Malaysia : Tong Taik UMNO: April 2010

Friday, April 30, 2010

Arak Yang Tidak Memabukkan ? | Pasar Mini Taghzia , Bangi

Kontroversi ?


Hanief: Sewaktu saya berkunjung ke Bangi, saya terserempak dengan deretan kedai Arab. Ia amat mengkagumkan di mana terdapat sebuah restoran yang menawarkan dua menu yang berbeza tetapi di dalam sebuah premis yang sama. Masakan Melayu dan Arab boleh didapati di situ. Bukan itu sahaja, warga Arab dan Melayu bekerja atau bergandingan tangan di dalam sebuah premis.

Terdapat sebuah pasar mini Arab juga yag bernama Pasar Mini Taghzia dan juga sebuah kedai 24 jam Arab yang bersebelahan dengan 7-Eleven.

Berkaitan: Klik di sini.

Sunday, April 25, 2010

Pilihanraya Suatu Pertunjukan Sarkas PM

Tanya diri anda siapakah yang membayar gaji orang-orang di SPR? Apakah mereka ini bukan makan gaji? Apakah mereka ini bukan kakitangan kerajaan?

Tanya diri anda lagi, siapakah yang berkuasa dalam mengadakan pilihanraya? Ada orang kata SPR. Ada orang kata Raja. Ada orang kata PM. Jawapanya ialah kesemua mereka. Kerana gerakannya bermula daripada SPR. Kemudian diluluskan oleh Raja. Tetapi Raja mesti mendengar nasihat PM.

PM>Raja>SPR.
(PM lebih besar pada Raja lebih besar pada SPR).

PM>Mahkamah
Dalam kes VK Lingam, seorang PM telah berkomplot dengan seorang peguam untuk mempengaruhi keputusan mahkamah (dengan menyusun hakim-hakim kesukaan mereka).

PM>Polis
Permit sebarang perhimpunan mestilah mendapat kelulusan pihak polis. Pihak polis mendengar kata putus Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri menetek di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia. Jaga tanah anda. Dengan tanah anda boleh memperoleh tempat tinggal dan rezeki.

Kerajaan zalim hanya mahukan tanah anda, duit anda dan maruah anda. Bersiap sedia semua! Kerajaan yang mengalami defisit ini akan mencukai rakyat dan menggadai negara dengan lebih ganas lagi. Tak percaya? Tunggu dan lihat!

p/s: Bodohlah tukang sarkas yang mempamerkan sarkas yang tidak logik. Sebab itu kalah-menang PRK (pilihanraya kecil) dan PRU itu wajib disulami dengan logik. Supaya apa? Supaya kita semua percaya. Penonton WWE tegar tentu sudah masak dengan siri sarkas ini semua.

Saturday, April 24, 2010

Mengapa Perkhidmatan TMnet Sangat Teruk ?

Dua hari lepas, talian telefon di rumah saya tidak berfungsi. Setelah talian 1300 TMnet diasak lebih 5 kali dengan aduan yang sama, akhirnya juruteknik TMnet pun datang membetulkan kabel.

Saya dikhabarkan, juruteknik tersebut bekerja seorang diri dan terpaksa menghabiskan 5-6 buah rumah setiap hari berseorangan untuk sebuah zon. Tambahnya lagi, jika letih tugasannya akan disambung pada esok hari. Inilah sebabnya mengapa juruteknik TMnet sangat liat untuk datang ke rumah pelanggan yang menghadapi masalah.

Inikah rupa perkhidmatan dan strategi sebuah syarikat telekomunikasi yang disusu-tetekkan kerajaan?

Insaflah wahai CEO TMnet semua. Gaji anda patut dikurangkan dengan meramaikan lagi kakitangan bagi memantapkan lagi perkhidmatan yang ada.

Saya dulu, juga terpaksa melayan ramai pelanggan semasa bekerja di Lowyat Plaza. Setelah disemak, rupa-rupanya syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan yang teruk. Kerana itu banyak tugas yang sepatutnya dikendalikan pekerja lain terpaksa ditanggungi saya.

Jika benar sesebuah syarikat itu berstatus syarikat besar, tugas pekerjanya akan menjadi sangat spesifik dan ramai kakitangannya. Jika tidak ada ciri-ciri itu, bermakna syarikat itu berpura-pura besar dan kurang dana serta wujud penindasan sistematik dalam syarikat.

Orang bawah penat bekerja, orang atas selamba berbelanja mewah. Jika saya jadi juruteknik itu, saya akan berhenti kerja dan bekerja sendiri. Ajar CEO itu semua, biar mereka tahu apa itu keringat manusia!

p/s: Jangan jadi bacul!

Wednesday, April 21, 2010

Mahathir & Dinar

Saya punya rakan-rakan yang sekaum dengan Mahathir. Mereka menyanjung perjuangan Mahathir. Salah seorang daripada mereka berkata yang Mahathir letak jawatan daripada menjadi PM adalah kerana ditekan hebat berikutan niatnya dalam menjadikan emas sebagai matawang negara Malaysia.

Saya kurang pasti samada dakwaan ini berasas atau pun tidak. Kerana itulah saya ambil tajuk di atas buat modal blog kali ini.

Untuk pengetahuan semua, pada bulan Julai 2010 ini, akan berlangsunglah Persidangan Dinar Sedunia di PWTC. Mahathir dikatakan tidak dapat menjadi ahli panel pada acara besar bulan Julai 2010 itu. Turut sama gagal menghadirkan diri ialah Sheikh Imran Hosein.

Kepada para peminat Mahathir, tahukah anda mengapa Mahathir tidak dapat hadir pada persidangan itu nanti? Untuk tatapan semua, ahli-ahli panel yang akan hadir telah pun bertukar, namun Prof. Umar Vadillo masih kekal bersama beberapa ahli panel baru yang lain.

Dinar & Liwat
Jika benar kes liwat tidak relevan, maka persidangan ini wajib dihadiri Mahathir bagi membersihkan namanya yang sinonim dengan krisis kehakiman, kes liwat, kes Memali dan lain-lain. Dinar yang bererti matawang emas akan menstabilkan negara kita. Kerana ketika ini satu dunia sedang beriman dengan wang dolar Amerika.

Pribumi Perkasa

PERKASA
Jika benar Mahathir hadir pada persidangan PERKASA, maka apakah masalahnya untuk hadir ke persidangan yang lebih universal ini khusus dalam memperkasa hayat perjuangan umat Islam (yang tidak terhad pada kaum Melayu sahaja)?

Politik, Kebebasan & Kemaafan
Di Amerika dan UK sendiri, saya dikhabarkan bahawa rakyat di sana diberikan kebebasan dalam berpolitik. Mereka juga boleh berbual mesra walaupun berbeda pandangan politik. Baik di kedai kopi mahupun di dalam pejabat. Jika di Malaysia, orang PAS yang berada di dalam syarikat BN sudah tentu kena lipat. Jika di surau pula orang PAS langsung tak bersalam dengan orang UMNO.

Kita harus pecahkan tradisi ini, kerana itu saya tidak takut berniaga dengan berbekalkan blog ini sebagai bahan rujukan pelanggan. Kerana di dalam blog ini, selain politik ada juga tips berkenaan dengan IT. Saya ada beri amaran pada pelanggan saya bahawa blog saya penuh dengan bahan politik yang melampau. Tapi mereka tak peduli itu semua. Mereka hanya mahu berurus niaga tentang IT dan arnab saja.

Bagus bukan idea saya? Saya tak ajak orang masuk Pakatan Rakyat pun. Hahaha...

p/s: Kalau PAS maafkan Zaid Ibrahim. Bolehkan PAS maafkan Mahathir (Memali) dan Najib (APCO)?

Tuesday, April 20, 2010

Makan



Sah Google Alami Kekurangan Pengiklan !

