Bendera kita direka pada tahun 1950 oleh Encik Mohamad bin Hamzah dari Johor. Bendera ini diluluskan oleh Raja George VI dari Great Britain.
![]() |
| Raja George VI diiringi oleh Tunku Abdul Rahman |
![]() |
| Inilah duit orang Melayu dahulu kala, ada muka Raja George VI |
Bayangkan! Hampir merdeka pun masih minta izin untuk diluluskan oleh penjajah? Ada orang kata, ramai golongan istana, sultan dan raja-raja Melayu dibuang negara serta ulama dibunuh. Jadi yang kekal dalam negara itu siapa?
Jika dikaji, bendera kita sebenarnya dicedok daripada bendera Syarikat India Timur.
![]() |
| Bendera Syarikat India Timur |
Syarikat India Timur merupakan syarikat orang Inggeris yang terbesar. Bendera di atas bukan bendera sebuah kerajaan, tetapi hanya bendera sebuah syarikat yang meniaga kapas, sutera, nila, garam batu, teh dan candu (opium) di serata dunia.
![]() |
| Syarikat yang mempu mengeluarkan matawang untuk tadbir India |
Kekuatan syarikat ini terserlah sehingga mampu menubuhkan kuasa ketenteraan dan mentadbir India selama beratus tahun.


Askar syarikat tersebut
Permaisuri Elizabeth I![]() |
| Bendera Syarikat India Timur Inggeris |
Pada kurun kurun ke-16, Permaisuri Elizabeth I menaiki takhta kerajaan monarki England. Maka bendera England pun diletakkan pada bendera syarikat tersebut sebagai tanda hormat.
![]() |
| Bendera Syarikat India Timur British kurun ke-17 |
Pada kurun ke-17, bendera Great Britain tercipta apabila England bergabung dengan Scotland di bawah perjanjian The Act of Union 1707. Lalu Syarikat India Timur Inggeris bertukar nama dan bendera.

Bendera Syarikat India Timur British kurun ke-18
Pada kurun ke-18, United Kingdom (U.K) tertubuh. Ia terjadi apabila Great Britain memasukkan negeri Ireland di bawah Acts of Union 1800. Ketika itu Ireland menggunakan bendera St. Patrick.
![]() |
| Bendera Betsy Ross |
Selain benua Asia, syarikat penjajah ini juga turut ke benua Amerika pada kurun ke-17. Mereka membawa bendera yang sama ketika berdagang di sana.
Bendera di atas merupakan bendera hasil dari Revolusi Amerika. Ia digelar Betsy Ross (yang juga nama tukang jahit bendera).
Revolusi ialah perubahan kerajaan dengan cara kekerasan.

Tentera Amerika berbaju biru melakukan revolusi menentang tentera British.
Salah satu peristiwa penting akibat kezaliman pedagang syarikat tersebut juga biasa kita dengar dalam sajak 'unggun bersih' Pak Samad menceritakan protes terhadap pengecualian cukai teh pimpinan Samuel Adams (Uncle Sam) di Boston. Syarikat zalim itu telah berpakat dengan parlimen supaya meminda satu akta bagi mengelakkan cukai. Gerakan yang menjejaskan ekonomi Amerika itu dihidu oleh uncle Sam sehingga bertindak melakukan protes.
Kesimpulannya di sini ialah, negara kita dijajah oleh syarikat orang putih yang juga menjajah Amerika. Kerana itu benderanya kedua-dua negara ada elemen yang serupa.
![]() |
| Bendera Liberia |

















