Kebangsaan, kata akarnya ialah? Bangsa
Semangat kebangsaan? Semangat perkauman.
Apa itu bangsa? Kaum.
Contoh kaum? Melayu, India dan Cina.
Kalau ada pemimpin ajak memperjuangkan bahasa kebangsaan?
Ertinya pemimpin itu ajak, memperjuangkan bahasa perkauman.
Jika diajak di Malaysia?
Orang Melayu dengan Bahasa Melayu.
Orang India dengan Bahasa India.
Orang Cina dengan Bahasa Cina.
1Malaysia menggunakan semangat kebangsaan.
Dikatakan slogan 1Malaysia dapat menyatukan kaum. Ini tidak logik.
Orang yang cintakan semangat kebangsaan ini digelar juga sebagai nationalist.
Sebab itu UMNO itu berbunyi United Malay Nasional Organization. Diterjemahkan, bunyinya Pertubuhan Kaum Melayu Bersatu. Nama Inggeris diambil berikutan tajam sekali jika dimelayukan bunyi UMNO itu.
Anda keliru? Betulkah Bahasa Melayu mengelirukan?
Jika tanya orang terpelajar, apakah makna National?
Jawabnya kebangsaan.
Jika tanya Hanief, apakah makna National?
Hanief akan tanya anda semula. Apakah kata akar National?
Anda bodoh tak tahu (sebab beli PHd.) ?
Lalu Hanief pujuk anda dengan sebiji gula-gula Mentos, seraya berkata nation.
National = nation
Kebangsaan = Negara
Bahasa Melayu sudah mengelirukan bangsanya sendiri? Bukan?
Bagi saya, sepatutnya begini:-
National = nation
Kenegaraan = Negara
Lepas ini jangan sebut semangat kebangsaan. Tetapi sebutlah semangat kenegaraan.
Apakah enak sekali dengan perjuangan yang berteraskan semangat kenegaraan?
Bagi saya, tidak.
Ini kerana semangat kenegaraan hanya terhad di dalam sebuah negara sahaja. Untuk menjadi satu empayar besar, mana-mana manusia itu perlu diterima sebagai manusia BUKAN kerana berdasarkan:-
- Bendera
- Warna kulit
- Bahasa
- Agama
- Kekayaan
Tetapi berdasarkan Islam.
Saya tak ajak orang kafir masuk Islam. Dalam ajaran Islam pun tak ada paksaan untuk masuk Islam.
Menurut Islam, manusia itu semua dicipta dari tanah dan berketurunan dari Nabi Adam A.S.
Dari sperma Nabi Adam A.S dan ovum Hawa maka lahirlah:-
- Orang Perancis yang memanggil Hawa dengan nama Eve
- Orang Filipina yang memanggil Hawa dengan nama Eba
- Orang Sepanyol yang memanggil Hawa dengan nama Eva
- Orang Cyprus yang memanggil Hawa dengan nama Efa
- Orang Cina yang yang memanggil Hawa dengan nama Xiàwá
Masalah dengan umat hari ini ialah, Islam gagal dilaksanakan kerana umatnya mengikut rentak semangat kenegaraan (kebangsaan).
Lebih menyedihkan semangat kenegaraan (kebangsaan) gagal dipupuk berikutan sesetengah pemimpin mengikut rentak semangat perkauman.
Kesimpulannya, jika kita mahu negara Malaysia ini maju berkembang.
Pakailah konsep Islam. Islam itu memperjuangkan manusia. Ia anti-sempadan dan anti-warna kulit.
Manusia (diri kita) > National (kenegaraan) > Kaum (Cina, India & Melayu)






35 comments:
hanief hebat,bijak,intelligent,bwawasan,pandang ke depan,kritikus,strategis,!!!!!!
HANIEf FOR PM LIAO!!
Aku tak faham
sbb itu nabi x bawa semangat kebangsaan Arab , tp nabi bawa agama Islam...sbb agama itu syumul...Allah Maha Adil...Dia x tgk warna kulit , bangsa , bahasa , tp Allah melihat hati...a.k.a ketaqwaan.
hanep mintak buat senarai PC rig yg mantop... untuk 2011.. harga dalam rm4000
Islam untuk Semua.
Islam for All.
Jgn takut,Sokonglah Islam, tanpa mengira kaum kerana perjuangan Islam itu untuk semua.
Allah jamin manusia itu akan aman damai di dunia dan selamat d akhirat.
PAS For All.
sandy bridge n SSD must have dude !