Balik rumah jumpa sepucuk surat daripada Google!

Bagi RM150 percuma untuk hantar iklan pada Google Ads.

Siap dakwa bikin iklan dalam beberapa minit sahaja.

Takkan dah lupa nama orang yang dapat cek 4 pusingan Google AdSense?

Tak sabarnya Google? Hurry up! Lekas! Lekas!

Tak adalah saya nak layan. Bagi RM1 juta pun saya tak mahu.

Mana tidaknya? Saya letak iklan Google AdSense dulu, satu apa pun tak keluar. Lebih baik letak iklan sendiri. Lagi ada faedah. Lagipun, iklan Bahasa Melayu banyak yang berkisarkan pembesaran zakar, pancutan hebat dan skim cepat kaya. Malu saya dengan iklan sebegitu. Nanti dapat cek rasa macam tak berkat saja.

Saya sudah sampai tahap berblog dengan ikhlas. Mungkin ada di antara pembaca yang gila Google AdSense, anda boleh teruskan. Saya ada cara tersendiri, untuk dapatkan duit tambahan.

Dulu saya tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Sekarang banyaknya dalam Bahasa Melayu. Saya tak rasa kemerosotan pendapatan Google AdSense disebabkan faktor kandungan blog dalam bahasa Melayu. Kerana sewaktu mula-mula saya mendapat cek Google AdSense, saya menggunakan Drupal dengan modul internationalization dwi-bahasa supaya blog dapat ditulis ke dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dapat cek pun!

Namun sejak tahun-tahun mendatang ini, di mana terdapat kejatuhan nilai matawang dolar Amerika, saya secara logiknya, ada beranggapan bahawa Google pasti akan turut tersepit. Nah! Hari ini dengan kedatangan surat ini, Google telah mengesahkan bahawa mereka memerlukan lebih pengiklan.

p/s: Blog ini takkan ada iklan dari Google AdSense. Saya bukan merajuk, cuma saya semakin ikhlas berblog. Chewah!

Monday, April 19, 2010

Los Angeles Bergolak Dengan Gerakan Perkauman

Agak mengejutkan di Amerika sudah tercetus gerakan perkauman secara terang di jalanraya. Kumpulan yang bernama neo-Nazi tersebut memperjuangkan golongan kulit putih dan anti-pendatang. Selalunya apabila sesebuah negara sudah kehabisan dana negara, rakyat akan dilaga-lagakan dengan pelbagai masalah. Salah satunya ialah perkauman!

Kumpulan neo-Nazi mula berarak.

Ini polis atau orang neo-Nazi?

Kumpulan anti-neo-Nazi turut berarak.

Kumpulan anti-neo-Nazi dengan sepanduk mereka.

Bayangkan jika para pendatang lanyak orang Malaysia begini. Hahaha...

Menyerah di tanah sendiri.

Perarakan bertukar ganas apabila kumpulan anti-neo-Nazi membaling botol.

Lagi kumpulan tegar kulit putih.

Pakaian kumpulan neo-Nazi tampak seperti anggota polis.

Bukan?


Amerika ini tanah orang Red Indian. Sepatutnya Red Indian yang berarak.

Haha... golongan tua dan muda pun turut serta!

Sama?

video

Sunday, April 18, 2010

60 Peratus Kontraktor Bumiputera Di Kedah Mungkin Gulung Tikar

ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Hampir 60 peratus daripada kira-kira 1,000 kontraktor Kelas F yang mengkhususkan kepada kerja-kerja pembaikan paip dan saliran di Kedah mungkin terpaksa 'gulung tikar' kerana kurang mendapat projek daripada kerajaan negeri sejak dua tahun lepas. - 60 Peratus Kontraktor Bumiputera Di Kedah Mungkin Gulung Tikar
Hanief: Jangan harapkan pada kerajaan. Tak kiralah kerajaan mana sekali pun. Fungsi kerajaan pada zaman sekarang ini rata-ratanya telah mati. Khusus dalam berkebajikan. Jadi kalau nak makan nasi, usahalah sendiri. Makin kurus badan kita bekerja kuat, makin kita disegani orang ramai. Tak percaya? Cubalah kerja keras. Hilangkan lebihan-lebihan lemak yang ada.