27 comments:
bendera Malaysia tiru bendera Amerika la dol...sama lagi bendera US dengan Malaysia..
malah sukarelawan Malaysia di Iraq ditembak sebab disangka orang Amerika sebab bendera kita sama dengan amerika
Hahaha! Saya tak hairan kenapa orang Melayu senang kena jajah.
Benar tapi sekurang2nya negara ini ada sejarah yg walaupun caca merba tapi sedikit sebanyak boleh diolah menjadi hikayat dan puisi indah untuk diulang cerita pada generasi cucu cicit kita. Buat isu lain le brader... banyak penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin BN (MCA dan MIC)yg belum sempat didedah. PRU13 dah dekat ni...
Tukar bendera dulu baru! Hahahaha!
sebelum tukar pastikan tumbang dulu.. lepas tu pekara pertama adalah BENDERA YANG LAYU..hohohoho
"negara kita dijajah oleh syarikat orang putih yang juga menjajah Amerika. Kerana itu benderanya kedua-dua negara ada elemen yang serupa" batu di tepi jalan x baca, tgk gambar je.. mungkin malas membaca, malas membaca jd x cerdik, "Hahaha! Saya tak hairan kenapa orang Melayu senang kena jajah"
tukar lah bendera kepada yang lebih islamik.. bendera sekarang ini banyak menimbulkan kekeliruan. nak senang tukar jalur merah ke warna hijau / biru.
bukan hijau biru....kita tukar hijau putih.....KITA TUKAR INI KERAJAAN
kepada anon atas..
aku sokong 100%
kita tukar ini kerajaan!
Walau apa pun, dia telah jadi bendera
negara kita. Dah terpahat dalam sejarah.
Biar sejarah berdiri sendiri. Terima dan
hargai. Soal pemerintahan...kalau perlu
ditukar, tukarlah. Tiada yang kekal.
Yang penting mesti lebih baik untuk
agama, bangsa dan tanah air
Gua rasa malu sial! Bendera kita ni, bendera penjajah. Memang bangsat betul!
anon "Walau apa pun, dia telah jadi bendera
negara kita"....takkan takleh ubah der,ni bendera je bukan quran
syria pon nnk tukar bendera lgi ok dri sblm ne...x de hal pon..
tpi mksud bendera kita lain kn..
manusia bodoh bernama hanief yg suke merepek dan berkhayal. dasar manusia tak tahu bersyukur dan memalukan diri sendri n negara. nasib baik kau hidup zaman sekarang bukan bersusah payah mcm dlu. bersyukurlah ape yg dh ada. skrg utk korg pulak menabur bakti kat negara, bukat melalut kat blog. serius aku kesian manusia mcm ni.
"baling batu, sorok tangan"..ni bangsat, pengecut cam kau ni elok cermin diri sendiri dlu..kalau kau berani sangat, hebat sangat, gah sangat..apsal kau tak jadi perdana menteri malaysia skrg nih? apsal tak tayang gambar kau besar2 biar public tau ko sapa..biar public tau KO MALU DGN BENDERA MALAYSIA NI..n kalau kau rasa malu gn bendera malaysia ni, KAU BOLEH BERAMBUS dari MALAYSIA..sbb MALAYSIA TAK PERLUKAN ORANG TAK BERSYUKUR CM KAU..
Betul ke orang kata budak universiti sekarang tak perlu buat penyelidikan hingga ke luar negara? Malah hanya perlu buat penyelidikan dalam bilik air sahaja? Betul ke?
tukar je, bendera amerikapun bertukar design sebanyak 27 kali.apa ada hal.
bodoh toi..ikot suka hati dia nak tulih pa dah la media semua BN pegang..sampai aku naik muak nak tengok berita..jadi kami sebagai penyokong pembangkang nak tengok dimana lagi kebenarannya..jadi disini lah tempatnya internet..tapi ada jugak x reti pikir asyik melihat didalam tempurung lutut saja..haha
pd pndpt sy..xkisah la bendera kaler pe pn..tp sejarah malaysia yg diajar stat skolah rendah tu..btol ker??mcm dibuat2 pn ada...kalo btol..xpe la..tp kalu sejarah tu di reka2..bygkn rmai mane manusia da kene tipu oleh kerajaan sejak kecik lg...masyaAllah...teruk kn?
kesian..tkar jer krajaan.
En Hanief... Saya baca kesemua post En Hanief... Majority kearah kebencian terhadap kerajaan... Saya setuju mereka bukan lah contoh terbaik... Apa kata, kerana banyak idea2 yang bernas dan kemahiran menganalisis secara detail dan kebolehan memberi cadangan2 membetulkan Malaysia, apa kata En Hanief bertanding menjadi PM ataupun ADUN? Kalau En Hanief jadi 'Decision maker', tak yah lah En Hanief menghabiskan waktu En Hanief utk menulis blog dan boleh memperbetulkan status orang Malaysia. Kalau En Hanief bertanding, saya pasti ramai orang akan vote :)
sukati je hanief ekk.. ada fakta yang membuktikan bendera kita tiru syarikat hindia timur?? kalau takat bacaan di internet tak cukup untuk menyokong fakta ko wehhh..
Keep up Hanief, ignore saja taik2 umno dlm ni. dah lah bodoh, bebal nak mamfus. akibat makan taik mamak kutty byk sgt. (;
thx bro hanief...dh lme ak cari info pasal bendera ni..info dr kerajaan tu mengarut lah..diorg nafikn kaitan bendera msia ngan bendera US..sumeorg nmpk dh..tp mseh lg nk dok pertahan..cme ak je xtau pasal lancelot tuh..nilai sentimental penjajah mmg meresap ke jiwa mereka..ak sokg sgt2 kalo kte tukar bendera msia ni..xda kaitan nye x patriotik..org yg dok perjuang patriotik tu pn sndr bute sejarah..utk menjadi negara yg btol2 'merdeka' kte kne ubah semua..bukan stakat kepimpinan negara..even tali barut british yg mseh memerintah negara pn kne dihapuskn..nme je org tempatan yg perintah tp perangai same ngn british..so, we still being colonized...no doubt..isu pokok, ak stil x suke bendera msia yg tiru penjajah [titik]
SALAM..KENAPA KEBANYAKAN KOMEN LEBIH KE ARAH EMOSIONAL? ADAKAH DGN CARA ITU DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH? WALAU DARI MANA SEKALIPUN BENDERA KITA BERASAL, ADAKAH IA AKAN MEMPENGARUHI HIDUP DAN MATI KITA? ADAKAH BERMAKNA CARA HIDUP KITA MESTI MENYAMAI PENJAJAH?
SEPERTI JUGA PADA MUALAF, ADAKAH ANDA AKAN PERTIKAIKAN MUALAF SEBAB DIA BERASAL DARI AGAMA LAIN? SEMUA PERKARA BURUK YANG LEPAS BUKAN KEMAHUAN MASING-MASING. SO MULAI SEKARANG, PERBAIKI DIRI MASING-MASING. JANGAN HANYA CUMA TAHU MENCARI KESALAHAN DAN KESILAPAN ORANG LAIN SEBAB SAMPAI KIAMAT PUN KESILAPAN MANUSIA TAK AKAN HABIS..
Bendera Malaysia direka oleh Mohamad Hamzah laa.. senang2 jer kata Bendera Malaysia tiru bendera orang. Persamaan tak bermaksud peniruan.
Sama juga dengan Bendera Indonesia dan Monaco.
Bendera Palestin dan Jordan
Adakah ia plagiat antara satu sama lain? sudah tentu tidak.
Post a Comment