Malaysia : Tong Taik UMNO: June 2011

Thursday, June 30, 2011

Kalau Tak Bankrap Kenapa Pinjam ?


Felda telah membelanjakan RM3.5 bilion daripada keseluruhan RM6.5 bilion pinjaman yang diperolehnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). - Felda belanja RM3.5 bilion wang pinjaman KWSP

Hanief: ...

Monday, June 27, 2011

Pertanyaan Tentang VISA Pekerjaan di Australia

Terasa hati nak kerja di kedutaan itu pula. LULZ!

Sunday, June 26, 2011

6 Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Matawang

SGD $1 = RM2.46
  1. Inflasi
    Harga barang naik ialah inflasi. Di sini, jika inflasi meningkat maka nilai matawang kita akan mengecil. Harga barang naik bukan perkara asing lagi di Malaysia. Apakah yang menyebabkan inflasi?

  2. Riba' Pinjaman (Bunga Pinjaman)
    Pinjaman dari bank yang bersalut riba' akan menyumbang kepada peningkatan nilai matawang. Jika inflasi meningkat, maka ramai yang jadi miskin dan takut untuk meminjam apatah lagi menanggung riba'.

    Contohnya, barang di sekeliling kita makin mahal (inflasi), kemudian mahu meminjam di bank, kadang-kadang bank pun tak luluskan. Atau pun mungkin kita sendiri kurang yakin samada ia boleh dilangsaikan dengan bunga-bunganya sekali. Jika ini berlaku, matawang kita akan mengecil.

  3. Defisit
    Belanjawan negara kita memiliki defisit. Wang rakyat yang telah disalahgunakan akan membuatkan belanjawan kita cacat dan sukar untuk dicapai akibat kekurangan dana. Di sini jika defisit melambung, maka matawang kita akan mengecil.

  4. Pelaburan Asing
    Saya yakin anda tahu apa itu import dan eksport. Jika kita bikin satu produk, kita jual pada negara luar itu disebut eksport. Jika kita beli barang dari negara luar itu namanya import. Jika kadar eksport tinggi melebihi kadar import, maka matawang negara kita akan meningkat. Tetapi hari ini, kita sering dengar bahawa pelaburan asing kontang. Negara asing juga menghadapi kemelesetan ekonomi. Bagaimana mereka nak beli barang negara kita?

  5. Hutang Negara
    Kita lihat Greece, negara tersebut memiliki hutang yang tinggi. Bila sebut negara, maka ia terdiri daripada rakyatnya juga. Rakyat mereka juga dibelit hutang. Bila hutang meningkat maka nilai matawang akan mengecil.

  6. Kestabilan Politik
    Malaysia merupakan negara yang sangat unik dari segi politiknya. Serangan politik tak pernah lekang sejak 8 Mac 2008. Keadaan politik negara yang tidak stabil atau pun bergolak, akan mengecilkan nilai matawang.
Rasa saya kesemua 6 perkara di atas, sedang berlaku di negara kita. Tahniah pada Najib. Hahaha!

Friday, June 24, 2011

Mengapa Saya Harus Merantau Lagi ?


Dari kecil hingga kini saya membesar di Malaysia, fokus saya tertumpu pada Malaysia.

Cari duit dan terus cari duit. Ada kerja makan gaji dan ada kerja sendiri. Tetapi semuanya menjunam. Kalau untung, dapat pelanggan dari Singapura beli produk yang saya jual. Dapatlah bernafas sedikit. Hal itu juga memberi saya satu gambaran jelas mengenai keupayaan membeli seorang warga Singapura dan warga tempatan.

Setelah bekerja di Singapura, cara saya berfikir telah banyak berubah.

Dalam erti kata lain, saya tidak lagi berminat untuk bekerja di tanah air lagi. Umum tahu, bahawa matawang kita kecil. Anda boleh gelar saya penganggur hari ini.

Tetapi anda juga harus tahu, bahawa wang yang saya bawa pulang dari bekerja di Singapura sebulan, banyaknya sama seperti bekerja 3 bulan di Malaysia. Itulah hakikatnya.

Mengapa saya harus berhempas pulas demi pulangan yang tidak setimpal?

Jangan tipu diri kita.

Bagi orang Islam pun, kita ada sistem hadiah. Buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa.

