Malaysia : Tong Taik UMNO: August 2010

Monday, August 30, 2010

Kemelesetan Besar 1930 Akibat Wang Kertas

Kemelesetan besar merupakan satu kemelesetan perdagangan sedunia 1930. Ia telah mencatatkan satu jangkawaktu pengangguran dan kelembapan pergadangan terlama dalam dunia moden.

Kemelesetan besar berlaku pada Oktober 1929, apabila stok dan saham di Amerika Syarikat menjunam teruk. Ribuan pemegang saham mengalami kerugian duit yang banyak.

Apakah jenis duit yang digunakan ketika itu? Apakah dalam bentuk emas dan perak?

Wang pada tahun 1923 di Amerika Syarikat.

Bank-bank, kilang-kilang dan kedai-kedai ditutup sehingga mengakibatkan jutaan manusia tiada pekerjaan dan tiada duit. Ramai orang bergantung pada kerajaan atau pun derma-derma dalam bentuk makanan.

Siapa yang telah mengaut wang ini? Ke mana wang-wang itu pergi? Apakah wang kertas ini lebih bersifat wang daripada wang emas dan perak yang telah lama digunakan di Amerika Syarikat?

Sebelum wang kertas di cipta, Amerika Syarikat telah menggunakan wang emas dan perak seawal 1795. Emas dan perak adalah wang sebenar. Bawalah ke mana-mana pun manusia akan tertarik dengan dua benda ini. Acara sukan pun menawarkan emas dan perak kepada para pemenangnya. Ini lumrah manusia.

1795 Eagle | Liberty

Seperti negara-negara Kapitalis lain, Amerika Syarikat memiliki bank pusat seperti kita sekarang (Bank Negara). Bank ini menjadi lubuk kekayaan negara. Tetapi kebiasaannya ia disalah-gunakan oleh golongan tertentu.

Pada 1833, presiden ke-7 Amerika Syarikat, Andrew Jackson telah menggunakan kuasa vetonya bagi mengharamkan bank pusat. Ini kerana bank itu tidak mendatangkan faedah pada rakyat Amerika Syarikat berikutan amalan bank tersebut, yang mengeluarkan duit kertas tanpa disokong sebarang emas atau pun perak. Sebaliknya emas dan perak dinikmati oleh golongan elit sahaja. Tak seperti kerajaan Kelantan sekarang yang bermurah hati memberi rakyat jelata dinar (emas) dan dirham (perak).

Tiga tahun kemudian Andrew mengeluarkan wang emas dan perak yang dikenali dengan nama Specie Circular.

1836 Liberty

Ia telah mengakibatkan bank jatuh bankrap akibat jumlah emas yang kurang di bank-bank.


The life of Andrew Jackson 8 of 10

Bank-bank pada dahulunya menyimpan wang emas rakyat jelata. Kemudiannya memberikan wang kertas sebagai janji bahawa emas itu ada sebanyak yang tertulis di atas wang kertas.

Tetapi kewujudan bank merupakan helah perompak ekonomi dunia. Kerana itulah wang emas rakyat jelata tiada di dalam simpanan bank yang konon menyimpan emas.

Hari ini wang kertas tidak lagi menjanjikan emas. Sebaliknya rakyat perlu pula membeli emas dan bukannya menukar emas dengan wang kertas. Bunyinya mungkin serupa antara beli dan tukar. Tetapi bukankah nilai emas meningkat apabila wujud permintaan yang tinggi?

Bolehkah nilai kertas disamakan dengan emas yang meningkat. Siapa yang tergila-gilakan kertas? Lagi pun kertas bukan universal jika dibawa ke mana-mana. Nilai tidak setanding dengan emas.

Kemelesetan besar menjangkau ke semua negara di dunia pada 1930. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan dalam perdagangan sedunia. Rata-ratanya, semua negara mahu berjimat dan cuba meningkatkan jumlah catuan barangan import dan menumpukan pada barangan tempatan bagi menolong rakyat mereka sendiri.

Kemelesetan juga telah mempengaruhi politik banyak negara. Pemimpin di banyak negara telah digulingkan dan jenis kerajaan juga banyak telah berubah akibat kemelesetan besar.

Contohnya, keadaan ekonomi yang teruk telah menaikkan Adolf Hitler yang menjanjikan perubahan buat warga Jerman. Keadaan ekonomi yang teruk juga telah menyebabkan Jepun menjajah daerah Manchuria di China.

