Malaysia : Tong Taik UMNO: January 2012

Monday, January 30, 2012

Israel Sudah Mula Cetak Syiling Emas | Jerusalem of Gold



Syiling emas ini telah diletakkan nilai sebanyak 20 Shekel (RM16). Ia sah diperlakukan. Syiling ini dicetak di Belanda, 24 karat (emas tulen 9999).

Apa yang menarik minat saya ialah, Sheikh Imran Hosein ada menyebut bahawa, untuk Israel naik menguasai dunia, dolar Amerika perlu bungkam dan diganti dengan matawang baru.

Kita setakat cetak duit emas, tapi tak boleh diperlakukan. Hanya boleh bikin barter. Tapi Israel, nampaknya lebih Islam daripada orang Malaysia.

70% Orang Malaysia Bergaji Kurang RM 3,000

Nearly 70% of Malaysians are in the “have little” category, that is, they work hard, hold down two or more jobs but their take home wages continue to be low and still under RM3,000 a month. - Getting ready for polls
Petikan di atas memberitahu kita bagaimana 70% orang Malaysia bekerja keras hingga membuat dua atau lebih kerja dalam sehari. Tapi masih mendapat kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Ini bukan rahsia. Saya dah buat dua kerja sebelum ke Singapura. Saya meniaga binatang peliharaan dan servis IT. Saya setuju dengan petikan di atas.

Kenapa saya ke Singapura?
Saya ke Singapura kerana saya telah sedar akan masalah jurang miskin-kaya di Malaysia.


Inilah hakikat di Malaysia. Anda akan berhadapan dengan orang miskin kebanyakannya. Mungkin ramai yang tak setuju, tapi saya beranggapan orang Melayu khususnya berada di kampung dan di bandar sebenarnya berada dalam kelompok miskin. Mereka ini tidak berani untuk mengaku mereka tiada duit. Bahkan mereka juga takut untuk bersuara menentang golongan Melayu elit yang menindas mereka.

Anda mungkin cakap saya berbohong. Tapi kalau anda nakkan lebih gambaran mengenai masalah ini, anda boleh jalankan satu perniagaan.

Para pelanggan anda akan hadir dari ramai kelompok yang miskin. Susah nak jumpa pelanggan yang mampu beli barang yang mahal. Ramai akan minta diskaun. Sudahlah pelanggan miskin minta diskaun, pelanggan kaya pun minta diskaun juga.

Anda juga akan berhadapan satu bentuk kemarau pelanggan. Akibat ramai manusia mahu berjimat dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk memperoleh wang untuk beli barang keperluan. Bukan untuk bercuti atau membeli-belah barang untuk bergaya.

Nampak tak? Nak beli barang keperluan pun dah tercungap-cungap! Inikan pula nak beli barang sampingan.

Macam saya dahulu. Jual binatang peliharaan. Pelanggan ramai sukakan binatang. Tapi mereka nak beli makanan untuk diri sendiri pun sikit punya seksa. Apa lagi nak beli makanan untuk haiwan peliharaan mereka?

Setiba saya di Singapura. Saya nampak satu keajaiban berlaku. Saya lihat di Singapura, tiada kucing yang kurus berkurap. Ya! Kucing jalanan saya maksudkan. Kucingnya semua kelihatan gemuk dan gempal seperti isteri PM kita. Terus saya kata dalam hati, "Aku sedang berada dalam negara kaya. Kalau kucing pun terjaga begini, sebab itulah orangnya lebih mantap imejnya daripada orang Malaysia"

Walaupun saya bekerja sebagai kuli di Singapura, tetapi syarikat di sini tetap mampu berikan gaji yang menusabah. Bos mampu bayar gaji sebegitu, kerana perniagaan mereka mendatangkan hasil. Pelanggan datang dari kelompok yang biasa. Tak kaya dan tak miskin. Si bos ini tak ada masalah untuk berniaga dengan pelanggan-pelanggan yang tak hadapi masalah kewangan.

Bukan itu sahaja, barang makanan juga murah dan pengangkutan awamnya sangat memuaskan hati! Kalau pendatang macam saya dapat hidup lebih berisi badan di Singapura berbanding di Malaysia, apatah lagi warganegara asal Singapura. Ramai Melayu Singapura tampak kenyang. Badan makcik-makcik Melayu Singapura mirip badan Rosmah.

