Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Keperluan Pendidikan Percuma Di Malaysia

Monday, August 1, 2011

Keperluan Pendidikan Percuma Di Malaysia

PTPTN diwujudkan pada tahun 1997, iaitulah pada zaman Najib.

Jelas sekali Najib sebagai PM anda hari telah mengkhianati anak-anak muda!

Di Malaysia, ramai rakyatnya mendapat pendidikan melalui pinjaman. Ramai yang kena berhutang besar demi mendapatkan pendidikan tinggi.

Tahukah anda semua, bahawa suatu ketika dahulu, rakyat Malaysia tidak perlu meminjam untuk menimba ilmu di menara gading? Bilakah yang dimaksudkan dengan dahulu itu? Jawapannya sebelum Najib menjadi menteri pendidikan.

Kita bising kerana kita mahu rakyat negara ini dididik dengan percuma. Kita tidak minta air atau beras percuma. Kita mahukan ilmu percuma. Itu sahaja.

Masanya telah tiba. Najib tak akan saya biarkan dia berkuasa selama-lamanya. Ketika ini jugalah merupakan masa terbaik untuk menggulingkan pengkhianat anak-anak muda ini.

Kepada yang telah terpalit dengan malapetaka pinjaman ini, saya ucapkan takziah untuk anda semua. Saya tidak sanggup lagi melihat satu demi satu anak Malaysia dijahanamkan dengan pinjaman. Oleh itu, satu tarikh mula perlu dilancarkan untuk menghentikan budaya pinjaman ini. Samada lancarkan protes atau terus berhutang. Anda pilih! Saya tak kisah jika saya berprotes seorang diri.

Di negara maju, pendidikannya percuma dan kalau tidak percuma pun, ia murah. Soal kualiti usah anda tanya lagi. Beritahu saya kenapa anak Najib sendiri tidak belajar di dalam negara?

Kita tiada masa lagi untuk tunggu PRU13 atau pun PRU14. Saya tak perlukan suara mana-mana pihak untuk menentukan masadepan anak-anak saya.

Saya mahu Najib bertanggungjawab ke atas apa yang menimpa saya dan anak-anak muda yang lain. Kita tak mahu pemimpin yang bersikap biadap terhadap anak-anak muda. Sudahlah biadap, anak sendiri pula dilebih-lebihkan dengan keringat rakyat. Cukup sial sekali!

Ilmu telah diperdagangkan dengan hebat sejak Najib membawa budaya pinjaman dalam dunia anak-anak muda. Maka bertebaranlah mereka mencari penjamin. Sangat hina sekali anak-anak muda diperlakukan.

Dengan ini, saya akan melancarkan protes berkala sehingga pendidikan dipercumakan atau diturunkan sehingga yuran menjadi RM500 setahun bagi peringkat universiti (swasta dan kerajaan) dan percuma bagi peringkat menengah dan rendah.

Saya mahu duit kerajaan dilaburkan pada sektor pendidikan daripada dilaburkan dalam sektor pensenjataan.

Pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia. Termasuk orang Cina dan India yang fasih dan juga kurang fasih bahasa Melayu.

Bila pendidikan sudah dipercumakan, konsep gagal akan terbuang secara automatiknya. Jadi pendidikan kita tiada had umur dan akan melahirkan graduan yang berjaya bukan setakat lulus sahaja. Kesimpulannya tiada pelajar tercicir lagi.

Apa akan jadi jika Malaysia menawarkan pendidikan percuma pada rakyatnya?
  • Rakyat kita akan menjadi lebih berilmu baik miskin mahupun kaya.
  • Negara kita akan setanding dengan negara-negara Nordik.
  • Negara kita akan menjadi bersih seperti negara maju yang lain.
  • Pemimpin negara kita akan semakin berilmu.
  • Polis kita akan menjadi semakin bijak dalam bertindak.
  • Aktiviti menipu bangsa sendiri dapat dilenyapkan.
  • Rakyat kita akan berpendapatan tinggi kerana bebas hutang.
  • Ekonomi negara makin rancak akibat banyak peluang pekerjaan.
  • Para pekerja semakin bijak dan berkemahiran tinggi.
  • Tindakan parti politik akan menjadi lebih bertamadun.
  • Malaysia dapat membesarkan wilayahnya akibat semakin kaya.
  • Jenayah dapat dikurangkan akibat ekonomi menjadi semakin baik.
  • Produk tempatan makin banyak.
Bila perlu kita protes? Masa cuti sekolah.


7 comments:

Anonymous

nep.. aku cinta padamu.. nape ko disable kan comment box ni? ke.. ko ni bukan si anep? SKMM celaka ke? menyamar & ugut anep bagi password ke?

ceh..

Anonymous

hmmm lau awk nk tau.. yuran di IPTA di malaysia murah berbanding dengan negara len.. abis 2 selama nie ang p sekolah pun p sek kerajaan bnyk ckp g.. syukur lah sikit.. nie payah lau cakap KERAJAAN TP MENGUNAKAN KEMUDAHAN KERAJAAN SEDIAKAN...

Hanief

Kerajaan guna duit rakyat. Kenapa nak kena bersyukur pada kerajaan? Bukan duit kerajaan pun. Duit rakyat.

███████

► Betul tu Nep.Buat per nak bersyukur.Tu kan duit rakyat.Kita cuma patut bersyukur kalau duit tu datang dari Kerajaaan Singapore sebab semua duit tu datang dari celah jubur taik Lee Kwan Yew Pojaan hati kau tu.Ada betul ka Thambi Hanip?

ChaiiTT..!!!

Terima KaseeYY..!!

Anonymous

kepada yang tidak bernama : awak nie bodoh la.

Uth Video

Penulisan ini dibuat berdasarkan keperluan tugasan. Oleh itu, berkemungkinan terdapat pernyataan yang dituliskan secara ringkas sahaja. Rujukan dan pembacaan lanjut perlu dibuat bagi mendapatkan maklumat yang benar-benar terperinci. Harap maklum.

MAKI-KO

alah yang membangkang hanief pun bukan belajar tinggi, nak kritik, kritik elok2, mende dah betul, camne nak maju, sikit2 kene caj, sikit2 kene caj, tengok negara luar, ade google, ade yahoo, ada facebook, ade c++,ade linux,ade java,ade domain.. semua tu asal dari percuma.. PERCUMA..PAHAM.. belajar bersama-sama untuk menghasilkan ciptaan yang memudahkan semua orang, MEMBERI lebih baik dari menerima.. ni masuk ke kerajaan yang tak tahu nak rolling duit balik, defisit semua dan berhutang lar rakyat, beban dan tekanan melampau2, sudahlar.. gune kemudahan pun bukan buatan dari orang MALAYSIA sendiri, ni aku online dari negara vietnam.. takde FACEBOOK ke hape jadah sosial, mereka ada laman sosial sendiri... sebab mereka BERILMU..

Post a Comment

Blog Archive