Malaysia : Tong Taik UMNO: December 2011

Saturday, December 31, 2011

Sebab Nakkan Matawang Besarlah Bodoh!

Mamat Melayu suka awek Jepun, sebab awek Jepun tak banyak cakap (tak membebel). Mawatang Jepun 4 kali ganda besar daripada matawang Malaysia. Untung-untung lepas kahwin, dapat PR. Boleh mamat Melayu tu kerja di Jepun.

Mamat Melayu bukan pemalas kerja dekat negara sendiri. Kalau malas pun bersebab sebenarnya. Pasal duduk negara sendiri, terasa diri macam Mat Bangla. Gaji kecil, tak cukup nak bayar hutang PTPTN. Mamat Melayu jadi rajin, apabila kerja di luar negara (Singapura). Gaji setimpal, sebab itu jadi rajin. Mat Bangla pun jadi rajin bila kerja di luar negara (Malaysia).

Awek Melayu tergila-gilakan lelaki Korea, bukan kerana lelaki Korea tak bersunat. Tetapi, kerana awek Melayu nak bayar hutang PTPTN. Kerja dekat Malaysia, lambat betul nak habis hutang. Sebab gaji kecil. Masalah gaji kecil ni bukan saja awek Melayu yang tension. Balak Melayu pun sama tension.

Jadi awek Melayu kahwin dengan lelaki Korea dengan harapan dapat PR di Korea. Bila dapat PR, boleh kerja di Korea. Lagi pun, duit Korea lebih besar daripada duit Singapura. Kalau duit Singapura 2 kali ganda besar daripada duit Malaysia, duit Korea 3 kali ganda besar daripada duit Malaysia. Jepun pula, 4 kali ganda lebih besar daripada duit Malaysia.

Pak Hitam hidup susah dekat negara dia hingga kena kejar harimau dan mengalami perang saudara. Jadi dia datang cari awek Melayu di Kuala Lumpur. Untung-untung dapat kahwin dan terima PR. Senang sikit Pak Hitam nak cari kerja dan keluar-masuk Malaysia. Awek Melayu pun gatal nak test kekuatan Pak Hitam.

Mat Salleh bukan gatal nak hisap kerang. Tapi amoi ni yang nak cepat kaya! Katakan amoi ini dari Malaysia tengah peluk jantan UK. Nah! 1£ = RM4.90. Tak kaya amoi tu? Lepas kahwin, amoi tu dapat PR! Tak gitu?

Friday, December 30, 2011

Bendera Malaysia Yang Memalukan | Asal Usul Bendera Malaysia



Bendera kita direka pada tahun 1950 oleh Encik Mohamad bin Hamzah dari Johor. Bendera ini diluluskan oleh Raja George VI dari Great Britain.

Raja George VI diiringi oleh Tunku Abdul Rahman

Inilah duit orang Melayu dahulu kala, ada muka Raja George VI

Bayangkan! Hampir merdeka pun masih minta izin untuk diluluskan oleh penjajah? Ada orang kata, ramai golongan istana, sultan dan raja-raja Melayu dibuang negara serta ulama dibunuh. Jadi yang kekal dalam negara itu siapa?

Jika dikaji, bendera kita sebenarnya dicedok daripada bendera Syarikat India Timur.

Bendera Syarikat India Timur

Syarikat India Timur merupakan syarikat orang Inggeris yang terbesar. Bendera di atas bukan bendera sebuah kerajaan, tetapi hanya bendera sebuah syarikat yang meniaga kapas, sutera, nila, garam batu, teh dan candu (opium) di serata dunia.

Syarikat yang mempu mengeluarkan matawang untuk tadbir India

Kekuatan syarikat ini terserlah sehingga mampu menubuhkan kuasa ketenteraan dan mentadbir India selama beratus tahun.

Askar syarikat tersebut

Permaisuri Elizabeth I

Bendera Syarikat India Timur Inggeris

Pada kurun kurun ke-16, Permaisuri Elizabeth I menaiki takhta kerajaan monarki England. Maka bendera England pun diletakkan pada bendera syarikat tersebut sebagai tanda hormat.

Bendera Syarikat India Timur British kurun ke-17

Pada kurun ke-17, bendera Great Britain tercipta apabila England bergabung dengan Scotland di bawah perjanjian The Act of Union 1707. Lalu Syarikat India Timur Inggeris bertukar nama dan bendera.