Jauh beza dengan badan budak-budak motor rempit. Kasihan saya tengok budak-budak Melayu kita kurus kering. Mereka ditindas oleh ahli politik sendiri. Lebih kasihan, mereka terpaksa menyokong ahli politik bangsat itu demi sesuap nasi.

Mahathir kata Singapura maju sebab kurang kebebasan. Saya setuju. Tapi kemajuan Singapura juga ialah kerana kekayaan diagih dengan baik. Tidak seperti di Malaysia.

Tak ada sebab kenapa orang Singapura nak turun ke jalanraya. Mereka cukup serba-serbi. Mewah daripada orang Malaysia. Kalau turun ke jalanraya ia akan di pandang serong. Di Malaysia, budaya turun ke jalanraya di pandang mulia. Sebab itu tanda perjuangan orang miskin menentang pemimpin kaya yang zalim!

Bila orang mewah, cukup duit nak belanja. Amat susah untuk ajak orang yang senang-lenang untuk turun ke jalanraya. Apa buang tabiat nak kena sembur dengan gas pemedih mata?

Tapi, bila orang tak cukup duit, itukan tanda ekonomi tak baik? Bak kata Tengku Razaleigh, bila ekonomi gawat, maka jenayah pun meningkat.

Sebut tentang jenayah, saya nak beritahu di Singapura jenayah sangat kurang. Saya sendiri jalan kaki pada pukul 2 pagi di tengah kota Singapura, baru pulang dari Woodlands.

Mereka berjaya kawal kemasukan pendatang lebih baik berbanding di Malaysia.

Di Malaysia, sangat mudah untuk kita jumpa pekerja asing masuk secara haram yang bekerja tanpa permit. Bukan seorang dua, tapi satu Kuala Lumpur. Anggota RELA tak menang tangan.

Siapakah yang jaga sempadan negara? Pihak imigresen atau pendatang asing?

Thursday, January 26, 2012

Mahathir & Afrika

Nalinee Taveesin
BANGKOK (TrustLaw) – Thai Prime Minister’s Office Minister Nalinee Taveesin, sanctioned by the U.S. for her ties to Zimbabwean President Robert Mugabe, has been appointed to promote Thailand’s national image, the Bangkok Post reported. - U.S.-sanctioned Thai businesswoman tasked with promoting the country’s image – report
Petikan di atas memberitakan menteri di Jabatan Perdana Menteri Thailand, Nalinee Taveesin disenarai hitam Amerika Syarikat di atas hubungannya dengan Presiden Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe.

Mugabe dipilih untuk mempromosikan Thailand.

Perkataan sanctioned dalam petikan di atas, bermaksud disekat. Sanction bermaksud sekatan. Lihat di sini.

Hubungan Mahathir & Mugabe bukan asing lagi.


Mahathir dikatakan ada puluhan bank di Afrika, di bawah proksinya yang bernama Daim Zainuddin. Nak jadi cerita, Daim Zainuddin merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia pada 1999-2001.


Selepas Anwar Ibrahim dipecat dan masuk penjara, Mahathir pegang sebentar jawatan Menteri Kewangan Malaysia dari 1998-1999. Kemudian ia disambung oleh Daim Zainuddin hingga tahun 2001.

Selepas Daim Zainuddin letak jawatan pada tahun 2001, Mahathir jawat semula jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada 2001-2003. Hasilnya hingga sekarang matawang kita belum pulih.


PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia memikirkan secara serius untuk mengadakan penerbangan ke Afrika bagi memudahkan pelancong serta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan - Dr M Minta Penerbangan AirAsia Ke Afrika, Tony Kata Ya

Tony Fernandes (Bos Air Asia) bersebelahan Mahathir

Pak Lah hanya menurut perintah barangkali. Cuci tahi Mahathir.

Bagaimana dengan Najib?

Kalau menteri di Jabatan Perdana Menteri Thailand, Nalinee Taveesin, boleh kena senarai hitam oleh Amerika Syarikat akibat berurusan dengan Mugabe? Apakah maknanya gambar Mahathir, Pak Lah dan Najib ini?

