Singapura
Selepas soal siasat SKMM di Cyberjaya, saya telah pergi ke Singapura berbekalkan RM2,000. RM700 sahaja habis pada tiket kapal terbang.
Segala-galanya menjadi tawar di Malaysia. Arnab kesayangan saya, mati pada menjelang pagi sewaktu hendak pergi ke Cyberjaya. Satu-satunya arnab yang bijak yang pertama kali saya miliki.
Ya, memang dalam hidup saya ini, saya tak punya sesiapa yang saya sayang. Kerana itu saya tak takut mati. Saya sayang binatang sahaja. Ibubapa, kawan-kawan, para pelanggan dan saudara-mara? Faham-faham sajalah. Binatang lebih layak saya sayangi daripada anda semua. Apa salahnya bukan? Janganlah cemburu pula. Hahaha!
OK. Jadi lepas saya tanam arnab saya, kami bergegas ke Cyberjaya untuk disoal-siasat. Setiba di rumah, saya tak punya lagi komputer. Saya cari di hardware komputer di seluruh ruang di rumah kalau-kalau ada yang masih berfungsi. Rupa-rupanya ada. Tapi tak berapa 100% baik keadaannya. Ada kerosakan dan tidak berprestasi tinggi pun.
Bapa saya pula menggunakan komputer lama sahaja.
Kepada SKMM, tak kiralah kepala atau ekor, usah bertandang lagi ke rumah orang tua saya. Takut-takut arnab yang 5-6 ekor yang berbaki mati semuanya.
Takkan mati haiwan peliharaan ini jika jadual si tuan diganggu sakan. Tolong bikin benda yang berfaedah sedikit.
Nak cari saya? Mari ke Singapura. Saya Hanief, bukan lari. Saya ada di Singapura bekerja sebagai waiter restoran vegetarian di Little India, Singapura.
Berbalik pada cerita tadi. Saya pun bosan dengan komputer yang perlahan, ekonomi yang lembab, kelengkapan atau butiran pelanggan yang sudah dirampas oleh SKMM. Saya pun ambil keputusan untuk ke Singapura cari kerja.
Tak ada seorang usahawan waras yang mahu makan gaji semula jika ekonomi berada dalam keadaan baik di negaranya sendiri.
Entahlah ini masing-masing punya naluri. Kalau rasa ekonomi baik? Silakanlah di mana jua. Umur kita semua pun bukan muda lagi. Tuhan pun dah tetapkan rezeki masing-masing. Asalkan usaha.
Semasa terbang ke Singapura, saya tidak tidur langsung. Tidak seperti penerbangan ke Iran yang lurus dan lama terperap membosankan.
Saya duduk di tepi tingkap kapal terbang. Dari Kuala Lumpur ke Singapura hanyalah 45 minit sahaja. Ketika hampir sampai, saya terkejut melihat banyak tompokan kotoran tanah yang ditarah dari pandangan atas. Namun kapal terbang masih tidak mendarat. Mungkin itulah kampung-kampung orang miskin di Singapura.
Polar kependudukan tidak tersusun. Asal ikut sedap sahaja menarah bukit. Nampaknya kotor sekali. Dalam hati saya, Singapura pun masih ada pembinaan lagi rupanya. Nampaknya sama seperti Malaysia.
Lama kemudian, saya nampak laut sahaja. Adalah dalam 50 saat. Kemudian saya terlihat satu bandar yang tersusun. Barulah saya sedar, bahawa pandangan yang dipenuhi dengan kotoran tadi bukanlah Singapura. Johor agaknya, hahahaha!
Saya hampir menangis melihat jalan-jalan dan sususan kota Singapura yang tersusun dengan sistematik sekali. Apakah pemimpin Lee Kuan Yew ini telah buat pada Singapura?
Walaupun lapangan terbangan mereka tidak luas, tetapi penuh dengan manusia dan tidak pula sesak. Dengan kata lain ia 'hidup'!
Teksi pula tidak seperti Malaysia. Mereka beradab dan mereka terkejut apabila saya ceritakan bagaimana menteri UMNO sapu permit teksi. Hajat di hati mereka, seperti ingin luahkan perasaan mereka berkenaan jam kerja yang panjang. Akan tetapi mereka terkedu mendengar realiti di Malaysia lebih pahit dan membuatkan mereka terdiam bersyukur pula.
Kehidupan di Singapura sangat selasa untuk rakyat Malaysia yang berada di golongan pertengahan sekarang ini. Tak percaya, datanglah Singapura. Cari kerja di Singapura.
Bagi yang baru habis SPM, pandai bahasa Inggeris beli tiket dan kongsi bilik ramai-ramai duduk di Singapura untuk cari wang dolar Singapura. Bukan salah pun bukan? Kepada ibubapa, ajar anak-anak anda berdikari. Rakan-rakan saya di Poland ketika cuti musim panas, mereka ke UK untuk kerja. Takkanlah orang kita setakat main RM saja? Ya! Emas dan perak itu berharga. nanti dapat dolar Singapura, belilah dinar dan dirham. Terpulang nak beli tanah pun OK juga.
Jangan anda para pembaca semua menepuk dahi seperti saya yang ada kesal sedikit ketika berada di Singapura. Bukan kesalkan apa pun, cuma kesalkan 'kenapa tak datang ke Singapura lebih awal'. Melihatkan warga lain dari Filipina dan China telah lebih lama merebut peluang mendapatkan matawang dolar Singapura.