Nep,Negara Multiracial memerlukan penyatuan yg menyenangkan semua rakyat.Kalaulah Agama & Bangsa nak dijadikan faktor utk penyatuan, sampai bila x leh tercapai. Sekularisme adalah jwpn kiter.Pernahkah anda melihat negara yg berpaksikan agama itu maju yg semaju negara 2x yg tersedia maju spt eropah?Turki sendiri pun DAH JADI SEKULAR!
kesimpulannya identiti bangsa & agama melambatkan penyatuan Bangsa Malaysia.
@NASIONALIS MALAYSIA
Empayar Nabi Muhammad S.A.W dahulu hebat. Maju sehingga orang Melayu jadi orang-orang yang bertamadun, penyabar dan beriman.
Empayar yang kononnya Islam pada hari ini, tidak berpandukan Al-Quran seperti empayar Nabi Muhammad S.A.W.
Ekonomi mereka tidak bersandarkan emas dan perak.
Jika ekonomi sesebuah empayar itu disandarkan emas dan perak.
Ekonomi yang menggunakan wang kertas semata-mata tanpa bersandarkan apa-apa seperti semua negara di dunia hari ini akan ketinggalan jauh.
Ini kita kena tanya Zeiti Akhtar Aziz dan Najib. Dari kecacatan wang banyak benda yang boleh merencatkan sesuatu, boleh memusnahkan sesuatu, boleh memajukan sesuatu dan lain-lain.
Politik mereka tidak berdasarkan Islam.
Undang-undang mereka tidak berdasarkan Al-Quran. Terdapat campur aduk undang-undang yang ditetapkan Allah sebagai pencipta Nabi S.A.W., pencipta kamu dan pencipta saya. Undang-undang ciptaan manusia hari ini menyelamatkan orang-orang kaya. Ini berlawanan undang-undang Allah S.W.T yang adil tak kira darjat atau keturunan lagi jantina.
Ilmu yang dipelajari juga tidak bersandarkan Al-Quran. Akhirnya manusia menjadi maju tetapi rohaninya kosong. Umatnya bunuh diri walaupun kaya seperti Jepun. Moralnya jatuh.
Pada pendapat saya, negara Islam pada hari ini belum 100% Islam. Mungkin hanya pada nama tetapi belum dari dalam dan luarnya.
apakah Tuhan itu milik sesuatu bangsa??
Mengapa tuhan menciptakan berbagai bangsa??
Jika anda seorang Islam Mukmin, adakah anda berbangga dengan sejarah ketamadunan Arab(jahiliah) atau anda bangga dengan sejarah ketamadunan Islam(multiracial)??
Banggakah Rasul Allah jika melihat kalian berperang atas nama bangsa kalian melebihi agama kalian?
Itu dulu NEP.Bukan aku kater agama tu x baik tp yg pasti kiter kene asingkan semua aspek agama & kerajaan. sbb apa, sejarah sudah membuktikan negara sekular juga boleh maju. kenapa tidak kiter.agama adalah hal peribadi kiter.soalnya org nak ke tak terima tue terpulang sbb masing 2x kiter punya kubur.kita bukannya Intelligent Designer yg boleh menilai seseorang.kalau kiter nie boleh menilai manusia, maksudnya kiter juga berlagak spt tuhan?soalnya sini bukan agama yg tak baik.tp yg pasti kiter kene sediakan landasan yg disenangi oleh semua rakyat.ok kalau di semenanjung ko leh wat camtue. Tp sabah & sarawak camner bro?Majority dierang tue kristian.Ko ckplah Parti Bersatu tue kat dierang,yg org kapir x dipaksa utk masuk islam. dierang tue paham tak.Sama gak cam isu kalimah allah, paham ker mamat sempit tue?
byk lg isu yg kene pikir balik, golongan muallaf yg murtad tue, jika hukum hudud dilaksanakan, camner perasaan keluarga dier tue yg bukan islam.camner nak setel tue nep?nak hukum mati jugak?memberontak x keluarga dierang tue nep?makinlah bertambah takut org nak menganut agama islam?
anyway, anep, aku bkn aper. Dlm islam tue byk kebaikan jugak nep. Contohnya, konsep welfare state yg ditiru oleh negara scandinavia.Zakat, baitulmal, perbankan Islam yg x melibatkan riba.berdagang atas niat hidup bersama Allah.Aku x sangkal kebaikan tue. Malah Duit zakat tue, adalah penting utk kebajikan rakyat.Yg pasti aku sokong kalau Arak, rokok & judi diharamkan sama sekali sbb aku x nak tengok org sekelilingku sakit di kemudian hari.
