Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Bagaimana Orang Melayu Berfikir ?

Tuesday, January 24, 2012

Bagaimana Orang Melayu Berfikir ?

Kenapa gaji dan rumah milik PM, menteri & kroni besar-besar?

Nak tahu jawapannya? Ianya terletak pada, cara umat Melayu berfikir. Dalam fikiran umat Melayu, orang yang berjawatan tinggi wajib memiliki kekayaan yang berlipat kali ganda daripada orang yang berjawatan rendah.

Sebab itu, adalah menjadi satu kebiasaan apabila saya dengar orang Melayu kata,

"Biasalah, Najibkan PM Malaysia. Orang besar, mestilah gaji dia besar. Jadi isteri dia pun dapatlah shopping!"

"Kita orang biasa, mana mungkin ada semua yang PM ada itu!"

Selanjutnya kita lihat bagaimana cara orang Melayu berfikir apabila melihat jalanraya dibuka untuk VVIP.

"Alahai, biasalah tu. Orang besar, mesti ada laluan khas. Sebab itu polis buka laluan untuk kereta dia."

Nampak tak? Inilah cara orang Melayu berfikir. Dengan ini, sahlah bahawa pemimpin berjiwa rakyat takkan wujud.

Kenapa pemimpin berjiwa rakyat takkan wujud? Kita lihat lagi bagaimana cara orang Melayu berfikir.

"Pemimpin Malaysia, adalah pemimpin berjiwa rakyat. Cuba Google dalam Internet, mesti jumpa video mereka naik bas dan LRT."

Nampak tak lagi cara orang Melayu berfikir? Tadi dia kata polis buka laluan untuk VVIP. Buka laluan untuk bas atau LRT? Kalau naik pengangkutan awam pun, naik untuk sehari atau hari-hari?

Bertenang. Sesetengah daripada anda, tentu dah lemas dengan karangan saya ini. Sebab bagi kebanyakan orang Melayu, ini merupakan satu penghinaan pada otak mereka. Ya! Mereka suka berfikiran seperti ini. Walaupun separa sedar, tapi percayalah bahawa setiap benda yang ingin kita lakukan didorong oleh pemikiran separa sedar.

Untuk memudahkan anda, pemikiran separa sedar ialah berangan.

Katakan anda berangan tentang orang biasa. Apabila orang biasa jadi PM saja, mesti dia akan kaya. Nah! Dekat situ fikiran anda sudah tertatu dengan angan-angan bangsat itu! Sering anda berangan sebegitu.

Maka tidak adalah PM kita wujud sebagai PM yang makan atas lantai macam orang biasa.


Ini bukan PM Melayu, hanya MB Kelantan. Tapi makan atas lantai.

Ini PM dan bekas PM Melayu makan atas meja.

Ini Presiden Iran. Dia makan atas lantai ikut sunnah ke syiah ke ikut Nabi SAW?


Tersentuh hati rakyat bawahan. Mereka sedar ada pemimpin berjiwa sama.

Jelaslah, ini cara Presiden Iran dalam rumahnya.

Oh? Boleh sepak boleh ya?

Tengok ni!

Ini baru betul cara hormat orang tua.

Jadi kalau nak ajak saya percayakan orang Melayu boleh bawa perubahan, ubahlah dahulu cara orang Melayu berfikir. Bagi pemimpin Pakatan Rakyat pula, sementara anda pegang kuasa di 4 buah negeri, tunjukkanlah contoh yang baik.

Agar lebih banyak lagi gambar, yang rakyat boleh jadikan contoh. Tak perlulah kita ambil gambar dari negara lain.

p/s: Bukan Presiden Iran tak boleh bermewah. Kalau nak ikutkan, beliau boleh bermewah-mewahan lebih hebat daripada pemimpin Malaysia. Kerana rizab minyak Iran lebih banyak.

21 comments:

Muhammad Afifi

style nep! seyez

bErrY sTraWbErRy

sokong!!

Anonymous

kuburkan BN!! aku x puashati sial!

Anonymous

smart font comments..font ape

armzeli

ehhmmm....betui jugak tu!!!

Anonymous

macam macam adaaa.....

Anonymous

bestlah...

akmal

kalau pemimpin tu betul2 dihormati dan disayangi; tak perlu guna polis untuk buka jalan, silap2 orang awam akan berikan laluan. aku memang akan buat isyarat jari yang tak best terutama bile tetiba ada konvoi 'orang besar' nih kat jalan raya. kalau nak cepat sangat, bangun awal lah mangkuk!!.. takpun kalau dah kaya sangat, naik helicopter je la, takde org nak sumpah seranah.

Anonymous

kelakar seh najib sepak bola...

annoyingmouse

propa je lebey

Anonymous

Hanip ak copy artikel ni k...

Hanief

Ambil saja.

Emmet

Ah Jib Gor sepak bola macam Sally dalam Upin & Ipin.. awww. hahaha

Anonymous

Hahaha, kelakar giler Najib sepak bola, mcm pondan . tgok Presiden Iran, smart! auuuu

Anonymous

UMNO SUKA IKOT GAYA BARAT

Anonymous

Indeed....
mintak Share ;))
ramai sgt dah 'Me Layu' yg xsedar ni...

Anonymous

memang melayu tipikal mcm tu...

cakap sikit bende yg nak buka minda, dia jawab..

"ko ni banyak sgt pikir!'

nak wat camne?

Bila cite psl artis, shopping...uih..kemain!

Anonymous

org melayu:

Kemajuan di ukur dari bangunan yg tinggi2..

kekayaan di ukur dari rumah yg mewah, perkahwinan yg grand, kereta yg canggih...

kalau berhutang sokmo nak wat pe!

org pas:
nabi ckp: seberkat-berkat perkahwinan adalah yg paling murah (x membazir)..

org umngok:
ala..mampu...


kekayaan adalah untuk dikongsi la beb bkn utk dimegahkan.

Penawar Resdong Paling Berkesan

Artikel paling mantap!!

Syahrul Juhar

mantap...ehe

ainal

melayu harus berfikiran mempunyai pelapis 11 lapisan kepimpinanan yang tidak perlu di tunjukan siapa seterusnya yang akan mengambil giliran sebagai pemimpin tan ragu dan bimbang melainkan mengikut senarioriti serta kebolehan ,kebolehan ini yang perlu dikembangkan serta di sebarluaskan bertunjangkan agama serta ilham selama lamanya jika benar maukan melayu dan islam sejalan itulah harapan serta cita cita ..........

Post a Comment

Blog Archive