
Michelin
Tayar kereta Proton Saga Megavalve yang saya pakai makin menipis. Pernah saya tanya berkenaan dengan tayar kereta yang paling bagus. Jawab si mekanik, Toyo. Tapi untuk kereta Proton, Toyo tak ada yang padan. Jadi boleh pergi pada tayar Michelin.
Pagi ini, saya tanya bapa saya pernahkah beliau memakai tayar Michelin. Jawabnya pernah dan tayar itu sangat baik. Ditambahnya lagi, tayar itu digunanya semasa menggunakan kereta FIAT 127. Tayar Michelin itu didatangkan sekali dengan kereta buatan Itali itu. Katanya juga tayar Michelin juga buatan Itali. Entahlah, rasanya André Michelin bukan orang Itali. Tapi Itali memang negara eropah seperti Perancis.

FIAT 127
Setelah itu, saya bertanyakan pula harga kereta FIAT 127 beliau. Katanya hanya RM7,000.
Saya bertanya lagi, bagaimana dengan gaji beliau? Jawabnya RM400 (gaji Leftenan Kanan TUDM sebelum training). Lepas training gajinya RM900.
Nah! Jika dikira-kirakan, harga kereta Itali itu boleh dibayar habis dalam 8 bulan atau setahun setengah. Alangkah nikmatnya!
Katanya bapa saya lagi, ketika itu Proton masih belum wujud. Ertinya bagi saya, Mahathir belum buat kacau lagi pada negara kita ketika itu.
Hari ini FIAT 127 telah diganti dengan model baru bernama FIAT Grande Punto.

FIAT Grande Punto
FIAT Grande Punto berharga pada RM108,000. Gaji Leftenan Kanan TUDM sekarang RM1400. FIAT Grande Punto dapat dilangsaikan bayarannya dalam 6 tahun setengah.
Minyak dulu dengan sekarang harga tak sama. Haha... Dulu minyak murah. Penasihat PETRONAS pun Mahathir juga. Tonton video di bawah:-
Dikatakan, kehadiran kereta nasional ini juga masih tidak setanding dengan kereta import. Apakah sebabnya?
Air bag pun tak ada. Kita semua memperjudikan nyawa kita hari-hari di jalanraya dengan kereta nasional ini. Kereta nasional dikawal dengan cukai jahat yang menaikkan harga kereta import. Bila harga kereta import jadi mahal akibat cukai jahat. Maka orang pun beli kereta nasional. Korea Selatan ada buat begitu di negara mereka. Tetapi kereta mereka lebih bermutu daripada kereta kita. Anda boleh tanya Mahathir sementara dia masih boleh bercakap.
Mungkin idea Mahathir agak bagus. Tetapi perlaksanaannya agak melulu dan tidak dipantau dengan baik serta motifnya mungkin lari daripada motif asal. Kalau motif asal nak tolong rakyat jelata. Kini motifnya nak buat untung lipat ganda. Sebab nak besarkan rumah dan kayakan anak-beranak barangkali.
Menara Warisan yang dicadangkan juga mendapat tentangan lewat-lewat ini. Ia merupakan petanda bahawa rakyat jelata makin sedar bertapa pentingnya perkara-perkara lain benbanding menara. Bertolak dari situ juga rakyat jelata akan berfikir mengenai faedah menara berkembar PETRONAS. Ia mungkin menerima nasib yang sama dan membawa kesan yang sama pada ekonomi.
Jika hari ini orang sudah terhimpit ekonominya berbekalkan sebuah menara berkembar. Apa akan jadi jika sebuah menara yang lebih tinggi didirikan? Apakah kita akan senasib dengan Dubai?