Malaysia : Tong Taik UMNO: November 2011

Tuesday, November 29, 2011

Siapa Bodoh? Najib Atau 1000 Orang Peguam ?




Monday, November 21, 2011

VIDEO : Kenapa Air di Kelantan Kotor

Saturday, November 19, 2011

Hassan Ali dan Isu Bible Solarnya ?

Zaman sekarang ini anak-anak muda lebih cenderung untuk berhibur daripada baca kitab suci. Mutakhir ini ada berita berkenaan dakwaan Hassan Ali mengenai orang Islam di Malaysia diberikan Bible berkuasa solar.

Selama saya menghabiskan beberapa bulan bekerja di Singapura, saya dapat rasakan penggunaan Bible sebegitu mungkin tak masuk akal. Singapura umatnya sudah ditawan iPhone dan iPod Touch. Perisian Bible boleh didapati dengan percuma di Apple App Store.


Itu pun jika seseorang individu itu berminat nak baca cerita kitab tersebut. Lazimnya umat sekarang lebih suka cerita Lady Gaga, Katy Perry, Rihanna, Glee, ADELE, Nickelback, Snow Patrol, ColdPlay dan selebihnya lihat di sini.

Tetapi setelah saya siasat sendiri kewujudan Bible solar ini, memang ada betulnya. Ia wujud!
Bagi saya, isu pokok dalam negara ini bukan isu murtad, tetapi isu pokoknya ialah isu anak-anak muda berhutang. Bila berhutang tentu automatik miskin. Bila miskin, pergi jual agama (murtad) dan maruah (melacur). Sebab itu saya nak Malaysia memiliki sistem pendidikan percuma.

Friday, November 18, 2011

Kegagalan Tun Abdul Razak : Menjatuhkan Nilai Ringgit

Sama Nilai
Sejak kurun ke-16, nilai matawang di Malaysia, Singapura dan Brunei kekal sama.

Ringgit
Mengikut sejarah, ia matawang ketiga-tiga negara tersebut disebut ringgit. Perkataan ringgit diambil dari perkataan jagged.


Jika dirujuk pada Kamus Dewan, ringgit bererti bergerigi. Wang ketika itu ialah syiling perak kerajaan Sepanyol yang bergerigi (ringgit) digunakan dengan meluas ketika pemerintahan kolonial Portugis di Melaka iaitu pada kurun ke-16.

Siapa Jajah Siapa Pada Kurun ke-16
Malaysia - Portugis
Singapura - Portugis
Brunei - Sepanyol

Umum tahu bahawa Filipina juga jatuh pada tangan Sepanyol. Malah nama raja Sepanyol (Raja Felipe) juga tertera pada nama Filipina. Jadi tidak hairanlah Brunei juga jatuh ke tangan Sepanyol. Kita juga sering dengar orang-orang Moro dari Selatan Filipina sudah membanjiri Sabah. Di situ juga tergambar dari segi geografi, bertapa senangnya untuk masuk ke kepulauan Borneo dari Filipina.

Sepanyol & Portugis Berpakat?

Jawapannya ada pada peta di atas.

Ringgit Sekarang?
Sekian lama kita boleh membeli belah di Singapura dan Brunei dengan duit ringgit, tanpa perlu tukar langsung, tanggal 1973, Malaysia telah tarik diri daripada Perjanjian Tukar Menukar Matawang. Manakala Singapura dan Brunei masih kekal dengan perjanjian tersebut. Sebagai buktinya, anda boleh bawa duit Singapura dan pergi ke Brunei untuk berbelanja. Tiada pertukaran perlu dilakukan.

Nampak tak persamaan ini?

Angkara Siapa?
Malapetaka ini telah terjadi pada 1973. Anda kini perlu berbelanja lebih jika anda ke Singapura atau Brunei akibat pemerintahan yang lemah oleh PM Malaysia pada 1973 iaitulah bapa Najib, Tun Abdul Razak. Gelaran Tun itu patut dibuang. Dia tak layak untuk kita agung-agungkan sama sepertinya hal dengan Tun Tan Siew Sin yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1973.

Tun Abdul Razak

Tun Tan Siew Sin

Pendek kata kegagalan besar pada 1973 yang dialami kita semua ialah akibat Barisan Nasional yang diwujudkan pada 1973 dan memerintah pada tahun 1973.

Sebab Tarik Diri?
Mengapa tarik diri daripada Perjanjian Tukar Menukar Matawang? Bukankah ini akan menyusahkan rakyat? Diperingkat pemimpin takkan terasa susahnya. Pemimpin bergaji besar. Percayalah apabila matawang kita kecil, kita akan dihimpit berkali ganda oleh negara yang bermatawang besar. Semua benda jadi mahal.

Warga Johor ke Singapura. Inilah pemandangan luarbiasa di jambatan sana.

Sekali gus menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada negara yang bermatawang besar. Sudah tiba masanya kita gulingkan Barisan Nasional!

Cara Buka Laman Web Yang Disekat Kerajaan | thepiratebay.org

Thursday, November 17, 2011

Lightbox Popup Removal With Google Chrome Dev Tools

Jangan Beli Buku Babi , Belilah Buku Steve Jobs!

Thursday, November 10, 2011

6 Isu Panas Untuk Modal PRU13


Mungkin ada di antara kita yang leka diulit kesibukan aktiviti rutin harian. Mari kita semak isu-isu panas untuk modal PRU13
  1. Gaji Minimum
    Mana dia gaji minimum untuk para pekerja sektor kerajaan dan swasta di negara kita? Setiap bidang perlu memiliki gaji yang manusiawi.