Hitler menjanjikan perubahan pada warga Jerman dengan mendakwa Jerman bakal menjadi negara nombor satu di dunia. Jepun pula telah mendirikan pelbagai industri dan lombong-lombong di daerah Manchuria dengan harapan rakyatnya akan bebas dari kemelesetan besar.

Tindakan dua negara besar ini sedikit sebanyak menjadikan punca berlakunya perang dunia kedua (1939-1945).

Kemelesetan besar berakhir apabila banyak negara meningkatkan penghasilan produk persenjataan menjelang perang dunia kedua. Di mana hal ini telah menyebabkan banyak wang dilaburkan dan kembali disebarkan.

Kemelesetan ini telah menyebabkan kerajaan dan rakyat di pelbagai negara menjadi peka dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekonomi berbanding tempoh sebelumnya.

Kesimpulannya sejarah telah membuktikan wang kertas boleh meranapkan ekonomi negara dan ekonomi sedunia akibat nilainya yang tidak sekukuh emas dan perak. Kerana itulah wang kertas dan inflasi tidak dapat dipisahkan.

p/s: Wang elektronik bagaimana pula?

Mahathir Gila Duit PETRONAS

Mahathir sebagai penasihat PETRONAS.

Hanief: Para pembaca semua, saya mempunyai ramai rakan-rakan yang bekerja dengan syarikat minyak bernama PETRONAS. Saya tidak rapat dengan mereka.

Tambahan lagi saya selalu pindah sekolah pada waktu saya kecil. Jadinya saya jenis orang yang tak rapat dengan sesiapa akibat desakan waktu. Cuma saya ingat nama mereka sahaja. Tetapi bagaimana pula saya boleh tahu?

Hahaha... Zaman sekarangkan ada Facebook dan Google?

Kita boleh cari nama dan emel mereka apabila terdetik di hati. Selepas carian dibuat, maka terpampanglah gambar dan butiran mereka yang kelihatan begitu bahagia sekali rata-ratanya.

Lihat pada kelulusan, ramai yang sudah melanjutkan pelajaran di luar negara. Ada yang sudah memiliki cahaya mata dan ada yang sudah bertemu jodoh dengan rakan sekelas. Hahaha...

Semasa di bangku sekolah, saya pernah bersekolah di sekolah swasta. Di mana ramai rakan-rakan yang bijak dan mewah gaya hidupnya berbanding rakan-rakan sekolah biasa.

Kebanyakan mereka telah bekerja dengan syarikat besar. Mereka ini juga, baru saya sedari bahawa ramai yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu. Tidak hairanlah kenapa sekolah swasta beraliran agama itu menjadi pilihan ibubapa mereka, warna kulit mereka juga agak cerah dan mata sedikit sepet. Itulah rupa kebanyakan warga negeri-negeri itu.

Tahukah apa nama syarikat besar saya maksudkan tadi? PETRONAS dan beberapa syarikat minyak yang lain.

Para pembaca semua, rakan-rakan saya itu sangat pintar. Mereka sudah tentu tahu apa akibatnya jika mereka bekerja dengan syarikat sebegitu. Jika mereka tidak bijak sekali pun, ibubapa mereka kebanyakan adalah lulusan luar negara.

Ibubapa jenis begini selalunya peka terhadap masa depan anak-anak mereka. Mereka mahukan yang terbaik buat anak mereka.

Jika rakan-rakan saya itu, yang sebaya saya boleh terliur untuk bekerja dengan syarikat minyak PETRONAS. Takkanlah orang tua yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia bernama Mahathir tak terliur pula?

Duduk di dalam PETRONAS, Mahathir memegang jawatan sebagai penasihat PETRONAS.

PETRONAS dikatakan taat sepenuhnya pada PM.

Kalau masa Mahathir jadi PM dahulu, PETRONAS akan taat pada siapa kalau bukan dia?
Malaysia's former prime minister Mahathir Mohamad has been appointed advisor to national oil firm Petronas, according to a media report.

"(Dr Mahathir) has agreed to be a Petronas advisor for quite some time," Petronas chairman Azizan Zainul Abidin was quoted as saying by the Malay-language Utusan Malaysia.

