Malaysia : Tong Taik UMNO: July 2011

Monday, July 11, 2011

7 Perkara Untuk Najib Pulihkan Imejnya Selepas 9 JULAI

Orang tua pun kena. Ini macam negara hutan, tak ada undang-undang.
  1. Laksanakan gaji minima bermula dengan RM1,500 untuk semua sektor (khususnya sektor swasta) sebagai permulaan.

  2. Wujudkan Pasar Tani dalam bentuk perniagaan di dalam bangunan mirip seperti GIANT, TESCO, CARREFOUR dan JUSCO.

  3. Tingkatkan syarat minima kelulusan dalam pengambilan anggota polis baru (WAJIBKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YG. BAIK). Singkirkan polis yang tidak menghormati perlembagaan serta-merta (tanpa mengira status).

  4. Percepatkan perbicaraan mahkamah dan hukuman seperti Singapura.

  5. Iktiraf satu kawasan di jalanraya untuk rakyat berarak dengan efektif sekali gus hormati kebebasan berhimpun serta kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.

  6. Wujudkan transit LRT atau MRT di seluruh Malaysia (dari Perlis hingga ke Sabah). Baik di kampung mahupun di bandar (pembangunan sekata) berserta kadar tambang yang amat berpatutan.

  7. Banci semua perkara dari segi kerja, pendidikan, agama, ekonomi, kesihatan dan lain-lain. Harus dilakukan berterusan dan harus juga disusuli dengan pelan tindakan.
Ada banyak lagi perkara lain yang boleh saya kongsikan. Tetapi bikin ini 7 benda dahulu.

Monday, July 4, 2011

Hanief Jawab Chedet | DEMONSTRASI

http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/07/demonstrasi.html

Chatting Bersama Shmsuri Yusof

Saturday, July 2, 2011

Yahudi Masuk Malaysia & Mahathir

Ini ialah paparan pasport Malaysia biasa. Kita semua dilarang masuk ke Israel.

Ini pasport Republik Islam Iran

Ini pula Pakistan

Ada beberapa negara lain lagi yang berbuat perkara yang sama.

Tahukah anda semua bahawa ada orang Yahudi yang menetap di Malaysia? Israel selalu dikaitkan dengan orang Yahudi.


Orang di dalam dokumen PDF di atas merupakan seorang usahawan komponen automotif Yahudi. Namanya Gary Braut. Dia menetap di Kuala Lumpur.

Syarikat ini terletak di Selayang. Cuba cari bendera Malaysia. Lagi di sini.

Jika anda baca dokumen PDF di atas, anda akan dapati Gary Braut khuatir dengan pemakaian kippah (kopiah Yahudi). Kekhuatiran ini juga menjangkau ke penamaan nama syarikatnya yang banyak terindeks oleh Google dengan nama Mr. Gary Braut Precision Bearing.

Namun setelah dicari dengan teliti, saya terjumpa laman web syarikatnya dengan emel rangkaian Jaring yang didaftarkan untuk akaun Facebooknya. Bayangkan orang Yahudi guna emel Malaysia untuk buka akaun Facebook. Ini bukan tipu lagi, tetapi sahih sekali!

Bila lagi orang Malaysia akan dibenarkan ke Israel?

RM 1 = 1.1 Shekel

Di Israel ada gaji minimum sebanyak 3,890 Shekel (RM3,461). Ini bermakna standard kehidupan tinggi di Israel. Bukan seperti Malaysia kos sara hidup yang tinggi. Hahaha! Teringin tak? Malaysia gaji biasa dalam RM800.

Di Israel sebotol air mineral 500ml = 5 Shekel.
Di Malaysia sebotol air mineral 500ml = RM1.50

Gaji minimum di Israel beli air:-
= 3,890 Shekel / 5 Shekel
= 778 botol

Gaji biasa di Malaysia beli air:-
= RM800 / RM 1.5
= 533 botol

Duduk di mana dapat banyak lagi botol air?

Jawab! Kalau gaji RM1,000 pun baru dapat 666 botol. Hahaha! RM = Ringgit Mamak.


Dalam dokumen PDF ini juga ada di sebut Mahathir berhubung rapat dengan Perdana Menteri Israel yang berkuasa sekitar 1992 - 1995. Namanya Yitzhak Rabin.

Ini pula surat Mahathir kepada seorang lagi Perdana Menteri Israel sekitar 1999 - 2001.

Namanya Ehud Barak.

Bukan Mubarak ya! Mubarak si bangsat yang di Mesir itu.

Kalau dakwaan Mahathir berhubung rapat dengan Israel telah wujud sejak awal 90-an lagi, mengapa harus kita sangsi lagi dengan surat pada 1999 itu?

Nampak tak?


Tonton video Mahfuz di atas, sekarang kita sudah jelas dengan perangai Mahathir yang nak bersembunyi di sebalik program flotila yang kononnya merupakan idea bernasnya.

p/s: Saya belum cerita pasal Yahudi Iran di Malaysia lagi. Relax! Kita minum dulu!

Lampu Isyarat Kuning

Apa anda patut buat?

Di Malaysia telah heboh isu Bersih. Semua pemakai baju kuning akan ditangkap. Ini menunjukkan tahap fobia kerajaan kita hari ini.

Saya terfikir pada pagi ini mengenai benda kuning yang lain. Anda tidak akan ditangkap jika anda berprotes dengan benda kuning ini. Nak tahu apa dia?

Oh tidak! Bukan air kencing. Saya tahu abang-abang polis kita pun, semua air kencing mereka berwarna kuning. Kalau mereka peminat air kelapa dan bukan kaki gula seperti saya, mungkin kuning bukanlah warna air kencing mereka.

Saya nak bercakap berkenaan dengan lampu isyarat kuning hari ini.

Di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, lampu isyarat kuning adalah lampu favourite, untuk dilanggar. Bila pemandu atau penunggang nampak lampu kuning mereka akan memecut ke hadapan dengan lebih laju. Itu memang sikap semulajadi manusia.

Sempena dengan hari-hari penangkapan pemakai baju kuning, apa kata kita mula menghormati lampu isyarat kuning. Biar kita hentikan kenderaan kita apabila kita ternampak lampu isyarat kuning. Ini cara protes baru. Rakyat semua akan mula sedar yang orang Malaysia sudah mula bersikap aneh dengan lampu kuning.

Selama ini kita langgar lampu kuning. Hari ini kita hormat lampu kuning. Apakah polis trafik akan tangkap kita? Sudah tentu tidak!

Untuk mulakan kempen protes begini, anda harus sebarkan idea ini kepada rakan-rakan anda khususnya yang memiliki kenderaan.

Friday, July 1, 2011

PERCUBAAN ALA 13 MEI DI PULAU PINANG





Hanief: Apa nak jadi ni?

Blog Archive