Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Kelapa Di Singapura

Monday, March 28, 2011

Kelapa Di Singapura

Kelapa

Saya baru bersarapan dengan sebiji kelapa muda yang baru keluar dari peti sejuk sebuah restoran. Sangkaan di hati jauh meleset berkenaan harga sebiji kelapa di sini.

Di Malaysia, paling murah pun sebiji kelapa muda berharga RM2.50. Itu Kelapa Mawar, airnya kurang manis, tetapi isinya lembik-lembik dan senang dimakan. Kelapa Pandan kegemaran saya di Malaysia pula berharga RM3.00. Ia manis, airnya sedikit dan isinya ada lembik dan keras.

Kalau kerja di Malaysia dengan gaji biasa pekerja bawahan, saya akan bergaji RM900. Tidak ada gandaan 2.4. Nah itulah yang kita ada. Di Singapura, walaupun gaji saya $700 kalau hari-hari makan kelapa muda? $2.00 apalah sangat. Demi protein dan kesegaran badan.

Di Singapura, sebiji kelapa tadi berharga $2.00. Saya sedut habis airnya yang manis semasa pelayan restoran pergi menukar duit $5.00 yang saya beri. Dia agak terkejut. Hahaha!

Kelapa baru dihidang, airnya sudah habis dihirup. Sekembalinya dia di meja saya, $3.00 dipulangkan. Saya mengarahkannya untuk membelah kelapa itu. Agak lama juga. Mungkin dia kurang berpengalaman. Saya sudah biasa membelah kelapa. Nak tahu mahir atau pun tidak seseorang itu? Lihat berapa kali tetakan yang ada di buah kelapa. Hahaha!

Saya sudah menjadi vegetarian sejak Julai 2010. Saya telah membeli kelapa berterusan sejak tarikh itu. Jadi tak susah untuk saya cari makanan halal pun di Singapura. Tambah-tambah jika duduk di Little India ini. Saya bersarapan pagi dengan air kelapa. Saya dapati air kelapa dan isinya merupakan hidangan lengkap untuk seseorang yang tiada makanan lain di hutan. Protein pun ada di dalam kelapa.

Saya juga ada ikuti video Liferegenerator di mana dia juga meminati kelapa. Inilah khazanah kita di Asia Tenggara.

Sewaktu memakan isi kelapa yang sederhana kerasnya dari tempurung kelapa yang terbelah dua itu, ada seorang minah saleh lalu di situ, terpandang dan terbeliak biji matanya. Saya peduli apa? Hahaha!

Mat saleh pun belajar dari orang-orang di hutan untuk bantu penyelidikan ubat-ubatan mereka yang mereka patenkan untuk memonopoli perniagaan.

p/s: Kata orang tua-tua, malam-malam jangan minum air kelapa, nanti kejang urat? Entahlah. Pada saya, bukan kejang urat tapi kencing malam. Kesan air kelapa dengan air biasa tak sama pada sesi membuang air kecil.

29 comments:

mr edz

kalau kat kampung aku tak rasa pun nak minum air kelapa(pokok kat belakang rumah) tapi bila kat kl ni keinginan meluap luap...

mangchikla

Hanief, mike udah keghoje Singapura pulak ke? Uwaaaaaahhh, ate, biler yg mike hijrah, ujan idak , ghoroh pon idak , tup, tup mike udah kesana iye ? Elok2 jaga diri ....

Zuwairi Aiman

org bandar lagi mahir pasal kelapa dari org kampung bila minat untuk mendalami kelapa ada.

joe penang

Ko buat la kerja part time anip.Bila free.
Repair komputer/handy cam. Bela arnab xleh kota kat sana. Ada rezeki kawinlah awek sana. Boleh dpt pr
Dah banyak duit mai la balik sini. Jadi toke besar. Lawan ubn

Anonymous

hanief pegi singapura sebab taknak org kacau keluarga dia... hampeh betul *&%$%%$##$ nie.. .


Jawab la ko kat akhirat!!!!

Takpe Nip. Sabar!

Allah akan memudahkan Jalan (urusan hidup) orang yang berserah dan bertawakkal kepada-Nya.

Sallute to your princip!!

Anonymous

Tetap merindui idea2 kreatif Hanif.... harap dapat terus mencetus idea kreatif tentang politik...

ANUAR

next posting....mkn lah buah-buahan tempatan.
tul tak bro?..

p/s lawan ttp lawan

Anonymous

ni la ciri2 pejuang..kt mana2 pun,tetap blh hidup..

Anonymous

Ibarat benih yang baik..campak di mana2 boleh hidup!!

Hidup Rakyat!!

ANUAR

garis panduan penulis blog,hanya di benarkan menulis:

1- kisah haid / nifas
2- cerita buah-buahan tempatan
3- cerita gosip artis
4- kejayaan 1Malaysia
bla..bla..bla..
ekelehhhhhh...sengal tul

Anonymous

lek jer nip.. saba je.. insyaallah setiap yg diorg wat mesti de balasan nyer...

Anonymous

hanief, apa yang terjadi ini adalah ujian dari Allah, kalau Allah uji seseorang itu, bermakna Allah sayang org itu. kau sabarlah hanief ye, di sini, aku iringi dengan doa dan solat hajat buat kau kat sana. semoga kau dalam keadaan selamat dan tenang menjalani kehidupan seharian, kau tak keseorangan, kau ditemani oleh Allah dan sahabat mu di Malaysia kami sentiasa bersama dan menyokong kau hanief...........

anuar

afdhal ismail

Salam. Hanief..ana baru jer jadi pengikut blog ni. sejak hanief kena siasat ngan SKMM. alhamdulillah...banyak input ana dapat. sejak dari tu, setiap hari ana bukak blig ni. semoga dipelihara. sentiasa dalam keafiatan. Musafir ni perkara sunnah. amalan para nabi dan Rasul

Acher Md Som

Ko cari company EPS computer system. Dia outsource staff untuk kerja bidang IT. Bley dapat $1300 sebulan...;-)

ImNeO

nip,
u pasang google ad kat blog u. kita tolong click..leh
adalah sikit xtra income.
sekaran ko dah famous, mesti ramai orang click kat blog.

