Ya, siapa yang yang sudah bergaduh sesama sendiri sebelum bertempur dengan musuh? Jika dilihat pada situasi hari ini, ada 2 benda yang kita boleh kaitkan.
Syiah dan Sunni
- Kedua-dua fahaman ini sembah Tuhan yang satu.
- Kedua-dua fahaman ini tawaf Kaabah.
- Kedua-dua fahaman ini benci penaklukan bumi Palestin
Ahli-ahli PKR
- Semua tak mahu Anwar dipenjara
- Semua dengar cakap Anwar Ibrahim
- Semua ahli PKR mahu UMNO-BN ditumbangkan
Apakah yang akan jadi jika tiada kesepakatan di antara mereka?
Tentulah matlamat tidak tercapai.
Pertelagahan Syiah dan Sunni akan mengundang kehancuran Palestin 100%.
Tanyalah semua penganut Islam. Mereka tentu tidak mahu Palestin lenyap 100%.
Pertelagahan ahli-ahli PKR akan menlanjutkan tampuk pemerintahan UMNO-BN.
Tanyalah semua penyokong Pakatan Rakyat. Mereka tentu muak dengan UMNO-BN.
Mengapa ada pertelagahan? Jika saya ditanya, saya jawab mudah:-
Kerana gila kuasa.
Kenapa zaman Nabi S.A.W tak ada fahaman Syiah atau pun Sunni?
Ini kerana semua penganut Islam sepakat mahu mengembangkan Islam.
Lepas Islam mendapat zaman kegemilangannya, semua lupa diri. Semua jadi tamak.
Kenapa tahun 2008 tak ada perpecahan dalam PKR?
Ini kerana semua mahukan UMNO-BN ditumbangkan.
Lepas Pakatan Rakyat menang 5 negeri, semua lupa diri. Semua jadi tamak.
Kerana itu jika saya ditanya, apakah saya ini Sunni atau Syiah?
Saya jawab, saya orang Islam. Bukan Sunni dan bukan Syiah.
Jika ditanya, apakah saya ini pro pemimpin PKR mana?
Saya jawab, saya sokong apa juga perjuangan yang menumbangkan UMNO-BN.
p/s: Jangan sampai rakyat muak, lalu sokong askar Amerika Syarikat dan sekali gus tolak semua hero-hero tamak yang ada sekarang.







7 comments:
kenapa dengan umno shinggakn org nk jtuhkn umno?
kenapa dengan umno shinggakn org nk jtuhkn umno?= sendiri fikirla
cam kat iran tuh, walaupun syiah, tp mrk toleran gak kat sana.Bukan aku nak sokong yahudi tp cubalah berfikiran terbuka!jgn dok sebot ini dakyah org kafir lah, freemason lah. bodohlah.
PKR sebanyakan ahli adalah bekas ahli UMNO jadik cara pemikiran pon masih cara UMNO aku tak berapa minat.
Anwar Ibrahim terlalu menonjolkan diri aku tak berapa minat. Media UMNO selalu hentam PKR kerana banyak perkara2 remeh pon bleh jadik isu contoh kat Selangor berkenan logo 1Malaysia pon jadik isu. Logo tak ada makna apa2 pon kalau servis perkhidmatan kerajaan dan janji pilihanraya ditunaikan.
Pada pndapat saya la, UMNO lgi bgus dri PKR. bayangkn, pembangkang mentadbir negara, kacau bilau jadinya. dan saya rasa anwar Kurang sesuai mentadbir.
Mmg sesiapa yg mndengar ceramah anwar akn percaya kerana "he's born to be debater". dia pndai berdebat. Mmg ssh nk berdebat dengannya, pada pndapat saya hanya Mahathir sahaja boleh lawan.
pada pndapat saya, UMNO adalah lbih baik untuk mentadbir negara ini.. haha
UMNO dan PAS bersatu= Insyallah Selamat Malaysia
UMNO perlu kembali pada agama, pemimpin korup perlu dibersihkan...Saling maaf memaafi anatara umat Melayu Islam...Pas bersatu dan toleransi dengan UMNO.Begitu juga UMNO..Minta maaf dengan PAS dan semua ahli jemaah.Saling bermuhasabah, solat taubat, qada' solat. puasa..bayar zakat pergi haji.Dan Ada proses Tarbiah antara UMNO dan PAS..Insyallah golongan munafiq akan menjauhi UMNO dan PAS dan akan buat parti sendiri.
Post a Comment