Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Kesan Duit Kertas ?

Saturday, April 9, 2011

Kesan Duit Kertas ?


Duit kertas yang ada hari ini di pelbagai negara telah menyebabkan manusia bertumpu di negara yang memiliki duit kertas bernilai tinggi. Termasuk anak-anak menteri sendiri. Kenapa mereka tak belajar di Harare, Zimbabwe dan simpan wang dalam dolar Zimbabwe? Haha!

Perbezaan kualiti kehidupan amat dirasai apabila saya bekerja di negara yang memiliki matawang yang bernilai lebih tinggi daripada tanah air saya sendiri. Ini baru Singapura, belum negara maju yang lain.

Saya rasa, saya akan cuba di UK pula.

Dari Singapura, saya baling $1 ke Malaysia ia bertukar menjadi RM2.40
Dari UK, saya baling £1 ke Malaysia ia bertukar menjadi RM4.90

Jika kita cerita bab duit dinar dan dirham, saya percaya ia tidak akan bertukar nilai.
Dari Malaysia saya baling 1 dinar ke UK ia tetap bernilai 1 dinar. Begitu juga dirham.

Hari ini orang main duit kertas dan kad plastik yang berteraskan ekonomi fiat.

Anda dilahirkan di Malaysia. Rakan anda dilahirkan di Bangladesh.

Anda kerja di Singapura begitu juga dengan rakan anda dari Bangladesh. Masing-masing dapat gaji.

Setiba di negara masing-masing, anda beli makanan tengahari, cuba teka siapa dapat beli makanan lebih banyak dengan gaji dalam dolar Singapura yang sama itu?

Tentulah rakan anda di Bangladesh. Sekarang bayangkan, anda masih bekerja di Malaysia dan rakan Bangladesh anda bekerja di UK. Jangan terkejut jika dia boleh sewa lot kedai di Malaysia dan menggaji pekerja sekali di Malaysia dalam beberapa tahun sahaja dengan hasil pendapatannya di UK.

Mungkin ada yang tak faham tetapi tadi baru rakan sekerja saya beritahu di Jepun ada gaji minimum. Ikut duit dolar Singapura, sehari gaji minimum $115 di Jepun. Makanan tengahari $5 sahaja. Bezanya cuma jurang bahasa.

Sekarang ini saya nampak, beza antara saya dan rakan saya dari India ini, ialah kebolehan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan gaya sebutan Mat Saleh. Mereka gagal melakukannya, sehinggakan pelancong hanya senyum dan mengiyakan mereka sahaja. Tetapi kemudiannya pelancong itu minta tolong dari saya pula. Bukan sekali jadi begini. Hampir setiap kali. LOL!

Daripada membazir masa di Singapura lebih baik saya ke UK atau mana-mana negara yang setanding dengan kebolehan saya. Buat apa belajar bahasa Inggeris tapi simpan dalam mulut?

Banyak benda boleh dibuat dengan bahasa Inggeris. Takkan setakat mencarut dan menyanyi dalam bilik air saja? Haha!

Ini boleh dibuat benda cari makan.

p/s: Kalau zaman saya tak ada PPSMI pun, saya dapat cakap dalam bahasa Inggeris dengan baik. Takkanlah generasi hari ini yang ada YouTube, Skype dan Facebook gagal menandingi generasi terdahulu? Siapa yang makin bodoh ni?

14 comments:

ahad

kiranya kamu nak ke UK pula sekarang, Hanief? When is ur flight? Coming back to Msia first or taking off straight away frm Changi?

umno stupid

parpukari a.k.a reentrycapsule yang lagi bodoh

Anonymous

Nak pergi ke UK atau negara2 lain kalau ada contact adalah lebih baik tapi tidak semestinya.

Biar dapatkan lebih banyak penglaman di Singapura sebelum berhijrah ke negara yang lebih maju.