Saturday, April 17, 2010

Virus Boleh Masuk Melalui PDF | Zbot | Zeus

Virus Zbot atau pun Zeus ini merupakan kuda trojan yang mampu mencuri maklumat daripada komputer yang dijangkitinya. Ia akan memulakan kerjanya setiap kali sebaik sahaja Windows dibuka (startup). Dikhabarkan kuda trojan ini menggunakan pelayan di negara China.

Zbot ini selalunya datang dalam bentuk emel yang dikepilkan bersama fail PDF bernama Royal_Mail_Delivery_Notice.pdf . Bagi saya, di zaman ini kepilan (attachment) pada emel sudah tidak popular lagi. Ini berikutan virus yang senang masuk sebaik sahaja kepilan dibuka.

ESET telah pun bertindak di atas hal ini.

Bagi para pengguna NOD32, anda tidak perlu risau sekiranya anda sudah mengemaskini pengkalan data tandatangan virus (virus signatures database) yang terkini.

Berkaitan: http://www.techtree.com

Najib Anti Iran , Jumpa Obama Sekat Petrol ke Iran

Katakan Malaysia dan Singapura tidak sebulu. Negara kita baru hendak mengusai teknologi nuklear. Di mana Singapura sudah lama ada teknologi itu.

Kemudian tidak semena-mena, Thailand menyekat bekalan beras ke Malaysia. Thailand juga memberi amaran bahawa Malaysia tidak sepatutnya memiliki teknologi nuklear. Apakah perasaan anda semua?

Ya! Itulah keadaan yang sedang dihadapi oleh Iran sekarang. Najib telah memberhentikan bekalan petrol kepada Iran. Keputusan itu telah dibuat sewaktu pertemuan Najib dengan Obama di Nuclear Security Summit 2010.

Nuclear Security Summit 2010
WASHINGTON — Malaysian Prime Minister Najib Razak confirmed that his country has cut off gasoline supplies to Iran, warning Tehran it was close to facing new international sanctions over its controversial nuclear program.

Najib's announcement on Thursday came three days after he held talks with US President Barack Obama, who had called for the world to move "boldly and quickly" on tough sanctions against the Islamic republic.

"It's going to be quite inevitable that additional sanctions will be imposed in the near future unless there is some movement in the right direction by Iran," Najib said in Washington. - Malaysia warns Iran after cutting off gasoline supplies
Pada saya, Najib mungkin tiada pilihan lain. Ini ditambah pula dengan kes-kes berprofail tinggi yang dimilikinya. Inilah nasib seorang pemimpin yang tidak bersih.

Ramai yang kata pemimpin yang tidak bersih senang dibonekakan oleh pertubuhan bawah tanah seperti pertubuhan Freemason.

Saya mengutuk tindakan Najib ini, kerana APCO sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Israel diberi tempat di dalam pentadbiran dan pertahanan Malaysia. Israel juga ada nuklear. Jadi di manakah Najib berdiri sekarang ini?


UMNO Penyeru Neraka Jahanam

Friday, April 16, 2010

Logo Tracing in Adobe Illustrator


Thursday, April 15, 2010

Gangguan Internet Akibat Perahan Jalur Lebar Unifi ?


TM Unifi

Rasanya TM tak punyai kemampuan untuk tampung jalur lebar yang laju. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini.

Berhenti bercakap bab unta, kaum Afrika melarat, keadaan Gaza dan lain-lain. Kita kena bandingkan dengan negara yang setanding dengan kita 30 tahun dahulu seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura.

Hari ini ramai pelanggan saya telefon mengadu yang internet mereka terputus. Sebelum mereka menelefon saya, masalah internet telah saya kesan sejak kelmarin lagi.

