Asia, Malaysia, Tech & World Blog: 5 Cara Untuk Murahkan Barangan Atau Perkhidmatan

Monday, January 16, 2012

5 Cara Untuk Murahkan Barangan Atau Perkhidmatan


Semua orang nak untung, bila berniaga. Walau jual air mineral sekali pun, penjual mesti nakkan untung. Tapi bagaimana caranya?

Ada orang cakap senang saja, kita ketepikan soal untung. Kita ikhlas demi perjuangan Islam. Kita cari seorang jutawan untuk jadi pemodal dan kita berniaga demi menjaga umat Islam.

Biar pun jual barang hingga rugi, tetapi ia setakat menghakis harta si jutawan beberapa peratus sahaja.

Hello! Ini bukan zaman Al-Arqam. Di mana, zaman itu orang Islam dari golongan kaya berkongsi kekayaan mereka dengan menjadi pemodal dan peniaga yang terdiri daripada orang miskin sanggup bekerja keras demi menaikkan ekonomi orang Islam. Dalam erti kata lain, kualiti barangan dikekalkan dan harga barang pun berpatutan.

Zaman hari ini ialah zaman mungkar! Mungkar maknanya, tak dengar cakap Tuhan.

Tuhan suruh pakai tudung. Tidak! Dia tak mahu pakai tudung!

Tuhan suruh bersederhana. Tidak! Dia nak bina rumah seperti istana!

Tuhan suruh menderma. Tidak! Dia ejek orang miskin sebagai pemalas!

Tuhan suruh cakap benar. Tidak! Dia menipu!

Tuhan suruh kahwin. Tidak! Dia pergi cari pelacur!

Inilah zaman melawan cakap Tuhan. Melawan cakap Tuhan akan dilihat moden dan terkini di mata masyarakat. Dengar cakap ustaz akan dianggap balik ke zaman menunggang unta.

Seperti tajuk di atas, barang murah mesti ada cara. Mari kita lihat cara memurahkan barang, yang biasa kita temui di muka bumi ini:-
  1. Cara AirAsia (Cara Tony Fernandes)
    Jual tiket murah. Kemudian tambah dengan harga lain yang tersorok. Seperti cukai lapangan terbang, caj berat bagasi, caj pilih tempat duduk, caj laluan karpet merah (red carpet), caj insurans, caj makanan dan lain-lain.

    Cara ini memang murah. Tapi murah sebab tipu harga pada awal pembelian. Ada banyak lagi caj tersembunyi.

  2. Cara Proton (Cara Mahathir)
    Jual kereta murah. Harga murah, sebab kereta lain telah dibelit dengan akta cukai kereta import sebanyak 244% daripada harga kereta. Pendek kata, harga kereta lain jadi mahal sebab cukai gila babi yang dikenakan.

    Harga kereta BMW Model 735iAL = RM 165,289.09 + 244% cukai import
    Harga kereta BMW Model 735iAL = RM 569,892.80

    Kalau masih tak faham, kita ikut perumpamaan Mat Sabu. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda milik Mahathir menang, sebab kuda-kuda lain kena ikat kakinya. Faham?

    Siapa yang tolong ikat kaki kuda itu? Itu kerajaan punya kerjalah! Kalau Proton rugi pun, kerajaan tolong.

    Cara ini juga digunakan oleh Syarikat Hindia Timur ketika menjajah di Tanah Melayu dan Amerika. Mereka mendapat bantuan kerajaan British dengan mengecualikan cukai ke atas Syarikat Hindia Timur.

  3. Cara Restoran Mamak
    Jual makanan murah. Harga murah, sebab guna pekerja dari India dan Bangladesh. Pekerja mereka dibayar dengan gaji rendah dan perlu bekerja dalam jam kerja yang sangat lama.

    Bahan masakan pula pakai bahan masakan gred B dan C. Hanya di menu saja paparkan gambar makanan gred A.

    Kalau serbuk kopi gred A, ia akan dicampur dengan serbuk kopi gred B.

    Buat sandwich pakai dengan roti gred B dan keju gred C. Tapi jual harga gred A.

    Mangkuk cedok nasi, guna mangkuk sos yang kecil daripada mangkuk sos yang biasa.

    Kalau buat Strawberry Shake, tak campur buah Strawberry pun hanya pakai aiskrim Strawberry, semua Mat Salleh yang datang kena tipu dengan gambar menu.

    Kalau ada kuih, nasi, kuah kari, ayam, apa jua lauk. Semua akan diperangat (dipanaskan) semula. Kuah akan dicampur air sebelum diperangat.

    Sudu dan garpu plastik, straw, pengacau kopi akan dikutip, dibasuh dan diguna semula selagi tak kotor.

    Ada banyak lagi contoh.

    Mana saya tahu? Saya bekerja di restoran Mamak Singapura. Saya bekerja 16 jam sehari, bersama pekerja dari Chennai dan Tamilnadu. Tidur serumah dan keluar kerja bersama mereka.

  4. Cara Penjual Makanan Haiwan Ternakan di China
    Jual makanan haiwan ternakan murah. Harga murah, sebab tipu kandungan protein. Makanan haiwan ternakan yang tinggi kandungan protein biasanya mahal.

    Ikut satu peristiwa 2008 di China, pengusaha makanan lembu meraih keuntungan dengan menipu kandungan protein, dengan memasukkan bahan plastik (Melamin). Di mana akhirnya, lembu-lembu di China menghasilkan susu yang dicemari bahan Melamin. Akhirnya 54,000 orang bayi yang meminum susu itu mendapat masalah buah pinggang.