Dr Mahathir's appointment as advisor was appropriate because he had contributed many ideas to improve Petronas' operations previously, Mr Azizan said. - Malaysia's Mahathir appointed Petronas advisor
Sebab itu sebaik sahaja Mahathir letak jawatan pada Oktober 2003, sebulan kemudian dia jadi penasihat PETRONAS pada November 2003. Maka betullah kata Anwar Ibrahim yang Mahathir gilakan duit PETRONAS untuk selamatkan perniagaan anak-anaknya.

Mahathir pernah kata, ramai orang Melayu tak pandai berniaga. Apakah ini termasuk anak-anaknya sekali? Apakah anak-anaknya bukan berbangsa Melayu dan terkecuali daripada ayat 'Melayu tak pandai berniaga' itu. Pada saya, mungkin terkecuali kerana dia Mamak dan bukan Melayu.

Cuba baca petikan berita di atas. Siapakah yang melantik Mahathir untuk jadi penasihat PETRONAS? Pengerusi yang bernama Azizan Zainul Abidin. Hahaha...

Kenapa saya ketawa? Lihatlah ejaan nama itu. Nama sebegitu adalah nama yang sekerabat dengan Mahathir dan ia popular di sebelah benua India sana.

Saya tak hina Mamak. Saya nak kata di sini ramai Mamak suka Mahathir kerana sekulit. Hahaha...


Melayu Akan Hilang Kuasa - Mahathir

Kata Mahathir dia bukan Mamak. Katanya dia Melayu ketika ditanya oleh Riz Khan. Rujuk video di atas pada minit 1:00.


Melayu Jangan mudah lupa lagi !!!

Tetapi kenapa dia hina Melayu dengan sajak-tanpa-seninya yang bertajuk 'Melayu Mudah Lupa'?

Inilah dia, seorang Mamak mudah lupa asal-usul dirinya sendiri.

Dengarlah sini wahai pembaca semua. Kita ini semua, adalah cucu kepada Nabi Adam A.S. Termasuklah yang muka-muka Mamak ini sekali pun.

Mari kita buang perangai menyokong cucu Nabi Adam A.S mengikut warna kulit.

Mari kita buang perangai menyokong cucu Nabi Adam A.S yang zalim.

Sebaliknya kita kena sokong cucu Nabi Adam A.S yang mengikut perintah pencipta Nabi Adam A.S.


Mahathir Gila Duit PETRONAS

Jika Mahathir dengar nasihat ibunya, maka dia wajib letak jawatannya di PETRONAS dan beberapa syarikat yang lain. Kepada penjilat Mahathir, anda juga mentekedarah duit PETRONAS dari Mahathir sebenarnya.

p/s: Siapakah yang menasihatkan PETRONAS yang taat pada PM supaya harga minyak dinaikkan? Lagi satu, siapakah penasihat UMNO-BN?

Saturday, August 28, 2010

Dinar dan Dirham - YB. DATO HAJI HUSAM BIN MUSA


Dinar dan Dirham - YB. DATO HAJI HUSAM BIN MUSA

Hanief: Seronok mendengar ucapan Dato Husam.

Tol LDP ( Lebuhraya Damasara-Puchong ) Naik 2011

KUALA LUMPUR, Aug 27 (Bernama) -- Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak), the concessionaire of Damansara-Puchong Highway (LDP), is expected to obtain government approval for a toll increase next year, MIDF Research says. - Litrak May Get To Raise Toll Next Year, MIDF Research Says
Hanief : Bulan depan (September) semua harga makanan binatang ternakan akan naik. Tahun depan (2011) tol LDP pula naik.

LDP ( Lebuhraya Damasara-Puchong )

GEMPAR : Pengawet Mayat Pada Ikan

SERDANG 26 Ogos — Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.

Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar berkata, alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan. - UPM cipta alat kesan pengawet mayat pada ikan
Hanief: Saya bukan teruja pada ciptaan doktor tersebut. Saya berasa amat terkejut sekali bagaimana ikan-ikan pada hari ini perlu diawet sebegitu rupa. Kalau tak kerana sikap megah 'Malaysia Boleh' maka berita di sebalik berita ini tak akan disiarkan.

Bahan pengawet mayat adalah untuk mayat. Mengapa perlu ia diletakkan pada ikan?

Buat pengetahuan anda semua, saya adalah peminat makanan segar. Kalau mahal pun, saya akan beli. Kalau betul-betul tak dapat beli, saya akan jadi vegetarian.

Hal ini bagi saya tak lain, tak bukan adalah petunjuk bahawa ekonomi kita yang semakin merosot.