Pada saya, Najib hanya meniru Mahathir. Rosmah pula, meniru Siti Hasmah sukakan badminton.

Siapa masih ingat isteri Mahathir, Siti Hasmah suka peluk pemain badminton negara dan terlompat-lompat masa Piala Thomas dulu?

Wednesday, January 25, 2012

Telefon Anda Password Anda

Akaun Google seperti yang kita sedia maklum, sudah melibatkan nombor telefon bimbit sebagai alat pengesahan.

Kenapa telefon bimbit? Bagi saya ada dua sebab:-
  1. Ia milik anda, jadi ia sesuai untuk memegang data katalaluan atau pun password.

  2. Google seperti yang anda sedia maklum, memiliki projek Android. Iaitulah sebuah projek sistem operasi bagi telefon pintar dan seangkatan dengannya. Jadi dengan melibatkan telefon anda, projek Android juga akan berhasil!

Google kini telah memiliki:-
  • GMail - Emel anda
  • GPlus - Ruang sosial anda
  • GAdSense - Pendapatan anda
  • GAnalytics - Statistik laman anda
  • GReader - RSS Berita anda
  • FeedBurner - RSS laman anda
  • Blogger - Blog anda
  • Youtube - Video anda
  • Picasa - Gambar anda
  • Panoramio - Gambar panorama anda
Adalah satu kebodohan untuk anda memberikan katalaluan atau password akaun Google anda pada orang lain. Akaun Google ibarat mangga yang memegang semua benda di atas ini. Jika ia terburai, habislah semua milik anda di atas ini.

Ada apa dengan gambar di atas ini?

Bagi yang tak tahu, ini ialah urutan katalaluan atau pun password yang anda ingin peroleh dari Google.

Katakan anda ingin tukar password anda di GMail. Ia memerlukan pengesahan nombor telefon anda. Ya! Telefon bimbit. Kalau anda ada telefon pintar, maka telefon pintarlah.

Konsepnya ialah SMS. Dalam SMS tersebut, akan ada satu kod yang perlu anda masukkan dalam laman GMail tadi.

Bayangkan
  • Jika ada orang curi atau rampas telefon anda. Bolehkah dia ubah password akaun Google anda? Jawab saya, boleh.

  • Jika ada orang di syarikat telekomunikasi membocorkan SMS itu pada pihak berkuasa, contohnya SKMM. Bolehkah SKMM ubah password akaun Google anda tanpa memiliki telefon anda? Jawab saya, boleh.

  • Jika ada orang ambil kad SIM telefon anda. Bolehkah dia ubah password akaun Google anda? Jawab saya, boleh.
Bolehkah anda percaya syarikat telekomunikasi Malaysia? Bolehkah anda pelihara telefon bersama kad SIM anda? Jawapannya ada di tangan anda sendiri.

Tuesday, January 24, 2012

Kenapa Orang Melayu Paling Miskin ?


Sebelum kita merungut kenapa. Kita periksa dulu apa yang buat manusia jadi kaya:-
  • Kilang
  • Kuasa Politik
  • Kehakiman
Di mana orang Melayu?

Kilang
Kita lihat kilang. Orang Melayu ada kilang? Kilang melambangkan teknologi. Dari kilang, wujud produk untuk dijual di kedai-kedai. Apa yang saya tahu, ramai orang Melayu yang memiliki kedai, jual barang orang China.

Tahun Baru Cina, orang di China dan Malaysia cuti. Kita nak beli barang di mana? Saya rasa, saya tak perlu huraikan panjang lebar bab ini. Jelas Melayu tak ada kilang macam orang Cina.

Kuasa Politik
Orang Melayu tak ada duit. Nak belajar pun kena pinjam duit dari kerajaan. Jom! Kita tengok kuasa politik.

Apa itu kuasa politik? Sekarang kita cakap soal orang Melayu di Malaysia. Dah tentu politik Malaysia. Malaysia itu sebuah negara. Jadi di sini, politiknya ialah politik negara. Kuasa politik negara.

Siapa ada kuasa politik ini, maknanya dia dapat kawal negara. Termasuk kilang orang Cina. Kalau nak buat kilang baru untuk orang Melayu pun boleh.

