Malaysia : Tong Taik UMNO: March 2011

Thursday, March 31, 2011

Kurang Pekerja , Waktu Kerja Panjang

Bikin kerja saja, jangan banyak cakap! LOL!

Salah satu fenomena kemelesetan ekonomi ialah kurang pekerja di dalam sebuah syarikat. Samada disebabkan modal yang kecil atau pun kos perbelanjaan syarikat yang semakin melambung.

Di tempat kerja saya ini kadang-kadang tak menang tangan juga. Memang pengurus sering marah-marah jikalau tak sempat di situ atau tak sempat di sini.

Tetapi bila dikaji semula, saya dapati bahawa pekerja yang ada agak terhad. Kerana itulah terjadinya satu atau dua pesanan yang tertinggal dek pelayan restoran.

Di GIANT Malaysia juga banyak kali saya saksikan masalah ini. Juruwang terhad dan pelanggan terpaksa beratur panjang walaupun ada banyak kaunter yang kosong dan tidak beroperasi.

Saya dengar di Jepun mereka menggunakan robot untuk mengatasi masalah seperti ini.

Ada juga yang saya dengar di Jepun mereka tidak memiliki kerja yang pelbagai. Maksudnya jika seorang pekerja tugasnya potong pokok, itu sahajalah yang akan dibuatnya.

Bila ada daun bersepah, pekerja lain pula tolong sapukan.

Kemudian orang yang tukang angkat dahan juga adalah berlainan.

Ini satu lambang ekonomi yang segar. Duit masih banyak untuk mewujudkan pelbagai jawatan dalam memberi kesenangan pada kakitangan syarikat.

Tidak seperti di sini, seorang pelayan buat banyak tugasan dan sedikit pula bilangan kakitangannya.

Saya tak kisah jika kakitangan syarikat itu sedikit, tetapi jangan sampai ketara sehingga ada pelanggan yang terabai. Marah-marah pun bukan dapat apa-apa. Kalau pelanggan teliti betul-betul, akhirnya syarikat itu juga yang dapat malu kerana kekurangan pekerja yang ketara.

Berkenaan dengan waktu kerja yang panjang, maksudnya ialah seorang pekerja terpaksa bekerja dalam tempoh yang lama. Tidak diganti dengan pekerja lain.

Ini juga satu gambaran ekonomi yang parah. Majikan tidak mampu untuk menggaji ramai pekerja untuk menyenangkan kakitangannya dan melicinkan urusan dalam syarikatnya.

Singapura tidak terkecuali daripada masalah ini. Cumanya kerja di Singapura menjanjikan wang yang berlipat kali ganda bagi orang Malaysia.

Di Malaysia, lagilah wujud masalah ini. Bukan setakat wujud, malah OT juga dilupuskan oleh kebanyakan syarikat hari ini. Gaji tidak dinaikkan dan akhirnya tekanan para pekerja berubah menjadi barah di badan. Rasa susah hati pun boleh kena barah. Jadi buatlah apa yang patut untuk rasa gembira dan hindari barah.

Saya baru berborak dengan rakan sekerja, katanya dia dari Gujerat dan ibubapanya merupakan penternak lembu dan kerbau. Terus saya katakan padanya, "You're rich!". Dia hanya mampu tersenyum.

Lihat bagaimana orang Gujerat, India ini menyusun strategi untuk menjana duit. Agrikultur memang suatu bidang yang kuno. Ia hidup dari zaman Nabi Adam A.S hingga zaman hari ini.

Mungkin sasaran hidup kita agak tersasar jika tidak ditazkirahkan kembali dengan punca kekayaan sebenar. Sesudah dapat duit dolar, kita patut belanjakan pada benda yang mampu menjana kekayaan.

Saya nasihatkan semua pembaca untuk tidak menjual tanah pada ketika ini, sebaliknya bertanilah di situ dan percayalah dengan bidang kuno itu.

Pembetulan: Sila baca

Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Tak Beli San Miguel ? Kenapa Tak Ajak Maizura ?

Lain kali kalau nak minum arak, turunlah di Little India, Singapura. Di waktu malam, masa jalan pulang ke tempat penginapan, hari-hari ada orang India tunggang arak di tepi-tepi jalan.

Minah saleh mabuk pun ada jalan sama geng mereka. Agak buruk juga pemandangannya.

Tapi ini duduk atas kerusi, memang ada stail. Nak mabuk punya pasal pun nak bergaya. Kalah orang Singapura di Little India macam ni. Hahaha!

Orang Cina di Singapura pun pakai meja dengan kerusi plastik saja. Ini mesti ada wang besar masuk ni.

Saya dah cakap wang haram akan membuatkan ia sebati dengan daging badan kita.

Tuhan boleh duga kita, di mana setiap sen yang haram itu dibeli pula makanan, kita makan.

Lalu berat badan tak turun. Tuhan sangkutkan semua lemak makanan tadi pada badan. Tuhan nak orang yang makan hasil wang haram itu mati dengan daging-daging haram di sekeliling badannya. Nauzubillah.

That's why kita kena tanya ibubapa kita apakah ada hasil wang haram dalam makanan kita dan jaga status halal pekerjaan kita.

Relax lah dalam dunia ini mana ada halal dan haram. Jangan ambil hati sangat.

Hohohoho!

Mana Maizura Mahathir? Lain kali pesan satu carton San Miguel dari Mirzan Mahathir. Lepas itu boleh pekena salty lassi bagi kurus badan. Badan macam tong drum ni, susah nak berak mencangkung. Kena berak berdiri. Kalau susah sangat tahan saja berak macam satu mamat tu.

Sampai ayat ini, saya tak sebut pun nama tong drum di atas itu. Betul tak?

Hahahaha, siapa makan kari dia akan ketut bau kari. Tong drum ini boleh buat isi kari. Lepas penuh jangan isi lagi. Takut overflow.

Telefon Bimbit Nokia 6230i Hanief Tamat Riwayat

2006 - 2011

Kepada semua yang membaca blog ini, telefon bimbit saya sudah mati. Saya telah cuba untuk caj baterinya berkali-kali tetapi masih tidak berjaya.

Mungkin bateri, mungkin charger nya. Apa pun, saya tak rasa untuk membaikinya. Kerana saya sering kali online dan telefon awam juga bebas dari kegiatan vandalisme di sini.

Sila emel saya jika ada apa-apa. Harap maklum.

Tuesday, March 29, 2011

Permit Kerja Hanief di Singapura


Beza Malaysia & Singapura

PADAN MUKA KO HANIEF, Kang tak pasal2 merempat di negara yang ada kasino terbesar. Pi la buat blog kutuk kerajaan Singapork plak. Pembangkang ni angan-angan lebih nak tawan Malaysia. Pirah Mabok, dengan isu liwat-meliwat tak selesai-selesai. Ada hati nak rampas Putrajaya. Pirah mabok wahai pembangkang. (PAS Pis Pus, PKR + DAP). Aku percaya dengan kepimpinan professional yang ditunjukkan oleh Dato' Najib. Malaysia akan jadi hak milik BARISAN NASIONAL SELAMA-LAMA-LAMANYA..Pirah mabok. Salam 1Malaysia, Gelombang Merah akan merampas kembali Kelantan, Kedah, PPinang & Selangor. Kami akan pastikan 110% BN Boleh. hahahaha.

Video ini ditujukan kepada Hanief
http://www.youtube.com/watch?v=xBORfpLtib8

B.E.R.A.M.B.U.S Hanief. - http://hanief.blogspot.com/2011/03/hanief-ada-di-singapura.html?showComment=1301363505967#c5548378327894888538
Kerajaan Singapura lebih fokus pada menjana duit untuk ekonomi negara mereka. Di mana ada ruang untuk memperkasakan ekonomi di situ mereka perkuatkan. Mereka tidak bicara soal seks, bulu, perut, password dan seluar dalam.

Kerajaan kita tak ada modal dalam membangunkan negara. Mereka tidak rela bekerja sama sebaliknya suka untuk berlawan dengan pembangkang walaupun pembangkang berjaya mentadbir dengan baik. Inilah pemimpin yang gila kuasa. Jelas sekali gila kuasa yang amat sangat. Mereka takut jenayah mereka juga dibongkar barangkali. Jika Hanief berani berkelana di Singapura dengan kerja rendah, mengapa tidak menteri yang bermasalah itu. Marilah ke Little India cari rezeki halal.

Umum tahu bahawa belanjawan negara kita ada defisit. Semua barang jadi mahal di Malaysia, kerana sikap menteri yang tak ada idea dalam membangunkan Malaysia.

Saya cadangkan menteri di Malaysia tidur di Singapura bersama rakyat terbawah dan rasai bagaimana ada makna dalam kehidupan mereka. Di Singapura paling kopak pun kita tak kurus dan dapat makan makanan berkualiti yang murah.

Di Malaysia? Ada yang terpaksa langkau sarapan pagi akibat waktu kerja yang panjang demi mengejar gaji yang kecil. Makan burger yang mengandungi MSG yang tentu mengundang barah.

Pada saya, kerajaan kita memang tak ada hati perut. Apa yang mereka tahu ialah mencukai. Bibit-bibitnya boleh dilihat pada rampasan subsidi, lambakan pondok tol, saman ekor yang memburu rakyat miskin, cukai kereta import yang tinggi dan banyak lagi.

Soal saman ekor, wujudkan dahulu sistem pengangkutan awam semantap Singapura. Baru laksanakan saman berekor atau bertanduk sekali pun.

Sebab itu ramai para pelabur lari. Ramai pelabur di Singapura mengaku bahawa wujudnya ketelusan dalam berurusan di Singapura.

Anda semua tahu bahawa saya sekarang kerja sebagai waiter di sebuah restoran vegetarian yang bermutu. Para pelanggannya ada yang terdiri daripada orang Yahudi, Amerika, Belanda, Jerman, India, Jepun dan banyak lagi. Setiap hari ada saja bualan yang menyentuh hal-hal ekonomi dan peribadi mereka. Dalam jam bekerja itu takkanlah kita tak terdengar langsung? Tak?

Di Singapura pun ada cukai juga yang dilaksanakan. Di sini ada GST. Contohnya anda makan ais krim $7.00, lepas dicampur cukai kerajaan dan cukai GST, ia akan menjadi $8.19. Tapi sedarlah, Singapura mengembalikan duit cukai itu pada rakyat mereka. Ia diterjemahkan dalam bentuk bandar yang sangat bersih dan mantap prasarananya serta makanan berkualiti yang murah. Bila rakyat cukup makan maka takkan ada secebis protes pun. Penulis blog politik pun boleh cerita bab leisure.

Bayangkan sebuah negara yang kecil mampu memperoleh makanan berkualiti yang murah dan menjamin bekalan makanan penduduknya. Di Malaysia? Pernah terjadi gangguan beras pun. Minyak masak dan lain-lain.

Sudahlah minyak petrol mahal, kereta berkualiti mahal. Jauh sekali nak dibandingkan dengan Singapura. Di sini satu tiket SMRT itu boleh membawa anda ke landasan mana sekali pun.

Tak perlu beli tiket yang mengelirukan. Semua bandar dihubungkan dengan mantap sekali dengan sistem pengangkutan awam. Terasa di hati sejak saya menjejakkan kaki di sini, saya rasa tak perlu ada kereta untuk hidup di Singapura. Blog Paultan.org pun tak laku jika begini. Hahaha!

Jangan terkejut jika suatu hari nanti, tak kira BN atau pun Pakatan Rakyat, mahu pun yang ada di atas pagar semua terpaksa bekerja di Singapura atau pun di negara maju yang lain.

Rakan sekerja saya dari Filipina dahulunya bekerja di Jepun, katanya kereta Suzuki Swift terpakai di sana berharga $1,000. Kalau di'RM'kan maka ia berharga RM2,400. Mat Rempit pun boleh pakai kereta. Hahaha!

Di Singapura, motor cub hanya dipakai oleh orang Johor. Orang Singapura main motor berkuasa tinggi. Paling teruk pun skuter.

Tentang kenderaan ini kalau kita fikir dengan waras, kehidupan seorang lelaki atau mana-mana warganegara pun, bukan bergantung pada kereta. Pengangkutan awam yang mantap adalah jawapannya. Kalau semua nak pakai kereta, jawapannya ada pada Kuala Lumpur jam 3 petang hingga jam 10 malam. Berkudis duduk dalam kesesakan jalanraya.

p/s: Saya baru duduk di Singapura selama 9 hari. Mungkin ada banyak lagi benda yang saya belum jumpa. Sama-sama kita nantikan.

Monday, March 28, 2011

Kelapa Di Singapura

Kelapa

Saya baru bersarapan dengan sebiji kelapa muda yang baru keluar dari peti sejuk sebuah restoran. Sangkaan di hati jauh meleset berkenaan harga sebiji kelapa di sini.

Di Malaysia, paling murah pun sebiji kelapa muda berharga RM2.50. Itu Kelapa Mawar, airnya kurang manis, tetapi isinya lembik-lembik dan senang dimakan. Kelapa Pandan kegemaran saya di Malaysia pula berharga RM3.00. Ia manis, airnya sedikit dan isinya ada lembik dan keras.

Kalau kerja di Malaysia dengan gaji biasa pekerja bawahan, saya akan bergaji RM900. Tidak ada gandaan 2.4. Nah itulah yang kita ada. Di Singapura, walaupun gaji saya $700 kalau hari-hari makan kelapa muda? $2.00 apalah sangat. Demi protein dan kesegaran badan.

Di Singapura, sebiji kelapa tadi berharga $2.00. Saya sedut habis airnya yang manis semasa pelayan restoran pergi menukar duit $5.00 yang saya beri. Dia agak terkejut. Hahaha!

Kelapa baru dihidang, airnya sudah habis dihirup. Sekembalinya dia di meja saya, $3.00 dipulangkan. Saya mengarahkannya untuk membelah kelapa itu. Agak lama juga. Mungkin dia kurang berpengalaman. Saya sudah biasa membelah kelapa. Nak tahu mahir atau pun tidak seseorang itu? Lihat berapa kali tetakan yang ada di buah kelapa. Hahaha!

Saya sudah menjadi vegetarian sejak Julai 2010. Saya telah membeli kelapa berterusan sejak tarikh itu. Jadi tak susah untuk saya cari makanan halal pun di Singapura. Tambah-tambah jika duduk di Little India ini. Saya bersarapan pagi dengan air kelapa. Saya dapati air kelapa dan isinya merupakan hidangan lengkap untuk seseorang yang tiada makanan lain di hutan. Protein pun ada di dalam kelapa.

Saya juga ada ikuti video Liferegenerator di mana dia juga meminati kelapa. Inilah khazanah kita di Asia Tenggara.

Sewaktu memakan isi kelapa yang sederhana kerasnya dari tempurung kelapa yang terbelah dua itu, ada seorang minah saleh lalu di situ, terpandang dan terbeliak biji matanya. Saya peduli apa? Hahaha!

Mat saleh pun belajar dari orang-orang di hutan untuk bantu penyelidikan ubat-ubatan mereka yang mereka patenkan untuk memonopoli perniagaan.

p/s: Kata orang tua-tua, malam-malam jangan minum air kelapa, nanti kejang urat? Entahlah. Pada saya, bukan kejang urat tapi kencing malam. Kesan air kelapa dengan air biasa tak sama pada sesi membuang air kecil.

Sunday, March 27, 2011

Hanief Ada Di Singapura

Singapura

Selepas soal siasat SKMM di Cyberjaya, saya telah pergi ke Singapura berbekalkan RM2,000. RM700 sahaja habis pada tiket kapal terbang.

Segala-galanya menjadi tawar di Malaysia. Arnab kesayangan saya, mati pada menjelang pagi sewaktu hendak pergi ke Cyberjaya. Satu-satunya arnab yang bijak yang pertama kali saya miliki.

Ya, memang dalam hidup saya ini, saya tak punya sesiapa yang saya sayang. Kerana itu saya tak takut mati. Saya sayang binatang sahaja. Ibubapa, kawan-kawan, para pelanggan dan saudara-mara? Faham-faham sajalah. Binatang lebih layak saya sayangi daripada anda semua. Apa salahnya bukan? Janganlah cemburu pula. Hahaha!

OK. Jadi lepas saya tanam arnab saya, kami bergegas ke Cyberjaya untuk disoal-siasat. Setiba di rumah, saya tak punya lagi komputer. Saya cari di hardware komputer di seluruh ruang di rumah kalau-kalau ada yang masih berfungsi. Rupa-rupanya ada. Tapi tak berapa 100% baik keadaannya. Ada kerosakan dan tidak berprestasi tinggi pun.

Bapa saya pula menggunakan komputer lama sahaja.

Kepada SKMM, tak kiralah kepala atau ekor, usah bertandang lagi ke rumah orang tua saya. Takut-takut arnab yang 5-6 ekor yang berbaki mati semuanya.

Takkan mati haiwan peliharaan ini jika jadual si tuan diganggu sakan. Tolong bikin benda yang berfaedah sedikit.

Nak cari saya? Mari ke Singapura. Saya Hanief, bukan lari. Saya ada di Singapura bekerja sebagai waiter restoran vegetarian di Little India, Singapura.

Berbalik pada cerita tadi. Saya pun bosan dengan komputer yang perlahan, ekonomi yang lembab, kelengkapan atau butiran pelanggan yang sudah dirampas oleh SKMM. Saya pun ambil keputusan untuk ke Singapura cari kerja.

Tak ada seorang usahawan waras yang mahu makan gaji semula jika ekonomi berada dalam keadaan baik di negaranya sendiri.

Entahlah ini masing-masing punya naluri. Kalau rasa ekonomi baik? Silakanlah di mana jua. Umur kita semua pun bukan muda lagi. Tuhan pun dah tetapkan rezeki masing-masing. Asalkan usaha.

Semasa terbang ke Singapura, saya tidak tidur langsung. Tidak seperti penerbangan ke Iran yang lurus dan lama terperap membosankan.

Saya duduk di tepi tingkap kapal terbang. Dari Kuala Lumpur ke Singapura hanyalah 45 minit sahaja. Ketika hampir sampai, saya terkejut melihat banyak tompokan kotoran tanah yang ditarah dari pandangan atas. Namun kapal terbang masih tidak mendarat. Mungkin itulah kampung-kampung orang miskin di Singapura.

Polar kependudukan tidak tersusun. Asal ikut sedap sahaja menarah bukit. Nampaknya kotor sekali. Dalam hati saya, Singapura pun masih ada pembinaan lagi rupanya. Nampaknya sama seperti Malaysia.

Lama kemudian, saya nampak laut sahaja. Adalah dalam 50 saat. Kemudian saya terlihat satu bandar yang tersusun. Barulah saya sedar, bahawa pandangan yang dipenuhi dengan kotoran tadi bukanlah Singapura. Johor agaknya, hahahaha!

Saya hampir menangis melihat jalan-jalan dan sususan kota Singapura yang tersusun dengan sistematik sekali. Apakah pemimpin Lee Kuan Yew ini telah buat pada Singapura?

Walaupun lapangan terbangan mereka tidak luas, tetapi penuh dengan manusia dan tidak pula sesak. Dengan kata lain ia 'hidup'!

Teksi pula tidak seperti Malaysia. Mereka beradab dan mereka terkejut apabila saya ceritakan bagaimana menteri UMNO sapu permit teksi. Hajat di hati mereka, seperti ingin luahkan perasaan mereka berkenaan jam kerja yang panjang. Akan tetapi mereka terkedu mendengar realiti di Malaysia lebih pahit dan membuatkan mereka terdiam bersyukur pula.

Kehidupan di Singapura sangat selasa untuk rakyat Malaysia yang berada di golongan pertengahan sekarang ini. Tak percaya, datanglah Singapura. Cari kerja di Singapura.

Bagi yang baru habis SPM, pandai bahasa Inggeris beli tiket dan kongsi bilik ramai-ramai duduk di Singapura untuk cari wang dolar Singapura. Bukan salah pun bukan? Kepada ibubapa, ajar anak-anak anda berdikari. Rakan-rakan saya di Poland ketika cuti musim panas, mereka ke UK untuk kerja. Takkanlah orang kita setakat main RM saja? Ya! Emas dan perak itu berharga. nanti dapat dolar Singapura, belilah dinar dan dirham. Terpulang nak beli tanah pun OK juga.

Jangan anda para pembaca semua menepuk dahi seperti saya yang ada kesal sedikit ketika berada di Singapura. Bukan kesalkan apa pun, cuma kesalkan 'kenapa tak datang ke Singapura lebih awal'. Melihatkan warga lain dari Filipina dan China telah lebih lama merebut peluang mendapatkan matawang dolar Singapura.

Kepada yang ada diploma dan ijazah dan pandai cakap orang putih. Anda boleh dapatkan PR (Permenant Residency). Ini lebih memudahkan anda mendapat kerja. Jika ada pengalaman kerja lagilah senang.

Kalau saya, takkan dapat PR punya. Sebab saya hanya ada SPM. Mungkin setakat Working Permit sahaja.

Dunia hari ini memang ada kelas-kelasnya. Ada SPM, ada diploma, ada ijazah dan lain-lain.

Negara-negara pun begitu juga. Ada negara haprak, seperti negara dunia ketiga, macam Malaysia, negara dunia kedua, seperti China dan negara dunia pertama umpama Singapura.

Singapura ini dahulunya Tanah Melayu. Pendek cerita, orang Melayu semua masuk hutan. Orang lain kawal pelabuhan (Singapura atau pun Temasik).

Saya bukan anti mana-mana negara. Pada saya semua kita berasal daripada Nabi Adam A.S. Sempadan dan VISA tak patut wujud pun. Tapi apa pun sejak berada di negara orang ini, saya terasa seperti orang Bangladesh pula.

Saya sekarang ini duduk sebilik dengan 3 orang lain warga dari India dan Bangladesh. Mereka tidak pengotor seperti apa yang kita boleh jumpa dan bau dari jauh di Malaysia. Tak percaya? Datang ke Singapura. You will be surprise!

Maaf kepada pembaca yang tunggu gambar dalam pos kali ini. Saya tak ada gambar untuk dimuatkan di sini. Saya tertinggal kabel data DKU di Malaysia. Sila tunggu dalam 2 bulan untuk saya beli HTC Incredible S nanti.

Tak apalah. Belajar-belajarlah baca sesuatu tanpa gambar sekali-sekala.

Berkenaan dengan kes SKMM, jika ada panggilan pihak mahkamah saya akan pulang dan akan saya umumkan di blog ini juga. Saya agak terbuka.

Sekarang mungkin satu Malaysia sudah kenal siapa saya. Esok-esok bukan setakat saya, satu dunia Tuhan bakal wayangkan kita di Padang Mahsyar. Terpampang apa salah laku di skrin Tuhan Yang Maha Besar.

Saya dapat $700 sebulan Singapura ini. Makan percuma tengahari dan malam. Pagi minum air kosong saja. Saya pun telah mula jadi vegetarian sejak Julai 2010. Ini macam rezeki terpijak rasanya.

Entahlah, tak mahu saya cakap banyak nanti esok ditakdirkan Tuhan pula kena buang kerja esok sebab cakap kuat di blog hahahah!

Ramai rakan sekerja lain yang cakap saya punya gaji kecil. Kalau anda semua nak tahu, inilah rahsia saya. Saya hanya ada SPM. Saya akan minta gaji rendah untuk dapatkan kerja. Saya pentingkan permulaan dari bawah. Ia mengandungi banyak ilmu.

Setakat ini saya sudah susun beberapa strategi untuk memenangi hati pengurus saya. Saya suka pengurus saya puas hati dan nampak perubahan dalam corak kerja saya. Ini memang adat makan gaji. Kita kena bagi pengurus kita ada rasa hebat dan berkuasa ke atas kita.

Saya bukan tak pernah ada syarikat sendiri. Jadi masuk kerja makan gaji, jangan berlagak pandai. Kena buat tolol sikit, lepas itu tangkap satu-satu ilmu. Pelajari sesuatu yang lama seperti mempelajari sesuatu yang baru.

Walaubagaimanapun ada beberapa kecelaruan yang berlaku, di mana ini menambahkan lagi ketololan yang dibuat-buat. Apakah dia? Masalah loghat. Loghat majikan saya memang pekat. Kalau loghat India Malaysia boleh tahan lagi. Tapi ini Indian dari India betul. Ada yang cakap terbalik susunan ayatnya. Ada yang tersasul ajak cakap Hindi dengan saya.

Sebelum dapat kerja ini, saya telah mohon untuk bekerja di gudang makanan kotak dan tin di Pioneer Road, Singapura. Semuanya berjalan lancar. Akan tetapi pada hari pertama bekerja saya ternampak berkotak-kotak red wine bersebelahan dengan barang lain di satu sudut. Saya terus berhenti kerja dan beri mesej pada ibubapa saya yang saya nak berhenti kerja ketika itu juga.

Mereka agak panik mungkin, lalu mereka berkata teruskan kerja kerana keadaan darurat dan terpaksa serta tak ada pilihan. Saya kata ini bukan soal pilihan. Ini soal samada nak badan dibelit daging haram atau pun tidak. Kita beli makanan dengan duit gaji. Jangan lupa kalau orang lain minta duit itu, contohnya ibubapa takkan nak makan duit gaji hasil kerja menyorong kotak-kotak wain?

Saya rasa tertipu dan terus meninggalkan gudang itu. Saya ke Jurong East Singapura. Tujuannya ialah untuk ke Maybank. Saya gagal untuk mengeluarkan duit, sehinggalah ada kakitangna Maybank Singapura menyuruh saya mengaktifkan PLUS Sign di kad debit saya. Ada caj RM12 di mana-mana mesin ATM yang memiliki PLUS Sign.

PLUS Sign sangat membantu. Inilah empayar duit plastik agaknya.

Saya disyorkan oleh pemandu teksi untuk tinggal di hostel backpackers. Memang murah daripada hotel. Saya kena $149 untuk satu malam di hotel semata-mata untuk bersiap sedia ke Pioneer Road. Namun jika difikir kembali saya biarkan ia menjadi sebagai pengajaran sahaja.

Hostel backpackers memang murah. Namun, ia bersyarat. Bilik $28 untuk satu malam jika dikongsi dengan seseorang. Saya mana ada rakan-rakan. Jadi kena bayar satu bilik yang ada 2 katil. $28x2 = $56.

Saya hanya banya untuk 2 hari. Dalam pada masa itu saya menganggur di Singapura. Cukup mendebarkan. Kerja tak dapat duit berjalan macam air. Tuhan nak uji saya barangkali.

Permohonan di Sim Lim Square tidak berjawab sehingga saya dapat kerja waiter. Sim Lim Square umpama Lowyat Plaza di Bukit Bintang.

Sehari sebelum saya keluar dari hostel, saya telah dapat kerja di restoran vegetarian setelah bertenyakan pada pelbagai tempat. Restoran Mamak pun ada. Jika Mahathir mesti ketawa hahaha! Mamak Singapura tak jahat macam Mahathir hahahaha! Correct?

Bayangkan Tuhan uji saya di negara orang berbekalkan 12 jam sebelum saya kena keluar dari hostel. Saya dah dapat kerja.

Kegembiraan saya hanya seketika. Hendak bermalam lagi hostel yang sama, habis duit nanti. Di hari saya dijadualkan untuk keluar dari hostel, saya bertanyakan bolehkah pihak hostel cipta satu pakej untuk penginapan bulanan. Jawab mereka boleh tetapi $56x30 hari. Hahaha! Kirim salamlah!

Saya lihat jam masih pukul 8 pagi. Saya dapat idea daripada ahli forum Lowyat.net untuk beli akhbar tempatan Singapura seperti New Straits Times untuk cari bilik sewa. Saya dail semua nombor, malangnya semua hadir dengan harga $600-$1000. Kepuasan saya tidak dipentingkan. Agen hartanah yang dihubungi semua gila duit.

Ini melengkapkan jigsaw puzzle bayangan ekonomi yang saya bayangkan, yang bakal dilalui mungkin di Singapura.

Walaupun tidak seteruk Malaysia tetapi ia mungkin akan tiba. Tapi, saya tak risau kerana saya bukan berada di dalam aliran IT ketika ini. Saya ada di dalam aliran makanan. Salah satu aliran penting bersama dengan aliran-aliran penting lain seperti kesihatan dan pendidikan.

Sewaktu Sim Lim Square pun, bos itu berkata perniagaanya lembab. Mana-mana kedai di Sim Lim Square pun lengang dan tak meriah. Tapi pada saya, paling tidak pun ia tak seteruk Malaysia, sampaikan OT (overtime) pun tak ada. Di Singapura pun kalau tak ada OT, ia masih 2.4 haha!

Berbalik pada cerita cari bilik, saya akhirnya meninggalkan suratkhabar-suratkhabar yang dibeli di meja hostel. Semuanya merepek belaka. Agen yang janji nak hubungi saya kembali tidak berbuat demikian. Mungkin tiada kredit telefon? Haha!

Sebut pasal telefon, saya guna rangkaian Singtel. Nak tambah nilainya ada dua set nombor sikit punya seksa. Tapi ada yang lebih canggih caranya ialah dari telefon penjual ke telefon kita. Tak perlu kad gores-gores lagi.

Saya keluar 2 jam lebih awal dari hostel. Berjalanlah saya seorang diri menggalas beg besar. Saya tanya lebih kurang 10-20 orang di jalanraya. Tak seorang pun tahu. Mereka jawab samada, "I dont know" dan "I don't have".

Duduk di Singapura memang cakap Inggeris. Ia membuatkan saya terasa seperti berada di tempat untuk berlatih cakap Inggeris sebelum pergi ke London atau Melbourne atau Auckland atau New York nanti. Hahaha!

Kalau jumpa Melayu pun cakap Inggeris dulu. Kalau tersedar baru cakap Melayu. Macam jumpa adik-beradik bila jumpa orang Melayu di Singapura.

Tapi di Little India semuanya orang India Selatan dan Utara.

Berbalik pada cerita bilik, saya jumpa bilik tersebut pada jam 11:45 pagi. $280 sebulan (ada mesin basuh, dapur dan WiFi percuma). Bayangkan pukul 12 tengahari adalah jam saya mula kerja di restoran dan jam 12 tengahari juga ialah jam saya akan ditendang keluar dari hostel backpackers.

Memang kalau duduk Malaysia, kita terasa seperti keanak-anakan. Ada orang untuk kita bercakap Melayu, mendalami perasaaan kita. Tapi di Singapura, Tuhan saja yang tahu.

Di Singapura, kena pakai minyak rambut. Kalau tidak, orang takut. Hahaha! Orang nilai kita berdasarkan rupa paras. Mana-mana negara pun sama saja rasanya. Tetapi tidak bagi saya. Sebab orang SKMM pun pakai minyak rambut. Hohoho...

Memang di Malaysia saya raikan hari saya dengan rambut kering, seluar tampal, kereta kemik dan lain-lain. Di Singapura saya terasa kembali masuk ke alam sekolah rendah. Semuanya serba sistematik. Bagus juga rasanya? Hahaha!

Sekarang ini setiap hari saya balik malam 12AM. Hari ini lewat sedikit sebab tulis blog panjang. sekarang jam 12:44AM. Little India belum tidur.

Mustafa Center pun buka 24 jam.

Nanti rakan sebilik saya dari India nak ajar bikin capati.

Apalagi yang saya belum cerita?

Oh ya! Malam tadi saya makan 3 keping roti naan dengan sayur-sayuran. Selalu waktu malam tak ada nasi. Naan dan capati saja. Tengahari tadi makan nasi dengan sayur-sayuran. Pagi tadi minum teh saja. Nanti saya nak cuba Teh Masala. Entah apalah rasanya. Kena cuba semua benda. Dosai pun ada banyak jenis di restoran yang saya kerja ini. Sebutannya tosei. Tapi di sini ia macam sebut dosa pula hahaha!

Adalah banyak lagi. Itu belum cerita manisan macam Rasamalai, Rasagoola, Chaat dan lain-lain. Majikan saya orang India. Kalau nak tengok bright Indian, bright Chinese dan bright Malaysian, datanglah ke Singapura!

p/s: Mungkinlah ini masanya untuk orang Malaysia memburuh di negara orang.

Sunday, March 20, 2011

SKMM | MCMC

Mereka ambil sekali dengan kabel RJ11. Tak nak bagi kita online?

Hardware lama. Walaupun ada faulty tapi bolehlah juga berfungsi untuk sementara menunggu komputer-komputer itu dipulangkan oleh pihak perampas. Daya kreativiti sangat terbatas sekali dengan prestasi yang rendah dari hardware lama ini.

Komputer bapa saya dirampas juga. Kini dia terpaksa guna komputer riba lama. Turut kelihatan modem wireless yang baru dibeli selepas kunjungan ke SKMM Cyberjaya. Kata mereka kami boleh online selagi mana tiada aduan SKMM terbaru. Jika ada aduan terbaru, SKMM boleh jadi bersaing dengan Plaza Lowyat.

Dua komputer saya telah dirampas. Bersama dengan kabel kuasa. Komputer dipadamkan tanpa proses shutdown. Apabila ditanya, ikut prosedur katanya.

Semua barang milik kami yang dirampas masih belum dipulangkan dan tidak pula kami ketahui bilakah tarikh pemulangannya.


Salah seorang penyiasat SKMM yang menyoal saya.

Assistant Director

Penolong Pengarah

Siapa nak tahu prosedur shutdown komputer SKMM boleh tanya pakar di atas.

Perintah di bawah Seksyen 255



Password yang digila-gilakannya. Tak beri password penjara 2 tahun.

p/s: Mandela dipenjarakan selama 27 tahun.

Friday, March 18, 2011

Hanief Sudah Boleh Mengundi

Rujuk usaha saya pada tahun lepas.

Thursday, March 17, 2011

Zam Kembali Menghiburkan Rakyat Malaysia

Zam
Zainuddin berkata pelajar yang membantah untuk tidak menggunakan Bahasa Inggeris merupakan pelajar yang kurang keyakinan diri.

“Dengan menolak Bahasa Inggeris, mereka akan sengsara seumur hidup.

“Mereka akan jadi rakyat kelas kedua selama-lamanya,” katanya. - Zam Hentam Fanatik-fanatik BM
Hanief: Zam atau Zainuddin Maidin ini seorang Mamak. Bapanya seorang India dari Kerala sama macam Mahathir. Kalau tidak bapanya bersetubuh dengan perempuan Melayu tak mungkin dia dapat jadi rakyat kelas pertama di Malaysia.

Betulkah Zam tahu cakap Bahasa Inggeris? Lihat video di bawah:-


Kalau tak tahu cakap Bahasa Inggeris, pergi belajar sendiri. Jangan nak babitkan semua orang di Malaysia. Sebab hanya Melayu campuran sahaja yang tak sayangkan identiti serta budaya bangsanya.

Orang Jepun yang tak cakap Bahasa Inggeris pun boleh ada 10 loji nuklear. Mereka lebih maju daripada kita. Bandaraya mereka bersih dan teratur serta ada kaki lima yang menyeluruh.


Pokoknya di sini, bukan Bahasa Inggeris. Tetapi kemampuan untuk kita belajar sesuatu ilmu itu hingga habis dan kemampuan kita untuk memiliki pemimpin yang tidak mengkhinati rakyatnya.

Dahsyatnya Jepun ini, hingga ke kampung pun maju (lengkap jalan dan elektrik) tanpa perlu menterinya tidur di kampung-kampung. Lihat di bawah!


Kalau pergi luar negara setakat nak merasa red light district sahaja, memang saling tak tumpah macam Zam.

Saya cadang Zam pergi meniaga cendol pulut, roti canai dan kuih Vadei lagi ada untung.

Wednesday, March 16, 2011

BN Youth Job Fair 2011



Tuesday, March 15, 2011

Lagi 6 Bulan Tarif Elektrik Melambung


Tarif elektrik mungkin menyaksikan peningkatan dalam tempoh enam bulan ke hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. - Tarif elektrik mungkin naik dalam 6 bulan
Hanief: Hahaha! Beli emas dan perak sekarang.

Duit kertas makin mengecil dalam 6 bulan mendatang.

Anda tunjukkan wang yang sama untuk menampung bil elektrik, namun masih tak cukup.

Mengapa? Jawapannya duit kertas anda makin mengecil.

Hanief Beli Dirham Si Mamak Zambry | Dirham Negeri Perak

Pandai betul dia jual satu set.

Orang Perak mesti memilikinya.

Walaupun kita benci negara yang korup ini. Namun ini boleh dibuat kenangan.

Kenangan yang berharga dengan nilai sebenar.

Inilah duit Tuhan.

Hobi mengumpul emas dan perak merupakan hobi raja-raja.

Orang miskin kumpul kertas nombor ekor, kertas defisit dan kertas inflasi.

Patut Too Phat bikin video dengan wang dinar dan dirham.

Sayangnya Johor tak ada modal nak bikin wang bergaya seperti ini.

Orang Johor kumpul kertas dolar inflasi Singapura.

Sebenci-benci saya dengan si Mamak Zambry, saya beli juga.

Mana ada peluang kita garap.

Tak ada duit banyak mulalah dengan dirham dahulu.

Duit syiling perak negeri Perak.

Dirham negeri Perak.

Ada pelbagai sebutan.


Siapa ada masa mungkin boleh kira garis ketulenan ini.

Beratnya terasa apabila dipegang. Harap ini bukan syiling tipu. Haha!

Esok kalau Israel dah jadi kuasa dunia, tak adalah kita ketinggalan.

Apa lagi? Sebelum harga perak melambung, cepat dapatkan apa yang ada.

Saya dapatkannya sendiri.

Telefon dahulu sebelum datang.

Kalau penyabar boleh pesan melalui telefon. Lawati http://www.nubex.com.my


Monday, March 14, 2011

Pondan ?


Hassan Merican Sudah Lari Ke Singapura


Siapa tak kenal orang ini? Namanya Hassan Merican. Dia pernah keluar di TV dan memberitahu siapakah yang berkuasa ke atas PETRONAS. Satu rahsia yang ramai tak tahu. Akhirnya Hassan Merican yang beritahu PETRONAS berada di bawah kuasa mutlak PM.

Sekarang dia telah lari ke Singapura dan bekerja di sana dengan syarikat Sembcorp. Mesti dia ada banyak rahsia dan duit.

Sunday, March 13, 2011

Chua Soi Lek Nak Jumpa Nik Aziz

Chua Soi Lek
MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini. - Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan
Hanief: Elok juga perkembangan ini. Saya doakan bagi sesuatu keajaiban berlaku pada Chua Soi Lek.

Facebook Sangat Lembab ?

Kod Bar Makanan Jepun : 45 & 49

Mangsa sisa nuklear

Mungkin wajar bagi kita memberitahu rakan-rakan semua supaya menjauhi barangan yang dibuat di Jepun? Ini kerana letupan loji nuklear baru-baru ini mungkin boleh mencemari produk makanan dari Jepun.


Saya masih ingat ibubapa saya menjauhi produk tenusi dari UK kerana khuatir cemaran sisa nuklear Chernobyl di Ukraine yang ketika itu dikenali dengan nama USSR. Sejak itu kami pakai Fernleaf dari New Zealand.

Melihat kod bar sebagai asal-usul produk adalah kurang tepat. Nombor pada kod bar dicatat berdasarkan negara ibupejabat sesebuah syarikat didaftarkan.

Contohnya, syarikat makanan Jepun mungkin boleh dimulai dengan 955 (kod bar Malaysia), jika syarikat itu beribupejabat di Malaysia. Padahal, mungkin semua kerja memproses dilakukan di Jepun?

Namun inilah cara kedua terdekat. Cara paling dekat ialah dengan mengangkat ganggang telefon dan bertanya atau lawati sendiri kilang produk yang ingin diketahui itu.

Kod bar yang dimulai dengan 49

Siapa makan MSG atau AJINOMOTO? Dalam burger pun ada.

Peminat mee Jepun yang berangan nak jadi orang Jepun kena take note.

Ada juga yang dimulai dengan 45

Blog Archive