Malaysia : Tong Taik UMNO: March 2010

Wednesday, March 31, 2010

Hadi: MEB tiada roh, imbasan konsep Dr M

“MEB itu juga merupakan imbasan kembali kepada konsep pensyarikatan dan penswastaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri, di mana kerajaan akan melepaskan kepentingannya sedikit demi sedikit dalam sektor perkhidmatan rakyat, kepada pihak swasta,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini. - Hadi: MEB tiada roh, imbasan konsep Dr M
Hanief : Nak tahu kenapa ia bagai imbasan kembali? Tontoni video-video di bawah.


Najib Anak Mahathir


Mahathir Jadi PM Semula


Pak Lah Marah Mahathir & Muhyiddin

Google Search Ranking & META Tag


Google does not use the keywords meta tag in web ranking

Hanief: META tag is so 90's. What more important now is, the content of your website. If there are some good articles in it, then Google will place them in its first page search result. So do work hard on the contents. Not the META tag.

Other than this SEO thing, there are many ways to promote your business or website to the people. Just be creative and honest.

Tuesday, March 30, 2010

Lim Guan Eng Bakal Perdana Menteri Malaysia ?

Lim Guan Eng
Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua negeri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009. - Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus
Hanief : Lihatlah bagaimana susuk Cina DAP ini membela maruah Melayu! Sebelum ini Anwar Ibrahim selalu dilihat mengutarakan ayat, "Anak Cina, anak saya. Anak Melayu, anak saya. Anak India, anak saya. Baru boleh selamat satu Malaysia."

Kali ini, Lim Guan Eng lebih lantang dan dilihat lebih realistik dalam melakukan perubahan. Isu saham Bumiputera bernilai RM54 bilion disuarakan beliau!

Sunday, March 28, 2010

Kiub Ais Akan Naik Harga !

Cendol
BUTTERWORTH: Businessmen, especially restaurant owners and food stalls in the north, will not be laughing on April Fool's day (April 1). Ice-cube manufacturers in the northern region have decided to increase the price of ice-cube packets weighing about 15kg each to RM3.50 from that day. - Ice-cube prices going up
Hanief: Petikan di atas menyatakan bahawa tanggal 1 April 2010, harga kiub ais di zon utara Malaysia akan dinaikkan. Taukeh ais sudah mahu untung besar. Atau pun, mungkin ini suatu kenaikan in advance sebelum harga minyak naik. Kalau saya ke Pulau Pinang alamatnya saya kena beli cendol yang mahal. Tetapi bukankah minuman yang ada perkataan 'ais 'di hujungnya akan turut mengalami masalah yang sama? Bagaimana pula dengan cendol di Malaysia?

Saturday, March 27, 2010

Peluang Pekerjaan di Juice Cafe | Puchong

Cafe Juice

Kepada sesiapa yang berhajat bolehlah klik gambar di atas.

Thursday, March 25, 2010

Al-Fatihah & Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak. - MP Hulu Selangor meninggal dunia
Hanief: Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Dengan adanya pilihanraya kecil itu nanti, pilihan rakyat sekali lagi akan diperlihatkan. Maka dari situ juga kita akan tahulah bahawa laku atau tidak laku berita-berita jajaan media baru dan lama.

Installing Canon Pixma MX 357 | All-In-One

This is my first time installing a printer which has a wireless adapter built-in. Thanks to this customer of mine! What an exposure for today!

I'm not so sure when is this printer been manufactured. But I was there to help him to install the printer. So he met a right chap.


After looking at the user manual roughly, I realized that this printer installation is pretty simple. It's even simpler than the Xerox gigantic LAN printer. The installation depends a lot on the given CD which equipped with a wizard. The DELL Studio 1555 laptop above is on Windows Vista.

The desktop computer above is called DELL INSPIRON 545MT which comes with the slick looking Windows 7. Both of the computers work very well the printer WiFi which has to be routed by any deserved wireless router. Not to bad eh?

Peluang Pekerjaan di Top 1 Western Foods Cafe | Puchong

Sesiapa yang berhajat boleh klik gambar di atas.

Peluang Pekerjaan di Plaza Tol Pantai Dalam | Jurutol

Kerja paling cool! Majikan anda takkan bungkus. Anda kerja dengan hanya perlu menadah tangan. Cukup bergaya!

Klik untuk besarkan gambar.