Nak tolong anak Melayu atau pun anak Malaysia berniaga IT mula dengan skala kecil-kecilan? Tapi internetnya jauh lembab daripada kelajuan yang dijanjikan.

Bukan itu sahaja, kestabilan talian internet amat mendukacitakan. Nak lagi?

Hah! Monopoli. Masalah monopoli. Kalau prestasi bagus, TM boleh monopoli satu dunia punya jalur lebar. Saya tak kisah. Tapi kalau tak bagus prestasinya, undurlah. Buat apa nak menyusahkan orang.

Saya cakap ini atas dasar Taman Pelangi 51100 yang tiada ada pesaing jalur lebar. P1 kata nak tembusi Taman Pelangi 51100. Tapi hingga hari ini mereka masih belum mampu melakukannya. Mungkin saya seorang saja yang gunakan internet di sini?

YouTube New Upload Layout

DRUPAL | Fbconnect : Facebook PHP library not found. See README.TXT

Download the Facebook PHP libraries at http://svn.facebook.com/svnroot/platform/clients/packages/facebook-platform.tar.gz. Put all the contents of PHP folder to the facebook-client directory.

DRUPAL | CAPTCHA Contact Form | Site-Wide | reCAPTCHA

admin/user/captcha

To use reCAPTCHA you must get an API key from http://recaptcha.net/api/getkey

Done! ;)

Saturday, April 10, 2010

Gaji Minima | Ia Takkan Wujud di Malaysia ?

Apa jua istilahnya, samada gaji minima atau pun gaji munasabah, ia tetap takkan berlaku. Kita harus lihat pada skop yang lebih besar.

Jangan lihat pada negara Malaysia sahaja. Kita lihat pada seluruh dunia.

Bayangkan seluruh dunia hanya ada satu negara, satu matawang dan satu bahasa. Apakah gaji minima akan dilaksanakan? Apakah akan wujud unsur kemanusiaan?

Manusia makin hari, makin teruk sikapnya. Jika diukur dengan graf, sikap manusia akan dilihat semakin menurun nilai moralnya seperti jet yang mengalami kegagalan enjin. Sebab itu jurang miskin dan kaya semakin melebar. Manusia semakin tamak.

Kita harus terima hakikat bahawa, tiada sesiapa yang mahu menjadikan kita kaya. Kita tidak seharusnya menunggu sesiapa untuk memberikan kita wang. Baik menunggu bos mahu pun kerajaan.

Rata-rata manusia suka makan gaji. Kita harus pecahkan tradisi lapuk ini. Kita perlu bekerja keras seperti nenek-moyang kita dahulu.

Kerja sehingga berpeluh, kerja dengan hasil kerahan tenaga sendiri dan kerja dengan punuh ikhlas serta bersemangat.

Hari ini banyak syarikat yang menjalankan perniagaan makan atas angin (menjadi pihak ketiga). Syarikat tersebut akan lingkup, kalau tidak sekarang mungkin akan datang. Contohnya syarikat yang menjadi ejen membuka sebarang perniagaan, sudah tentu ia akan lingkup jika semua peniaga tidak lagi bergantung pada ejen tersebut bagi hal-hal seperti menulis borang dan memenuhi prosedur lain. Tambahan, di zaman sekarang ini semua orang mahu melakukan semua proses sendiri tanpa pihak ketiga.

Malaysia perlu dibangunkan dengan syarikat yang menjalankan perniagaan yang lebih realistik. Contohnya, syarikat yang terus menyalurkan produk atau pun servis secara terus. Tanpa melibatkan pihak ketiga. Jika ini dapat dilakukan, gejala rasuah dapat dikurangkan, pembaziran dapat diminimakan dan penangguhan kerja dapat dielakkan.

Jika kita sebagai manusia mahu melakukan perubahan. Kita kena mula memulakan langkah pertama. Jangan hanya bercakap mahu itu dan ini, tetapi tidak disertai dengan langkah pertama.