Hakikatnya, orang Melayu kekal miskin di negara sendiri. Walaupun berahli-politikkan ahli politik Melayu.

Baiklah! Kita ada dua kemungkinan:-

  1. Kemungkinan pertama, orang politik Melayu dah bikin kilang. Tapi orang Melayu kekal miskin. Sahlah kilang itu gagal dan tidak bermakna untuk rakyat.

  2. Kemungkinan kedua, orang politik Melayu belum bikin kilang lagi. Sahlah ahli politik tidur dan tak tahu duit yang dia pegang, dia dah belanja untuk diri dia sendiri.
Kehakiman
OK! Yang terakhir, kehakiman.

Sebelum kita sentuh bab mahkamah ni, kita imbas semula.

Kilang siapa pegang di Malaysia? Cina bukan?
Kuasa politik siapa pegang di Malaysia? Melayu bukan?

Kehakiman siapa pegang? Masihkah anda ingat peguam VK Lingam? Bidang kehakiman dipelopori oleh orang India. Mereka petah berbahasa Inggeris dan kebanyakan orang India suka bercakap.

Orang India tak ada kilang. Orang India adalah golongan minoriti di Malaysia. Mereka tak boleh menang majoriti dalam pilihanraya untuk peroleh kuasa politik negara ini macam orang Melayu. Kalau mereka nak boikot produk kilang orang Cina, mereka tentu akan diketawakan.

Sebab itu, mereka ambil jalan tikus untuk kaya.

Apa kehakiman boleh buat pada nasib orang India?

Tahukah anda bahawa kes saman-menyaman di mahkamah sekarang mencecah jutaan ringgit?

Kes orang besar-besar, lagi tinggi jumlah samannya. Kes orang besar, seperti kes orang politik dan orang empunya kilang.

Ya! Kehakiman dapat menggugat masadepan kuasa politik dan empunya kilang juga.

Renung sejenak
Tapi kalau anda tanya saya, siapakah yang lebih berkuasa dan cerah masadepannya di Malaysia?

Jawapannya, orang Melayu.

Pertama, mereka majoriti. Mereka boleh makan atas lantai dan semua kedai perabot orang Cina boleh bankrap atau terpaksa jual benda lain seperti China Doll dan seumpamanya.

Kedua, mereka ada kuasa politik. Pihak berkuasa boleh pilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang di negara ini.

Ketiga, mereka boleh lawan mahkamah. Melalui revolusi, jalanraya akan dilauti orang Melayu yang majoriti.

Kesimpulannya, BN gagal dan majoriti orang Melayu kena bangkitkan pemimpin Melayu yang gagal ini dan yang tertidur juga.

Bagaimana Orang Melayu Berfikir ?

Kenapa gaji dan rumah milik PM, menteri & kroni besar-besar?

Nak tahu jawapannya? Ianya terletak pada, cara umat Melayu berfikir. Dalam fikiran umat Melayu, orang yang berjawatan tinggi wajib memiliki kekayaan yang berlipat kali ganda daripada orang yang berjawatan rendah.

Sebab itu, adalah menjadi satu kebiasaan apabila saya dengar orang Melayu kata,

"Biasalah, Najibkan PM Malaysia. Orang besar, mestilah gaji dia besar. Jadi isteri dia pun dapatlah shopping!"

"Kita orang biasa, mana mungkin ada semua yang PM ada itu!"

Selanjutnya kita lihat bagaimana cara orang Melayu berfikir apabila melihat jalanraya dibuka untuk VVIP.

"Alahai, biasalah tu. Orang besar, mesti ada laluan khas. Sebab itu polis buka laluan untuk kereta dia."

Nampak tak? Inilah cara orang Melayu berfikir. Dengan ini, sahlah bahawa pemimpin berjiwa rakyat takkan wujud.

Kenapa pemimpin berjiwa rakyat takkan wujud? Kita lihat lagi bagaimana cara orang Melayu berfikir.

"Pemimpin Malaysia, adalah pemimpin berjiwa rakyat. Cuba Google dalam Internet, mesti jumpa video mereka naik bas dan LRT."