TM HSBB | High Speed Broadband | TM UniFi

Area Name Support for Readiness
Bangsar Residential / Business Q1 2010
Shah Alam Residential / Business Q1 2010
Subang Residential / Business Q1 2010
Taman Tun Dr. Ismail Residential / Business Q1 2010
Bayan Baru Business Q3 2010
Bukit Kemuning Residential / Business Q3 2010
Bukit Tengah Business Q3 2010
Cyberjaya Residential / Business Q3 2010
Damansara Residential / Business Q3 2010
Duta Residential / Business Q3 2010
Kepong Residential / Business Q3 2010
Keramat Residential / Business Q3 2010
KL International Airport Residential / Business Q3 2010
Kulim HighTech park Business Q3 2010
Lapangan Terbang Subang Residential / Business Q3 2010
Melawati Residential / Business Q3 2010
Menara TM Residential / Business Q3 2010
Midah Residential / Business Q3 2010
Permas Business Q3 2010
Petaling Jaya Residential / Business Q3 2010
Puchong Residential / Business Q3 2010
Putrajaya Residential / Business Q3 2010
Seberang Jaya Business Q3 2010
Senai Business Q3 2010
Skudai Business Q3 2010
Sungai Buloh Residential / Business Q3 2010
Sungai Long Residential / Business Q3 2010
Telok Panglima Garang Business Q3 2010
Wangsa Maju Residential / Business Q3 2010
Batu Residential / Business Q4 2010
Bukit Bintang Residential / Business Q4 2010
Cheras Residential / Business Q4 2010
Jln Kebun Residential / Business Q4 2010
Kelana Jaya Residential / Business Q4 2010
KL Central Residential / Business Q4 2010
Klang Residential / Business Q4 2010
Kuala Pauh Residential / Business Q4 2010
Pekeliling Residential / Business Q4 2010
Saga Residential / Business Q4 2010
San Peng Residential / Business Q4 2010
Selayang Residential / Business Q4 2010
Sentul Residential / Business Q4 2010
Serdang Residential / Business Q4 2010
Setapak Residential / Business Q4 2010
Sg. Renggam Residential / Business Q4 2010
Taman Petaling Residential / Business Q4 2010

Hanief : Diwartakan, HSBB ini berkelajuan 10Mbps dan ke atas. Perkhidmatan HSBB ini hanyalah untuk sekitar Lembah Klang sahaja. Harga caj perkhidmatan HSBB ini ialah sekitar RM20-RM38. Ini bermakna para pengguna Streamyx hari ini sedang dan akan membiayai para pengguna HSBB di Lembah Klang.


p/s:-

2. Streamyx is subject to best effort, what about HSBB?
No Internet Service Provider (ISP) can guarantee Internet access speed as it is subject to many factors.

Wednesday, March 24, 2010

Kenapa Ramai Berhijrah Ke Luar Negara

Emel Dari dol abd aziz | Backup & Restore Dengan Ubuntu 9.10

Emel Dari dol abd aziz

Hanief: Ubuntu adalah sistem operasi yang percuma. Anda boleh milikinya dengan memuat-turunnya di Ubuntu.com.

Fail yang anda akan dapati ialah fail ISO. Dengan fail itu nanti anda perlu burn pada CD. CD tersebut akan jadi Live CD.

Live CD Ubuntu 9.10 adalah bootable. Ubuntu boleh dicubai tanpa proses instalasi. Di mana sistem operasi itu akan berjalan dengan menggunakan CD itu dan sedikit ruangan HDD dan RAM. Dalam keadaan itu kita boleh lakukan seperti apa yang kita boleh lakukan di Windows.

Salah-satu daripadanya ialah melakukan pemindahan fail dan menggunakan pemacu USB. Backup bererti save sesuatu ke suatu tempat. Ada perisian yang mempunyai sistem backup yang mempunyai ciri wizard (pembantu apa dan di mana hendak disavekan data).

Ada juga sistem backup yang berjalan di dalam sistem operasi dan juga di luar sistem operasi seperti Symantec Ghost dan Clonezilla.

Kelebihan menggunakan Live CD Ubuntu 9.10 dalam memindahkan data bagi tujuan backup dan restore ialah:-
  • Ia tidak akan digugat virus yang direka-bentuk untuk menyerang Windows.

  • Ia tidak memerlukan kita menanggalkan HDD daripada komputer riba.

  • Ia mampu memindahkan data lebih laju daripada Windows Vista dan XP.