Kepada yang ada diploma dan ijazah dan pandai cakap orang putih. Anda boleh dapatkan PR (Permenant Residency). Ini lebih memudahkan anda mendapat kerja. Jika ada pengalaman kerja lagilah senang.
Kalau saya, takkan dapat PR punya. Sebab saya hanya ada SPM. Mungkin setakat Working Permit sahaja.
Dunia hari ini memang ada kelas-kelasnya. Ada SPM, ada diploma, ada ijazah dan lain-lain.
Negara-negara pun begitu juga. Ada negara haprak, seperti negara dunia ketiga, macam Malaysia, negara dunia kedua, seperti China dan negara dunia pertama umpama Singapura.
Singapura ini dahulunya Tanah Melayu. Pendek cerita, orang Melayu semua masuk hutan. Orang lain kawal pelabuhan (Singapura atau pun Temasik).
Saya bukan anti mana-mana negara. Pada saya semua kita berasal daripada Nabi Adam A.S. Sempadan dan VISA tak patut wujud pun. Tapi apa pun sejak berada di negara orang ini, saya terasa seperti orang Bangladesh pula.
Saya sekarang ini duduk sebilik dengan 3 orang lain warga dari India dan Bangladesh. Mereka tidak pengotor seperti apa yang kita boleh jumpa dan bau dari jauh di Malaysia. Tak percaya? Datang ke Singapura. You will be surprise!
Maaf kepada pembaca yang tunggu gambar dalam pos kali ini. Saya tak ada gambar untuk dimuatkan di sini. Saya tertinggal kabel data DKU di Malaysia. Sila tunggu dalam 2 bulan untuk saya beli HTC Incredible S nanti.
Tak apalah. Belajar-belajarlah baca sesuatu tanpa gambar sekali-sekala.
Berkenaan dengan kes SKMM, jika ada panggilan pihak mahkamah saya akan pulang dan akan saya umumkan di blog ini juga. Saya agak terbuka.
Sekarang mungkin satu Malaysia sudah kenal siapa saya. Esok-esok bukan setakat saya, satu dunia Tuhan bakal wayangkan kita di Padang Mahsyar. Terpampang apa salah laku di skrin Tuhan Yang Maha Besar.
Saya dapat $700 sebulan Singapura ini. Makan percuma tengahari dan malam. Pagi minum air kosong saja. Saya pun telah mula jadi vegetarian sejak Julai 2010. Ini macam rezeki terpijak rasanya.
Entahlah, tak mahu saya cakap banyak nanti esok ditakdirkan Tuhan pula kena buang kerja esok sebab cakap kuat di blog hahahah!
Ramai rakan sekerja lain yang cakap saya punya gaji kecil. Kalau anda semua nak tahu, inilah rahsia saya. Saya hanya ada SPM. Saya akan minta gaji rendah untuk dapatkan kerja. Saya pentingkan permulaan dari bawah. Ia mengandungi banyak ilmu.
Setakat ini saya sudah susun beberapa strategi untuk memenangi hati pengurus saya. Saya suka pengurus saya puas hati dan nampak perubahan dalam corak kerja saya. Ini memang adat makan gaji. Kita kena bagi pengurus kita ada rasa hebat dan berkuasa ke atas kita.
Saya bukan tak pernah ada syarikat sendiri. Jadi masuk kerja makan gaji, jangan berlagak pandai. Kena buat tolol sikit, lepas itu tangkap satu-satu ilmu. Pelajari sesuatu yang lama seperti mempelajari sesuatu yang baru.
Walaubagaimanapun ada beberapa kecelaruan yang berlaku, di mana ini menambahkan lagi ketololan yang dibuat-buat. Apakah dia? Masalah loghat. Loghat majikan saya memang pekat. Kalau loghat India Malaysia boleh tahan lagi. Tapi ini Indian dari India betul. Ada yang cakap terbalik susunan ayatnya. Ada yang tersasul ajak cakap Hindi dengan saya.
Sebelum dapat kerja ini, saya telah mohon untuk bekerja di gudang makanan kotak dan tin di Pioneer Road, Singapura. Semuanya berjalan lancar. Akan tetapi pada hari pertama bekerja saya ternampak berkotak-kotak red wine bersebelahan dengan barang lain di satu sudut. Saya terus berhenti kerja dan beri mesej pada ibubapa saya yang saya nak berhenti kerja ketika itu juga.
Mereka agak panik mungkin, lalu mereka berkata teruskan kerja kerana keadaan darurat dan terpaksa serta tak ada pilihan. Saya kata ini bukan soal pilihan. Ini soal samada nak badan dibelit daging haram atau pun tidak. Kita beli makanan dengan duit gaji. Jangan lupa kalau orang lain minta duit itu, contohnya ibubapa takkan nak makan duit gaji hasil kerja menyorong kotak-kotak wain?
Saya rasa tertipu dan terus meninggalkan gudang itu. Saya ke Jurong East Singapura. Tujuannya ialah untuk ke Maybank. Saya gagal untuk mengeluarkan duit, sehinggalah ada kakitangna Maybank Singapura menyuruh saya mengaktifkan PLUS Sign di kad debit saya. Ada caj RM12 di mana-mana mesin ATM yang memiliki PLUS Sign.
PLUS Sign sangat membantu. Inilah empayar duit plastik agaknya.
Saya disyorkan oleh pemandu teksi untuk tinggal di hostel backpackers. Memang murah daripada hotel. Saya kena $149 untuk satu malam di hotel semata-mata untuk bersiap sedia ke Pioneer Road. Namun jika difikir kembali saya biarkan ia menjadi sebagai pengajaran sahaja.