So anep, bagaimana kiter nak wat parti yg betul 2x disenangi Rakyat?Ko pikir balik.Aku pon pikir balik.
@Nasionalis Malaysia
Orang Yahudi yang maju pun menggunakan ilmu agama. yang tak ada agama akan hancur.
Agama Islam jika dicabut politik dan ekonominya tentu sekali akan hancur.
Kena faham bahawa Islam itu bukan solat saja kerjanya.
Solat Jumaat berkumpul ramai-ramai itu adalah politik untuk umat Islam. Sebab itu ia dapat dilemahkan sampai hari ini dengan pengasingan politik dan ekonomi daripada agama.
Teks khutbah juga ikut telunjuk kerajaan. Empayar Islam boleh mati tanpa pembabitan dalam politik dan ekonomi.
Nabi Muhammad S.A.W itu berniaga menggunakan emas dan perak dengan isterinya Khadijah R.A. Di situ sudah ada mesej ekonomi tanpa riba dan rangkaian hingga ke bumi Parsi.
Hari ini Proton walaupun sampai di UK sekali pun, ia tetap balik menangis mengadu pada rakyat tak cukup dana dan rugi. Siapa suruh guna wang yang tidak emas dan tidak perak?
Sekular tak promosi agama. Ia mempromosikan nafsu serakah. Kalau tak ikut agama, ikut siapa lagi?
Itali juga sepatutnya maju tetapi ia telah terpesong. Acuan kitab agama mereka telah disesatkan sehingga orang tidak lagi menghormati golongan agamawan.
Saya kata kerajaan yang cuba ditampilkan dengan ciri-ciri agama ini, semuanya belum lengkap 100%.
Orang Yahudi yang bijak-bijak itu semua pun berpandukan agama. Merekalah yang memerintah dunia sekarang. Indentiti mereka telah disamarkan dengan perkahwinan campur dan pertukaran nama.
Mereka serik akibat ditindas oleh negara yang mereka tumpang. Kini mereka bersepakat untuk berkampung di Palestin aka Israel, di bawah slogan Hidup Zionis.
Sebelum idea Zionisme diketengahkan, mereka ini telah bermesyuarat ala mahasiswa di universiti. Dari siti ada yang tidak sabar dan tidak mahu lagi berpegang pada ajaran Yahudi lama. Mereka mahu pecahkan tradisi bagi memperoleh masadepan yang cerah.
Lantas mereka terbitkan pelbagai idea seperti idea Komunisme & Sosialisme di Russia, Kapitalisme di amerika Syarikat dan lain-lain.
Dalam Islam, ciri-ciri Sosialisme dan Kapitalisme telah lama tergabung.
Jika kita tolak Islam jadilah seperti hari ini. Ekonomi kita berpaksikan idea Kapitalisme. Semua milik swasta. Ini tampak berjaya. Akan tetapi tidak lama. Ia akan hancur, kerana tidak seimbang. Apa jua keuntungan yang berlaku ialah satu keuntungan untuk orang tertentu. Kerana puak Kapitalis tidak diimbangan dengan puak Sosialis.
Dalam Islam adanya milik swasta bagi meningkatkan daya saing dan adanya milik negara bagi memelihara kepentingan rakyat jelata. Ditambah dengan adanya zakat/cukai untuk kebaikan orang miskin.
Di Malaysia? Yang kaya semakin diberi insentif atau subsidi. Macam mana tu? Ada yang cakap, kena ada satu gerakan Sosialis.
Saya sarankan saudara kaji ekonomi dan politik (pentadbiran) Islam terlebih dahulu.
Memang di Malaysia, ilmu Islam yang disampaikan dibangku sekolah amat sedikit sekali.
Ia tidak mencakupi bab ekonomi dan politik. Ini sudah terbentuk akibat hasil penjajahan British.
British tahu orang Islam akan maju jika sistem ekonomi Islam dan politik Islam itu dikembalikan.