  • Ia mempunyai paparan mesra pengguna mudah di fahami.

  • Ia percuma.
p/s: Cubalah sendiri. Kalau ada apa-apa nanti beritahu saya. Kalau nak belajar cara install Ubuntu tonton video basi 2008 di bawah.


Pasang Ubuntu 8.04 Dalam 5 Minit

Dell Inspiron 1440 | Virus Infection | 25 GB Data Backup / Restore

Dell Inspiron 1440, infected with viruses. It becomes sluggish.

My customer said, the PC shop at The Mines wanted her money so much.

She was asked to buy 500GB HDD. But the fact that all the data can be backed-up.

I'm using Ubuntu 9.10 to backup and restore the data.

Dell is great in providing the software when you buy its products.

Drivers and what not.

It's funny that my customer wanted me to backup all the 25BG data into this tiny guy with 8GB storage capacity!


This Dell bag is made by Targus.

Windows Vista Home Basic.

Need a hand? Gimme a ring.

Prestasi Malaysia Makin Menjunam | Pemerkasaan Bahasa Diperhebatkan

Ini bukan UHF antenna, ini ialah bendera Malaysia.

Internet di rumah saya mutakhir ini amatlah perlahan. Saya tiada masa untuk melayan masalah basi ini.

Siaran TV juga amat mendukacitakan. Jadi jangan hairan mengapa tiada lagi berita di channel MalaysiaNews.

Dek kerana itu, saya mengambil langkah untuk memperhebatkan bahasa Parsi dan juga bahasa Inggeris. Saya lebih tertarik dengan daya serius masyarakat luar negara yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam menaikkan ekonomi serta teknologi komunikasi negara mereka.

Saya juga ada memohon untuk bekerja di stesen minyak Shell, setelah mendapati warga Bangladesh mendapat gaji pokok sebanyak RM1050 dengan kerja mengira duit dari 10 pagi hingga 10 malam sahaja.

Monday, March 22, 2010

Puck You


Jonah Takalua - Puck you miss/sir


Best of jonah

Eset NOD32 4 | Bagaimana Lanun-lanun Pakai

Sesi pembongkaran bermula.

Ramai manusia yang pura-pura berkata ekonomi OK hari ini menggunakan perisian cetak rompak. Cetak rompak dikira sebaik sahaja pengguna menggunakan perisian tanpa keizinan pencipta perisian. Salah satu ciri-ciri perisian cetak rompak ialah, perisian itu:-
  • Perlu dilakukan crack
  • Perlu menggunakan keygen
  • Perlu dibantu dengan enabler
Perisian atau pun games, telah lama menggunakan crack dan keygen sejak tahun 1998. Tatkala itu ramai rakan-rakan saya bingung bagaimana hendak install Fifa 99. Hari ini, crack mahupun keygen ibarat satu pengetahuan am kanak-kanak siber.

Kali ini saya mahu menyentuh bab enbaler. Bagi para peminat perisian anti-virus NOD32, sekarang ini ia sudah berada pada versi 4. Edisi cetak rompak bagi perisian NOD32 4 menggunakan enabler. Ia juga menggalakkan pengguna update Windows (namun ia tidak memaksa). Contohnya:-

Jika pengguna klik capaian here. Ikon kuning NOD32 akan bertukar hijau.

Ikon NOD32 menjadi kuning.

Hijau seperti ini.

Enabler

Mengapa wujudnya enabler?
Ia lebih berkesan daripada crack dan keygen. Contohnya jika hari ini pakar dari Eset telah menggodam semua perisian cetak rompak NOD32 4 supaya menjadi tidak berfungsi, dengan enabler ini, NOD32 4 cetak rompak tadi akan dibantu oleh beberapa penggodam (pihak enabler) bagi meneruskan daya fungsi perisian cetak rompak tersebut dan sudah tentulah teknik ini memerlukan talian internet.

Bagi enabler NOD32 ini, ia memerlukan Microsoft .Net 1.1. Jika pengguna punyai versi 3.0 yang dikenali sebagai WinFX yang juga sudah tersedia di dalam Windows Vista, ia sudah lebih daripada cukup.