Hostel backpackers memang murah. Namun, ia bersyarat. Bilik $28 untuk satu malam jika dikongsi dengan seseorang. Saya mana ada rakan-rakan. Jadi kena bayar satu bilik yang ada 2 katil. $28x2 = $56.
Saya hanya banya untuk 2 hari. Dalam pada masa itu saya menganggur di Singapura. Cukup mendebarkan. Kerja tak dapat duit berjalan macam air. Tuhan nak uji saya barangkali.
Permohonan di Sim Lim Square tidak berjawab sehingga saya dapat kerja waiter. Sim Lim Square umpama Lowyat Plaza di Bukit Bintang.
Sehari sebelum saya keluar dari hostel, saya telah dapat kerja di restoran vegetarian setelah bertenyakan pada pelbagai tempat. Restoran Mamak pun ada. Jika Mahathir mesti ketawa hahaha! Mamak Singapura tak jahat macam Mahathir hahahaha! Correct?
Bayangkan Tuhan uji saya di negara orang berbekalkan 12 jam sebelum saya kena keluar dari hostel. Saya dah dapat kerja.
Kegembiraan saya hanya seketika. Hendak bermalam lagi hostel yang sama, habis duit nanti. Di hari saya dijadualkan untuk keluar dari hostel, saya bertanyakan bolehkah pihak hostel cipta satu pakej untuk penginapan bulanan. Jawab mereka boleh tetapi $56x30 hari. Hahaha! Kirim salamlah!
Saya lihat jam masih pukul 8 pagi. Saya dapat idea daripada ahli forum Lowyat.net untuk beli akhbar tempatan Singapura seperti New Straits Times untuk cari bilik sewa. Saya dail semua nombor, malangnya semua hadir dengan harga $600-$1000. Kepuasan saya tidak dipentingkan. Agen hartanah yang dihubungi semua gila duit.
Ini melengkapkan jigsaw puzzle bayangan ekonomi yang saya bayangkan, yang bakal dilalui mungkin di Singapura.
Walaupun tidak seteruk Malaysia tetapi ia mungkin akan tiba. Tapi, saya tak risau kerana saya bukan berada di dalam aliran IT ketika ini. Saya ada di dalam aliran makanan. Salah satu aliran penting bersama dengan aliran-aliran penting lain seperti kesihatan dan pendidikan.
Sewaktu Sim Lim Square pun, bos itu berkata perniagaanya lembab. Mana-mana kedai di Sim Lim Square pun lengang dan tak meriah. Tapi pada saya, paling tidak pun ia tak seteruk Malaysia, sampaikan OT (overtime) pun tak ada. Di Singapura pun kalau tak ada OT, ia masih 2.4 haha!
Berbalik pada cerita cari bilik, saya akhirnya meninggalkan suratkhabar-suratkhabar yang dibeli di meja hostel. Semuanya merepek belaka. Agen yang janji nak hubungi saya kembali tidak berbuat demikian. Mungkin tiada kredit telefon? Haha!
Sebut pasal telefon, saya guna rangkaian Singtel. Nak tambah nilainya ada dua set nombor sikit punya seksa. Tapi ada yang lebih canggih caranya ialah dari telefon penjual ke telefon kita. Tak perlu kad gores-gores lagi.
Saya keluar 2 jam lebih awal dari hostel. Berjalanlah saya seorang diri menggalas beg besar. Saya tanya lebih kurang 10-20 orang di jalanraya. Tak seorang pun tahu. Mereka jawab samada, "I dont know" dan "I don't have".
Duduk di Singapura memang cakap Inggeris. Ia membuatkan saya terasa seperti berada di tempat untuk berlatih cakap Inggeris sebelum pergi ke London atau Melbourne atau Auckland atau New York nanti. Hahaha!
Kalau jumpa Melayu pun cakap Inggeris dulu. Kalau tersedar baru cakap Melayu. Macam jumpa adik-beradik bila jumpa orang Melayu di Singapura.
Tapi di Little India semuanya orang India Selatan dan Utara.
Berbalik pada cerita bilik, saya jumpa bilik tersebut pada jam 11:45 pagi. $280 sebulan (ada mesin basuh, dapur dan WiFi percuma). Bayangkan pukul 12 tengahari adalah jam saya mula kerja di restoran dan jam 12 tengahari juga ialah jam saya akan ditendang keluar dari hostel backpackers.
Memang kalau duduk Malaysia, kita terasa seperti keanak-anakan. Ada orang untuk kita bercakap Melayu, mendalami perasaaan kita. Tapi di Singapura, Tuhan saja yang tahu.
Di Singapura, kena pakai minyak rambut. Kalau tidak, orang takut. Hahaha! Orang nilai kita berdasarkan rupa paras. Mana-mana negara pun sama saja rasanya. Tetapi tidak bagi saya. Sebab orang SKMM pun pakai minyak rambut. Hohoho...
Memang di Malaysia saya raikan hari saya dengan rambut kering, seluar tampal, kereta kemik dan lain-lain. Di Singapura saya terasa kembali masuk ke alam sekolah rendah. Semuanya serba sistematik. Bagus juga rasanya? Hahaha!
Sekarang ini setiap hari saya balik malam 12AM. Hari ini lewat sedikit sebab tulis blog panjang. sekarang jam 12:44AM. Little India belum tidur.
Mustafa Center pun buka 24 jam.