Bendera Syarikat India Timur British kurun ke-18

Pada kurun ke-18, United Kingdom (U.K) tertubuh. Ia terjadi apabila Great Britain memasukkan negeri Ireland di bawah Acts of Union 1800. Ketika itu Ireland menggunakan bendera St. Patrick.

Bendera Betsy Ross

Selain benua Asia, syarikat penjajah ini juga turut ke benua Amerika pada kurun ke-17. Mereka membawa bendera yang sama ketika berdagang di sana.

Bendera di atas merupakan bendera hasil dari Revolusi Amerika. Ia digelar Betsy Ross (yang juga nama tukang jahit bendera).

Revolusi ialah perubahan kerajaan dengan cara kekerasan.

Tentera Amerika berbaju biru melakukan revolusi menentang tentera British.

Salah satu peristiwa penting akibat kezaliman pedagang syarikat tersebut juga biasa kita dengar dalam sajak 'unggun bersih' Pak Samad menceritakan protes terhadap pengecualian cukai teh pimpinan Samuel Adams (Uncle Sam) di Boston. Syarikat zalim itu telah berpakat dengan parlimen supaya meminda satu akta bagi mengelakkan cukai. Gerakan yang menjejaskan ekonomi Amerika itu dihidu oleh uncle Sam sehingga bertindak melakukan protes.

Kesimpulannya di sini ialah, negara kita dijajah oleh syarikat orang putih yang juga menjajah Amerika. Kerana itu benderanya kedua-dua negara ada elemen yang serupa.

Bendera Liberia

Bagaimana pula dengan bendera di atas ini? Hahaha! Ini merupakan bendera negara benua Afrika yang bernama Liberia. Syarikat bangsat tersebut juga sudah berlabuh di Liberia bagi membuang bekas hamba dari Amerika. Kerana bekas hamba atau keturunan hamba kulit hitam tak boleh jadi rakyat Amerika. Jahat tak orang putih?

Made In China

Micheal sudah mendirikan rumahtangga. Micheal sudah punyai isteri dan anak-anak. Micheal hidup di Amerika dengan mewah sekali. Micheal ada syarikat besar di mana semua pekerja Micheal ialah orang Amerika.

Pada suatu hari Micheal didatangi oleh beberapa pekerja dari China. Mereka meminta kerja dengan gaji yang sangat rendah. Disebabkan sifat tamak, Micheal telah mengambil pekerja dari China. Kemudian Micheal memecat beberapa pekerja Amerika yang sebangsa dengannya.

Tahun demi tahun, para pekerja dari China akhirnya menjadi pekerja majoriti di syarikat Micheal. Disebabkan itu, Micheal menerima cadangan dari salah seorang pekerjanya supaya memindahkan syarikatnya ke negara China.

Sebulan berikutnya Micheal mengmbil cuti dan melancong bersama seorang pekerjanya ke China dengan tujuan untuk melawat tapak di China yang mungkin boleh dijadikan tapak syarikatnya. Setiba di China, Micheal dilayan seperti seorang maharaja. Micheal diberikan penginapan hotel 7 bintang, 5 orang China doll bagi menemani Micheal di bilik hotel, dan hidangan makanan yang istimewa setiap hari.

Micheal akhirnya bersetuju. Syarikatnya di Amerika ditutup. Micheal membeli rumah kedua di China dan membeli tapak baru untuk syarikatnya di China.

Di Amerika, ramai bekas pekerja syarikat Micheal tidak bekerja. Mereka gagal mendapat kerja baru. Ini kerana bukan saja syarikat Micheal berhijrah ke China, akan tetapi puluhan syarikat lain telah berhijrah ke negara China.


Amerika kini mengalami kadar pengangguran yang sangat tinggi. Ekonomi Amerika menguncup akibat penduduk Amerika terpaksa berjimat duit semasa menganggur. Mereka tidak lagi hidup mewah. Bayaran ansuran rumah juga gagal mereka langsaikan, di mana akhirnya rumah mereka dilelong bank.

Inilah contoh terbaik sikap puak kapitalis. Puak kapitalis berkiblatkan keuntungan tanpa mengenal bangsa mahu pun agama. Kapitalis terbit dari perkataan kapital yang bererti modal. Jadinya, jika di China ada peluang untung besar, di situlah modal dari puak kapitalis akan mengalir.