Hungry Beast : Google


The Beast File: Google ('HUNGRY BEAST', ABC TV)

Sale No Mobarak | Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre


Sale No Mobarak

Friday, March 19, 2010

Malaysia Kurang Pekerja Berkemahiran dan Pekerja Profesional

PETALING JAYA, March 18 (Bernama) -- Malaysia needs more professional and skilled workers in moving towards becoming a high income economy, said the Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Malaysia Needs More Professional, Skilled Workers, Says Sidek
Hanief: Petikan di atas menyatakan Malaysia memerlukan pekerja yang berkemahiran dan profesional untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Setelah 52 tahun merdeka. Pemimpin kita baru tersadar. Punyalah bagus kita ada pemimpin yang begini. Punyalah bagus.

Anda nak tahu samada angan-angan ini berjaya atau tidak. Anda hanya perlu berlegar-legar di kota-kota dan cari kelibat pekerja asing. Sekiranya ada dan semakin bertambah, maka usahlah mimpikan negara berpendapatan tinggi. Kerana negara berpendapatan tinggi itu mampu menggaji pekerja bawahan dengan gaji yang munasabah. Jadi jika rakyat kita sendiri tidak memenuhi ruangan itu, maka tentulah gajinya hanya munasabah bagi pendatang asing.

p/s: Saya cadangkan individu-individu yang berkemahiran tinggi ini, dikumpulkan dan dibiayai kerajaan untuk membuka satu universiti hebat bagi proses penyebaran ilmu kemahiran yang dimiliki individu-individu tersebut. Kalau ada PHd. saja, tapi tak reti buat kerja buat apa. Bukan? Tahu jual air liur, makan atas angin dan makan gaji buta.

Wednesday, March 17, 2010

Protes akhbar Sweden hina Nabi ditunda ke 26 Mac

Perhimpunan aman membantah akhbar di Sweden yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW, yang dijadual diadakan Jumaat ini di depan Kedutaan Sweden, di Kuala Lumpur, telah ditunda kepada 26 Mac depan. - Protes akhbar Sweden hina Nabi ditunda ke 26 Mac
Hanief: Nabi S.A.W pernah dimaki, malah Baginda pernah dilempar najis unta. Siapa tahu apa Baginda buat selepas itu? Baginda turun protes atau tidak?

Lenovo Y410 | Sudden Shutdown Problem | Dust Problem

Dust

Dust

Dust

Lenovo Y410


Lenovo Y410 Shutdown

Hanief: Just like your car or motorbike, the airfilter must be cleaned periodically in order to maintain a good ventilation system. So if you have this sudden shutdown or turn off symptom, do send it to the expert if you don't have the guts to DIY.

Windows Vista Home Basic.

Tuesday, March 16, 2010

Namewee Mohon Geran K'jaan Keluar Filem 1M'sia

Artis Namewee yang pernah dilanda kontroversi melalui klip video 'Negarakuku' kini bercadang untuk memohon geran kerajaan bagi membiayai satu filem berkonsepkan '1Malaysia.'

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berkata beliau layak untuk mendapatkan geran berkenaan, yang diumumkan kerajaan melalui dana pembangunan industri kreatif berjumlah RM200 juta yang diumumkan dalam Bajet 2010. - Namewee mohon geran k'jaan keluar filem 1M'sia
Hanief: Ada ke duit tu? Hmm? Ada lagi ke? Atau dah habis belanja?

Monday, March 15, 2010

Kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi





Hanief:
Jangan minum arak. Jangan main judi. Jangan melacur. Simpan duit boleh kahwin, boleh buat projek agrikultur dan boleh derma. Baca doa sebelum naik kereta. Sekian.

p/s: Eh what's the number ah? LOL!

Kerajaan Dipersilakan Untuk Menaikkan Harga Petrol

Apabila harga petrol dinaikkan, semua harga barang yang lain akan turut naik. Inilah yang saya nanti-nantikan. Bersempena dengan kenaikan ini, saya dengan ini menawarkan perkhidmatan IT percuma dari pintu ke pintu. Caj pengangkutan adalah percuma.
  • PC Desktop/Laptop Troubleshooting/Upgrade/New
  • Printer/Monitor Repair
  • Software/Hardware Installation/Problems
  • Windows/Ubuntu Web/File/FTP Server
  • Wired/Wireless Network Maintenance
  • Internet/Broadband Streamyx Problems
  • Sony/Panasonic Handycam Repair
  • Banner, Lanyard, Business Card Design & Printing
  • Website Design, Development & Hosting
  • CCTV Surveillance System (Indoor & Outdoor)
  • MySQL Database System
Perkhidmatan ini terbuka pada semua warga di Kuala Lumpur & Selangor sahaja.

p/s: Ketika ekonomi merudum, itulah sebenarnya masa terbaik untuk berbuat baik. Kerana kita tak perlu tolong orang yang sedang bersenang-lenang. Selamat Berjuang Semua!