Sekularisme wujud daripada proses untuk mengekang Islam daripada maju dan lebih berkembang.
ko nye cite berbelit2..
saya stuju dgn pendapat hanief..
igtlah yang Mustafa Kamal Attartuk, menggulingkan sistem khalifah yang dahulunye memerintah dunia, time tuh barat dah menanamkan sistem kebangsaan dan memerdekakan tanah2 jajahan..dengan syarat bhw mereka tidak kembali kepada sistem khalifah
sewaktu zaman abassiyah, zaman keemasan islam..even orang yang bukan Islam pun mengagumi dan dapat hidup dalam aman dan damai..tgklah peta2 kat afrika, cantik baekk je line straight sempadan2 negara diorg..xkan kebetulan kowt?ini semua rancangan barat dr dahulu utk menanamkan Islam yang hanya pada nama shj..
xpelik ke kat mesia skang nie, byk dh usaha nak menanamkan keIslaman, cthnye cm tv9, aq semua tuh..tp kes buang bayi measih berleluasa??
kite bermuhasabah balik kat mana kita salah
contohilah sunnah Nabi..mcm mana cara dier buat dr menukarkan sistem Jahiliyyah kepada negara Islam madinah yang mantap..dier xbuat dakwah seorang shj..:)
Negara = Country
maaf.. aku tanak menyentuh bab2 lain yg diluar kepakaran aku. hanya nak menyentuh dari segi definisi yang salah. which awalan yang salah boleh menyebabkan seluruh konteks jadi silap. Wallahua'lam.
Definisi BANGSA, boleh dirujuk sebagai, tetapi bukan satu2 nya maksud yang tetap bagi perkataan KAUM. Definisi bangsa juga adalah merujuk kepada satu kumpulan manusia didalam satu ikatan ketatanegaraan. Yang juga antaranya berkongsi keturunan, adat resam, kepercayaan, kebudayaan, sejarah etc.
i.e:
Bangsa Malaysia.
Rakyat berbilang kaum.
Kaum nya terdiri dari pada Melayu India, Cina dan peribumi.
Definisi NATION juga maksudnya boleh berubah mengikut kontek yang berbeza. Antara secara umum nya ada yang mendefinisikan nya sebagai NEGARA. Tetapi ada juga didefinasikan secara lebih khusus sebagai BANGSA seperti didalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
But....
Basic Definition: "NATION is the terms for a group of people living in a same COUNTRY".
A country is part of the earth. The state, the territory of nations.
A nation is the peps itself.
So secara lebih tepatnya, definisi Nation bukan lah Negara, tetapi lebih merujuk kepada Bangsa.
Jangan kita cetekkan fahaman keatas sesuatu hanya kerana kita mahu atau tak mahu. Jangan juga dirosakkan dengan hanya menggunakan intepretasi BAHASA sekadar "direct translation". Kita perlu juga menilai perbezaan definisi dari segi kata nama khas dan kata nama am.
Selebihnya.. tepuklah dada, tanya lah hati.
Just my 2 cent. Isu selebihnya, tak cukup layak untuk aku bagi komen.Maaf kalau penerangan kelam-kabut.
peace!
kena sejibik..
kalo semua nak direct translation
'oh shit' akan jadi 'oh tahi' tp maksud sebenarnya bukan 'alamak'.
Bahasa evolve, pemikiran pun kena la evolve.
Bila Tok Guru Nik kata nak buat negara Islam adakah dia bermaksud Hudud sepenuhnya?
Tidak, statement selepas itu: Orang kafir masih boleh minum arak dan mengamalkan agamanya.
So, jangan simply buat conclusion based on direct translation.. ada minda, fikirlah.
Tapi Hanief ni main hujah yang lebih luas dari Nation. Dia main dunia. Nabi Adam AS.
Keadilan pada peringkat manusia tanpa kira sempadan. Konsepnya ada di Mekah. Semua nation ada di situ tawaf Kaabah.
setuju... tetapi berapa ramai yg paham hal2 mcm ni...? sedih bila Islam diketepikan...
erk,,nip,,nak tegur sket..gambar pompuan ni, dosa la letak sni..dosa la tgk..haram
@nasionalis malaya
sebelum kau cakap turki sekular,
baik kau kaji dulu bro.
kau jangan tengok turki secara luaran,
kaji dalaman beb.
sekular = masalah buang bayi makin meningkat.
ni ke yang kau nak?
Tak payah cakap pasal islam la kalau blog pon letak gambar perempuan tak pakai tudung....
Salam
to Maya Ariffin,
mmg tafsiran saudari benar, bagi saya aper yang hanief sampaikan cukup mudah.....1+1=2...
just straight forward explaination.....
yang ditekankan bukanlah maksud perkataan itu sendiri.....tapi cuba hayati isi tersirat yang disampaikan....
kalau saudari nak berbahas maksud....saya fikir kna ada 1 ruangan lain dan masing2 kna bawa sekurang2 5 kamus berbeza utk berhujjah.