Anda nak wujudkan gaji minima? Anda tak perlu protes dan sebagainya. Mudah saja. Anda perlu bekerja sendiri. Andalah bos dan andalah kuli. Jika anda seorang doktor, jadilah doktor bebas. Jika anda seorang mekanik jadilah seorang mekanik bebas.

Pelanggan anda yang berjuta jumlahnya akan mendail nombor telefon anda. Tiada lagi pejabat diperlukan. Laman web anda ialah pejabat anda sekarang.

Apabila ini menjadi budaya, syarikat-syarikat di Malaysia akan mengalami krisis kekurangan tenaga pakar. Andalah yang bakal mengugut syarikat ini dengan servis atau pun produk anda. Secara tak langsung, standard caj atau pun bayaran akan meningkat.

Berhentilah kerja dengan bos-bos yang tamak. Sudah tiba masanya anda untuk anda wujudkan empayar perniagaan anda sendiri. Bayangkan apabila anda menjangkau tua nanti, tiba-tiba anda dibuang kerja akibat ekonomi yang menjerut, takkanlah pada masa tua baru nak kumpul pelanggan? Masa mudalah nak cari pelanggan dan kerja keras.

p/s: Selain itu jangan lupa bagi mengadakan paling kurang 2 peniagaan pada zaman ini. Satu perniagaan tidak cukup. Contohnya saya bikin IT dan arnab. So far, so good. Bagaimana saya cari pelanggan? Emel saya. Kita harus hapuskan pihak ketiga dan temukan terus antara pemberi perkhidmatan dan pelanggan. Kalau nak bagi Malaysia majulah.

4 Ekor Anak Arnab Baru

Nampak anak arnab itu?

Ada empat kesemuanya. tampak seperti dalam lingkungan 2 minggu.

Ibu arnab dan bapanya.

Protes Israel , Tapi Kawan Dengan Israel


APCO 425 | RMPnet

Tekan butang dalam bulatan hijau itu untuk sorokkan pilihan video.

Hanief: Jika benar Musa Hassan ada kaitan dengan agen Israel maka sudah tentu agen Israel itu punyai maklumat mengenai skandal panas kepunyaan Musa Hassan. Kerana apa yang saya tahu, agen Israel kebiasaannya akan menggunakan teknik ugutan mirip kes Chua Soi Lek.

Apakah geng Chedet yang selalu mengaitkan Anwar dengan Israel kini masih lagi mahu meneruskan dakwaan kosong itu? Di manakah pendirian geng Chedet selepas ini. Nampak gayanya geng Chedet mungkin berpecah atau pun bergabung dengan Anwar dalam menangani isu APCO 425 atau pun RMPnet tanpa mengira parti politik.

p/s: Ini barulah dinamakan isu negara atau pun isu nasional! Barulah rakyat mahu ambil peduli.

Friday, April 9, 2010

PRU13 Pada 2011

Petang semalam, saya ada bersembang dengan pelanggan saya. Katanya sekarang ini banyak feel-good effects dipaparkan kerajaan. Projek-projek mula dirancakkan.

Talian internet yang lebih laju juga bakal diperluaskan pada tahun ini. Jadinya perang politik di alam siber akan menjadi lebih hebat pada 2011.

Tetapi bukankah kita masih belum menyaksikan pilihanraya Sarawak? Ramai penulis blog politik meramalkan PRU13 akan dijalankan serentak dengan pilihanraya Sarawak.

Jadi apa tunggu lagi? Mari kita daftar untuk menjadi pengundi yang sah. Kerana ia sangat mengambil masa.


Perbualan Telefon Bersama Kerani SPR


SPR : Ini Semua Mengarut , Ini Semua Rekaan

Tuesday, April 6, 2010

SATA Driver SATA770262 | DrvDisk

You have to put all the files into a floppy disk.

Monday, April 5, 2010

Toshiba Satellite M100 | Dust Problem | Memory Card Stuck

There was a Sony Multimedia Card slotted in the MMC slot.