Sunday, March 14, 2010

Belajar Bahasa Parsi | Salasilah

بابا
Bábá
Bapa

مامان
Mámán
Emak

خواهر
Khohar
Kakak

برادر
Barádar
Abang

عمو
Amu
Bapa saudara (sebelah bapa)

عمه
Ame
Ibu saudara (sebelah bapa)

دایی
Dáii
Bapa saudara (sebelah ibu)

خاله
Khále
Ibu saudara (sebelah ibu)

پسر عمو
Pesar amu
Sepupu lelaki (anak bapa saudara sebelah bapa)

دختر عمو
Dokhtar amu
Sepupu perempuan (anak bapa saudara sebelah bapa)

پسر عمه
Pesar ame
Sepupu lelaki (anak ibu saudara sebelah bapa)

دختر عمه
Dokhtar ame
Sepupu perempuan (anak ibu saudara sebelah bapa)

پسر دایی
Pesar dáii
Sepupu lelaki (anak bapa saudara sebelah ibu)

دختر دایی
Dokhtar dáii
Sepupu perempuan (anak bapa saudara sebelah ibu)

پسر خاله
Pesar khále
Sepupu lelaki (anak ibu saudara sebelah ibu)

دختر خاله
Doktar ame
Sepupu perempuan (anak ibu saudara sebelah ibu)

Seekor Ular Tewas di Perkarangan Rumah Arnab

Lalat-lalat ini telah memberitahu saya sesuatu.

Ular ini mungkin diserang dek kucing-kucing saya.

Kucing dan arnab saya, memang sudah lama mantap bergandingan.

Hanief: Video ada di bawah.


Dead Snake

Nasib Nelayan Kuala Linggi , Melaka

Nelayan Kuala Linggi Melaka

Hanief: Melaka pernah terkenal sebagai pusat dagangan terunggul di Asia Tenggara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Orang-orang Melayu sangat pakar dalam hal perairan ketika itu. Kini masyarakat Melayu tidak mampu untuk mencari rezeki di perairan mereka sendiri. Apa sudah jadi?

Saturday, March 13, 2010

Ada Apa Dengan Kampung ?

Sawah padi di kampung.

Dahulu gambar di atas ini saya tafsirkan sebagai satu kehidupan yang mundur.
  • Ia tiada Facebook/Internet
    Kerana ia ada kedai kopi dan masjid sebagai penggantinya.

  • Ia tiada kompleks membeli-belah
    Kerana banyak hasil bumi boleh dihasilkan sendiri tanpa cukai.

  • Ia tiada bekalan air dan elektrik
    Kerana ia bergantung pada air hujan, air bukit, air perigi, air sungai, air laut, cahaya matahari yang bebas cukai.

  • Ia tiada Mcdonalds
    Kerana bekalan padi beras, ayam, kambing, kerbau, lembu lebih dari cukup, malah lebih berkhasiat daripada restoran kapitalis itu.

  • Ia tiada Coca-cola
    Kerana orang kampung sudah ada air kelapa yang lebih hebat daripada Coca-cola.

  • Ia tiada Porno
    Kerana penduduk kampung ada sumber makanan yang cukup dan boleh berkeluarga awal serta tidak perlu merogol atau melanggan pelacur. Bila makanan cukup boleh pasang 4. Kalah orang bandar yang beristeri satu dan anak satu. Kesiannya orang bandar.

  • Ia tiada kereta dan lampu syarat
    Kerana penduduk kampung tak mahu mati kemalangan jalanraya. Lagi pun mereka tak perlu ke mana-mana kerana sumber makanan semua dekat-dekat belaka. Duit pun tak rugi belanja servis macam-macam.

  • Ia tiada rumah banglo
    Kerana orang kampung tahu mereka boleh bina istana sekali pun di tanah lot mereka. Bahkan puak-puak kapitalis pun laparkan tanah kampung mereka. Kaji juga sejarah tentera Jepun yang membakar sawah padi orang-orang Indonesia.