Ikan yang diawet dengan pengawet mayat sudah tentu tahan lama. Kemudian rakyat Malaysia semua boleh masuk hospital kerana barah itu dan ini.

Apakah sudah kurang para pembeli ikan akibat kenaikan harga?

Atau pun petrol untuk ke laut sudah menjadi mahal, lalu nelayan terpaksa mengawet sebegini rupa?

Bendera Oh! Bendera

SEREMBAN: The Information Department here distributed 4,000 Jalur Gemilang to the public in conjunction with the Merdeka celebration.

Its director Hashim Bedu said 2,000 of the flags were distributed at the taxi terminal here while the rest were distributed at the compound of the Federal Building.

“We will continue to enliven the Merdeka month celebrations through the flag-flying campaign,” he told reporters yesterday. - 4,000 flags distributed
Hanief: Petikan di atas menyatakan Jabatan Penerangan Malaysia mengedarkan 4,000 bendera Malaysia.

Perasan atau tidak? Kereta-kereta di Kuala Lumpur dan Selangor tidak mengibarkan bendera.

Selepas itu kerajaan terpaksa mengedarkan bendera percuma. Bahagian kerajaan yang mengedarkan bendera itu pula merupakan bahagian penerangan kerajaan.

Nama Hashim Bedu ada tersenarai di dalam carian Google. Namanya mewakili jabatan penerangan Negeri Sembilan.

Kemudian, mutakhir ini juga ada rakyat Indonesia yang cuba melakukan provokasi yang diberi jolokan BENDERA. Mereka menghina bendera dan lain-lain.

Tak dapatkah anda tafsirkan semua ini? Kerajaan kita sudah hilang sokongan. Ini bukan suatu yang asing lagi.

Jika saya sebagai PM di Malaysia menyaksikan benda ini berlaku tentulah saya akan mempercepatkan PRU13 dan mengundurkan diri.

Friday, August 27, 2010

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WGQ 8816

Hanief: Kereta yang telah berusia hingga tiada lampu brek belakang atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WHL 3316

Hanief: Lampu breknya kecil sangat. Kalau di waktu malam penunggang motor manakah yang akan menjadi mangsa? Betulkah kereta tempatan kurang kualiti khusus untuk rakyat Malaysia. Kejam sangatkah penasihat Proton? Atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WLN 1258

Hanief: Kereta berwarna hitam memang bergaya tetapi lebih bahaya apabila tiada lampu brek di waktu malam. Apakah kereta import ini semakin kurang kualiti atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

Hanief Beli MAXIS Broadband di KLCC

Mula mendaftar jalur lebar Maxis di KLCC.

Ingatkan mamat ni nak layan rokok Salem. Rupanya ...

Cuba tengok kotak modem Maxis itu.

Sesuatu untuk semua?

Gambar macam ini baru ada gaya.

Windows 7 pun boleh pakai.

Macam gambar standard majalah berprestij bukan?

Close-up macam ini lagilah buat anda semua teruja. Kad SIM Maxis.

Lagi close-up.


Goodbye MAXIS Broadband

Hanief: Semuanya amat memualkan. Walaupun saya tinggal di Taman Pelangi, 51100, Kuala Lumpur. Janji si operator Maxis, saya akan dapat signal yang bagus kerana rumah banglo tidak bertingkat melebihi 6 tingkat seperti kondominium atau apartment.

Berbekalkan ayat manis itu, saya pun cubalah Maxis Broadband.

Bayangkan speaker Klipsch saya tak berhenti merengek dek kerana bantaian gelombang 3G yang jatuh menjadi EDGE. Ini serupa dengan kes DIGI Broadband dahulu cuma bezanya DIGI dulu telefon bimbit saya yang jadi modem.

Lihatlah para pembaca semua. Kuala Lumpur pun masih kekurangan penembusan jalur lebar yang baik. Baik duduk kampung layan pertanian. Tapi nanti FRU dan DBKL datang mencelah pula. Hahaha...

Apakah saya nak teruskan dengan MAXIS Broadband ini? Oh! Tidak. Saya akan meluru ke KLCC esok juga, bagi proses pengambilan semula duit deposit RM100. Ia akan memakan masa sehingga 2-3 bulan walaupun modem tersebut akan diserahkan esok. Amboi, macam skim cepat kaya dibuatnya. Ke mana pula duit saya dipusing selama 2-3 bulan itu? Maxis juga ada kata yang saya boleh tukar modem itu kepada talian tetap Maxis. Punyalah lapar mereka dengan RM100 kita? Hahaha...

