Fakta : Malaysia Mundur Daripada Singapura
Sunday, August 21, 2011
Tips Bekerja di Singapura | Cari Kerja
Labels: Singapura
Friday, August 19, 2011
Mengapa Umur 21 Baru Boleh Mengundi
Umur 21 merupakan umur minimum yang sah untuk mengundi. Jika anda lebih muda daripada umur itu, anda tak layak untuk mengundi.
Apakah masalah umur 18, 19 dan 20? Bagi saya, ia tak ada masalah. Cumanya jika diteliti, umur tersebut merupakan umur manusia berada di kolej atau pun di menara gading. Bukankah begitu?
Ketika usia itu juga, tanggungjawab amat kurang selain hanya belajar. Bila sebut tanggungjawab kurang, maknanya mereka memiliki lebih masa untuk memerhati senario politik.
Apakah faedahnya buat kerajaan jika umur 18, 19, dan 20 dibuka untuk turut serta mengundi?
Bagi saya kerajaan menyediakan tali gantung buat kerajaan sendiri, kerana jika manusia berumur 18, 19 dan 20 layak mengundi, kumpulan manusia ini akan jadi kumpulan yang paling ramai jika hendak dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain.
Bayangkan seluruh negara kita, anak-anak muda yang sihat tidak berpenyakit, aktif bebas bergerak tanpa masalah nak jaga anak kecil dan yang paling penting ialah berani! Tentu dapat memberi impak yang sangat besar pada karier politik menteri dan masadepan negara.
Kalau kita kaji sekarang ini, politik telah dibawa ke dunia siber. Ini selari dengan kehendak arus pemodenan. Siapakah yang arif dalam dunia siber? Bukankah anak-anak muda tadi?
Hari ini mereka diempang dengan akta-akta supaya mereka ini terkecuali daripada dapat turut serta mengundi. Mereka dianjurkan pula untuk berhibur daripada mengenal hal ehwal negara mereka yang dicaturkan oleh ahli politik.
Saya tidak nampak anak-anak muda bersama dengan kerajaan hari ini. Mana mungkin anak-anak muda yang disusun secara sistematik untuk dibelit hutang ini, sudi mengundi untuk kerajaan yang zalim begitu.
Jadi usah kita tertanya-tanya mengapa umur 21 baru boleh mengundi.
Hanya kerajaan baik hati pada anak-anak muda saja akan memberikan hak mengundi pada anak-anak muda yang berumur 18, 19 dan 20.
Lihat sebuah negara Komunis bernama Cuba yang baik hati menawarkan pendidikan percuma buat anak-anak muda dari kecil hingga ke PHd. dan kerana itulah umur 16 tahun, merupakan umur permulaan layak mengundi di Cuba.
Jangan kita memperbodohkan anak-anak muda. Kerana ia akan memberi kesan pada matawang kita, di mana matawang kita akan mengecil akibat anak-anak muda diperbodohkan. Lihat! 1 PESO Cuba = RM3.21.
Jangan salahkan Yahudi pula. Bukan Yahudi suruh kita meminjam dan cari penjamin sebagainya.
Labels: Malaysia
Tuesday, August 16, 2011
VIDEO: Ibubapa Saya Pula Disoal-siasat SKMM
Labels: Malaysia
Saturday, August 13, 2011
Monday, August 1, 2011
Keperluan Pendidikan Percuma Di Malaysia
- Rakyat kita akan menjadi lebih berilmu baik miskin mahupun kaya.
- Negara kita akan setanding dengan negara-negara Nordik.
- Negara kita akan menjadi bersih seperti negara maju yang lain.
- Pemimpin negara kita akan semakin berilmu.
- Polis kita akan menjadi semakin bijak dalam bertindak.
- Aktiviti menipu bangsa sendiri dapat dilenyapkan.
- Rakyat kita akan berpendapatan tinggi kerana bebas hutang.
- Ekonomi negara makin rancak akibat banyak peluang pekerjaan.
- Para pekerja semakin bijak dan berkemahiran tinggi.
- Tindakan parti politik akan menjadi lebih bertamadun.
- Malaysia dapat membesarkan wilayahnya akibat semakin kaya.
- Jenayah dapat dikurangkan akibat ekonomi menjadi semakin baik.
- Produk tempatan makin banyak.
Labels: Malaysia










