Malaysia : Tong Taik UMNO: Sekolah Amerika

Friday, December 21, 2012

Sekolah Amerika

Sekolah saya dahulu tak ada lif. Sekolah saya dahulu tak ada kolam renang. Sekolah saya dahulu suka suruh budak-budak minta derma sehingga mengumpan mereka dengan pelbagai hadiah yang tak seberapa. Apapun tahniah pada SRI Al-Amin dan SKS (1). Walaupun tak senasib dengan sekolah Amerika tapi saya tetap nak ucapkan tahniah pada para pengetua sekolah ini.

Saya dulu bertadika di Tadika Ihkam Taman Ibukota. Sebuah tadika yang istimewa. Penumpuannya pada para pelajar sangat eksklusif. Ada rak khas untuk setiap anak murid, tapi tak berkunci macam sekolah Amerika. Tak juga macam SMK Maxwell yang berupa seperti penjara. Tiada tingkap tapi hanya grill. Buku akan hilang jika diletak bawah meja. Maka terpaksalah para pelajar yang malas bawa buku itu menyembunyikan buka mereka di belakang papan kapur.

Sungguh pun banyak sekolah sudah beralih pada papan putih. Namun sekolah Amerika sudah menggunakan papan canggih Promethean. Tonton video di bawah kalau tak ada idea.




Ternyata sekolah kita kekurangan dana akibat kerakusan pak-pak Menteri yang suka menyapu duit ke dalam poket sendiri.

Memang menteri tak boleh sapu duit banyak-banyak. Sebab orang Malaysia taklah begitu mudah itu untuk membiarkan kelakuan keji berlanjutan. Namun, rakyat mana yang mampu mengenal kroni-kroni kepada menteri?

Kroni-kroni merupakan rakan kepada menteri yang digunakan untuk mengaut duit rakyat yang disebut sebagai peruntukan. Mereka (kroni-kroni) akan dihadiahkan projek dengan mudah tanpa rundingan apatah lagi nak ditender pada syarikat-syarikat. Sebab itu sesetengah sekolah beli barang keperluan pun boleh cecah 300% daripada harga biasa.

Persoalannya bukan berapa peratus untuk pak-pak Menteri ini. Tapi persoalannya bilakah rakyat kita boleh ada sekolah yang ada tempat letak kereta seperti Sunway Pyramid atau KLCC.

Sampai bilakah sekolah-sekolah Malaysia boleh memiliki stesen MRT di sebelahnya? Tak perlulah para ibubapa membuat jalanraya sesak di tengahari seperti mana umat Islam di Malaysia buat jalanraya sesak pada hari tengahari Jumaat.

Sampai bilakah kita boleh memiliki sekolah yang mempunyai jumlah guru yang lebih bagi memberi penumpuan eksklusif seperti sekolah Amerika?

Daripada kita undang sial dari para pekerja asing, lebih baik kita undang para guru (tak kira dari luar mahupun dalam negara) supaya kita dapat perkecilkan jumlah pelajar dalam sebuah kelas.

Dengan jalan itu juga kita dapat lahirkan para pelajar yang bukan setakat cemerlang, tapi dididik dengan lebih terperinci. Ini sangat penting. Ia mampu mengasah bakat seseorang murid sebelum mereka tersalah bidang dan mempertingkatkan mutu pendidikan yang sekali gus dapat mengatasi masalah brain drain.

Daripada tumpuan yang khas diberikan oleh para guru, mereka akan dapat maklum-balas yang berbeza-beza demi kreativiti atau pun penemuan baru yang dapat membantu sektor RND dari peringkat bangku sekolah rendah. Untuk mendapat maklum-balas yang pelbagai, ia harus didapati dengan ujian yang berupa soalan subjektif. Bukan daripada soalan yang objektif. A, B, C, D.

Saya nak katakan bahawa rakyat Malaysia dididik seperti lembu. Tak ada kebebasan dalam memberi jawapan yang luar rangkuman minda para guru. Terima kasih pada ujian objektif A, B, C, D. Anak murid dirotan berbirat-birat supaya menghafal, anak murid Amerika pula bebas berenang dan diajak berfikir.

Sebuah bentuk ujian yang menggalakkan teknik menghafal dan bukannya bersifat 'marilah berfikir' dan 'mencipta sesuatu yang unik'. Pendidikan seperti ini anti-kebebasan dan mirip pendidikan negara Komunis. Ia patut dihapuskan sama sekali.

Tak hairanlah kalau pelajar yang kaki menghafal itu lulus cemerlang sehingga mengenepikan para pelajar yang tidak reti menghafal tetapi reti berfikir. Pembelajaran seperti ini juga menggalakkan murid-murid meniru. Ini kerana kurangnya unsur-unsur unik dalam jawapan. Ia dikonstrak dengan pilihan A, B, C, D. Bukannya dengan perenggan-perenggan karangan dan rajah yang difikirkan oleh seseorang pelajar.