Nanti rakan sebilik saya dari India nak ajar bikin capati.
Apalagi yang saya belum cerita?
Oh ya! Malam tadi saya makan 3 keping roti naan dengan sayur-sayuran. Selalu waktu malam tak ada nasi. Naan dan capati saja. Tengahari tadi makan nasi dengan sayur-sayuran. Pagi tadi minum teh saja. Nanti saya nak cuba Teh Masala. Entah apalah rasanya. Kena cuba semua benda. Dosai pun ada banyak jenis di restoran yang saya kerja ini. Sebutannya tosei. Tapi di sini ia macam sebut dosa pula hahaha!
Adalah banyak lagi. Itu belum cerita manisan macam Rasamalai, Rasagoola, Chaat dan lain-lain. Majikan saya orang India. Kalau nak tengok bright Indian, bright Chinese dan bright Malaysian, datanglah ke Singapura!
p/s: Mungkinlah ini masanya untuk orang Malaysia memburuh di negara orang.







76 comments:
dah berkelana ke singapura. berhati2 dan berusaha kuat di sana saudara.
moga tuhan berkati perjalanan hidup saudara.
pasti nanti sudah hilang minat saudara utk menulis or berkarya politik dlm video malaysianews saudara, tp video adolf hitler terbaru dato' t tu terasa mcm sentuhan tangan kreatif saudara saja...bukan kot.
all the best hero
hanif terus kan perjuangan. pulang setelah semua nya selesai
ko kena kuat anif... Terus kuat.. ada ramai orang dibelakang menyokong ko.. Allah lagi la bersama ko
Teruskan berjuang Hanief..Allah bersama anda!
Sangat kagum dengan sikap anda. Teruskan usaha anda. Datang dengan harapan, pulanglah dengan kejayaan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.
alangkah bagusnya kalau ada lagi 100 anak muda berfikir dan berjiwa mcm hanief.saya setia mengikuti blog anda.saham anda memberi celik orang ttg penindasan di Malaysia pasti berpanjangan sampai ke akhirat.I'Allah.hidup baik2!
tak sangka ko cuma ada spm..tapi pemikiran ko mengalahkan mahathir...
Memang terharu membaca artikel ini. Harap tuhan akan memberkati perjalanan hidup saudara di Kota Singapura.
pliss smbung la malaysianews tu..!!!!
Like it :D
Jangan tinggal solat.
Teruskan perjuangan...tlg teruskan menulis isu2 membongkar rahsia kerajaan walaupon skang di negara orang..kami sentiasa di pihak anda..
semoga tabah dan terus berjaya hanief.
semoga Allah merahmati hidup anda. amin.
selamat hanief...tabahlan hatimu di dunia yang penuh dengan orang zalim ini...anak muda macam kau amat kami hargai hanief...aku sentiasa akan support kau...kalau kau ada masalah kerja di spore nanti just bagi tau je kat blog kau...nanti aku try contact member2 aku kat spore untuk bantu kau...ingat nick aku "adidas"
take care hanief...Allah sentiasa bersama orang2 yang benar...
Aku Heran Jugak... Kenapa Takde satupun Parti dalam PR ambil si Hanief ni bekerja? kalau aku .. Dah bagi dia urus satu department untuk urusan kempen Parti dan melawan anasir jahat tv3/RTM.. sekurang2 Bakat Hanief dah terbukti..
Mungkin Pemimpin KPR ni pun jenis pandang Diploma dan Ijazah mcm ambil Saiful dulu.. dan PAS pandang yg berjanggut..
dan berkopiah mcm Zul Nordin .. ntah la..
Nak Harap tvPAS dan TV SELANGOR.. Boring ya amat, Standard RTM jugak la... Tak menarik langsung...
►HaniPah dari dulu lagi aku dah suruh kau test berhijrah dulu dekat Singapura sebelum nak pergi ke Jepun atau New Zealand.Nanti kau rasa kan lah mcm mana berlagaknya Cinabeng Singapura kat sana.Melayu Singapura pun banyak yang KEREK pandang Melayu Malaysia ni mcm Low Class.Tapi ada yang baik-baik dan ok.
► Kau boleh Survive ke nep dgn 700 Sing Dollar tu.Cost of Living kat Singapore lagi tinggi kalau kau nak tau.Nanti kalau aku turun Woodlands kita jumpa kat Sim Lim.Sedara mara aku melambak kat Singapork ni.Wakakakak...
► Lepas ni kalau kau tak puas hati ngan Singapore kau UPLOAD video-video yg HANTAM Singapore mcm mana kau buat kat Malaysia dulu.Kita tengok kau masuk lokap ker tak.Waakakakak...
► Selamat memburuh di negeri orang.Akhir kata izinkan saya berpantun.JAMBAN EMAS DINEGERI ORANG,JAMBAN PAPAN DI NEGERI SENDIRI,SYIOK LAGI BERAK DI NEGERI SENDIRI.
Terima KaseeYYY...!!!!
tahniah...aku bangga dgn ko...aku pun x pernah terfikir mcm ko..
All the best bro... rezeki itu datang dari Allah,bukan dari UMNO, bukan dari BN, bukan dari DAP, PKR, PAS atau mana2 parti politik, Kerajaan mahupun KERAjaan.