Nampak tak lagi cara orang Melayu berfikir? Tadi dia kata polis buka laluan untuk VVIP. Buka laluan untuk bas atau LRT? Kalau naik pengangkutan awam pun, naik untuk sehari atau hari-hari?

Bertenang. Sesetengah daripada anda, tentu dah lemas dengan karangan saya ini. Sebab bagi kebanyakan orang Melayu, ini merupakan satu penghinaan pada otak mereka. Ya! Mereka suka berfikiran seperti ini. Walaupun separa sedar, tapi percayalah bahawa setiap benda yang ingin kita lakukan didorong oleh pemikiran separa sedar.

Untuk memudahkan anda, pemikiran separa sedar ialah berangan.

Katakan anda berangan tentang orang biasa. Apabila orang biasa jadi PM saja, mesti dia akan kaya. Nah! Dekat situ fikiran anda sudah tertatu dengan angan-angan bangsat itu! Sering anda berangan sebegitu.

Maka tidak adalah PM kita wujud sebagai PM yang makan atas lantai macam orang biasa.


Ini bukan PM Melayu, hanya MB Kelantan. Tapi makan atas lantai.

Ini PM dan bekas PM Melayu makan atas meja.

Ini Presiden Iran. Dia makan atas lantai ikut sunnah ke syiah ke ikut Nabi SAW?


Tersentuh hati rakyat bawahan. Mereka sedar ada pemimpin berjiwa sama.

Jelaslah, ini cara Presiden Iran dalam rumahnya.

Oh? Boleh sepak boleh ya?

Tengok ni!

Ini baru betul cara hormat orang tua.

Jadi kalau nak ajak saya percayakan orang Melayu boleh bawa perubahan, ubahlah dahulu cara orang Melayu berfikir. Bagi pemimpin Pakatan Rakyat pula, sementara anda pegang kuasa di 4 buah negeri, tunjukkanlah contoh yang baik.

Agar lebih banyak lagi gambar, yang rakyat boleh jadikan contoh. Tak perlulah kita ambil gambar dari negara lain.

p/s: Bukan Presiden Iran tak boleh bermewah. Kalau nak ikutkan, beliau boleh bermewah-mewahan lebih hebat daripada pemimpin Malaysia. Kerana rizab minyak Iran lebih banyak.

Saturday, January 21, 2012

Pendidikan Percuma Mampu Atasi Pengangguran


Setelah menonton video warga Maghribi atau Morocco membakar diri mereka, saya tertanya-tanya mengapa mereka berbuat sedemikian?

Apakah mereka ini tak ada otak? Atau pun mungkin nak tiru warga Tunisia?

Apakah tahap pendidikan mereka? Setelah video habis ditonton, barulah saya ketahui bahawa mereka bukan orang biasa. Mereka memiliki diploma atau pun lulusan universiti.

Tapi apa kena-mengena dengan tajuk di atas?

Apa kaitan pemegang diploma bakar diri sendiri dengan pendidikan percuma?

Sebelum itu, mari kita lihat apakah masalah pendidikan di Maghribi.
  • Universiti kerajaan tidak cukup dana
    Akibatnya universiti tersebut tidak dapat menggajikan para pensyarah yang layak untuk mengajar. Pensyarah yang layak untuk mengajar, mahal untuk digajikan universiti tersebut.

  • Universiti swasta mahal
    Walaupun universiti swasta tumbuh bagai cendawan di Maghribi, namun kos untuk menimba ilmu di situ mahal sekali.

Jika kita balik pada warga Maghribi yang membakar diri tadi, bolehkah kita teka dari universiti mana mereka peroleh diploma?

Saya jawab dari universiti kerajaan mereka. Tapi masih menganggur bukan?

Lazimnya, orang yang memiliki diploma tentu mahukan gaji yang besar. Kerana mereka perlu membayar hutang pinjaman. Saya tidak bercakap tentang orang Malaysia. Kita sedang bercakap mengenai orang Maghribi. Ya! Mereka juga ambil pinjaman seperti orang Malaysia.

Bagaimana pula dengan orang bodoh yang tiada diploma? Pada saya, mereka tentu tidak menganggur.
Ini kerana, kerja rendah bersepah-sepah di seluruh dunia.