  2. Harga Minyak
    Semua orang tahu bahawa minya RON97 itu baik untuk kereta dan motor. Sebelum wujudnya RON95, kita semua gunakan RON97. Hari ini seliter minyak RON97 berharga RM2.90. Kita menjual minyak lebih mahal daripada Singapura.

    Beza di Singapura (negara bukan pengeluar minyak), Malaysia dan Brunei:

    Di Singapura, RON98 S$2.10 seliter,
    Gaji pekerja buruh biasa di sana $1000.

    Di Malaysia, RON97 RM2.90 seliter.
    Gaji pekerja buruh biasa di sini RM1000.

    Di Brunei, RON98 RM1.27 seliter.
    Gaji pekerja buruh biasa di sana B$1250.

  3. Lynas
    Isu syarikat Lynas yang membuang sisa toksik yang sangat merbahaya.


  4. Pendidikan & Perubatan Percuma
    Ramai warganegara kita berhutang demi menimba ilmu. Pendidikan percuma merupakan perkara penting yang harus dilaksanakan dan ditampung oleh kerajaan yang memerintah, bagi melahirkan masyarakat yang berilmu tinggi.

    Perubatan percuma juga harus diberikan percuma. Kerana apabila rakyat sihat, mereka boleh belajar tinggi-tinggi dan bekerja untuk negara kita.

  5. Pengangkutan Awam
    Di Malaysia tiada lagi satu kad sentuh pelbagai guna untuk membayar tambang bas, LRT, monorail dan pelbagai lagi. Di Singapura sudah ada. Bukan itu sahaja, setiap stesen LRT perlu dihubungkan dengan terowong bawah tanah ke stesen bas perhampiran yang dilengkapi dengan lampu terang dan kamera litar tertutup. Menteri Pengangkutan atau bakal menterinya perlu ke Singapura bikin kerja rumah. Oh! Ya, jangan lupa bikin kaki lima seperti di Singapura!

  6. Pengangguran
    Isu bukan isu basi. Pekerja tempatan perlu diutamakan berbanding pekerja asing. Kita mahu rakyat kita cekap bekerja baik dari lapisan bawahan mahu pun profesional. Kita mahu orang kita pandai susun atau ikat batu-bata dan pandai juga rekabentuk bangunan atau pun kesemua prosesnya!

    Usah pinggirkan rakyat tempatan. Kelak standard ekonomi kita akan menurun seperti mana-mana negara yang kita ambil pekerja asing secara membabi-buta itu.

    Lihatlah Singapura, bagaimana presiden baru mereka telah mula mengorak langkah menaikkan levi pekerja asing, menaikkan tambang bas dan MRT buat pekerja asing. Ini semua bagi menyukarkan pekerja asing di Singapura bebas membina kekayaan.

    Tak cukup dengan itu, presiden tersebut telah mengetatkan kemasukan pekerja asing dan memilih untuk mengutamakan rakyat Singapura.

    Pendek kata, presiden Singapura dengar cakap rakyat mereka hari ini. Kita di Malaysia bagaimana?

Wednesday, November 9, 2011

JPA persoal motif DAP


PUTRAJAYA 8 Nov. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempersoalkan tujuan sebenar DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam tanpa memikirkan implikasi besar yang akan berlaku kepada negara pada masa hadapan. - http://www.utusan.com.my
Sebenarnya kesan yang akan berlaku jika negara kita mengurangkan penjawat awam ialah:-
  • Kerajaan akan hilang undi dari kawasan Putrajaya yang didiami majoriti penjawat awam di waktu PRU13 (kita juga sedia maklum bahawa ramai kakitangan kerajaan akan hilang periuk nasi apabila mengundi pembangkang).

  • Urusan pengkeranian di jabatan kerajaan akan menjadi lebih pantas, tiada rasuah dari orang tengah, dana kerajaan dapat dijimatkan daripada membayar pencen seterusnya memiliki lebihan atau surplus (kerana diganti dengan sistem komputer online seperti Singapura).

  • Ramai buruh kasar asing, pelancong dan pelabur akan bertandang ke Malaysia dengan senang hati kerana amalan rasuah yang diamalkan oleh kakitangan pengkeranian kerajaan dapat ditangani dengan sistem komputer online. Pendapatan negara bertambah kerana buruh kasar asing, pelancong dan pelabur yakin dengan perubahan yang berlaku sepertimana yakin mereka dengan negara jiran Singapura.
Dalam Utusan, pengurangan penjawat awam dilatahkan dengan hujah untuk mengurangkan doktor, polis dan guru. Sekali gus menggambarkan DAP anti perubatan, anti pertahanan dan anti pendidikan.

Wahai Utusan dan JPA, jika saya yang setakat SPM saja ini boleh rasakan motif DAP itu bukan menyentuh sektor perubatan, pertahanan dan pendidikan, takkanlah kamu sebagai agensi berita dan agensi kerajaan gagal menaakul motif DAP?

Pengurangan yang dimaksudkan tentu yang bersabit dengan pengkeranian. Bayangkan nak buka kedai pun kena tunggu berbulan-bulan prosesnya. Di Singapura prosesnya sangat pantas (seperti magik).

p/s: Cubalah ke Singapura! Bikin lawatan, yok!

Tuesday, November 8, 2011

Unifi di Rumah Saya

Blog Archive