Jangan lupa 5 waktu sehari semalam bro... kecuali lu period... muahahaha
RAKYAT BANGKIT!!! ; MELAYU SEBENAR DARI LANGKASUKA sampai EMPAYAR MELAKA! MELAYU YG. TAK me'LAYU HASIL 53THN INDOKTRINASI PEMBODOHAN RAKYAT!!! TARAF ORG TANAHJAWI; BUMIANGIN, SURBVANNA BUMI; BUMI EMAS > RAKYAT BANGKIT & MERDEKA!!! BANGKIT!!!
Nip.. Selamat berhijrah. Harap lu boleh berdikari di singapore sana. Yang penting adalah pengalaman.
Moga jadi pengajaran untuk masa depan yang lebih baik. :D
Jiwa muda kena berani. Pegi mampus dgn lahabau yg mengutuk ko.
Jaga diri org muda!!
Mahkota Taqwa ;
"SINAR" Islam Mermerlukan Pembelaan, Perjuangan Kerana Cinta Dan Sayang, Cinta Menyatakan Setia, Pangkat Menyatakan Kedudukan, Janji Menyatakan Harum, Warna Memberi Tanda, Oleh itu Terlihat Akan, Kemuliaan Kepada Cinta, Kemuliaan Kepada Janji, Kemuliaan Kepada Pangkat, Seandainya Berlandaskan Islam, Iman, Amal dengan Taqwa, Maka Baiklah Hidup itu..
Sifu سيفو
Kata-kata Saidina Umar kpd sahabatnya :
"Impikanlah" seorang pemuda berkata : " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan allah. "Umar berkata lagi : "Impikanlah". Seorang pemuda ber...kata : Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah. "... Umar berkata lagi : "Impikanlah". Mereka berkata : kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin " Umarpun berkata : "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
█████████
█████████
████████
Dasar pondan....!br kena soal siasat skit,dah merajuk pi singapore..dah kau bodoh malas belajar, pastu bising tadak kerja kat malaysia.. sumpah ko takleh maju seumur hidup ko bangang!!!
Bagi saya, anda sedang buat praktikal tesis untuk dapat status Phd. di seberang laut (definitely not Pulau Jerjak). Kita sepatutnya cemburu positif terhadap Singapura coz telah/sedang advance with great intellect berbanding Malaysia. Teruskan 'pengajian' anda. Wassalam.
1. hujan emas di negara orang.
2. hujan batu di negara sendiri.
3. baik tadah banyak2 hujan emas di negara orang.
4. lepas tu balik mai negara sendiri dah kaya-raya.
5. jgn terlalu ikutkan peribahasa melayu yang tak begitu ekonomikal sgt. harus bijak.
6. jgn tinggal solat dan rajin2 mendampingi alim ulamak untuk terus berjuang. perbaiki akhlak dan contohilah baginda Rasullullah saw.
jgn tinggal solat nip..biar apa pun terjadi..mati kerana agama lebih indah dari mati kerana lain.
lagi satu syukur ko ni termasuk dlm golongan yang takut dan percaya pada hari kebangkitan.
sebab sanggup berhenti kerja kerana tak mau mengangkut kotak-kotak arak tuh.
seronok la ustaz yang mengajar ko ilmu ni kerana dia telah bagi ilmu yg bermanfaat pada ko dan ko mengamalkannya.
semoga rahmat dan petunjuk Allah sampai ke atas ko dan kami kerana tak sesuatu pun ujian yg kita terima melainkan dia sentiasa alert dengan kita. Dia tak nak kita jauh dariNya. kalau Dia dah tak peduli kita dia akan biar ja kita senang hidup bercampur benda haram. Pedih siksa menanti orang mcm ni kalau mati tak sempat bertaubat.
bravo nief,semoga Allah mencintai mu.
hijrah itu sesuatu yang terbaik.
semoga ramai anak muda yang mengikuti jejak mu.
REENTRY org paling bangang!
org cina paling baik aku pernah jumpa adalah di Singapore. org india paling baik dan wangi adalah di Singapore. Orang Melayu kelas pertama semuanya di Singapore.
aku lupa, cina,india, melayu sudah tidak ada di Singapore. cuma ada bangsa Singapore! Kecuali pendatang, mcm Hanief ni yg Melayu, dan lain2 bangsa yg pendatang.
REENTY org paling bangang!
rakyat malaysia, makan pun kena cukai kerajaan 5% kadang ada yg 6%. bodoh bahlul! aku berbulu baca komen kau haritu. cakap apa je cukai kami rakyat malaysia bayar. bahlul bangang kau ni. apa saja jenis perniagaan, transaksi pelanggan kepada pekedai, semua depan mata ni ada cukai utk bayar perut boroi menteri menteri kesayangan kau tu!
REENTRY Bahlul bangang!
cerdik lah sikit org umngok! semua org umngok akan tanya, CUKAI APA KAU BAYAR SELAIN CUKAI JALAN? ternyata org UMNO mmg UMNGOK SEMULA JADI.
Reentry...
BUTUH PAK HANG
BURIT MAK HANG
teruskan perjuangan.. Allah bersama kita
Macam plot cerita Kak Limah Balik Kampung aje... Usin membawa diri dengan berbekalkan SPM dari Kampung Pisang ke Singapura, apabila dah jadi Supervisor dengan gaji SD2000 sebulan (RM4,800). Dapatlah Usin beli motor besar untuk kembali ke kampung pisang.
Sebenarnya ada baiknya Anep merantau ke tempat orang, banyak perkara yang perlu dia pelajari supaya dapat mempertingkatkan keupayaan dirinya. Dia boleh kata macam-macam mengenai apa sahaja yang dilihat dan dialaminya di Malaysia. Anep juga perlu menjadi lebih dewasa dan berfikiran 'agree to disagree" pada masa akan datang.