Anda solat di Kuala Lumpur tak sama pahalanya berbanding solat di Mekah.

Siapa boleh sangkal kenyataan ini?

Saya cukup marah dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan anak tempatan kita kurang daya tahan berbanding pekerja asing. Walhal isu gaji kecil yang menyebabkan anak tempatan kita hilang semangat bekerja di tanah air sendiri.

Ketika berada di Singapura sayalah pekerja asingnya. Saya rasa bersemangat setiap hari dengan gaji RM3,000 lebih. Terasa diri saya dan kepakaran saya dihargai.

Tahukah para pembaca semua, ketika saya pulang ke Malaysia, barang-barang yang mahal di depan mata saya tidak lagi menjadi sesuatu yang amat mustahil untuk dibeli? Terasa dengan bekerja di luar negara itulah juga jalan keluar untuk seorang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi atas kertas seperti saya.

Ini berbeza ketika bekerja di tanah air sendiri dengan gaji RM900. Nak beli sesuatu pun kena tunggu berbulan-bulan untuk kumpul duit. Alangkah bodohnya.

Mana dia negara berpendapatan tinggi? Golongan yang berpendapatan tinggi ialah golongan menteri sahaja. Bagi golongan lain, nasiblah apa nak jadi pun. Hahaha!

Bodohkan? Sebut negara, ibarat satu negara akan berpendapatan tinggi. Tapi bila dilihat, ia hanyalah omongan kosong semata-mata.

Formula matematiknya mudah. Jika kita mahu negara kita bermatawang tinggi, kita mesti ada pemimpin seperti Lee Kuan Yew. Orang tersebut mampu membuatkan SGD $1 = RM2.46


SGD $1 = RM2.46

Saya faham rakan Mamak (India kacuk Melayu) , abang-abang Syed (Arab kacuk Melayu) bangga dengan RM (Ringgit Mahathir/Ringgit Mamak). Walaupun Mahathir terkenal dengan salahguna-kuasanya sehingga membuatkan matawang negara kita ketinggalan jauh.

Tetapi itulah hakikat rakan Mamak dan abang-abang Syed kita yang sehidung dengan Mahathir. Mereka hanya ada susuk Mamak Mahathir. Macam mana pun tingkah-laku Mahathir, tetap mereka sokong. Bahkan mereka ini lebih Melayu dari Melayu asli.

Bila saya cakap Lee Kuan Yew hebat. Maka rakan Mamak dan abang-abang Syed kita akan mengaum bak Sang Harimau mengatakan "Lihatlah sumbangan Mahathir, tengok nun ada Menara PETRONAS, siapa buat?".

Saya kata itu pakai duit rakyat. Rakyatlah buat. Arkiteknya memang seorang Mamak pun, anak tempatan. Nama dia C├ęsar Pelli.

Saya nak tambah sikit, "Dei tambi! Lee Kuan Yew mari dia boleh beli itu menara separuh harga tau?!"

Kalau bodoh tak sedar, tengok ini : SGD $1 = RM2.46

Mudah tak formula matematik itu?

Usah kita ketinggalan dengan rakan senegara kita kaum India dan Cina. Mereka ini rupa-rupanya lebih ramai yang bekerja di UK, AS, Australia, New Zealand, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain negara maju. Bukan sahaja mereka bahkan rakyat dari negara-negara ASEAN pun sudah ramai yang merantau. Saya khuatir, jika orang Malaysia khususnya orang Melayu bawahan tak ambil peduli, mungkin mereka akan ketinggalan lebih jauh.

Jadi jangan garu kepala, hairan bagaimana orang Cina dan India boleh kaya-raya. Mereka naik kereta import. Orang Melayu semua naik kereta tin milo Mamak Mahathir. Sudahlah tak ada kualiti, tapi dek kerana gaji kecil dan pengangkuan awam yang tak meluas, naiklah juga.

Alahai kasihan bangsaku dipermain-mainkan oleh seorang Mamak Mahathir.