Kerja rendah seperti pelayan restoran, tukang cuci, pengawal keselamatan, operator kilang, penjaga setor dan banyak lagi.

Kadang-kadang orang bodoh yang tidak berkelulusan ini akan digajikan untuk kerja tinggi pula. Ini berikutan mereka ini boleh digajikan dengan murah.

Jadi, bolehkah kita katakan bahawa orang berkelulusan sedang berlawan dengan orang yang tidak berkelulusan?

Si pemegang diploma menderita dengan api. Si bodoh tak berkelulusan menderita dengan gaji rendah. Persoalannya, siapa mati dulu? Hahahaha!

Kita harus faham, zaman sekarang tiada lagi rasa simpati. Kalau syarikat, ia hanya mahukan keuntungan. Kerana syarikat pun nak bayar hutang bank. Syarikat-syarikat biasanya berdiri di atas pinjaman bank.

Anda biasa dengar standard perkhidmatan menurun? Pernahkah anda terfikir bahawa layanan di sektor perkhidmatan mungkin dilakukan oleh orang bodoh yang tidak berkelulusan? Oleh kerana itu, standardnya menurun?

Sekarang, mari kita pergi pada pendidikan percuma. Bayangkan, warga Maghribi menerima pendidikan percuma. Mereka bebas daripada hutang. Mereka dapat diploma.

Bagaimana pula dengan orang yang tak masuk universiti percuma dan pilih untuk menjadi seorang yang bodoh tidak berkelulusan?

Pada pendapat saya, ini tak akan berlaku.

Kerana pendidikan percuma mampu memberi kesan pada gaji pekerjaan. Nah! Universiti sudah percuma, apa lagi yang menjadi penghalang?

Jika pendidikan percuma berterusan, saya percaya semua warga Maghribi akan dapat mencipta satu standard gaji yang tinggi atau standard gaji yang manusiawi.

Takkan ada lagi si pemegang diploma merungut tentang si bodoh tak berkelulusan rampas peluang pekerjaan mereka. Kerana si bodoh dah boleh jadi pandai dengan masuk universiti percuma dan berubah kepada seorang yang bergelar si pemegang diploma.

Wednesday, January 18, 2012

Kejatuhan Nilai Ringgit 1990-2012


Berikut di atas, ialah graf bar yang menunjukkan kejatuhan nilai Ringgit dari tahun 1990-2012 berbanding matawang Dolar Singapura.

Kita hari ini megah dengan rekabentuk wang Ringgit yang baru. Seperti di bawah:-

Ini ialah teknik untuk menipu orang-orang yang kurang peka.


Jika anda bertanya pada saya, mengapa matawang dolar Singapura lebih melonjak tinggi berbanding Ringgit. Saya hanya ada satu jawapan.

Datanglah ke Singapura untuk bekerja dan tinggal di Singapura bagi menjalani kehidupan di pulau moden ini. Pastinya anda akan memperoleh duit dolar dan jawapan yang anda cari-cari itu.

Monday, January 16, 2012

5 Cara Untuk Murahkan Barangan Atau Perkhidmatan


Semua orang nak untung, bila berniaga. Walau jual air mineral sekali pun, penjual mesti nakkan untung. Tapi bagaimana caranya?

Ada orang cakap senang saja, kita ketepikan soal untung. Kita ikhlas demi perjuangan Islam. Kita cari seorang jutawan untuk jadi pemodal dan kita berniaga demi menjaga umat Islam.

Biar pun jual barang hingga rugi, tetapi ia setakat menghakis harta si jutawan beberapa peratus sahaja.

Hello! Ini bukan zaman Al-Arqam. Di mana, zaman itu orang Islam dari golongan kaya berkongsi kekayaan mereka dengan menjadi pemodal dan peniaga yang terdiri daripada orang miskin sanggup bekerja keras demi menaikkan ekonomi orang Islam. Dalam erti kata lain, kualiti barangan dikekalkan dan harga barang pun berpatutan.

Zaman hari ini ialah zaman mungkar! Mungkar maknanya, tak dengar cakap Tuhan.

Tuhan suruh pakai tudung. Tidak! Dia tak mahu pakai tudung!

Tuhan suruh bersederhana. Tidak! Dia nak bina rumah seperti istana!