  5. Cara Taukeh Judi
    Jual pelbagai produk dan perkhidmatan murah. Murah sebab disokong dengan keuntungan pusat judi. Bagaimana pusat judi boleh untung?

    Argh! Itu senang saja. Tak perlu fikir!

    Pemenang judi hanya seorang, yang kalah judi ramai bilangannya! Taukeh judi? Takkan taukeh judi tak kaut duit orang yang kalah judi itu? Kalau pemenang judi hanyalah orang upahan taukeh judi?

    Kemewahan aktiviti perjudian dapat digambarkan dengan perniagaan restoran yang beroperasi berdekatan pusat judi. Harga makanan boleh mencecah puluhan ringgit. sekeping roti canai boleh mencecah RM10 dan ia dianggap normal. Kerana ramai pelancong dari luar negara datang untuk berjudi.

    Judi memang membawa kepada ketagihan. Ia selalunya digandingkan dengan perempuan escort (pelacur sambilan) dan hidangan arak serta dadah.

    Untuk orang biasa, judi dijadikan lebih menarik dengan umpanan nombor ekor yang disamakan dengan nombor kereta yang terbabit dalam kemalangan.

    Taukeh judilah yang selalu derma pada sekolah-sekolah Cina. Taukeh judilah yang memiliki Cosway, 7-Eleven, Berjaya Hotel, Sheraton Hotel, UMobile, Kenny Rogers, Starbucks, Wendy's, Krispy Kreme, Papa John's, Borders, Singer, INFORMATICS, The Sun, Secure Express, HVN dan banyak lagi.

    Kita juga pernah dengar anak Mahathir guna strategi ini. Tapi dengan menjadi taukeh arak San Miguel.

    Harus diingat, judi tidak didatangkan tanpa arak, dadah dan pelacuran. Ia terikat sejak zaman Arab Jahilliyah lagi.

    Sebab itu kalau PAS haramkan judi, arak, dadah dan pelacuran, tentu akan lingkup perniagaan orang Cina di Malaysia.

    Isu pengharaman benda-benda haram ini, ibarat bom jangka dalam Pakatan Rakyat. Melainkan, jika DAP memandangnya sebagai satu bom yang baik untuk melahirkan generasi Malaysia baru, melalui persaingan yang jantan.
Jadi kalau orang tanya, KR1M atau Kedai Rakyat 1Malaysia jual barang murah, bagaimanakah caranya?

Pilihlah daripada 5 cara di atas. Kalau nasib tak baik, ia akan memudaratkan kita semua.

7 comments:

Carroll

Betul, gua sokong cara kapitalis hendak untung dia akan menjahanamkan orang sekeliling

Anonymous

fuuhhhh...hbat gak ko nye hujah...

Adi Thruster

kedai 1mesia tu sebenarnye mydin, tukar name jek... milik mydin punye, kerajaan kasi kt contract kt mydin, kalau x pecaya tanye la ismail sabri

Anonymous

Kedai 1 malaysia tu antara kerjasama Mydin+kerajaan.Mydin jadi pembekal dan pembelinya penyokong kerajaan.Yang sebenar-benarnya pihak mydin untung dari segi kos barang dan stok.cth biasanya ambil air tin coke 200 karton tapi semenjak dah jadi pembekal 1 malaysia stok coke tu dah boost 2 kali ganda bermakna 400 karton.harga tentu lagi murah.supplier tentu lagi suka.harga pun boleh bagi rendah.

Dengan harga kos yang sama 200 karton boleh disupply pada kedai 1 malaysia.baki lagi 200 karton tu di tangan pihak mydin.sekiranya stok di Kedai 1 maalysia tu `sold out` terlebih dahulu maka keuntungan yang terhasil dari stok coke 200 karton yang ditolak pada kedai 1 malaysia tu CUKUP utk cover stok yang berada di tangan pihak mydin sekali...esok lusa pihak Mydin nak buat sale atau campak harga...dipersilakan.pasal kos dah balik.

Mydin ambil barang hutang.pasal dia dah 50 tahun dalam pasaran.dah tahap Public Listed.Tapi Kedai 1 Malaysia kena bayar CASH pada pihak Mydin utk ambil stok.duit CASH tu datang dari mana? Dari korang semua la yang membeli barang kat kedai 1 maalysia.kan korang bayar CASH pada cashier tu kan?

korang tahu nak setup penuh dengan stok kedai 1 malaysia tu memerlukan RM 200k CASH? dan korang cuba teka berapa Sales kedai 1 maalysia berapa sekarang? (aku merujuk pada branch kelana jaya)

RM 11000 (RM 11k) sehari....ya sehari.ini hasil gandingan mantap dan bijak antara pihak mydin dan pihak kerajaan.

Mohd Zubir Amry

saya add dalam blog saya bro..entry yang sangat bagus sekali

Anonymous

kapitalis ni kita tak boleh lari la kalau kita masih berpegang kepada sistem kita skrg, sistem saki baki penjajah ..

kene move forward. insyaAllah cara islam dpt memberi keuntungan kepada semua .. juga cina, india dll ... sbb telus dan adil, wallahhualam

Anonymous

Analogi yang bagus utk rakyat malaysia yang malas berfikir... dah lama dahhh

Post a Comment

Blog Archive