Saya sarankan supaya Anep menggunakan masa lapangnya untuk belajar Ugama Islam terutamanya dengan kecanggihan Surau dan Masjid di Singapura yang mengoptimumkan kegunaanya sebagai pusat sumber rujukan dan ilmiah pembelajaran Ugama Islam.
Jika Anep ingin lebih berjaya, pastikan Anep solat berjemaah di masjid atau surau. Utamakan solat berjemaah di surau dan masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Pastinya Anep akan menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat!
nnt kite jenjalan di Mustafa tu nyerk ... sgt syiok situ! pape pong .. take care yerk .. ;)
salam Nep, aku dah lama follow blog ko.. Bukan senang nak jalani hidup dengan penuh pendirian mcm yg ko tgh buat ni.. aku kagum.. Walaupun setengah2 org yg terus akan menembak dgn ckp ko malas, memilih kerja ke, pengecut ke.. tapi aku tau ko mesti ada sebab2 ko tersendiri kan.. Kuatkan semangat bro..
Kalau boleh share sikit aktiviti masjid @ khutbah jumaat kat sana macam mana kalau ko berkesempatan.. Minggu lepas aku solat Jumaat kat Masjid Kg. Baru, khutbah Jumaat cerita pasal PDRM, statistik jenayah berkurangan thanks to PDRM, PDRM berkhidmat jujur & ikhlas demi agama.. bla..bla.. Hati & telinga aku rasa panas je tapi aku tgk rata-rata pengunjung melayu semua tidur.. Yg celik ramai Bangla2 yg aku sendiri tak tau diaorg faham ke tak.. Tahniah kepada yg membuat teks khutbah & slide multimedia tu kerana sgt bagus impak nye..
Kami doakan agar Hanief selamat dan sihat di Singapura! SKMM tak boleh nak buat apa-apa pun! Gertak aje yang lebih! Dia orang pun tengah tunggu yang menteri-menteri tu tak beri perhatian, bila line dah clear, kes kau tu pun akan ditutup dan failnya akan dibuang dalam tong sampah!
goodluck bro,slalu2 la update aktiviti kat blog...aku akan sentiasa mendokan lu bro...tp ko beruntung,sbb xyah jumpa anjing2 & babi2 kat malaysia ni lagi bt smntara waktu...haha
►Kesian Anon kat atas tu buat cerita palsu kunun Singapore negara kapir tu macam Syurga Jannah.Habis kat Singapore tu tak kena cukai ke?.Makan MacDonald atau Starbucks kat Singapore tak kena Govt Tax ke?Baik betul Lee Kwan Yew tak makan duit cukai.
► Jangan nak memuji-muji melebih-lebih sangat la Singapore tu.Korang Singapore pun tak pernah jejak cerita mengalahkan Permanent Resident Singapore.Wakakakakak...Selagi namanya Melayu kat Singapore jadi Kuli Batak macam Hanip jer la jawabnya.Wakakakak....
► Pasal pepatah Melayu tu aku cakap Jamban Emas dengan Jamban Papan.Bukan Hujan Emas atau Hujan Batu.Bila masa pulak aku cakap hujan emas di negeri orang.POYO lebih pulak mamat tak mengaku Melayu tu.Nik Ajis Malu Mengaku Melayu tapi bangga JADI MAT KELANTAN.Sebab dia tampal logo Kelantan dekat belakang cermin kereta macam Mat-Mat Kelantan yg kerja kat Kl.Semangan ASSABIYAH diorang tinggi betul.ChaiiTTT...!!!
Terima KaseeYY...!!!
respect from UK....anda seorang survivor tulen.. belajar merantau,belajar mencari ilmu, belajar berdikari...lihat warga Pakistan di UK ramai yg bergelar jutawan suatu masa dulu merempat mencari rezeki dinegara org...
ko ada spm dan ko ada wawasan...
bertuah mak ko melahirkan ko,mudah2an hanief istiqamah dalam memilih yang halaldan haram,yang haq dan yang bathil,bukan macam anak2 muda umngok yang kaki ampu,kaki bodek,tak jaga hak Allah,seronok dgn hiburan,itulah yang menjadikan mereka melihat tetapi buta hati.
Allah tak tanya kau org ada spm ke tidak nanti,
dilla
"Ya, memang dalam hidup saya ini, saya tak punya sesiapa yang saya sayang. Kerana itu saya tak takut mati. Saya sayang binatang sahaja. Ibubapa, kawan-kawan, para pelanggan dan saudara-mara? Faham-faham sajalah. Binatang lebih layak saya sayangi daripada anda semua. Apa salahnya bukan? Janganlah cemburu pula. Hahaha!"
Tak cemburu pun cuma tertanya-tanya, anak ape ko nie??? Takpe la janji ko bahagia..
Adakala aku menyampah ngan post ko
tapi adakala aku suke post ko...
apa-apa pun aku x benci ko...semoga kesilapan lampau dulu x kire ko , aku dan pembaca lain akan kita sentiasa perbetulkan
all the best bro...
