYA MENGODAM KOMPUTER RIZAB AMERIKA
google chrome de cam fastestfox x??sronok trus scroll xyah tekan button next
sebab tu laa kite tak meninggalkan firefox 100% walaupon kite dah pakai chrome. ia cume sebagai salah satu option tambahan kepada pengguna internet. at the end of the day, u decide what fits ur need on the internet...
rasa cam betul gak apa ko ckp nih..
kena guna semua la camtu hu hu..
UBAT GEGAT BOLEH JIMATKAN PENGGUNAAN PETROL
aku guna both the browser. 2-2 ada pro dan kontra nya.
chrome tak selamat bila korang nak buka facebook/twitter (non https protokol. lum de adds-on anti firesheep or https everywhere.
aku guna firefox utk download video hd 720p.. hd 1080 je... utk browse intenet. chrome lebih pantas..
Post a Comment