  • Ia tiada disko/pusat hiburan
    Kerana orang di kampung tiada tekanan. Paling teruk pun mereka boleh hilangkan tekanan dengan bersantai di tepi beranda dan di tepi pantai serta mandi-manda di sungai.

  • Ia tiada ubat/ambulans
    Kerana orang kampung ada herba yang boleh ditanam-biakkan sendiri. Ia jauh lebih hebat daripada ubat-ubatan berkimia yang sesetengahnya lebih mengeruhkan keadaan pesakit. Lagi pun makanan di kampung lebih organik dan tidak ada risiko pencemaran dan penipuan kandungan khasiat (kaji kes Melamin di China).

  • Ia tiada polis/penjenayah
    Kerana orang kampung ada rukun tetangga dan semua saling bersatu.
Saya tak mahu salahkan bapa saya kerana meninggalkan kampung dan sebagainya. Saya ingin kembali masuk dunia kampung. Jika mereka mahu ikut itu pilihan mereka.

Saya sedang cari kawasan kampung untuk saya diami sebelum kembali semula ke bandar melakukan revolusi. Sila emel saya jika ada di antara para pembaca mempunyai cadangan kawasan kampung mana yang bebas daripada gugatan kerajaan zalim.

Gambar Yang Ibrahim Ali Tak Mahu Ahli PERKASA Lihat

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan. - Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan


Hanief :-
Di mana ada hujan,
Di situ ada katak;
Di mana ada Vincent Tan,
Di situ dia berlahak.


Girl Belching Loud

p/s: Burp!

Thursday, March 11, 2010

Perhimpunan 1 Juta Manusia di Thailand

Para demonstran di Thailand.
Prime Minister Abhisit Vejjajiva canceled a planned trip to Australia at the end of this week, when anti-government protesters plan to gather as many as 1 million people in Bangkok. The government will impose the Internal Security Act from March 11 to 23 in and around Bangkok, Supachai Chaisamut, a deputy government spokesman, said March 9. - Thailand May Raise Interest Rates After Refraining in March
Hanief: Abhisit Vejjajiva, PM Thailand terpaksa membatalkan lawatannya ke Australia hujung minggu ini. Ia berikutan protes 1 juta manusia di sekitar Bangkok. Langkah perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam negeri dikuatkuasakan di Bangkok, Thailand dari 11 Mac hingga 23 Mac.

Semua Kena Tipu | Wang Kertas VS Emas

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.

Kerajaan Siam (Thailand)

Kerajaan Jepun

Kerajaan Portugis

Kerajaan British

Kerajaan Belanda

Kerajaan Kelantan

Kerajaan Johor

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah
Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.

Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand.

Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:-

Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas di bawah:-

Kertas bergambar pokok pisang yang sering diperkatakan warga veteran kita.

Rakyat jelata tentu marah. Mereka mahukan wang sebenar iaitulah emas. Bayangkan seorang peniaga goreng pisang menjual goreng pisang, dia tidak terima langsung sebutir emas dalam setiap jualan goreng pisangnya.

Bahkan dia terima pula kertas yang ada gambar pisang di atas. Mesti marah bukan? Tetapi dalam keadaan dijajah begitu, mana nak berani bangkang-membangkang?

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor.

Oh ya, semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.

Setelah itu, Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak kertas yang baru.

Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas. Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas.

Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi.

Apakah bezanya dengan kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat.

Jadinya rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. Cukup punya pandai penjajah ini. Kalau penjajah pandai, makanya rakyat jelata?

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persedian bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru.

Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita.

Cerdiknya British, mereka sanggup menggantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. Rakyat jelata rata-ratanya hormat akan pemimpin sendiri. Jadi hasilnya tiadalah lagi api kemarahan rakyat. Tetapi tidakkah kita terfikir, bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap British?

Mengikut sampaian orang-orang veteran, raja-raja Melayu, ulama' dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak pada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau-pulau kecil. Jadinya kuasa-kuasa istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak pada siapa?

Amalan jelik masih diteruskan oleh budak suruhan British hingga ke hari ini. Sekaligus terus-menerus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi.

Satu contoh, peperangan yang berbekalkan dana emas akan berakhir apabila emas habis dibelanjakan. Ia tidak mungkin dapat dicetak lagi seperti kertas. Jadinya kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi hari ini, kertas boleh diulang cetak.

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel. Jadi tidak mahukah umat Islam turut serta menyambut Nabi Isa A.S?
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik ImageAziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.

Blog Archive