Hari ini, terdapat banyak barang dicop Made In China. Inilah bukti cerita puak kapitalis berhijrah ke China, yang anda rasakan dongeng.


Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Cuma syarikat Malaysia tidak ke China. Malaysia mula memasukkan pekerja asing dengan ramai sekali sejak tahun 90-an. Walaupun ia bagi memenuhi pekerjaan bawahan, namun ia memberi kesan pada rakyat bawahan warganegara Malaysia.

Kesimpulannya, sesebuah negara yang bergantung pada pekerja asing, lambat-laun akan terima padahnya. Umpama seorang wanita yang memiliki tukang masak, sampai masa tukang masak lari. Wanita tersebut hanya mampu tercegat di dapur nak masak sendiri tak reti dan barang-barang dapur pun dicuri sekali.

Saturday, December 24, 2011

PDF: KEEEMA' - DIS 2011

Tuesday, December 20, 2011

Sejarah Malaysia 2019

Pada tahun 2019, negara Malaysia telah jatuh bankrap. Tragedi tersebut pernah diramal beberapa tahun sebelum tahun tersebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala. Ramai orang Melayu telah merantau untuk memburuh di Brunei, Indonesia, Hong Kong dan Singapura. Bagi yang kurang bernasib baik pula, mereka terpaksa menjadi kuli syarikat Barat. Banyak syarikat kepunyaan kerajaan telah diswastakan. Semua tanah milik orang kampung termasuklah Kampung Baru, telah dijual pada syarikat kroni yang akhirnya jatuh ke tangan syarikat Cina yang kemudiannya pula bergabung dengan syarikat Barat.

Banyak syarikat Cina bergabung dengan syarikat Barat bagi mengelakkan pertembungan sengit yang dilihat lebih memihak kepada syarikat Barat yang bermodal besar.

Orang Melayu terpaksa menyewa di tanah yang dahulunya milik mereka sendiri. Kadar buta huruf di kalangan orang Melayu kembali meningkat sejak skim pinjaman PTPTN diperkenalkan. Ramai anak-anak muda Melayu yang gagal menjelaskan hutang pendidikan, hutang kereta, hutang rumah dan hutang kad kredit telah dipenjarakan berbelas tahun lamanya. Isteri dan anak perempuan mereka ramai yang terpaksa melacur di Chow Kit, Bukit Bintang, Pudu, Brickfields dan Geylang setelah gagal mendapat kerja yang bergaji besar, manakala anak lelaki mereka pula terpaksa memburuh di negara sendiri dan berkongsi bilik bersama pendatang asing dari negara Afrika, Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang kini telah menjadi sebahagian daripada kita. Rumah para penghutang yang gagal telah dilelong bank, kereta mereka telah ditarik oleh bank dan nama mereka telah disenarai-hitamkan daripada melakukan sebarang perniagaan dan sebarang penubuhan syarikat serta membuat pinjaman bank.

Persaingan dalam mendapat peluang pekerjaan menjadi semakin sengit, sejak kerajaan membuka pintu pada syarikat Barat melabur di seluruh koridor. Di Malaysia kini tiada lagi hak keistimewaan Bumiputera. Lulusan yang mampu bertutur banyak bahasa, berpengaruh luas, berpengalaman lebih 10 tahun di luar negara, mampu bekerja lebih jam, kreatif serta berkemahiran tinggi, tampan atau cantik akan diutamakan. Ramai orang Melayu terpaksa menjadi kuli, akibat warga Barat membanjiri Malaysia untuk memegang jawatan profesional manakala orang Cina berjaya menjadi pembantu mereka atas dasar persetujuan semasa penggabungan syarikat.

Parti UMNO-BN masih lagi berkuasa di Malaysia di atas sebab penyerapan kaum pendatang sebagai warganegara khususnya yang telah memeluk agama Islam. Parti UMNO-BN telah mendapat majoriti 2/3 di parlimen dengan bantuan undian 'warganegara baru' tersebut walaupun tidak mendapat undian daripada orang Melayu sendiri. Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, kemasukan warganegara asing secara besar-besaran berlaku pada tahun 2012.