Pengalaman tidak boleh dibeli. Pengalaman mesti dilalui.
Pengalaman tidak boleh diperolehi di mana2 institusi pengajian tinggi.
Penglaman adalah satu perkara yang unik & mahal mengikut apa yang dilalui.
Pengalaman tidak sama di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Pengalaman boleh dimanfaatkan oleh orang lain apabila yang mengalami menceritakan kepada orang lain.

silver

betul la tu.. tahun 1992 aku pernah jadi cleaner gerai makan di Australia. kat sana gaji dibayar ikut jam. 1 jam = AUD10, sekarang rasanya pasti lebih tinggi. satu petang kerja 5 jam dah boleh dapat AUD50 x 5hari x 4minggu = AUD1,000 = RM3,195 (kalau tukar hari ni!). Lebih kaya dari jurutera yg baru nak start kerja

ahad

mu ni hanief..jwb la mula org tanye..kekgi kang koho sedak la sek2 deme bahang ke mu.. :P

Anonymous

Bagus la kalau kau ada matlamat, mmg bagus ke negara orang, jauh perjalanan luas pemandangan.

bacalah Al Ikhlas

bagus hanif.. critelah apa yang bole dimanafaatkan bersama dari penghijrahan ke s'pura tu. aku di besarkan di s'pura, skrg kat johor.

redzabes

x semestinya mcm tu, contoh paling jelas: yen
walopon rm 1 = 82 yen, kos hidup diorg lagi tinggi dan ekonomi diorg lagi mantap,
kesimpulannya, nilai mata wang tu x penting, yg penting cara kerajaan uruskan ekonomi

Anonymous

Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah. Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil. Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allah dipenuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka ditimbang dengan syariat dan disukat dengan adat.

Hashim

Bro lagi baik ke Oman
balik oman riyal 1 kat malaysia dapat 7.844
mana lagi mau carik mcm ni punya conversation

K.I.T.T

Orang bangla tu negara dia tak aman damai.nak makan susah.negara berperang.sana sini mati.sana sini meletup.kita orang melayu walaupun bergaduh sesama sendiri macam mana pun TIDAK AKAN MEMBUNUH sesama sendiri.paling kuat fitnah.kerana tiap-tiap orang melayu dilahirkan lembut.persekitaran dan perbuatan yang mengubah sifat orang melayu tu sendiri.Negara Singapore,UK semua tu bukan negara Islam.jadi persekiratan pun paham-paham la.Orang cina kat pun kalau dicampakkan kedalam kawasan melayu...bagi je la 5 tahun...habis jadik melayu.bahasa sendiri tak tahu.inikan lagi kita melayu dan islam.Serba serbi tak boleh.serba serbi kena jaga.kalau ada kawan pun..kena tengok kawan tu macam mana.kalau dapat yang kaki botol.kaki perempuan.kaki judi....duduk pulak serumah dengan kau pulak...sehari dua boleh la tahan.sebulan 2 boleh lagi.masuk setahun kita plak join dengan dia.padahal kita dulu baik.mak bapak masuk sekolah agama.tapi tu la persekitaran......


Sebenarnya meniaga kat malaysia ni kalau ko perhati betul-betul orang malaysia ni dia nak murah sahahja.barang tu barang curik ke barang seludup ke yang penting murah.pastu dikaji lagi dalam...Orang Melayulah yang paling besar marketnya berbanding bangsa lain.Kuasa Ekonomi terbesar kat Malaysia ni ialah orang Melayu sendiri.Tengoklah pengguna rokok.customer rumah urut.pelanggan yang berjudi dimesin-mesin judi...yang beratur beli nombor ekor....bangsa mana? Melayu!.Nampak % pasaran tu kat mana? kes Telur tiruan kat pasaran agak-agak pembeli terbesar ialah siapa? Barang secondhand tak kira la kereta atau komputer pengguna yang paling besar siapa? Bukan orang Melayu ke? Dalam keluarga aku adik beradik aku semua makan gaji.kerja kerajaan aku sorang terbabas kerja sendiri.Aku pun bidang IT jugak...dah 10 tahun aku dalam bidang ni...tapi aku tak mudah give up...aku cukup percaya...`Gods pun me in this situation because HE know i can handle IT!`.


Ni Dalam tempoh sikit masa..aku jadik Distribitor..hehehe.takde buat repair.tak payah amik barang kat lowyat lagi.

al-tantuya

nep...
meh le hijrah ke negara arab...Saudia, Qatar, UAE, Kuwait...senang sikit nak gi umrah ke Mekah dan Madinah...kat sana nanti awak akan lebih tenang tanpa terlalu memikirkan masalah duniawi yang semakin tua ni. InsyaAllah....

Anonymous

Anep. Aku sentiasa sokong ko. Semoga terus tabah!

Aku Selipar Buruk

ape-apelah... yg penting ko bahgia..

Post a Comment

Blog Archive