Malaysia : Tong Taik UMNO: September 2011

Wednesday, September 28, 2011

Akhbar Melayu Malaysia


Dari apa yang saya perhatikan di Singapura, isi kandungannya lebih kurang sama dengan akhbar di Malaysia. Artis bersepah, iklan skim Pak Man Telo lebih kurang, peraduan juga bersepah, berita ajaib juga, tetapi tidak berkenaan dengan ekonomi.

Mungkin akhbar Melayu Singapura lebih kehadapan dalam isu ekonomi. Ini berbeda dengan Malaysia. Taukeh akhbar Melayu Malaysia agak bangang dalam isu ekonomi. Yang dia tahu ialah serang peribadi orang, cerita mistik, cerita seks, cerita artis dan bodek Sultan.

Ini akhbar yang bankrap dari segi ilmiah. Utusan Malaysia merupakan salah satu daripadanya. Harian Metro juga. Tak lepas juga Berita Harian.

Mungkin semua akhbar ini telah dirasuah lumat-lumat oleh cukong yang mahukan Melayu kekal bodoh.

Sudahlah akhbar Malaysia semua berharga lebih seringgit, di Singapura orang ramai tak perlu berbelanja lebih $1 pun untuk baca akhbar yang tebal-tebal. Terasa berbaloi untuk memilih akhbar kertas berbanding akhbar online.

Jika anda semua tak percaya apa yang saya tulis ini, datanglah ke Singapura.

Tuesday, September 27, 2011

VIDEO : Pendidikan Percuma