KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.
''Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja. - Harga rokok mungkin RM50
Hanief : Siapa percaya kalau saya kata kerajaan keluarkan lesen untuk para peniaga edar dan jual dadah. Edar ialah menghantar barang pada peniaga. Peniaga kerjanya adalah menjual barang. Faham?
Kalau dah faham, ada satu lagi benda nak bagi faham.
Apa dia? Nikotin. Nikotin itu ialah dadah yang berkadar sedikit diletakkan bersama tembakau dalam sepuntung rokok. Kalau penghisap rokok hisap sampai 20 puntung dah berapa dadah Nikotin dia hisap?
Mangkuk dalam kerajaan pun susah nak jawab. Sebab apa? Sebab mangkuk itu pun hisap rokok.
Adik saya sekarang belajar di MFI (Malaysia-France University) di Bangi. Dalam sebilik ada 6 orang. Ada 4 orang hisap rokok tetapi tidak adik saya dan seorang lagi rakannya.
Saya tanya 4 ekor mangkuk itu hisap rokok di mana? Adik saya jawab, "Dekat mana lagi, dalam biliklah."
Dalam hati saya berkata, "Nasib kaulah, dah lahir di negara dunia ketiga. Nasib kaulah."
Saya tanya pula warden tak marah? Adik saya jawab, "Mana ada, warden biasa saja."
Saya tanya lagi, warden hisap rokok tak? Adik saya balas, "Hisap, rokok daun."
Saya tambah soalan lagi, semua 4 ekor itu Melayu? Jawabnya, "Em, ya".
Saya dah agak.
Habislah, masa depan orang Melayu. Sama juga kes, kalau jumpa pak imam keluar masjid kemudian hisap rokok, habislah jemaah masjid itu. Sebab perokok majoritinya bermasalah dan banyak tekanan.
Hisap rokok ini semua bagi taukeh besar kaya bersantai di Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd Human Resources Department 16th Floor Menara Milenium No. 8 Jalan Damanlela Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur Malaysia.
Semua yang bekerja di Philip Morris itu ialah Melayu tak sedar diri, awek Melayu tak pakai tudung yang kaki rokok, Cina, India, dan Mat Salleh. Rata-ratanya semua kaya-raya.
Macam mana saya tahu? Saya dah 3 bulan kerja mesin layan diri dan banyak kali ulang-alik hantar air di situ. Kereta yang kakitangan Philip Morris pakai, semuanya berharga RM300,000 ke atas.
Ada Proton harga seperti itu? Penasihat Proton pun tak naik kereta Proton. Semua kena kencing dengan Mahathir. Habis badan bau pil ubat sakit jantung.
Berbalik pada cerita harga rokok bagi menepati petikan di atas. Baiklah, harga nak dinaikkan jadi RM50. Bagi saya, ia tak ubah seperti penjualan dadah.
Kalau para pembaca biasa dengar Mat Dadah suka curi barang dan jual barangan curi, maka! Fenomena itu pula akan berlaku pada Mat Rokok.
Pasal apa nak curi barang? Bagi yang tak tahu, ia adalah sebab rintangan harga. Harga mahal mestilah sampai nak jual barang bagi memperoleh wang. Dah dapat wang, beli dadah.
Sama juga bagi sesetengah kaki judi yang sanggup jual atau gadai barang kemas si isteri semata-mata nak pergi main mahjong atau berjudi.
Selain rintangan harga, masalah gian juga perlu kita ambil kira.
Rokok dan dadah ini memang menggiankan. Disebabkan rokok itu kadar dadah Nikotinnya sedikit, jadinya penghisap rokok akan berasa gelisah jika tidak dapat rokok. Kalau dadah pula, lagilah teruk kesannya. Bukan setakat gelisah malah boleh jadi sampai tahap membunuh orang.
Tak percaya? Takkan tak pernah baca cerita kerabat DiRaja Pahang?
Tunku Ismail, 68, adalah suami kepada adinda Sultan Pahang, Tengku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar, 64, yang dilaporkan mati ditikam anaknya sendiri, Tunku Rizal Shahzan, 21, dua hari lepas.
Tunku Rizal Shahzan sendiri meninggal dunia enam jam selepas kejadian itu kerana dipercayai akibat mengambil dadah berlebihan. - Tengku Abdullah: Dadah tak kenal kerabat atau rakyat

Tunku Rizal Shahzan (Tunku Dadah)

Bapa saya ada berpesan pada adik saya. Katanya, "Orang kalau nak hisap dadah, mula-mula dia akan hisap rokok dahulu."
Sebab itulah saya dan sekeluarga dilarang keras dalam bab rokok, dadah, arak, judi, disko, panggung wayang dan lain-lain.
Lagi pun, agama Islam ada menyentuh bab itu semua. Terpulang pada kita samada untuk mengikut yang benar atau pun yang batil.
p/s: Walaupun orang Indonesia menyokong rokok buatan Indonesia seperti rokok berjenama Gudang Garam, tetapi bukankah rokok itu haram?