Anep..selamat berhijrah..berbekal doa parents dan kawan2, mudahan kau akan berjaya.Kau masih muda dan bijak brader..dptkan tips drpd org yg lebih tua..ada rezeki nanti sambung belajar. Kau org hebat brader...ok..selamat menimba pengalaman
oi REENTRY BAHLUL BANGANG, tau pun kau kat singapore kena tax. yg kau bangang sangat cakap rakyat malaysia tak bayar cukai tu apa kejadah? padan muka kau minum air kencing sendiri lepas terberak.
kepala hotak kau aku tak pernah pg singapore. malah aku ada kawan cina paling baik dalam dunia kat sana. malahan india. SILAP SILAP! aku lupa. mereka tidak lagi berbangsa CINA dan INDIA. mereka adalah SINGAPORE!
kawan-kawan aku kat INDONESIA pun tak mengaku mereka MELAYU. di mana ramai melayu di malaysia ni berasal dari sana. MELAYU CINA INDIA DAH TAK WUJUD di SINGAPORE dan INDONESIA. tapi mereka tetap berbahagia. mereka ada BANGSA NEGARA yg boleh DIBANGGAKAN!
org MELAYU Malaysia lah paling bangang mcm REENTRY. takda jati diri, baik dilupuskan saja MELAYU MALAYSIA. cakap bahasa melayu konon! mcmana slanga org melayu bila cakap dgn cina? LEBIH CINA dari CINA cakap melayu. mcmana slanga org MELAYU bila cakap dgn india? LEBIH INDIA dari INDIA. mcmana MELAYU cakap bila dgn org INDON? LEBIH indon dari INDON tu sendiri. mana jati diri agung org MELAYU MALAYSIA?
tapi di SINGAPORE dan INDONESIA mereka mengguna satu BAHASA NEGARA mereka. kat MALAYSIA? masing2 guna bahasa masing, masing2 curiga tak sudah! kah kah kah. AKHIRNYA, CINA yg kaya raya! mana melayu kau REENTRY?
KORANG TAK YAH LAYAN LA ANJING REENTRY TUHH...NATANG TU SAKIT ATI N JELES KAT ANIP SEBAB BLOG ANIP BEST...ANJING REENTRY NI ORANG YANG KECEWA...TAK PUN GILA..
anip pelihan raya nnt jgn lipa balik
sama2 kita pangkah pembangkang.
selamat maju jaya anip
►Wakakakak...mengamuk ke Anonymous tu.Jangan la mara-mara nanti kotey jadi kecut.wakakaka..!!!
► Kepala BURIT TOMPK-TOMPOK HITAM kau lah cuma ada satu bangsa Singapore.Kau cuba test tengok IC Melayu Singapura satu-satu.Diorang diklasifikasikan macam Ayam Penyet.Ada tulis Javanese,Bugis,Boyanese,Melayu dan lain-lain.Dulu masa bayar yuran sekolah sapa JAWA,BUGIS,BOYAN kena bayar yuran mahal sebab Lee Kwan Yew tak suka Jawa ngan Boyan.wakakakakak...Cinabeng ngan paria kena bayar murah.Swing Singapore kunun.One Singapore kunun.CHaiiTTT..Semua tu propaganda TAIK.
► Anip tu ingat kerja Singapore boleh jadi jutawan agaknya.Melayu tulen Singapore pun takder dalam rangking jutawan kat sana kau buruh asing melayu Islam nak bina empayar kat sana.Boleh pergi jalan dah.Lain la kalau kat UK,Canada.
► Satu lagi takder masa der aku nak jeles2 ngan hanip ni lah.Aku kenal Anip sejak 2008 masa zaman memaki hamun Pak Lah dalam You Tube.Tak caya tanya HanipaH.Cuma budak-budak baru yang Kepala Kotey baru nak naik ni je ingat aku ni baru lepak sini.ChaiiTTT...!!!
Terima Kaseyy
All the best nep...
Doa lah banyak2...
Moga ko balik dengan kejayaan nanti
kat singapore bangsa melayu dipecahkan dgn spesifik.jawa,boyan,bugis dll semata2 nak menyatakan melayu juga pendatang sptmana cina .....bukan nak racist tp tu la hakikat...wei anip apa kata ko buat blog hina kerajaan singapore sptmana ko buat kat sini pastu br tau ahak2...bodo punya budak byk sgt mkn babi orgnaik kot.....
bangla, indon,burma,india nepal berebut2 kerja kat sini yg berok mak yeh bernama anief ni gedik2 pg singapork pehal?elokla kau anif jd penjilat jubo aljuboreee tu....baik ko mampos je
kau ingt kau lama kau bagus ke REENTRY BAHLUL BANGANG?
kau tak jawab pun pasal TAX KERAJAAN MALAYSIA yg aku bayar tu? yg kau dah terbongok sekejap tu. yg konon2 aku takda bayar apa tu, dah lah tak bayar, nak bising tu. konon2 tu.
ONE SINGAPORE, ahahaha. ambik kau OBAT wahai REENRTY BANGANG. tau pun kau ada ONE SINGAPORE yg ber bin kan ONE ISRAEL, yg ONE MALAYSIA berdatukkan ONE ISRAEL.
ambik kau makan tahik sendiri di JAMBAN PAPAN kau!
hahaha....kesian hang...
Ini bukan soal Melayu dipecahkan. Tetapi ini soal keupayaan untuk menggunakan duit dengan baik dalam perniagaan.