Anonymous

you just made me wiki about coconut! nice info niff!

Anonymous

Hanief letak logo donate diblog ni, nanti ramai penyokong akan bantu derma bank in duit untuk perjuangan hanief menegak kebenaran.

Hanief

Saya datang ke Singapura untuk cari duit. Bukan cari duit derma lah :P

Buat masa ini, saya lebih percayakan 3 bidang ini:-

- Makanan
- Pendidikan
- Kesihatan

Lain-lain macam bidang IT, itu bidang yang baru wujud dan akan terjejas teruk di kala kemelesetan ekonomi.

Jika dilihat kembali, 3 bidang di atas tadi merupakan bidang yang telah wujud lama. Ia bukan bidang sampingan. Sebuah negara boleh bergerak tanpa IT. Tetapi tidak boleh membangun tanpa 3 bidang tadi.

Nak tahu berapa kuatnya bidang yang 3 tadi, kaji kemelesetan ekonomi di Rusia suatu ketika dahulu.

Anonymous

PADAN MUKA KO HANIEF, Kang tak pasal2 merempat di negara yang ada kasino terbesar. Pi la buat blog kutuk kerajaan Singapork plak. Pembangkang ni angan-angan lebih nak tawan Malaysia. Pirah Mabok, dengan isu liwat-meliwat tak selesai-selesai. Ada hati nak rampas Putrajaya. Pirah mabok wahai pembangkang. (PAS Pis Pus, PKR + DAP). Aku percaya dengan kepimpinan professional yang ditunjukkan oleh Dato' Najib. Malaysia akan jadi hak milik BARISAN NASIONAL SELAMA-LAMA-LAMANYA..Pirah mabok. Salam 1Malaysia, Gelombang Merah akan merampas kembali Kelantan, Kedah, PPinang & Selangor. Kami akan pastikan 110% BN Boleh. hahahaha.

Video ini ditujukan kepada Hanief
http://www.youtube.com/watch?v=xBORfpLtib8

B.E.R.A.M.B.U.S Hanief.

Mantot

orang di atas adalah orang paling bebal dalam Malaysia

Anonymous

ya..dia adalah bebal..sgt emosi mengutarakan pendapat..go nip! ulat dalam batu pun leh idup..setakat kedai mamak..padahal..jnji halal! barakallah

Anonymous

Anon yang kata ini:-

Aku percaya dengan kepimpinan professional yang ditunjukkan oleh Dato' Najib. Malaysia akan jadi hak milik BARISAN NASIONAL SELAMA-LAMA-LAMANYA..

Ini orang macam tada baca punya orang. Rasuah sana sini dia tada nampak. PKFZ scandal - BN punya orang - bukan sikit billion jugak. Itu satu bekas MB sudah bikin Istana atas bukit - million. Ini macam smua tida apakaa? Lagi banyak juga boleh kasi dia punya list laa - misti panjang punya itu BN punya salahlaku.

Anonymous

anon kat atas ni india kot.

anuar

Anonymous

India tapi saya ada faham juga laa. Saya banya suka baca ini blog tenguk Malaysia punya orang selalu gadu laa. Tapi awak punya orang banyak tara tahu itu butul kaa sala kaa? Sini Singapore lain laa. Tapi Malaysia punya orang banya tara suka laa.

Anonymous

owh sori la, saya pun malu juga dengan apa yang terjadi, kita sama sama betulkan apa yang 'tersasar dari landasan'. harap hanief berada dalam keadaan selamat. dia adalah semangat kita........

anuar

Anonymous

Jangan lupa untuk kembali berpolitik hanief.... jgn lupa....

Ahmad

PADAN MUKA KO HANIEF, Kang tak pasal2 merempat di negara yang ada kasino terbesar. Pi la buat blog kutuk kerajaan Singapork plak. Pembangkang ni angan-angan lebih nak tawan Malaysia. Pirah Mabok, dengan isu liwat-meliwat tak selesai-selesai. Ada hati nak rampas Putrajaya. Pirah mabok wahai pembangkang. (PAS Pis Pus, PKR + DAP). Aku percaya dengan kepimpinan professional yang ditunjukkan oleh Dato' Najib. Malaysia akan jadi hak milik BARISAN NASIONAL SELAMA-LAMA-LAMANYA..Pirah mabok. Salam 1Malaysia, Gelombang Merah akan merampas kembali Kelantan, Kedah, PPinang & Selangor. Kami akan pastikan 110% BN Boleh. hahahaha.

Video ini ditujukan kepada Hanief
http://www.youtube.com/watch?v=xBORfpLtib8

B.E.R.A.M.B.U.S Hanief.

org nie dah kene liwat kat Najib lah...xyah dgr ckp die najib,hahahaha...minda tertutup oleh hati yang gelap,Allah gelapkan pandangan mana yang Batil....Semoga die dpt hidayah
amin......

Ahmad

xyah dgr ckp die "najib"...typo

Anonymous

Tak salah merantau...pegi tegok negara org lain puas2 kemudian bandingkan..gan semua negara yang kao dah pegi samaada malaysia nii..teruk atau tidak..kalau kata hati kao..dan semua orang yang tak sayang Malaysia ..silakan pergi merantau dan tak payah balik sini lagi......

Post a Comment

Blog Archive