Tuhan suruh menderma. Tidak! Dia ejek orang miskin sebagai pemalas!

Tuhan suruh cakap benar. Tidak! Dia menipu!

Tuhan suruh kahwin. Tidak! Dia pergi cari pelacur!

Inilah zaman melawan cakap Tuhan. Melawan cakap Tuhan akan dilihat moden dan terkini di mata masyarakat. Dengar cakap ustaz akan dianggap balik ke zaman menunggang unta.

Seperti tajuk di atas, barang murah mesti ada cara. Mari kita lihat cara memurahkan barang, yang biasa kita temui di muka bumi ini:-
  1. Cara AirAsia (Cara Tony Fernandes)
    Jual tiket murah. Kemudian tambah dengan harga lain yang tersorok. Seperti cukai lapangan terbang, caj berat bagasi, caj pilih tempat duduk, caj laluan karpet merah (red carpet), caj insurans, caj makanan dan lain-lain.

    Cara ini memang murah. Tapi murah sebab tipu harga pada awal pembelian. Ada banyak lagi caj tersembunyi.

  2. Cara Proton (Cara Mahathir)
    Jual kereta murah. Harga murah, sebab kereta lain telah dibelit dengan akta cukai kereta import sebanyak 244% daripada harga kereta. Pendek kata, harga kereta lain jadi mahal sebab cukai gila babi yang dikenakan.

    Harga kereta BMW Model 735iAL = RM 165,289.09 + 244% cukai import
    Harga kereta BMW Model 735iAL = RM 569,892.80

    Kalau masih tak faham, kita ikut perumpamaan Mat Sabu. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda milik Mahathir menang, sebab kuda-kuda lain kena ikat kakinya. Faham?

    Siapa yang tolong ikat kaki kuda itu? Itu kerajaan punya kerjalah! Kalau Proton rugi pun, kerajaan tolong.

    Cara ini juga digunakan oleh Syarikat Hindia Timur ketika menjajah di Tanah Melayu dan Amerika. Mereka mendapat bantuan kerajaan British dengan mengecualikan cukai ke atas Syarikat Hindia Timur.

  3. Cara Restoran Mamak
    Jual makanan murah. Harga murah, sebab guna pekerja dari India dan Bangladesh. Pekerja mereka dibayar dengan gaji rendah dan perlu bekerja dalam jam kerja yang sangat lama.

    Bahan masakan pula pakai bahan masakan gred B dan C. Hanya di menu saja paparkan gambar makanan gred A.

    Kalau serbuk kopi gred A, ia akan dicampur dengan serbuk kopi gred B.

    Buat sandwich pakai dengan roti gred B dan keju gred C. Tapi jual harga gred A.

    Mangkuk cedok nasi, guna mangkuk sos yang kecil daripada mangkuk sos yang biasa.

    Kalau buat Strawberry Shake, tak campur buah Strawberry pun hanya pakai aiskrim Strawberry, semua Mat Salleh yang datang kena tipu dengan gambar menu.

    Kalau ada kuih, nasi, kuah kari, ayam, apa jua lauk. Semua akan diperangat (dipanaskan) semula. Kuah akan dicampur air sebelum diperangat.

    Sudu dan garpu plastik, straw, pengacau kopi akan dikutip, dibasuh dan diguna semula selagi tak kotor.

    Ada banyak lagi contoh.

    Mana saya tahu? Saya bekerja di restoran Mamak Singapura. Saya bekerja 16 jam sehari, bersama pekerja dari Chennai dan Tamilnadu. Tidur serumah dan keluar kerja bersama mereka.

  4. Cara Penjual Makanan Haiwan Ternakan di China
    Jual makanan haiwan ternakan murah. Harga murah, sebab tipu kandungan protein. Makanan haiwan ternakan yang tinggi kandungan protein biasanya mahal.

    Ikut satu peristiwa 2008 di China, pengusaha makanan lembu meraih keuntungan dengan menipu kandungan protein, dengan memasukkan bahan plastik (Melamin). Di mana akhirnya, lembu-lembu di China menghasilkan susu yang dicemari bahan Melamin. Akhirnya 54,000 orang bayi yang meminum susu itu mendapat masalah buah pinggang.