Masih tak sedar orang Melayu kita? Teruskan sokong orang itu, jerit-jerit sampai terberak. Mahathir menangis hoooo... hoooo.... dalam PWTC pun bukan boleh ubah ini: SGD $1 = RM2.46

Si Mangkuk Najib Mongolia pun tak boleh bikin apa-apa. Dia sujud pada Mahathir, apa boleh dia buat? Nak menangis hoooo... hoooo.... dalam PWTC lagi?

p/s: SKMM pun sibuk tanya tentang video porno. Apa pendirian saya? Saya jawab kamu orang SKMM, gaji kamu sudahlah kecil. Sokong orang zalim yang menabur pasir dalam periuk nasi rakyat Malaysia masih tak sedar diri? Memang tak ada otak. Memang dasar manusia bengap.

Monday, June 20, 2011

VIDEO : Kita Jumpa Kita Lawan - Khairy - REMASTERED






Saturday, June 18, 2011

Mengapa 9 Julai Penting Buat Malaysia

Melayu, Cina dan India semua ayuh!
  1. Kebebasan bersuara telah ditutup sebenarnya di Malaysia. Walaupun ia tampak terbuka tetapi SKMM akan mencantas satu-satu penulis blog atau sesiapa sahaja yang mampu menggoncang kerajaan zalim. Terdapat banyak nama-nama yang saya nampak di dalam fail mereka, ketika sesi soal siasat dahulu di Cyberjaya.

    Saya Muhammad Nur Hanief bin Abdul Jalil kembali bersuara dalam blog ini sepenuhnya selepas bekerja di Singapura untuk mendapatkan duit dan membeli komputer baru. Mungkin ada penulis blog yang terus menyepi selepas diserbu, apa pun nasihat saya anda harus bangkit dan jangan putus asa. Mesti lahir dengan idea baru setiap hari dan yang paling penting buktikan yang anda mampu berdiri di atas kaki anda sendiri.

  2. Kerajaan zalim mahu rakyat berkaraoke, menari dan berhibur sakan. Tetapi mereka tidak mahu anda mengambil tahu tentang hal politik. Mereka takut hilang kuasa jika rakyat ambil tahu isu semasa. Telah banyak kepincangan yang berlaku, namun semuanya ditutup dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Kita tak kisah jika kehidupan makin selesa walaupun mungkin berada di bawah pemerintahan kuku besi. Tetapi negara ini dilihat makin teruk dan makin berahsia-rahsia mengenai isu-isu besar pula.

  3. Kita tidak setuju dengan dakwaan akhbar yang mengatakan rakyat semakin selesa dan berpendapatan tinggi, ekonomi rancak dan sebagainya. Tinjauan saya di Singapura, menunjukkan rakyat di sana makin berjimat selepas pilihanraya. Pendatang asing bertambah bertandang untuk cari kerja dan di Malaysia lebih ramai bilangannya. Mari, ayuh semua kita buktikan perkara yang sebenar dengan berhimpun dan tunjukkan pada media kerajaan zalim bahawa rakyat mahukan kerajaan baru. Jadi, pada 9 Julai ini kuasa rakyat akan kembali ke jalanraya, rugi besar jika anda tidak turut serta sebelum anda yang cintakan perubahan diserbu SKMM.

  4. Baru-baru ini ada beberapa godaman yang telah menggugat laman-laman web kerajaan. Pada saya, ini semua mainan SKMM sendiri. Apakah rentetan daripada sketsa yang ditonjolkan dengan beria-ia ini? Kita sama-sama nantikan. Hahaha! Tetapi, tahukah anda bahawa SKMM ini bekerja rapat dengan syarikat TM? Syarikat tersebut berada di bawah kawalan rapi SKMM. Saya dan bapa saya sendiri diberitahu begitu ketika berada di bangunan SKMM Cyberjaya selepas sesi soal-siasat.

  5. Negara ini diperintah oleh orang yang zalim. Berat sebelah. Sampai hari ini pembangkang tidak dapat masuk TV. Tahukah anda di Singapura pembangkang boleh masuk TV? Bebas mengajak itu dan ini. Mungkin kita boleh simpulkan di sini bahawa negara yang memiliki kebebasan bersuara dan perlaksanaan undang-undang tanpa pilih bulu akan memajukan negara itu sendiri walaupun tanpa sumber alam yang banyak?

