Setelah menonton video warga Maghribi atau Morocco membakar diri mereka, saya tertanya-tanya mengapa mereka berbuat sedemikian?
Apakah mereka ini tak ada otak? Atau pun mungkin nak tiru warga Tunisia?
Apakah tahap pendidikan mereka? Setelah video habis ditonton, barulah saya ketahui bahawa mereka bukan orang biasa. Mereka memiliki diploma atau pun lulusan universiti.
Tapi apa kena-mengena dengan tajuk di atas?
Apa kaitan pemegang diploma bakar diri sendiri dengan pendidikan percuma?
Sebelum itu, mari kita lihat apakah masalah pendidikan di Maghribi.
- Universiti kerajaan tidak cukup danaAkibatnya universiti tersebut tidak dapat menggajikan para pensyarah yang layak untuk mengajar. Pensyarah yang layak untuk mengajar, mahal untuk digajikan universiti tersebut.
- Universiti swasta mahalWalaupun universiti swasta tumbuh bagai cendawan di Maghribi, namun kos untuk menimba ilmu di situ mahal sekali.
Jika kita balik pada warga Maghribi yang membakar diri tadi, bolehkah kita teka dari universiti mana mereka peroleh diploma?
Saya jawab dari universiti kerajaan mereka. Tapi masih menganggur bukan?
Lazimnya, orang yang memiliki diploma tentu mahukan gaji yang besar. Kerana mereka perlu membayar hutang pinjaman. Saya tidak bercakap tentang orang Malaysia. Kita sedang bercakap mengenai orang Maghribi. Ya! Mereka juga ambil pinjaman seperti orang Malaysia.
Bagaimana pula dengan orang bodoh yang tiada diploma? Pada saya, mereka tentu tidak menganggur.
Ini kerana, kerja rendah bersepah-sepah di seluruh dunia.
Kerja rendah seperti pelayan restoran, tukang cuci, pengawal keselamatan, operator kilang, penjaga setor dan banyak lagi.
Kadang-kadang orang bodoh yang tidak berkelulusan ini akan digajikan untuk kerja tinggi pula. Ini berikutan mereka ini boleh digajikan dengan murah.
Jadi, bolehkah kita katakan bahawa orang berkelulusan sedang berlawan dengan orang yang tidak berkelulusan?
Si pemegang diploma menderita dengan api. Si bodoh tak berkelulusan menderita dengan gaji rendah. Persoalannya, siapa mati dulu? Hahahaha!
Kita harus faham, zaman sekarang tiada lagi rasa simpati. Kalau syarikat, ia hanya mahukan keuntungan. Kerana syarikat pun nak bayar hutang bank. Syarikat-syarikat biasanya berdiri di atas pinjaman bank.
Anda biasa dengar standard perkhidmatan menurun? Pernahkah anda terfikir bahawa layanan di sektor perkhidmatan mungkin dilakukan oleh orang bodoh yang tidak berkelulusan? Oleh kerana itu, standardnya menurun?
Sekarang, mari kita pergi pada pendidikan percuma. Bayangkan, warga Maghribi menerima pendidikan percuma. Mereka bebas daripada hutang. Mereka dapat diploma.
Bagaimana pula dengan orang yang tak masuk universiti percuma dan pilih untuk menjadi seorang yang bodoh tidak berkelulusan?
Pada pendapat saya, ini tak akan berlaku.
Kerana pendidikan percuma mampu memberi kesan pada gaji pekerjaan. Nah! Universiti sudah percuma, apa lagi yang menjadi penghalang?
Jika pendidikan percuma berterusan, saya percaya semua warga Maghribi akan dapat mencipta satu standard gaji yang tinggi atau standard gaji yang manusiawi.
Takkan ada lagi si pemegang diploma merungut tentang si bodoh tak berkelulusan rampas peluang pekerjaan mereka. Kerana si bodoh dah boleh jadi pandai dengan masuk universiti percuma dan berubah kepada seorang yang bergelar si pemegang diploma.






6 comments:
bagus nep .. mendalami issue dari konteks yang berbeze .. aku suka post mcm ni .. baru semua sedar bagaimana nak evaluate masalah kita dgn masalah di tempat org ..
bukan tau nak evaluate maki-hamun (antara politik) sapa yg paling power dan berapi ..
Selagi mana BN masih berkuasa selagi itu keadaan tidak akan berubah di negara ini.
Pemimpin2 BN kebanyakannya tidak mementingkan rakyat. Mereka lebih suka memenuhi hasrat dan cita2 mereka sebelum memenuhi hak rakyat.
Isteri PM kelihatan semakin boros dalam perbelanjaan peribadi hingga PM tidak boleh kawal isteri beliau. Dalam keadaan begini manakan seorang PM boleh tumpukan perhatian kepada kehendak rakyat. Jika isteri PM seorang yang boros maka PM terpaksa memikirkan bagaimana hendak menampung perbelanjaan isteri daripada memikirkan kehendak rakyat.
kalau di tahan la harta najib,harta menteri2 sekarang harta taib mahmud dan kroni2..pergh sebenarnya negara malaysia ni lebih kaya dari singapore la brader..pendidikan percuma celah gigi je
So tak timbul masalah siswazah demand gaji tinggi bila nak masuk kerja. Think out of box. Great.
Jika kita tak berjaya Putrajaya, negeri2 yg masih diperintah(Selangor dan Penang yg kaya wajib buat) hendaklah laksanakan dahulu.
Graduan Unisel direbut banyak syarikat. Tak demand gaji. Berita ni yang kita nak dengar...
Bravo. Pendidikan di peringkat ijazah pertama di Jerman hampir-hampir percuma iaitu di sekitar 500 Euro setiap semester. Tetapi di negeri Baden-Württemberg, Hesse, Saarland dan North Rhine-Westphalia yuran masih percuma. Gaji jurutera yang mempunyai lebih dari 2 tahun pengalaman kini lebih dari RM13,000 sebulan walaupun harga minyak lebih dari RM7.50 seliter.
Hamidi Fizie Bin Ahmad,saya bagi kamu satu SALUT yang besar..... ini baru melayu berilmu... berfikir... berkat. kenapa masih banyak orang melayu, bumiputra yang bodoh dan otak udang
Post a Comment