Alquran sendiri ader berbagai bagai tafsirnya....terserah saudari memilih tafsir yg saudari yakini...
Bagi saya hanief ade tafsir nya tersendiri...yang penting hayati ISI yang cuba disampaikan....
dan sekiranya anda ade tafsir lain....mungkin anda juga boleh luahkan di blog sendiri.....
barulah kami pembaca boleh menilai....siapa yang lebih kanan dalam tafsir menafsir....hmmmm
skadar pandangan matang....
Anon tudung apo kau nak? Tudung saji den ado banyak ni ha!
Boleh ekau ajak Rosmah tu pakai todong saji ni ha! Kah! Kah! Kah!
perspektif kau memikat mindaku.
meleis(melayu yang cepat melenting) terlupa satu benda, iaitu kembali kepada ajaran (back to basic), terlupa yang sama-sama asal dari tanah yang kotor.
nice entry, dude. bangsa cuma bangsa. siapa bangsa pada negara yang terdiri dr pelbagai bangsa. aku terjumpa link kau ni kat youtube.
salam buat saudara. pertama-tama, mungkin ruangn ini tidk sesuai utk budak sprti sy. ttpi stlh melihat terlalu byk ruang atau isu sprt ini, terdetik utk bersuara.
ya, pndgn kalian semua benar2 mengelirukan. mengelirukan kami anak2 muda, atau yg kalian katakan, generasi masa hadapan. tp malangnya, kami ini generasi masa hadapan ini seolah olah cuma alat mainan buat org sprt kalian yg mana masing2 nya mahu tegak kan apa yg difikir betul, apa yg difikir baik. yg smua nya bercakap, mengeluarkan pndgn bersebabkan konon nya utk kami, generasi masa hdpn. pernah tdk terlintas, yg perilaku kalian atau pemikiran kalian yg dewasa ini benar2 menyeksa kami?
maaf. politik mmg tdk sesuai utk sy bicarakan. mmg sbnrnya tdk sesuai sgt pun sy memberi komen tntg nya. itu bukn brg mainan sy.
tp, bila dh terlalu byk hal atau isu sprt ini yg diutarakan oleh org dewasa seperti kalian, sy yg bru belasan ini, masih hingusan ini, terfikir. dgn tiba2. bhwa dunia skrg benar2 mengelirukan kami. benar2 menyeksa kami. secara halus nya.
terus terang sy bgtau, org2 spti kalian, org2 dewasa sprt kalian lh yg buat kami generasi masa hdpn ini terus hancur. terus mnjadi sesat kerana kompas yg ada sudah tdk menunjuk kn yg betul. org2 dewasa sprt kalian, buat kami mnjadi takut utk dewasa, tau tk.
apakah salah jika kalian hnya simpan sgala apa yg kalian fikirkan, berbaik baik? mksud sy bukn nya memberi pndgn itu salah. tidak. tp, hmm tolog lh. perkara sprt yg berlaku di m'sia ini, dmana2 sje lh, itu mmg sudah perkara semula jadi yg berlaku. sudah Allah ceritakan prkara spt ini akan berlaku dlm al-Quran. nah, skrg benar2 sudah terjadikan. kita saling bertingkah mmberi pndpt. menegak kan ideologi sendiri. ini nama nya Dunia Akhir Zaman. kita skrg berada di dunia ini. kalian org2 dewasa ini, mahu tegakkn bgaimana pun pndpt kalian, tk akan merubah apa2. ini sudah Allah tetapkan. kalian berbahas bagaimana pun tntg isu2 sprt ini, tk akan ke mana. hmph.
maaf jika sy ini terlampau lancang mulutnya. tp sungguh kami generasi masa hdpn ini, yg melihat sgala perilaku org2 dewasa sprt kalian semua, sgt penat. sgt penat.
banyak manusia lebih tau berkata-kata.... tapi usaha tiada.... ;-) tin kosong....
aku pon budak jaman 90an dulu.dah rasa dah camner si che det tue buat.rsnyer lg rascist 90an-millenium.
sejak bila sekularism itu 100 % bertuntaskan nafsu.Bukannya negara sekular itu diwujudkan trus rakyat dimurtadkan.Agama itukan soal peribadi.Hukum hudud itu x relevan lg.Naper Malaysia yg kununnya negara Islam itu byk org buang bayi.Sila berikan statistik yg kes buang bayi di negara sekular.Bandingkan.Sbb apa,kiter terlalu mengongkong.Makin kongkong makinlah org nak buat. tol tak.Dadah tue, hukuman mati,pon org x serik 2x nak edar dadah.