Jarang nak jumpa reviu begini bukan? Inilah reviu jujur namanya. Semua saya sebat.

Wednesday, August 25, 2010

UMNO Tak Bayar Hutang , Mahkamah Tolong Settle

PUTRAJAYA 25 Ogos – Syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegent Advisory Sdn. Bhd. gagal memperoleh kebenaran merayu dari Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan membatalkan saman RM218 juta terhadap UMNO.

Syarikat itu mengemukakan tuntutan saman tersebut kerana UMNO didakwa gagal menjelaskan bayaran dan perkhidmatan semasa Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004. – Utusan - Elegent Advisory gagal dapat rayuan kes saman terhadap UMNO

Hutang Elektrik & Poster UMNO

Hanief: Inilah tanda-tanda mahkamah boleh dibeli. Apakah nasib Anwar dengan kes liwat IInya nanti?

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WJK 7244

Hanief: Betulkah rakyat kita makin terhimpit? Atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WKJ 7459

Hanief: Van Toyota pun tak mampu nak ganti lampu brek atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

BGA 3554

BGA 3554

Hanief: Kancil tak taku kena sodokkah dek kerana lampu brek tak menyala tu? Lampu brek dah mahal atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

PGT 2112

Hanief: Macam mana nak balik Penang tanpa lampu brek. Fesyen baru atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WGD 7853

Hanief: Kalau saya jadi penasihat Proton saya akan letak jawatan. Lampu brek mahal sangat atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

BGL 9558

Hanief: Lampu brek berapa ringgit sebiji? Dah susah nak dapat atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

GAMBAR : Rakyat Makin Miskin

WME 2038

Hanief: Proton di luar negara ada jadi lampu brek tak menyala macam nikah? Atau pun kita semua sedang diliwat?

Pos blog ini berharga RM1,000. Jika mahu gambar di atas dipadamkan, sila emel saya bagi mendapatkan butiran akaun bank saya.

TMnet Streamyx Memusnahkan Periuk Nasi



Hanief: Saya ingin mencari kerja di Kelantan di sektor pertanian atau pun penternakan. Tak kira apa jua kerja, sila emel saya segera.

Saya sudah bosan hidup di Kuala Lumpur, bertarung dengan talian Internet yang lembab dan operator yang setahun jagung.

Beza Pendidikan Percuma & Air Percuma

Ada orang kata, idea untuk memberi pendidikan percuma merupakan satu subsidi berbentuk pendidikan. Itu betul.

Pendidikan percuma memang saya sokong. Jadinya saya sokong subsidi yang berbentuk pendidikan.

Tetapi bukankah saya tidak suka subsidi atau pun diskaun? Ya.

Subsidi berbentuk pendidikan akan menyelesaikan banyak masalah. Kerana dari ilmu itu datangnya penyelesaian.

Contohnya, air percuma boleh diperolehi tanpa subsidi kerajaan. Bagaimana? Jika para pembaca ada ilmunya, maka perigi akan menjadi pilihan.

Kerana itu kilang-kilang yang ingin menjimatkan kos akan mengepam air dari perigi.

Kesimpulannya saya tidak menentang pendidikan percuma. Lagi pun bukan semua ilmu itu terbukti keberkesanannya. Maka eloklah ia dibudayakan supaya menjadi suatu yang percuma. Agar masyarakat dapat bertemu dengan ilmu yang terhebat.

Tuesday, August 24, 2010

Ada Aku Kesah ?


Bila saya lihat gambar ini, saya tak marah pun. Sebab kita semua cucu Nabi Adam A.S. Baik si Tok Imam, baik si pelacur.

Kita semua satu keturunan daripada sperma Nabi Adam A.S. Orang yang mewujudkan sempadan dan negara-negara ini semua adalah orang yang rendah I.Qnya. Apatah lagi orang yang mencipta lagu patriotik, bendera dan lain-lain. Ingatlah Nabi Adam A.S. Jangan kita semua terbeli semua mainan orang yang rendah I.Qnya.

p/s: Ada aku kisah?

Makanan Haiwan Ternakan Akan Naik Bulan SEPTEMBER

Sila ambil perhatian, pembekal makanan haiwan ternakan telah memberitahu saya, bahawa harga makanan haiwan ternakan akan melambung bulan September ini serta bulan-bulan berikutnya.