  6. Ini negara kita, bukan milik kerajaan zalim. Saya ke Singapura, bukan negara saya. Memang mewah dapat matawang dua kali ganda lebih besar dan hidup dengan kemudahan asas yang sangat canggih serta teratur. Tetapi apa maknanya, jika kita yang masih muda ini, tidak mahu tolong membebaskan negara ini daripada cengkaman kerajaan korup. Kita perlu tanya diri kita, mengapa negara kita mundur ketinggalan jauh, sedangkan negara kita memiliki sumber alam yang sangat banyak? Takkan miskin rakyat ini, jika orang atas itu adil.

  7. Saya yakin, semua orang Malaysia akan bangga dengan kerakyatan mereka jika kerajaan baru diangkat untuk berkuasa. Bila orang tanya, "Where are you from?". Kita tentu rasa bangga untuk menyatakan kita dari Malaysia. Sebuah negara yang kaya dengan sumber alam dengan pemerintahan kerajaan baru yang hebat. Bukan lagi kerajaan lapuk yang beri rakyat banyak masalah.

  8. Kita imbau kembali sejarah silam, di mana rakyat bersatu berhimpun ramai-ramai menentang penjajah. Tetapi hari ini penjajah sudah balik. Tinggal penjajah tempatan atau pun Zionis tempatan. Inilah yang menjadikan negara ini pincang dan rakyatnya pula sering berhimpun menentang kerajaannya sendiri. Apakah fenomena ini, masih kabur lagi buat kita semua? Kenali musuh kita. Takkan bangkit rakyat menentang kerajaannya sendiri, jika kerajaannya adil dan saksama.

  9. Pendapatan atau gaji semua rakyat hari ini semakin kecil. Jika wujud undang-undang gaji minima bagi setiap sektor, sudah tentu negara ini akan memiliki ramai penganggur akibat syarikat-syarikat yang ada tidak mampu untuk membayar gaji mengikut standard sebenar.

    Tanya diri anda, apakah gaji anda cukup? Mengapakah anda perlu buat 2-3 side business? Mengapa anda perlu bekerja di negara luar yang lebih maju? Mengapa gaji menteri mencecah puluhan ribu? Tanya diri anda, untuk siapakah makanan yang berbelas ringgit di lapangan terbang dan tempat-tempat ternama. Tanya diri anda, mampukah anda melancong luar dari Asia Tenggara? Jika tidak, negara ini bukan negara berpendapatan tinggi. Ayuh beli tiket, bagi yang berada di luar negara. Tinggalkan dolar sebentar, tinggalkan EURO sebentar, tinggalkan matawang tinggi itu sebentar. Pulanglah dan berjuanglah untuk masadepan negara kita. Bagi yang ada dalam negara, mari turun bersama. Kerana apabila Barisan Nasional menjadi pembangkang, mereka pasti akan memilih jalanraya juga.
p/s: Bukankah mereka akan berhimpun juga seperti beruk-beruk di jalanraya? Kali ini tiada lagi Zainuddin Maidin dengan AlJazeera. Kita ada Rais Yatim (I've changed my mode).

Thursday, June 16, 2011

Demi 9 Julai | Bertempur Dengan Katak-katak !


Saya akan pulang ke tanah air hari ini untuk berjuang pada 9 Julai. Jumpa saya di LCCT. Penerbangan Air Asia AK722. Jam bertolak dari Changi Airport 2220.

2 Fingers Scroll on PC

Sunday, June 12, 2011

Iklan Tolong Jawab

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

Rais Yatim Sudah Gentar | Laman Muat-naik Disekat



Hanief: Bodohkan? Tanya Robengah bodoh tak bodoh bikin sekatan begini. Penat-penat Najib tarik sokongan anak-anak muda di Putrajaya tempoh hari. Itu belum campur cerita kahwin dengan adik Borat. Hahaha!

Saturday, June 11, 2011

Restore Windows 7 Starter Wallpaper | Default Background

Thursday, June 9, 2011

Kepentingan Budaya Dalam Kehidupan



Hari ini banyak berlaku protes di seluruh dunia. Semuanya ada kaitan dengan budaya negara mereka yang telah berubah.

Siapakah yang telah merubah budaya ini. Jawapannya mudah. Ia disebabkan orang luar. Ada yang datang jalan kaki, ada yang menaiki kapalterbang dan ada yang datang dari media.