A hairpin was used by the owner and it got stuck. The MMC slot is gone!

I took this opportunity to clean the CPU fan as well. Can you see the dust?

Remember, the dust could block the ventilation system and destroy the whole motherboard (mobo).

Sony memory card + hairpin + dust. Kinda funny :D

Too bad, like I said, the MMC slot is badly damaged. Thanks to the hairpin :P

Need a help? Gimme a call.

p/s: Check this out too!

Sunday, April 4, 2010

Arnab Kutip Dedaun Kering

Hahaha...

Friday, April 2, 2010

Askar Wataniah & Perigi


Hanief: Bagi saya pengalaman menggali perigi merupakan suatu perkara yang biasa. Bagi orang yang hanya melihat, memang ia dirasakan bahaya dan sebagainya. Tetapi bagi si tukang gali, ia menjadi suatu perkara biasa, kerana proses penggalian itu dilakukan sedikit demi sedikit.

Semangat membara untuk mendapatkan air menolak semua marabahaya yang ada. Inilah dia, Malaysia kita hari ini. Warga veteran hari ini, rata-ratanya kurang maklumat mengenai penggalian perigi. Mungkin anak-anak muda perlu lekas mencari warga veteran yang lebih tua daripada yang tua tadi. Masih hidupkah lagi mereka-mereka itu?

Ilmu yang ada, tidak sempat diperturunkan. Hari ini, Malaysia dijangkiti wabak modenisasi yang melulu. Hingga kita terlupa kepada asas kehidupan. Hanya anak-anak muda yang sedar sahaja akan kembali berbudi pada tanah dan masuk ke alam pertanian dan penternakan walaupun anak-anak muda itu cukup mahir dalam pengkomputeran dan dalam mana-mana bidang yang sangat berlawanan.

Apa pun, kepada para pembaca yang pernah menggali perigi, tahniah! Anda sememangnya berwawasan dan mahukan sumber air yang terbaik.

Berita yang tidak mendidik ini, akan terus memberitakan kecederaan, bukannya teknik penggalian yang betul. Ini semua bagi mengekang anak-anak muda daripada melawan susuk-susuk Kapitalis yang juga menggunakan air perigi bagi kilang-kilang mereka. Sebab itu ada pemimpin yang sedar, mereka selalu mengatakan akhbar hari ini wujud hanyalah bagi memperbodohkan generasi hari ini. Ia tidak bersifat untuk mendidik warga kita semua.

p/s: Sebab itulah tulisan di blog lebih dipercayai.


Media Baru = Fitnah

TP-Link Wireless Router & D-Link Modem Router | Level-1 WirelessUSB Adapter




TP-Link TL-WR740N | D-Link DSL-2540T

Streamyx Password
For a company, Streamyx password reset can be troublesome. You need to do a lot of things. Such as, fax letter head, account number, username, IC number and etc. So just don't lose it!

Modem Keeps The Password
Well, I got a customer who wanted to install a new wireless router. She forgot the Streamyx password. I can't even reveal the masked password. I've tried tenth of mask/asterisk password revealer software. Although she told me a right password, none of them went good.

You guys know why? Because D-Link router kept the password and TP-Link could not go through like the 3com router does. Both of them were having 'dialing-fight'.So I have to remove the password from the D-Link router, then only TP-Link could work. What a lame router seriously.

Bridge mode

Don't forget to save and reboot it!

You have to set the D-Link router as a bridge as well. LULZ!

The Given Software
Level-1 driver CD is okay. But the utility will prevent the windows from detecting the broadcast Wireless networks. So I just install the driver.

For the TP-Link wireless router, the given mini CD is sucks. It's just a wizard. People like me won't need it.

WEP & Windows
I wonder why the Wireless network signal bar went down after I switched to WEP encryption in TP-Link wirelss router settings. But right I after I changed it to WPA2, it went okay.

Blog Archive