Makanan Haiwan Ternakan Akan Naik Bulan SEPTEMBER

Apakah nasib rakyat miskin ini semua?

p/s: Dinar Kelantan mendapat sambutan hangat sehingga NUBEX kehabisan stok 1 dinar seketika.

Saturday, August 21, 2010

Lampu Isyarat di Kota Damansara

Aduan pada MBPJ | Klik untuk diperbesarkan.

Lampu hijau yang sedikit malap itu ialah lampu lama. Jadi dua lampu baru kelihatan di situ.
Hanief: Ini sedikit tips buat semua rakyat Malaysia.

Jika anda ingin membuat aduan kerosakan lampu isyarat, adukan terus pada majlis perbandaran dan kaitkan dengan nyawa tenaga mahir yang terdiri daripada rakyat Malaysia.

Jangan adukan pada kontraktor. Walaupun nombor mereka ada di situ, tetapi mereka tidak punyai wang seperti majlis perbandaran. Ikut pengalaman saya, kontraktor ini sangat liat dan selalu mengelak dengan mengatakan 'salah nombor' apabila dihubungi. Saya tak marahkan mereka kerana mereka orang Melayu seperti saya yang lazimnya kekurangan dana. Kalau pandai berniaga, berjimat pada tempat dan menyokong dinar & dirham lainlah.

Saya pasti nombor yang saya dail. Walaupun poster 'ubat kuat lelaki' dan poster 'pinjaman ah long' lebih besar nombornya, tetapi saya belum tua lagi untuk mengamati nombor kecil pada tiang-tiang lampu isyarat itu. Ada tiang yang tiada langsung nombor untuk dihubungi.

Apa pun, tahniah pada MBPJ kerana membaiki lampu isyarat di depan Jalan Welfare itu. Lampu isyarat J43 belum lagi saya periksa. Nantilah apabila saya berkunjung ke rumah saudara saya di situ.

Thursday, August 19, 2010

Anak Shamsiah Fakeh Kena Gantung DJ Radio 98.8

Seorang DJ popular di sebuah stesen radio berbahasa Cina digantung kerja atas alasan menimbulkan isu perkauman sensitif.

NONEJamaluddin Ibrahim, DJ di stesen 988 memberitahu Malaysiakini bahawa pengurusan stesen itu memaklumkan kepadanya bahawa dia telah digantung daripada bersiaran untuk satu tempoh yang tidak dipastikan.

Katanya, tindakan itu ada kaitan dengan sepucuk surat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada syarikatnya semalam.

Surat tersebut yang menyebut nama Jamaluddin, menyatakan bahawa program tersebut disyaki "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum." ... - Isu sensitif: DJ popular digantung tugas
Hanief: Dalam petikan di atas tidak dinyatakan langsung siapa DJ tersebut. Rupa-rupanya dia anak Shamsiah Fakeh.


Part 1:Exclusive Interview with Jamaluddin Ibrahim


Exclusive Interview with Jamaluddin Ibrahim -- Part2

Remove Windows 7 Password | Reset | Recover


Windows 7 Password Reset | Removal

Afrika Bangkitlah !

JOHANNESBURG 19 Ogos – Lebih sejuta kakitangan awam Afrika Selatan mengadakan mogok semalam, memberi amaran ketegangan mereka dengan kerajaan akan berterusan sehingga tuntutan gaji mereka dipenuhi. - Sejuta kakitangan awam Afrika Selatan mogok

South Africa's 1.3 million state workers shut down government services today

Hanief: Ada orang kata selepas sahaja apa-apa upacara besar melanda sesebuah negara seperti upacara sukan World Cup di Afrika, negara tersebut akan mengalami kerugian. Ada pula orang yang kata keuntungan akan belaku berlipat-kali ganda. Persoalannya siapakah yang untung? Orang Afrika atau pun orang luar?

Malaysia sering dibandingkan dengan negara Afrika dalam isu pembangunan. Hari ini lebih sejuta rakyat Afrika telah bangun menuntut hak mereka.

Apakah kita patut contohi mereka dalam mendapatkan hak kenaikan gaji sebagai manusia.

Apakah kita patut berani berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan kerajaan yang kita undi di dalam pilihanraya?

Bagi saya, untuk kerajaan yang zalim akan saya lawan dengan 3 cara:-
  1. Kerja sendiri
    Jangan kerja dengan kerajaan, supaya kita tak perlu meminta-minta lagi.