ABM (Alat Bantu Mengajar) juga penting dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Umum harus tahu bahawa para murid terbahagi pada tiga. Ada yang mahir belajar melalui gambaran, lisan dan tulisan. Kita harus gunakan teknologi yang setanding dengan negara maju. Kita ada menteri yang kaya-raya dengan hasil bumi negara kita. Negara kita negara kondom dan juga negara minyak & gas. Tetapi bila buat lawatan ke luar negara, apa yang didapatinya? Beg tangan baru? Mana papan canggih Promethean? Jauh sekalilah nak berikan pendidikan percuma. HAHAHA!

p/s: Ada hikmah aku berhenti kerja SBS. Lepas ni aku boleh komen bab pembangunan sekolah. Nak jadi pemimpin ni kena ada banyak pengalaman. Bukan duduk atas kerusi tukar gear D,N dan R saja. Turun padang bro!

10 comments:

Anonymous

lagi lama ameno perintah..lagi kelam kabut sistem pendidikan negara...mangsanya adalah pelajar..terutamanya ank2 melayu luar bandar... hidup melayu 3x

Anonymous

selagi kerajaan umngok beeend yang bertulangkan kroni dan rasuah ni menjadi pemerintah,selagi itulah apa yang anep hajatkan di atas x kesampaian...

KO BN!!! (3036 kali)

Reentry7 Ensem

Itulah aku tengok budak-budak Puak Pas serban lilit lapan belas tingkat suka hantar anak-anak dia sekolah menghafal.Lepas menghafal Kaw-Kaw punya dah keluar terus jadi Taliban.

Nampak orang lain macam sikit je terus hantam kaw-kaw orang tu ahli Nuraka Jahanam.Taik betul.

Tapi memang betul lar.Lawyer,Engineer dan ada sesetengah doktor kat Malaysia ni memang macam PALAT.Masuk kerja pulak ikut kabel + Degree yang takder value tu.Tapi bajet macam bagus.PtuiiHHH..!!!

Street Smart VS Book Smart<--(budak masuk U).

Street Smart the BEST dan paling Ngetop.

Mark Zunkerberg,Bill Gates,Steve Jobs semuanya streets smart.

Sekian ucapan saya untuk kali ini.

Semoga kita berjumpa di lain rancangan ye adik-adik...

PTuiiHHH...!!!

Terima KaseeeYY...!!!!

maie1958

abu,abu,abu!!!!!!!!!!

mfadhlan

ABU....

why we always lose to Singapore?
-Education
-Economy
-AFF?

Anonymous

Salam,
saya tak bekerja dah 7 tahun. ada keluarga 5 orang. pakai kereta. anak isteri sihat, makan cukup. rumahtangga bahagia. baru tambah 1 lagi cawangan. anak cerdik , belajar tahfiz. rezeki ada dari berbagai jalan. Allah maha Pemberi rezeki.
Hanief yakin dengan Allah. jangan peduli tohmahan manusia assi dan munafik

Anonymous

Allah baru anugerahkan saya kuari batu dan lombong bijih besi di indonesia tahun ini. selepas saya menempoh dugaan tak bekerja 7 tahun.
Sabar , Jalan ke syurga memang susah, kalau yang senang lenang tu jalan ke Neraka,
Pabila Allah jadikan syurga, malaikat disuruh lihat, Pabila dilihat malaikat. katanya habislah manusia tak masuk syurga sebab di pagar segala kepayahan. kesusahan, keperitan, dugaan perit

Anonymous

keluarga aku pun bahagia, anak dapat makan, semuanya sihat, bebas berjalan ke sana kemari tapi aku benci dengan orang yang mengambil kesempatan mengaut harta benda orang lain dengan melakukan penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi. Kesenangan yang kita ada bukan tiket untuk kita membiarkan puak satu lagi menggunakan kedudukan yang diamanahkan untuk mereka kaut semua duit cukai dan harta rakyat! Seseorang yang ada maruah tidak akan membiarkan pihak yang diberikan kuasa untuk melakukan apa sahaja. Jika tak boleh berubah dengan tangan, ubah dengan percakapan. Jika tak boleh ubah dengan percakapab, ubah dengan undi dan perasaan (tidak suka dengan kerajaan sedia ada)

Anonymous

bn tu maksud nya barisan neraka....

haram jadah... x payah dok undi bn lah..
janji x ditepati langsung...
ni dok buat kempem sayangi selangor pulak dah
yakni barisan neraka woi.....

joecharles

betol tu ...........tapi sekolah kat Amerika mana ADA KERAJAAN bagi BERBILLION RINGIT setiap tahun kat Sekolah CINA, kat SEKOLAH HINDU DAN TAMIL KAT SEKOLAH KRISTIAN MUBALIGH???? duit BERBILION RINGIT sudah CUKUP untuk dapat semua kemudahan yang TONG TAIK NYATAKN kan?

Post a Comment

Nak komen boleh tolong jangan mencarut.
You may comment but please do it without vulgar words.