Kipas asal Intel Celeron D 3.06 GHz
Kipas Cooler Master Tarzan 1
Jika komputer anda sangat bising dan anda pasti bunyi itu datang dari kipas processor anda serta anda juga memiliki sistem audio yang bermutu tinggi. Maka bersedialah untuk bertukar kepada kipas yang senyap dengan hanya RM50.
Tak kiralah apa jua model atau jenama. Jika di sini saya beli CoolerMaster Tarzan 1.
Tetapi sebelum itu apa kata saya kongsikan beberapa sebab mengapa sesebuah komputer boleh menghasilkan bunyi bising:-
- Kipas bising akibat dimasuki habuk yang banyak (di dalam ball-bearing). Kipas kad grafik selalu menjadi mangsa habuk. Sebab itu saya beli kad grafik yang sebegini.
- Kipas memang jenis bising. Terdapat kemasukan (badge) kipas yang bising dari Intel seperti kipas processor saya Intel Celeron D 3.06GHz (ada banyak lagi cuba Google sendiri). Memang ada BIOS fix. Tetapi ia hanya memperlahankan pusingan kipas. Itukan lebih bahaya kepada processor yang semakin panas dari masa ke masa?
- Skru pada motherboard tidak ketat dan akhirnya menghasilkan bunyi dari getaran besi casing. Technician yang gagal mengetatkan skru pada motherboard wajib disula.
Jadi di sini, kita mahukan kipas yang berupaya menyahkan haba processor dan berpusing dengan senyap. Bagaimana itu?
Siapa kaki Tamiya di sini mesti kenal dengan ball-bearing. Saya percaya ball-bearing di dalam Cooler Master Tarzan 1 lebih bermutu tinggi atau pun lebih banyak diberi.
Jika bukan sebab itu, mungkin ia sebab bilah kipas. Cuba lihat pada bila kipas helikopter. Ada hanya 2 bilah kipas sahaja. Ia sangatlah bising.
Kipas yang didatangkan sekali dengan processor Intel Celeron D saya ada 7 bilah kipas. Ianya sangat tebal dan sudutnya sangat tinggi. Ini berbeda dengan kipas Cooler Master Tarzan 1. Ia mempunyai 10 bilah dan sudutnya tidak terlalu tinggi serta ia nipis sekali.
Hampir-hampir saya beli water-cooler. Akan tetapi dengan apa yang ada sekarang, memang memuaskan.
Lagu dari speaker saya kini dapat didengari dengan tenang sekali. Bunyi detikan jarum harddisk juga boleh didengari. Oh ya, Jika harddisk ada bunyi detikan yang semakin kuat berbanding tahun-tahun yang sudah. Bersedialah dengan duit yang cukup dan alihkan fail anda ke harddisk yang baru sebelum kejutan (harddisk mati) berlaku.
Bagi kepuasan maksimum, cucukkan jack speaker anda pada audio port belakang. Kerana audio port bahagian depan lazimnya dicemari dengan bunyi nyaring data yang dilalui data dari port USB dan pemacu CD/DVD. Mungkin ada BIOS fixnya tetapi lain, orang lain gayanya.







23 comments:
Salam
Cool Nep!
taknak
membazir je.. guna aje la kipas lama, setakat bunyi bising sikit dah kecoh, ni la manusia dasar membazir
Bunyi tenang boleh mencorakkan hari seseorang. Suka dengar bunyi leteran?
Nip aku pakai Core i7.On komputer macam tak on komputer.Senyappppp....Doowwhhhhh..........!!!!
Dulu-dulu aku punya PC Pentium4 2.4Ghz(Prescot) bunyi macam mesin rumput Dowwwwwhhhh.....!!!!
Dah lah bising lepas tu cepat Panas Dowwhhhh...!!!
sapa-sapa yang nak aku rosakkan komputer dia boleh call aku. 010-☼}→0☼#0A0)#FFFF.Kalau tak dapat maknanya Handphone korang Made In Xianjiang.
Terima KaseeYyyy.....
► Sathia Gonzalez dah lama tak keluar ye...
Salam
Anip boleh repair brg elektronik lain selain pc n handycam sony?
Sy ada member tanya kalu anip boleh repair hi fi sony. Lama punya model. Cd deck dia rosak kot
Kena beri model hi fi sony itu dulu. Takut tak ada alat ganti.
kalau ak bank in, ko boleh hantar anip?
hanip, kalau laptop Asus K40AE selalu blue screen apa puncanya ye... saya baru aje format laptop tu... saya pun buntu...
setahu saya, saya format tanpa driver SATA memandangkan saya tiada driver SATA... saya format guna IDE....
boleh bantu?
@Taufik Mansor
Rujuk di sini:- http://jitgehlang.blogspot.com/2010/05/finally-its-done.html
Kalau susah sangat pakai saja Windows 7.
aku pakai gtx4601gb sli..
2 kipas per card...penat seh nk cuci...
Aku pun br lps beli cooler master x dream 4....klip sama mcm kipas intel original tp the difference is within the blade...blade sama mcm ko pnya tarzan
PC aku bila panas asyik padam je, pundek tol la.. sebab kipas ke apa??
Cuba periksa samada terdapat klip yang patah atau habuk tebal pada heatsink atau pun tidak.
kipas GPU yg baik adalah dr jenis massive heatsink / cyclone heatsink from MSi...open air...shuuuuhhhhh~
brp temp lepas tukar trzan ni?
58°
celeron tak jana haba sangat... amd yg paling cepat panas, main game 5 min, temp naik 80 degree celcius, sampai 90 padam... habuk dah cuci, takde klip yg patah.
kalau jenis cooler yg sama mcm ko punya nip tapi utuk amd 64 5000+ agak2 harga dia lingkungan berapa. kalo dalam rm60 kebawah aku nak beli la
Nip, aku nk tny sket. Kalo kamera digital sony ko leh repair tak? aku ader sebijik cybershot aku beli sekitar 2006. Lens dia dah tak leh nak fokus. Aku dah gi tny kat sony center dia kata kalo anto kat kilang serupa beli baru jek la kosnya. tu la nk tny kalo ko leh repair dan kalo leh dapat harga yg lebih reasonable.
Apa modelnya?
wah...dah tukar baru...alang2 tak ambik cooler master hyper tx3..lebih sejuk..
Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Impian Wanita Zaman Sekarang
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
kahkahkahkah kesian anjing renetry parpukari todi menyalak sorang sorang takde org nak layan kahhhhhhhhhkahkahkahkah
Post a Comment