  2. Tinggalkan Wang Kertas
    Punca kenaikan harga barang adalah akibat mainan wang kertas oleh Bank Negara Malaysia yang ditadbir kerajaan persekutuan. Apabila dah bekerja sendiri nanti, peluklah wang dinar dan dirham seperti kerajaan Kelantan.

    Dengan dinar dan dirham bolehlah kita tunaikan pada orang miskin, Barulah ia akan diterima Allah S.W.T.

    Tak perlu lagi guna sistem kewangan kerajaan persekutuan iaitulah wang kertas. Elakkan bayar cukai pada kerajaan zalim, yang kaya-raya dengan pungutan wang cukai rakyat.

  3. Penerangan
    Maklumat mengenai isu semasa yang dihalang kerajaan daripada disiarkan di media arus perdana, wajib disebarkan di media baru iaitu Internet. Contohnya, beritahu orang ramai jangan kibarkan bendera jika marah pada kerajaan.

Tuesday, August 17, 2010

Hanief Pergi Nubex Beli Dirham | Metropolitan Square


Dinar & dirham di NUBEX

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13

Dinar Kelantan | 1 Dirham = RM13







Hanief: Jika ada sesiapa yang nak pergi ke Nubex ni kena telefon dahulu kerana mereka khuatir berlakunya ketiadaan stok. Ia terletak dekat dengan Ikano dan Ikea serta dekat dengan jalan masuk Flora Damansara. Dapatkan alamatnya di sini.

Saya akan wujudkan sistem pertukaran dinar dan dirham dalam perniagaan saya. Ini sunnah sebagai orang Islam kita berdosa jika bergelumang dengan duit kertas yang bersifat menindas.

Apa guna jika bank yang dilabel Islam tetapi bertuhankan Bank Negara (Central Bank) yang melakukan riba'. Itulah yang dinamakan debu-debu riba'.

Selamat tinggal bank semua. Mari tutup akaun bank. Hahaha... Biar mereka terbonggeng. Bila tiada duit kertas, orang bank akan bungkus tak ada kerja. Sebab sudah tak ada duit kertas nak kira, jadi mereka nak kira apa bulu roma? Orang dah main emas dan perak sekarang ini. Bank pun mula nak jual emas.

Bila Dato & Tan Sri Pergi Meeting

KUALA LUMPUR: Deputy Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk M. Saravanan, the VIP who has been accused of supplying college girls to prominent people for sex, has dismissed the allegation as baseless. ...

... The report stated that a VIP rented a house in Gombak for female students of an institution of higher learning and sent them to hotels and to Datuks and Tan Sris for prostitution.

The VIP was also alleged to have been involved in drug trafficking. - Saravanan denies vice claims
Hanief: Petikan di atas menyatakan bahawa seorang Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dituduh membekalkan mahasiswi-mahasiswi di sebuah rumah di Gombak dan kemudian dihantar ke hotel untuk dilacurkan pada Datuk dan Tan Sri.

Ini bukan perkara baru, kerana dahulu TV3 ada membuat liputan berkenaan dengan mahasiswi kita yang melacur di kelab-kelab bersama anak-anak orang kenamaan dan ada yang dari golongan 'kerabat' pun.

Hal ini berlaku kerana kesempitan wang belajar di menara gading. Itulah kerajaan kita, tak mahu kaji apa itu Bait Al-Hikmat masa zaman Khalifah Abbasid ke-5 dahulu. Sayang sangat dengan Ketamadunan British.

Laksana dinar emas Islam, maka tak perlu sibuk dengan inflasi. Tak perlulah meminjam atau melacur lagi.

Di Indonesia pun mahasiswi mereka terpaksa melacur di rumah-rumah urut ketika krisis ekonomi melanda di negara mereka. Sama juga dengan Greece yang bankrap. Pekerja pejabat wanita terpaksa mencari duit melalui pelacuran. Ada di antara mereka yang hanya memilik orang kaya semata-mata mahukan habuan yang lumayan.


Kemiskinan di Bandar

Sunday, August 15, 2010

Windows 7 Logon Failure : Account Currently Disabled

Logon Failure : Account Currently Disabled

If you have done all these, but still have that error. Proceed to the next step below.

Type sharing. Choose Manage advance sharing settings

I just apply on both network profiles.

Check Turn on file and printer sharing & Turn off password protected sharing.

Blog Archive