Budaya yang memberi impak ialah budaya yang dibawa oleh ahlinya sendiri. Pencetus budaya rasa saya. Jika budaya yang datang dari internet atau TV misalan, ia akan disambung oleh orang yang bukan ahli yang lazimnya tidak tahu sangat akan budaya itu dan hanya sekadar ikut-ikut.

Ambil contoh di negara kita, dahulu budayanya masak di rumah. Hari ini para pendatang telah membawa budaya baru. Budaya makan di luar tercipta bukan bawaan para pendatang tetapi akibat kesanggupan mereka menurunkan standard hidup mereka atau pun menghambakan di mereka untuk jadi tukang masak.

Maka majikan pun bertanya, berapakah gaji yang anda mahukan? Sudah tentulah mereka ini mengira dari standard negara mereka sehingga dapat menetapkan standard gaji penduduk asal yang jauh lebih tinggi. Sekali gus ini telah mengenepikan peluang penduduk asal untuk merayakan budaya gaji asal mereka.

Makan tiga kali sehari kini jadi dua kali sahaja, sudah terakam atau terikut sekali dengan landaan standard rendah pendatang.

Persoalannya, mampukah budaya ini ditukar kembali tanpa ahli-ahlinya sendiri? Kita boleh lihat bertapa perlunya rakyat Malaysia bersatu untuk menentang kerajaan yang membudayakan kezaliman sebagai budaya.

Kerajaan. Kenapa salahkan kerajaan? Kerana undang-undang itu melindungi budaya. Jadi, apa ditunggu lagi. Undi kerajaan baru.

Negara yang baik memiliki budaya yang baik yang dijaga oleh kerajaan yang baik.

Jangan kita salahkan pemangkin kecil pembudayaan. Tetapi kita teliti dulu cara kerajaan kita membentuk budaya negara kita.

Sebab itu ada sesetengah orang Inggeris mengatakan lambakan orang India di UK telah mengIndiakan standard hidup mereka.

Kepada sesiapa yang kerja bawahan, anda tentu terasa apabila gaji permulaan hari ini lebih kecil daripada gaji masalalu. Ini disebabkan pak-pak sanggup yang sanggup merasa gaji kecil. Jadi yang hebat-hebat ijazah bergulung-gulung, terkeluar senarai akibat kehendak yang melampau di kala kemelesetan ekonomi. Rugi rasanya berhutang dalam sektor pendidikan.

Bukankah bagus kalau ilmu itu disampaikan secara percuma?

Biar cerdik sikit orang ramai mencipta budaya. Budaya sihat bukannya budaya yang menjahanamkan majoriti manusia dan bukan pula hanya mengangkat segelintir kecil.

Monday, June 6, 2011

Minyak & Gas Nak Habis ? Rekaan Atau Realiti ?

Mana lebih hitam?

Malaysia akan mengimport gas asli dan tidak lagi mengeksport. Keadaan ini dijangka berlaku pada 2013.

Baru-baru ini ada gerakan cinta bersulam hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Kazakhstan.

Kazakhstan merupakan negara ke-11 terbesar memiliki rizab minyak di dunia.

Bagi yang tidak tahu, negara tersebut bakal menukar polisi mereka yang selama ini tidak mengeksport keluar minyak mereka, bagi menjaga kestabilan ekonomi mereka.

Tepat Julai 2011 ini, Kazakhstan akan mengeksport minyak mereka.

Persoalannya di sini mampukah Malaysia menempek pada negara Kazakhstan dengan pengangkutan awam seperti sedia ada, yang masih lemah dan terpaksa mengharapkan minyak petrol untuk bergerak serta pimpinan yang pro rasuah? Mahathir mesti anti-pengangkutan awam dan dia itukan jual kereta tin milo? Cari makan? Anak dah dapat gelaran manusia Melayu terkaya? Entahlah...

Saya yakin, jika hal ketandusan sumber bahan bakar ini berlaku, maka makin ramai rakyat Malaysia akan merantau dan melepaskan kewarganegaraan mereka. Sudah tentulah keadaan akan menjadi lebih parah daripada apa yang kita lihat pada hari ini.

Sunday, June 5, 2011

ChromeBook

Mahathir Bimbang | Utusan

Saturday, June 4, 2011

Hanief Sudah Dapat Gaji MEI


Wednesday, June 1, 2011

Undi Mat Sabu Untuk Revolusi | Pejuang Rakyat


Blog Archive