Parti UMNO-BN yang menjuarai orang Melayu pada dahulunya, kini dilihat sebagai parti yang dipimpin oleh seorang Pak Turut kepada pemodal syarikat Barat. Raja-raja Melayu pula telah diugut dengan pelbagai ugutan sehingga ada yang diracun oleh kuda-kuda ahli politik supaya bekerjasama dengan pemodal syarikat Barat. Ini tidak menghairankan apabila kuasa raja-raja Melayu berkurangan sejak kedatangan British di Tanah Melayu yang memisahkan agama daripada politik dan ekonomi serta sepanjang tahun pemerintahan Tun Mahathir, di mana kuasa raja-raja Melayu dikurangkan. Akibatnya raja-raja tidak boleh lagi bersuara dalam hal-hal ekonomi dan politik negara sepertimana pada kurun ke-15.

Akibat kebankrapan pada tahun 2019 itu, Bank Negara telah mengalami hutang yang amat dahsyat. Ia terpaksa meminjam pada Bank Dunia hingga ke hari ini dan melakukan beberapa pakej rangsangan ekonomi dari masa ke masa. Matawang Malaysia juga mengalami penurunan di mana ia telah mengecil dua kali ganda daripada Indonesia. Sekali gus mengubah standard kehidupan rakyat jelata. Warga Indonesia yang dilihat sering berkunjung ke Malaysia untuk menjadi pembantu rumah, hari ini keadaan telah berubah 360 darjah. Ramai warga Indonesia juga telah menjadi kaya di Malaysia akibat nilai matawang RM yang menyusut berbanding Rupiah. Ahli perniagaan dari Malaysia yang berniaga di Indonesia juga ramai yang terpaksa gulung tikar begitu juga nasib semua warga Malaysia di seluruh dunia. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa berhadapan dengan realiti.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Kerajaan UMNO-BN yang dahulunya didana oleh pemodal tempatan atau taukeh-taukeh Cina dari syarikat judi, kini mereka didana oleh syarikat Barat pula. Terdapat banyak polisi atau pun ketetapan yang dipengaruhi susuk pemodal syarikat Barat. Antaranya pemansuhan penggunaan huruf Jawi, penerusan PPSMI, pindaan akta pengambilan tanah, pemansuhan hak keistimewaan Bumiputera, pemansuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pemansuhan Islam sebagai agama rasmi.
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 

Menjelang tahun 2019, terdapat satu cubaan revolusi yang hampir berjaya di mata rakyat Malaysia. Ia dimulakan oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim pada 9 Januari 2012. Berbondong-bondong penyokong dan para pemimpin, para ulama' pembangkang telah terkorban pada hari itu. Revolusi itu gagal setelah pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk berhadapan dengan para demonstran yang tidak bersenjata. Ini mirip dengan apa yang berlaku di Mesir setahun sebelum itu.

Terdapat juga jutaan orang Melayu menjadi pelarian di Indonesia akibat kezaliman kerajaan sendiri dan ada ramai yang berhijrah di atas desakan ekonomi, sehingga menyebabkan orang Melayu hari ini menjadi golongan minoriti di Malaysia.

Malaysia tidak senasib dengan Greece dan Itali, iaitulah negara-negara Eropah yang bankrap suatu ketika dahulu, telah dibantu oleh Kesatuan Eropah (European Union, EU). Tanah air kita sebaliknya telah digadaikan pada pendatang asing, syarikat Barat dan Bank Dunia oleh kerajaan UMNO-BN.

Hari ini, kita berada pada tahun 2035. Seandainya semua orang Melayu tidak takut mati pada hari revolusi itu, sudah tentu mereka dapat mengubah sejarah hitam mereka.

Tuesday, December 6, 2011

Tambang Teksi Naik di Singapura Minggu Depan

Teksi-teksi milik syarikat ComfortDelGro
Most commuters are likely to see an increase in their taxi fares from next Monday with the largest taxi company, ComfortDelGro, revising its taxi fare structure. - http://www.straitstimes.com
Hanief: Siapa pernah naik teksi berwarna biru dan kuning di Singapura? Maka ketahuilah tambang teksi tersebut akan meningkat Isnin depan! Kepada yang bakal merantau ke Singapura anda telah diingatkan!

Thursday, December 1, 2011

PDF: KEEEMA' - NOV 2011 [Re-Issue]

Blog Archive