niat aku satu jek, nak meMALAYSIAKAN semua kaum kat sini.bosan aku dgr asyik 2x melayu, cina india.kan senang BANGSA MALASYIA jek.jgnlah nak mengarut wat sekolah agam, cina & tamil.standardkan semua kan senang.Mmg betul, walopon hukum hudud itu dijalankan, adakah ia merangkumi kaum muallaf jugak?Mmg kapir x risau dier x minum arak, tp katakan dier ada saudara masuk islam yg join skali minum arak masa hari perayaan, walopon setahun sekali, pastu kene tangkap,ko nak hukum rotan jugak ker si muallaf. Camner perasaan keluarga dier yg kapir tue.Masalah nie jek bro aku nak tau apa penyelesaian.sbb bende nie agak double standard ghupenye.
Ya, turki mmg sekular. DVD porno, pelakon lucah pon ader kata sana.Sampaikan Novel kontroversi pon dpt dijual kat sana.
sape yg kate bangsa = kaum?....
semua pun bongok kecuali seorg budak yg masih bersekolah tdy...(dibawah matahari)... maaf...
ko ni cam pandai sangat la hanip.. bebal ada la
menulis memang terel.. tapi kosong.. writing without substance.
pukimak la korang sume nak gaduh 2x apa hal.. aku nak malaysia bebas parti liar semua dihalalkan baru la gempak beb jom clubbing mabuk2... hahahaha...
Saje nk memberi sedikit pendapat di sini.
Walaupon soal bahasa itu mungkin subjektif, iaitu terdapat tafsiran yg berbeza dari individu2 yg berbeza, tetapi bahasa secara am nya mmg memainkan peranan besar dlm pembentukan budaya kite, lalu akan membentuk cara kita berfikir. (mindset)
Buktinya? Kalau anda belajar bahasa lain selain daripada bahasa ibunda anda sendiri, anda boleh lihat perbezaan yg ketara antara satu bahasa dgn bahasa yg lain. Lalu anda akan faham kenapa mereka berperangai sedemikian. Sebagai individu. Sebagai komuniti. Atau sebagai satu negara.
Kesimpulannya? Walaupon isu bahasa di post atas bukanlah solusi kpd semua masalah yg Malaysia ada, tp ia adalah suatu langkah yg besar di arah yg betul.
Dgn menggunakan perkataan, kita meletak label. Label adalah identiti. Berhentilah meletak identiti kita pd benda yg remeh, seperti warna kulit, status sosial. Jikalau anda tidak setuju, tanyalah satu soalan pd diri anda: Anda seorang Muslim atau pon seorang Melayu? Jawablah utk diri anda, bukan utk saya.
Bagi saya, saya seorang manusia dahulu. Kemudian saya seorang Muslim. Kemudian, barulah saya seorang bangsa Melayu.
NGKO MMG BODOH!!! X PAYAH CITER PASAL ISLAM..KALO BETOL NGKOK SOKONG ISLAM BOIKOT PRODUK ORG YAHUDI SPT BLOG, YOUTUBE,FACEBOOK, GMAIL,GOOGLE,TWITER,YAHOO,HOTMAIL DAN LAIN2, ADA BRANI KA BOIKOT DEMI ISLAM? TU X MSUK LAGI MAKANAN,ADA NGKO BOIKOT KA?XDA KAN?
LOYAR BURUK LA KO NI ANIEF,CAKAP X SERUPA BIKIN,BYK COPY & PASTE,,CAKAP XDA ASAS..KATA BUKAN MAIN SOKONG ISLAM SEMANGAT KEBANGSAAN LA..TAPI YANG NGKO JATUHKAN BANGSA ORG LAIN DLM YOUTUBE TU APAHAL????? MALAYSIA KAN ADA BERBILANG BANGSA JD BERPADA2LA NK JATUIHKAN ORG LAIN PUNN...BODOH...NGKO PUNYA BAHASA PUN LAIN MCM AKU TGK...KALO KORANG PERASAN ANIEF NI BYK BUAT KOMEN UNTUK DIA SENDIRI...SENDIRI MAU INGATLA BEB....TO HANIEF TUAN PUNYA BLOG NI,KALO SUNGUH ENGKO NAK SOKONG ISLAM @ XPUAS ATI NGAN AKU,AKU CABAR NGKO COL AKU 0139727417...WACHAAAA
Post a Comment