Asia, Malaysia, Tech & World Blog: 7 Perkara Untuk Najib Pulihkan Imejnya Selepas 9 JULAI

Monday, July 11, 2011

7 Perkara Untuk Najib Pulihkan Imejnya Selepas 9 JULAI

Orang tua pun kena. Ini macam negara hutan, tak ada undang-undang.
  1. Laksanakan gaji minima bermula dengan RM1,500 untuk semua sektor (khususnya sektor swasta) sebagai permulaan.

  2. Wujudkan Pasar Tani dalam bentuk perniagaan di dalam bangunan mirip seperti GIANT, TESCO, CARREFOUR dan JUSCO.

  3. Tingkatkan syarat minima kelulusan dalam pengambilan anggota polis baru (WAJIBKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YG. BAIK). Singkirkan polis yang tidak menghormati perlembagaan serta-merta (tanpa mengira status).

  4. Percepatkan perbicaraan mahkamah dan hukuman seperti Singapura.

  5. Iktiraf satu kawasan di jalanraya untuk rakyat berarak dengan efektif sekali gus hormati kebebasan berhimpun serta kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.

  6. Wujudkan transit LRT atau MRT di seluruh Malaysia (dari Perlis hingga ke Sabah). Baik di kampung mahupun di bandar (pembangunan sekata) berserta kadar tambang yang amat berpatutan.

  7. Banci semua perkara dari segi kerja, pendidikan, agama, ekonomi, kesihatan dan lain-lain. Harus dilakukan berterusan dan harus juga disusuli dengan pelan tindakan.
Ada banyak lagi perkara lain yang boleh saya kongsikan. Tetapi bikin ini 7 benda dahulu.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive