Malaysia : Tong Taik UMNO: April 2011

Tuesday, April 26, 2011

Persidangan Balaci Terpilih

Ambil komputer penulis blog, kemudian buat persidangan sama balaci sendiri. Oh bahagianya negara kita. Ibarat makan tahi sendiri.

HP Mobile Data Protection Sensor

PCI Device Intel Ibex Peak PCH - Host Embedded Controller Interface 1 (HECI1)

Go and look for Intel Management Engine Interface (IME) driver.

Friday, April 22, 2011

Kelajuan Internet Di Sim Lim Square , Singapura ?

Mari kita ketawa pada orang-orang di Malaysia. Kah! Kah! Kah!


Sebab itu urusan pendaftaran atau pengurusan atau pentadbiran berjalan dengan laju di sini. Semuanya online!

Thursday, April 21, 2011

StarHub Broadband Screenshot

Sunday, April 17, 2011

The selected disk is of the GPT partition style

Remember to restart.

Friday, April 15, 2011

Jemput ke Facebook


Kepada para pembaca blog ini semua, saya jemput anda ke Facebook saya untuk mengetahui sebarang info. Saya dapati, Facebook lebih serasi dengan kemampuan telefon pintar Android saya. Sekian.

Klik: http://www.facebook.com/hanief84

Sunday, April 10, 2011

Buang Emas

Saturday, April 9, 2011

Kesan Duit Kertas ?


Duit kertas yang ada hari ini di pelbagai negara telah menyebabkan manusia bertumpu di negara yang memiliki duit kertas bernilai tinggi. Termasuk anak-anak menteri sendiri. Kenapa mereka tak belajar di Harare, Zimbabwe dan simpan wang dalam dolar Zimbabwe? Haha!

Perbezaan kualiti kehidupan amat dirasai apabila saya bekerja di negara yang memiliki matawang yang bernilai lebih tinggi daripada tanah air saya sendiri. Ini baru Singapura, belum negara maju yang lain.

Saya rasa, saya akan cuba di UK pula.

Dari Singapura, saya baling $1 ke Malaysia ia bertukar menjadi RM2.40
Dari UK, saya baling £1 ke Malaysia ia bertukar menjadi RM4.90

Jika kita cerita bab duit dinar dan dirham, saya percaya ia tidak akan bertukar nilai.
Dari Malaysia saya baling 1 dinar ke UK ia tetap bernilai 1 dinar. Begitu juga dirham.

Hari ini orang main duit kertas dan kad plastik yang berteraskan ekonomi fiat.

Anda dilahirkan di Malaysia. Rakan anda dilahirkan di Bangladesh.

Anda kerja di Singapura begitu juga dengan rakan anda dari Bangladesh. Masing-masing dapat gaji.

Setiba di negara masing-masing, anda beli makanan tengahari, cuba teka siapa dapat beli makanan lebih banyak dengan gaji dalam dolar Singapura yang sama itu?

Tentulah rakan anda di Bangladesh. Sekarang bayangkan, anda masih bekerja di Malaysia dan rakan Bangladesh anda bekerja di UK. Jangan terkejut jika dia boleh sewa lot kedai di Malaysia dan menggaji pekerja sekali di Malaysia dalam beberapa tahun sahaja dengan hasil pendapatannya di UK.

Mungkin ada yang tak faham tetapi tadi baru rakan sekerja saya beritahu di Jepun ada gaji minimum. Ikut duit dolar Singapura, sehari gaji minimum $115 di Jepun. Makanan tengahari $5 sahaja. Bezanya cuma jurang bahasa.

Sekarang ini saya nampak, beza antara saya dan rakan saya dari India ini, ialah kebolehan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan gaya sebutan Mat Saleh. Mereka gagal melakukannya, sehinggakan pelancong hanya senyum dan mengiyakan mereka sahaja. Tetapi kemudiannya pelancong itu minta tolong dari saya pula. Bukan sekali jadi begini. Hampir setiap kali. LOL!

Daripada membazir masa di Singapura lebih baik saya ke UK atau mana-mana negara yang setanding dengan kebolehan saya. Buat apa belajar bahasa Inggeris tapi simpan dalam mulut?

Banyak benda boleh dibuat dengan bahasa Inggeris. Takkan setakat mencarut dan menyanyi dalam bilik air saja? Haha!

Ini boleh dibuat benda cari makan.

p/s: Kalau zaman saya tak ada PPSMI pun, saya dapat cakap dalam bahasa Inggeris dengan baik. Takkanlah generasi hari ini yang ada YouTube, Skype dan Facebook gagal menandingi generasi terdahulu? Siapa yang makin bodoh ni?

Bagaimana Saya Dapat Kerja di Singapura


Salam,
Jika saudara punyai kelulusan tinggi seperti diploma, ijazah dan lain-lain, mungkin menghantar resume melalui emel atau surat itu akan kelihatan bermakna.

Seperti semua pembaca blog saya tahu, saya hanya ada SPM yang bagi saya tidak punya apa-apa makna langsung. Kerana itu saya memerlukan blog saya untuk mendokumenkan segala benda yang mungkin hampir tentang saya. Blog inilah resume saya. Password yang SKMM mahu itu, ialah kunci peti resume saya. Biadap bukan tindakan mereka? Kalau orang lain mungkin sudah beri sebiji buku lima pada semua orang yang terlibat itu. Namun saya tetap cool.

Berbalik pada keinginan saudara, nasihat saya saudara kena simpan duit dua kali ganda daripada apa yang saudara biasa belanjakan di Malaysia. Memang pada permulaan, perbelanjaannya saudara akan terasa sedikit membebankan. Datang tanpa ada kerja di Singapura ibarat seorang pelancong. Namun saudara bukan pelancong negara bermatawang tinggi. Pastikan saudara bersungguh-sungguh. Saya syorkan saudara tidak menggunakan mana-mana pintu belakang. Kerana pintu belakang bukan amalan di Singapura rasa saya. Kita guna pintu belakang hari ini, hari esok orang yang sepatutnya menjawat jawatan itu telah terhalang dengan kehadiran kita yang melalui pintu belakang.

Semua saya lakukan seumur hidup saya adalah tanpa ada melibatkan pintu belakang. Kita kena ikhlas dalam hidup ini.

Baiklah, saya ceritakan bagaimana saya dapat kerja di Singapura secara ringkas:-
  1. Saya berangan-angan dengan kebersihan dan kehidupan di Singapura apabila ternampak jalan-jalan di Singapura yang bersih di Google Map Street View.
  2. Saya bincangkan di forum Lowyat. Ramai yang butthurt dan macam biasa Malaysia tetap maintain lebih kotor daripada Singapura.
  3. Saya mohon kerja di Singapura dengan menelefon sebuah majikan di Pioneer Road North yang diiklankan di The Star Classified.
  4. Saya diserbu oleh SKMM pada keesokan harinya. Saya diminta untuk ke Balai Polis Sentul dan SKMM Cyberjaya. Komputer semua dirampas.
  5. Saya teruskan niat saya untuk ke Singapura setelah sedih dengan kematian arnab saya yang menjadi teman hidup dan juga inspirasi perniagaan saya.
  6. Saya tiba di KLIA, terbang ke Changi.
  7. Dari Changi saya ke Jurong East, makan di restoran Melayu Singapura $2 (nasi berlaukkan sayur). Saya inikan vegetarian?
  8. Saya ke Pasir Panjang tidur di hotel $149 satu malam.
  9. Saya ke Pioneer Road North untuk temuduga dan berjaya dapat kerja.
  10. Wang saya hampir habis akibat kebodohan dari segi ilmu penginapan. Saya disyorkan untuk tinggal sementara di hostel backpackers di Farrer Park.
  11. Saya ke Pioneer Road North untuk kerja pada kali pertama di Singapura. Namun saya berhenti setelah kerja itu ada melibatkan botol-botol wine.
  12. Saya menganggur selama 1 hari di Singapura. Saya beli akhbar dan berjalan-jalan di Little India.
  13. Saya tanyakan kerja dan penginapan yang lebih murah. Akhirnya dapat kerja dan dapat tempat penginapan.
  14. Ahad ini saya akan berhenti kerja restoran. Nantikan episod seterusnya.
  15. Sekian.

Tuesday, April 5, 2011

Ceritalah Berita Seks Lagi!


Saya sedang menunggu saat kejatuhan Malaysia. Hari demi hari, maklumat mengenai bekas semenanjung Tanah Melayu ini makin bertambah.

Apa yang saya faham ketika ini ialah, faktor yang membuatkan Singapura kaya ialah kedudukannya sebagai pelabuhan di Asia Tenggara. Ia menjadi kaya akibat aktiviti import dan eksport.

Malaysia pula kaya dengan hasil bumi. Sehinggakan terpaksa membekalkan air pada Singapura daripada terjerumus teruk dengan 'air yang itu'. Hahaha!

Masa Jepun masuk Singapura, bekalan air diputuskan. Tak mandilah agaknya askar Jepun masa itu.

Dengan kewujudan matawang kertas (ekonomi fiat), nilai matawang negara-negara di dunia menjadi berbeza walau pun bersebelahan.

Kita seharusnya diajar apa itu gandaan matawang kertas yang ada di negara-negara maju. Saya dapati di Singapura ini menjadi sasaran ramai orang Cina, India dan Bangladesh. Mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Kalau fasih pun tidak ramai dan ramainya yang pekat dengan pelat India.

Kadang-kadang kita pula terasa bodoh kerana gagal memahami apa yang diucapkan orang-orang India ini akibat dikelilingi oleh majoriti orang India yang berbahasa Inggeris tetapi pelat Indianya sangat pekat.

Saya kadang-kadang naik geram juga lalu meng'Amerika'kan sebutan bahasa Inggeris saya.

Sebut onion pun bunyi oniyon.
Sebut menu card bunyi mnuqad.
Sebut table 22 bunyi tebbl tdwendhidthoo.
Sebut side plate bunyi sypledth.

Mereka telan sesetengah bunyi perkataan dan mengintonasikan bahasa Inggeris dengan lenggok Hindi dan Gujerat. WTF!

Kalau macam ni baik saya pergi UK. Tak ada bazir bahasa Inggeris saya yang mahal di tempat yang murah begini. Tak apalah. Sabar sajalah. Kita biar ada 'tatu' setahun atau 6 bulan. Baru laku di UK nanti. Harap-harap sempat ke sana sebelum matawang emas dan perak naik di Israel.

Ada rakan sekerja yang tak reti cakap Inggeris langsung. Dia asyik cakap Hindi dengan saya. Nasib baik ada tempias Parsi dalam Hindi. Tak banyak perkataan sangat, adalah 10-20 perkataan. Terima Kasih pada Raja Kurus.

Berbalik pada cerita Malaysia, saya nak cakap bagus. Ceritalah berita seks lagi. Biar matawang Singapura meninggalkan jauh matawang Malaysia.

Saya dengar di berita semalam, PBB sudah serang Libya. Saya tonton TV semalam bersama rakan sebilik. Mereka kata sasaran seterusnya mungkin Malaysia. Kerana Amerika Syarikat mahukan minyak. Lalu mereka ketawa. Saya juga ikut ketawa, tak rugi Malaysia beli kapal selam, jet pejuang, kereta kebal.

Lepas cerita seks, dah kemuncak, apa lagi? Perang!

p/s: Siapa tahu jet pejuang negara mana lagi banyak? Singapura atau Malaysia? Haha!

Monday, April 4, 2011

Revolusi Tilam | Telefon Pintar Android


Hari ini berlaku revolusi tilam. Tidak. Ini bukan cerita tilam Anwar. Tetapi ini cerita tilam di bilik penginapan saya. Mungkin saya agak melatah sedikit setelah mendapati kesan gigitan serangga yang tidak segatal semut api di Malaysia. Ia hanya meninggalkan kesan merah pada anggota badan.

Setelah diteliti, maka saya dapati ada bed bugs di tilam. Saya terus buang tilam tersebut dan diikuti dengan rakan saya di katil bawah. Katanya jika tilam saya tiada semua bed bugs akan menyerang katilnya. Hahaha!

Agak bingung juga sewaktu saya mendapati kesan gigitan itu. Saya kurangkan minum air di restoran yang terasa seperti air paip (lagi pun bos pun minum air mineral di restoran, agak aneh), saya beli air Evian yang berharga $2.30 sebotol 1.5 liter (murah ke?), saya banyakkan makan buah-buahan, saya tukar shower gel Dettol kepada sabun Dettol biasa dan saya banyakkan berehat kerana mungkin badan letih telah menyebabkan ada kesan merah-merah pada anggota badan.

Namun semua ini terjawab, apabila tilam yang tampak kemas mempunyai bed bugs. Air Evian yang saya beli kali terakhir ialah pada tahun 2004 di Subang Jaya. Kini saya beli kembali di Singapura. Saya dikhabarkan ia merupakan air kedua terbaik selepas Air Zam-zam. Entahlah

Tatkala menaip ini saya telah makan 4 biji Samosa. Sejenis kuih seperti karipap yang lebih mantap. Tiada daging, ia sesuai untuk vegetarian seperti saya. Kacang pun ada sekali (taklah banyak).

Pos blog ini patut dihantar semalam. Akan tetapi saya terkena sudden shutdown dek spyware di kafe siber paling bodoh Singapura. Jelas sekali orang di situ mungkin hanya memiliki duit besar dalam membuka kafe siber.

Memang ramai orang di Little India ini baru pulang dari Amerika Syarikat, Australia, UK dan lain-lain. Mereka membawa khabar berita yang kurang enak khususnya dari Amerika Syarikat. Katanya duit AS jatuh. :P

Bertolak dari situ saya terus ke Sim Lim Square menyambar Sony Ericsson Xperia X8. Saya kurang percaya dengan HTC, kerana takut tidak dapat membeli alat ganti jikalau telefon pintar itu rosak kelak. $255 sahaja dengan Android 2.1

Kalau pulang ke Malaysia, rosak di sana boleh pergi Mid Valley cari alat ganti :)

Tapi telefon pintar di Singapura murah-murah. Budak sekolah pun pakai iPhone 4. Tapi saya sukakan Android Market.

Nanti saya nak beli 3G prepaid pula. WiFi di Singapura ini tak boleh diharap. Benda percuma takkan bagus punya.

Sasaran seterusnya ialah Macbook Air. Tak puas pakai telefon pintar. Bateri lemah, kandungan laman web terhad, perlahan dan kecil!

Jika semuanya bagus di telefon pintar, sudah lama komputer riba pupus!

p/s: Saya tak tipu. Saya nampak apa yang kurang saya cakap. Janjinya fakta. Tapi tak adalah cerita bulu dan perut. Hahaha!

Sunday, April 3, 2011

Cerita Prata & Thosai di Singapura

Prata

Saya baru cuba makanan di restoran biasa di Little India. Rupa-rupanya di restoran yang saya kerja ini mahal sekali sekeping roti Pratanya. Bagi yang tak tahu apa itu roti Prata, ia macam roti Canai di Malaysia. Mungkin orang di Singapura panggil roti Prata.

Apapun, baru tadi saya makan:-
  • Mushroom Prata
  • Cheese Prata
  • Masala Thosai
  • Air suam
Semuanya $5.40 sahaja. Murahkah?

Mungkin saya telah jadi vegetarian murtad hari ini sebab saya dah makan Cheese Prata. Sengaja saya cuba untuk mengetahui rasa makanan di restoran biasa.

Thosai disebut Dosai di restoran yang saya kerja. Masala bererti kentang yang dilecek. Anehnya, makanan di restoran biasa lebih enak. Hahaha!

Jangan beritahu bos saya. Tapi dari segi ketebalan roti, kesegaran kuah, memang restoran yang saya kerja ini menang dan tempat makan pun berhawa dingin.

Walaubagaimana pun tadi saya berasmara dengan cahaya suria ketika duduk makan di restoran biasa itu. Untuk pengetahuan para pembaca, sinaran mentari di sini sangat enak dikenakan pada badan. Terutama pada pukul 9-10 pagi. Mungkin kendudukan Singapura yang lebih selari dengan garisan Khatulistiwa berbanding di Kuala Lumpur. Badan saya terasa sedap dan selesa sekali. Mungkin kerana saya bukan orang yang sukakan hembusan penghawa dingin.

Berkenaan dengan makanan tadi, saya agak terasa hati juga apabila roti yang dipesan lambat sampai. Mungkin inilah langkah terbaik sebagai waiter dalam mendalami perasaan seorang pelanggan yang dilayan dengan layanan ala kadar.

Jadinya sebagai waiter, saya harus layan pelanggan dengan baik dan cuba hulurkan bahan bacaan jika pesanan datang agak lambat. Atau pun mungkin berikan segelas air dahulu seperti yang saya selalu wajib lakukan di restoran.

Friday, April 1, 2011

Minyak RON97 Naik RM0.20 | APRIL

Sayangnya Bik Mama bukan seekor kucing.
KUALA LUMPUR 1 April - Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti. - Petrol RON 97 naik 20 sen mulai tengah malam ini - PDAM
Hanief: Ini April Fool kah? Saya dah tak kisah lagi dengan harga minyak. Di Singapura ada SMRT. Tak perlu kisah ke minyak. Jalan kaki pun ada kaki lima.

Negara paling bodoh di dunia ialah negara yang ada minyak tapi mundur daripada negara jiran yang tak ada minyak.

Singapura dengan air Newater pun boleh maju, bersih dan mantap. Penduduknya semua badan berisi.

Di Malaysia? Yang sihat Bik Mama dengan suami dia saja. Sampai merah mulut dan bibir. Tak malukah mereka? Pemerintah yang pentingkan diri sendiri. Syok sendiri.

Orang Malaysia pula baik sangat. Kalau jumpa PM cium tangan. Cukup punya special.

Marah Lee Kuan Yew Nanti


Masih ingat hari itu saya cakap Singapura mengalami masalah kurang pekerja? Sebenarnya rakan sekerja dari Malaysia yang buat hal. Dia tak datang kerja restoran tanpa notis. Padanlah 3 orang pelayan saja yang beraksi dalam restoran semalam. Itu pasal pengurus marah. Tapi dia cool apabila saya cool. Hahaha!

Jadi saya silap sebenarnya. Minta maaf kerana salah beri info. Orang kita juga buat hal. Aduh! Biasalah, orang nak berhenti kerja, prestasi makin menurun. Ini kes nak berhenti kerja dan nak ambil gaji sekalilah ni. Kalau saya main blah saja. Baru macho.

Saya kerja masuk 11 pagi. Sebenarnya boleh masuk pukul 12 tengahari. Tapi saya sengaja datang awal.

Pukul 3 petang hingga 5 petang waktu rehat.

5 petang hingga 11 malam sambung kerja.

Makanan vegetarian bermutu tinggi percuma untuk makan tengahari dan makan malam.

Pagi-pagi saya makan kelapa muda di tempat penginapan dengan berbekalkan pisau besar, sudu dan straw. Hari-hari minum air kelapa.

:)

9 pagi hingga 10 pagi tadi saya beli sesikat pisang Del Monte dari Filipina dan sebiji jambu tanpa biji Thailand sebesar dua penumbuk di Mustafa Centre berjumlah $2.35 sahaja termasuk GST. Geram tengok buah murah-murah.

p/s: Muesli $6 saja. Susu $3. Peti sejuk tak ada. Kalau ada cun.

GMail Motion Is An April Fool

ParpuKari Ialah Reentrycapsule

http://parpukari.blogspot.com/2011/04/cili-kasi-taruk-nicky-ajis-si-perasuah.html

http://hanief.blogspot.com/2011/03/kurang-pekerja-waktu-kerja-panjang.html

Hanief: Dengan ini saya akan lancarkan perang habis-habisan pada geng Mahathir! Bangsat ini memang nak kena dihalau dari bumi Nusantara. Awas kau tong drum! Bangsa cilaka! SKMM anak Kelantan juga jadi barua Mahathir. Bangsat!

1Porno

Jangan buli orang Cina. Kelak keharmonian kaum akan hilang.
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009. - 'Pegawai SPRM tonton porno selepas soal Teoh'
Hanief: Memuat-turun. Ini sah mahukan kepuasan maksimum, selalunya orang streaming saja. Kalau muat-turun ini, mesti kualiti video porno 1080p.

Wah! Apakah yang membuatkan dia terdesak sangat? Apakah mendiang Teoh berpakaian seksi ketika itu? Hahaha!

Khabarnya seluar mendiang koyak. Saya pun ketika di Balai Polis Sentul, saya pakai seluar koyak (seluar berkebun) LOL!

Ini kalau Mohd Ashraf turun Little India tak taulah jadi apa. Singapura lagi bebas. Nak minum? Nak main perempuan? Menjarjis? Bercumbu? Semua tepi kaki lima saja. Tak ada sesiapa larang.

Kesimpulannya kita kena ada kawalan diri. Mari sama-sama kita kaji sumber pendapatan kita, samada halal atau pun tidak.

Ini nama Ashraf takkan Hindu? Jadi kajilah sumber pendapatan kita. Nanti kalau beli makanan dengan dengan gaji haram, perangai jadi macam syaitan.

Bagi yang bukan Islam, anda semua tak perlu takut kerana anda bukan Islam. Lantaklah nak buat apa pun.

Makna Bekerja Bagi Orang Macam Saya

Sekarang ini majikan saya sudah banyak mengharapkan saya. Bagi saya itulah tanda positif. Walaupun saya seorang Melayu di dalam restoran vegetarian India ini, tetapi saya tidak anggap saya dibuli. Tetapi inilah kepercayaan yang diberi pada saya.

Di kala orang lain sibuk melahap roti Naan, saya masih melayan pelanggan. Pelanggan dari Australia, Jerman, Rusia, UK, AS, New Zealand semua diserahkan pada saya. Sebab rakan lain tak berapa fasih bahasa Inggeris. Ternyata pelancong ramai sekali di sini berbanding di Malaysia.

Semalam tiada langsung roti Naan di dalam periuk. Rasa nak berhenti kerja pun ada. Tetapi setiap masalah, kita mesti bangkitkan pada orang yang berkenaan. Jangan kita diam.

Rupa-rupanya saya boleh ambil dahulu roti Naan pada pukul 10 malam dan letakkan di ruang khas di dapur restoran untuk dimakan selepas pukul 11 malam.

Saya bangga dapat jadi orang kuat restoran. Hari ini kerja sampai tutup shutter sama pengurus, itu tanda dia percayakan saya. Hahaha!

Buat pengetahuan semua, ramai pekerja dari Malaysia yang bekerja di sini terkejut dengan gaji $700 yang saya persetujui. Mereka pula dalam diam-diam ingin berhenti kerja, di mana akhirnya dapat dihidu saya. Tarikhnya 7 April nanti.

Alasan mereka ialah kerana masalah letih dan etika pengurus yang kurang sopan. Sentiasa marah-marah. Orang yang lembik akan berhenti kerja.

Satu lagi, pengurus saya ini suka marah orang yang tidak kemas personalitinya. Siapa nak lihat saya datanglah ke restoran ini. Rupa saya dah macam budak sekolah rendah. Skema habis.

Dalam hidup ini saya rasa perlunya saya catatkan perkembangan dari bandar kecil sehingga ke negara luar. Nanti orang tanya saya pernah bekerja di mana, saya boleh cakap Singapura. Kalau dalam Malaysia saja nanti orang tak pandang sangat. Kalau pelbagai negara maju lagi orang respek.

p/s: Setiap hari, lepas habis kerja saya akan ke Mustafa Centre untuk beli kelapa dua biji berjumlah $3.00 sahaja. 24 jam buka. Nanti lepas dapat satu smart phone saya akan bikin tour dalam Mustafa Centre ahaha!

Blog Archive