Kalau Melayu didanakan dengan berbilion sekali pun tapi pergi beli benda yang mengkayakan diri sendiri, faham-faham sajalah kesudahannya.
hanief,
u r d man.
dun worry, kita akan ubah malaysia...tukaq kerajaan barisan najis. ko balik nanti bila keadaan ok.
in the mean-time take care.
life is like tat, we have to learn the hard-way coz our leaders are suckers.
salam hanief..
mu janji jaga solat jah..aku sokong mu..otak mu memang best,Allah bagi mu hati cerdik bukan hati bodo macam UMNGOK tu..mu jaga solat,aku sokong seme keje mu..hok lain kita serah ke tuhan.
aku sebaya ngan mu,tapi aku tengah ngaji,esok kalu aku dapat merintah( aku bukan dok main spm je nih,blajar sampai dapat kelayakan mrintah,insyaAllah )aku cari mu tau..
jadi mu jaga solat jah,teruskan menulis dalam blog..hang akau tau,ramai budak muda sokong mu.
slamat maju jaya hanief....
PADAN MUKA KO HANIEF, Kang tak pasal2 merempat di negara yang ada kasino terbesar. Pi la buat blog kutuk kerajaan Singapork plak. Pembangkang ni angan-angan lebih nak tawan Malaysia. Pirah Mabok, dengan isu liwat-meliwat tak selesai-selesai. Ada hati nak rampas Putrajaya. Pirah mabok wahai pembangkang. (PAS Pis Pus, PKR + DAP). Aku percaya dengan kepimpinan professional yang ditunjukkan oleh Dato' Najib. Malaysia akan jadi hak milik BARISAN NASIONAL SELAMA-LAMA-LAMANYA..Pirah mabok. Salam 1Malaysia, Gelombang Merah akan merampas kembali Kelantan, Kedah, PPinang & Selangor. Kami akan pastikan 110% BN Boleh. hahahaha.
Video ini ditujukan kepada Hanief
http://www.youtube.com/watch?v=xBORfpLtib8
B.E.R.A.M.B.U.S Hanief.
dah elok2 senang lenang kat malaysia pas2 wat hal plak.. now trpksa merempat kat negeri org..
adoi, kadang2 bodoh gak ko ni ek,,,
Ini anon cakap:-
PADAN MUKA KO HANIEF
Ini orang pun tada baca punya orang. Dia ikut itu BN macam buta punya orang.
Tenguk itu you tube punya video - BN punya orang juga, banyak kurang ajarlaa. Banyak sombong juga srupa macam ini anon punya juga.
Saudaraku,
Semuga Allah bersama mu. Apa yang penting, amalkan agama ini secara sempurna walaupun di mana kita berada. Kejayaan seluruh umat manusia adalah didalam agama yakni ikuti segala perintah Allah, tinggalkan segala larangannya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Sallallahualaihi'wassalam.
Allah akan menolong kita jika kita tawajjuh kepada Allah 100%.
Wassalam.
Tabahkan hati .. Sal PC tu .. wat je kt singapore.. wat PC yg lagi Power dari sni .. hehe.. teruskan pejuangan ..
>>Jangan tinggal solat.
=> Kat situ ada Masjid besar, kalau tak silap Masjid Angullia..... jemaah sentiasa ramai.....
Hi Hanief, good luck to u... if masa mengizinkan, i will pay a visit to your working place when i'm in Singapore....
no matter what happens 1-2 weeks ago, im sure u tidak melakukan apa apa kesalahan sehingga perlu naik makamah.....
--Sya ni trik shj, hanif masih di malaysia... hehhe im genius...
Anon yg kata:-
--Sya ni trik shj,
Tak tahu baca blog gamaknya. Cuba nak tipu org macam kerajaan BN.
Hahaha..kutuk malaysia, sebab bekerjasama gan Israel...TAPI...satu dunia tau singapore adalah kawan baik Israel...lagi mau pegi dan keja kat sana...porah......
hanief, wa tabik spring lu p cari save port kat SG. apa kata NZ lak @ AU selepas nih sebab kita ada hak tok whv = working holiday visa. then boleh hantam gomen habis2 from there sebab minah saleh back up kita baik nya. harap lu paparkan komen wa di 1 artikel agar bukan komen jahanam jer dapat tempat MALAHAN sokongan moral wat lu.
Hanief, pemikiran anda memang diluar batasan....Teruskan perjuangan anda. PRU13 nanti balik tau......
Assalam, berapa harga iklan saiz kecil untuk bubuh kat blog ko ni??
hANIEF KO DAH BERBINCANG DGN RAJA PETRA? MANA LA TAU DIA ADA TIPS2 BEKERJA DILUAR NEGARA...
Semoga berjaya bro.
Aku doakan semoga Allah memberikan kekuatan untuk ko menempuh dugaan ni.
Terharu dengar cerita ko kerja kat kilang yang ada botol wine tu.
tak ramai orang muda yang berpendirian teguh macam ko untuk sesuap nasik.
All the best
Great post Hanief, makes me wanna migrate to Singapore right now!
All the best to you dude, remember that every challenges you face will only make you stronger.
Peace!
Aniff, ajaklah sekali kawan-kawan kau ke Singapura. Kat sana kan best, tak macam Malaysia.
Hanif
Sekarang baru U tau langgit tu tinggi ke rendah..Merempat lah kau dinegeri orang...ups tersilap taip... negeri buangan....ups...tersilap taip lagi...negeri kayangan...
Gunakanlah kebijaksanaan kau tu untuk menjadi insan yang bijaksana bukan sebaliknya ;)
kesian aku bace cite ko ni hanif. klu aku kenai kau dari dulu aku tlg kau carikan keje kat sini. banyak je keje kat sini. btw. kau dok mana ha? area little india ke? jom jumpa. borak2 sambil pekena murtabak rusa dpn masjid sultan tu.
Post a Comment