Asia, Malaysia, Tech & World Blog: Soalan Yang Susah Nak Jawab?

Saturday, January 14, 2012

Soalan Yang Susah Nak Jawab?


Si Polan: Kenapa nak sibuk-sibuk hal politik, kau bukan ahli politik pun.

Hanief: Aku undi ahli politik untuk pimpin negera. Kau undi artis untuk hiburkan ahli politik.

Si Polan: Pelajar tak sepatutnya sertai demostrasi takut terganggu pelajaran.

Hanief: Kalau belajar sampai terkeluar biji-biji mata pun, nilai Ringgit tetap kecil berbanding dolar Singapura. Jadi tak salah keluar berdemonstrasi, negara UK pun benarkan juga rakyat mereka berprotes.

Si Polan: Kau sokong pembangkang, nanti negara bankrap.

Hanief: Mana ada bankrap? Sultan dan Raja-raja Melayu semua masih kaya-raya lagi, Sultan Johor ada kereta lumba Bugatti Veyron RM8 juta, Sultan Perak dan Kelantan sampai boleh cetak wang dinar emas dan dirham perak. CEO TNB, yang merupakan orang Melayu ada gaji sampai RM400,000 sebulan. Apa cerita? Yang bankrap ni orang bawahan saja, sebab duit mereka habis dipungut orang atas.

Si Polan: Kau tahu tak sekarang orang Melayu dah berpecah?

Hanief: Mana ada berpecah? Setahu saya, kalau berpecah ni tentu akan jadi macam Jerman dahulu-kala, ada Jerman Timur dan Jerman Barat. Atau pun macam Korea sekarang, ada Korea Utara dan Korea Selatan. Rasa saya, orang Melayu hari ini cuma berbeza pendapat.

Si Polan: Kau tahu, kalau tak ada kerajaan BN, tak merasalah kau subsidi semua tu.

Hanief: Kau tahu, kalau BN tak ambil RM90 bilion duit KWSP kita setiap tahun, tentu BN tak boleh bagi subsidi tu.

Si Polan: PAS sekarang dah jadi barua DAP.

Hanief: UMNO jadi barua MCA? Tak begitu?

Si Polan: Mahkamah kita dah jadi adil. Tengok Anwar Ibrahim dah menang kes liwat!

Hanief: Kes yang diada-adakan, memang wajib menang. Lagi pun kalau masuk penjara, buat orang marah saja. Mana kes Altantuya? Bagaimana rekod keluar masuk Altantuya terpadam? Kes VK Lingam? Terlepas begitu saja? Terlalu awal untuk kita kata mahkamah dah jadi adil.

12 comments:

Anonymous

soalan pas jd barua dap tu ptot kne bg jawapan bernas cket kot...

Anonymous

gaji ceo TNB RM400,000 sebulan? tipu kot? pada2 la nak tipu pun.....

JAKA

lawan umno /bn bukan makna lawan kerajaan

kerajaan lain, parti lain.

umno ibarat pemandu, kerajaan malaysia ibarat kereta.

umno telah memandu kereta dgn bahaya dlm keadaan mabuk nak masuk gaung, wajib kita semua campakkan pemandu mabuk dan ganti dgn pemandu yg baik untuk selamatkan kereta dan penumpang semuanya.

JAKA

pas jadi barua dap?
tak perlu jawab apa2.

tidak ada asas utk umno kata pas jadi barua dap. tanya pada umno apa bukti pas barua dap? adakah sama macam ibrahim ali katak jadi barua mamakthir?

..........................................

gaji ceo tnb hamba tk pasti, tapi gaji ceo Syabas ialah RM450K sebulan.

tapi hamba percaya bukan dia seorg makan banyak tu. tentulah share dgn org politk yg berjasa bagi Syabas kat dia. proxy je.

Anonymous

gaji CEO TNB mmg banyak..kalo tak percaye pegi website TNB, tengok annual report dorang..dekat situ dah tulis terang2 gaji org2 atas TNB ni..gaji si che khalid ni kalo tak silap basic+elaun+bonus tak tolak epf = rm1.8 juta

pisangmalaysia

Gaji Ceo TNB 2010 - Gaji sahaja 1.2j setahun. Bonus - 302,500.Elaun Kereta - 60,000, Elaun Khas - 7,200. caruman epf - 236,964.. Jumlah semua - 1,806,664.00.... Siapa yang menanggung ni? Jadi buat anon no.2 kt atas tu...cari lah ilmu dan fakta sebelum komen sebelum anda digelakkan oleh orang lain kerana kurang ilmu...Ko ingat bro hanif ni cakap kosong saja kaaa...Loser!....
- saga FL (for loser!)

Anonymous

KAWAN STUJU DGN Pisangmalaysia...Perks utk CEO TNB...RM1.8 Juta.....tngok laporan tahunan...!!

Unknown

itu semuanya murah blaka ma.... siapa yg lagi kaya ma??? Shahrizat n family sekaligus dpt rm250 juta... ma. Tapi Shahrizat tu masih miskin kalau nak dibandingkan dengan Kak Mah Najib... ma...!

SET 0 0

Org mcm Anony 2 tu la yg UMporNO suka, senang d LEMBU LEMBU kan... BODOH dari DULU, KINI & SELAMA LAMANYA....

Anonymous

kamon la.. banding bil letrik TNB n bil air Syabas jauh tu beza! pastu syabas setakat dalam selangor jer.. kalo dah CEO syabas bulan2 pon dah RM400k.. agak2 CEO TNB baper plak?

Anonymous

pas barua DAP ? jawapan bernas ? hanief dah bagi jawapan yg tepat rasanya. antara bodoh tak bodoh je nak paham...

budak badak

impressed

Post a Comment

Blog Archive