  5. Cara Taukeh Judi
    Jual pelbagai produk dan perkhidmatan murah. Murah sebab disokong dengan keuntungan pusat judi. Bagaimana pusat judi boleh untung?

    Argh! Itu senang saja. Tak perlu fikir!

    Pemenang judi hanya seorang, yang kalah judi ramai bilangannya! Taukeh judi? Takkan taukeh judi tak kaut duit orang yang kalah judi itu? Kalau pemenang judi hanyalah orang upahan taukeh judi?

    Kemewahan aktiviti perjudian dapat digambarkan dengan perniagaan restoran yang beroperasi berdekatan pusat judi. Harga makanan boleh mencecah puluhan ringgit. sekeping roti canai boleh mencecah RM10 dan ia dianggap normal. Kerana ramai pelancong dari luar negara datang untuk berjudi.

    Judi memang membawa kepada ketagihan. Ia selalunya digandingkan dengan perempuan escort (pelacur sambilan) dan hidangan arak serta dadah.

    Untuk orang biasa, judi dijadikan lebih menarik dengan umpanan nombor ekor yang disamakan dengan nombor kereta yang terbabit dalam kemalangan.

    Taukeh judilah yang selalu derma pada sekolah-sekolah Cina. Taukeh judilah yang memiliki Cosway, 7-Eleven, Berjaya Hotel, Sheraton Hotel, UMobile, Kenny Rogers, Starbucks, Wendy's, Krispy Kreme, Papa John's, Borders, Singer, INFORMATICS, The Sun, Secure Express, HVN dan banyak lagi.

    Kita juga pernah dengar anak Mahathir guna strategi ini. Tapi dengan menjadi taukeh arak San Miguel.

    Harus diingat, judi tidak didatangkan tanpa arak, dadah dan pelacuran. Ia terikat sejak zaman Arab Jahilliyah lagi.

    Sebab itu kalau PAS haramkan judi, arak, dadah dan pelacuran, tentu akan lingkup perniagaan orang Cina di Malaysia.

    Isu pengharaman benda-benda haram ini, ibarat bom jangka dalam Pakatan Rakyat. Melainkan, jika DAP memandangnya sebagai satu bom yang baik untuk melahirkan generasi Malaysia baru, melalui persaingan yang jantan.
Jadi kalau orang tanya, KR1M atau Kedai Rakyat 1Malaysia jual barang murah, bagaimanakah caranya?

Pilihlah daripada 5 cara di atas. Kalau nasib tak baik, ia akan memudaratkan kita semua.

Saturday, January 14, 2012

Soalan Yang Susah Nak Jawab?


Si Polan: Kenapa nak sibuk-sibuk hal politik, kau bukan ahli politik pun.

Hanief: Aku undi ahli politik untuk pimpin negera. Kau undi artis untuk hiburkan ahli politik.

Si Polan: Pelajar tak sepatutnya sertai demostrasi takut terganggu pelajaran.

Hanief: Kalau belajar sampai terkeluar biji-biji mata pun, nilai Ringgit tetap kecil berbanding dolar Singapura. Jadi tak salah keluar berdemonstrasi, negara UK pun benarkan juga rakyat mereka berprotes.

Si Polan: Kau sokong pembangkang, nanti negara bankrap.

Hanief: Mana ada bankrap? Sultan dan Raja-raja Melayu semua masih kaya-raya lagi, Sultan Johor ada kereta lumba Bugatti Veyron RM8 juta, Sultan Perak dan Kelantan sampai boleh cetak wang dinar emas dan dirham perak. CEO TNB, yang merupakan orang Melayu ada gaji sampai RM400,000 sebulan. Apa cerita? Yang bankrap ni orang bawahan saja, sebab duit mereka habis dipungut orang atas.

Si Polan: Kau tahu tak sekarang orang Melayu dah berpecah?

Hanief: Mana ada berpecah? Setahu saya, kalau berpecah ni tentu akan jadi macam Jerman dahulu-kala, ada Jerman Timur dan Jerman Barat. Atau pun macam Korea sekarang, ada Korea Utara dan Korea Selatan. Rasa saya, orang Melayu hari ini cuma berbeza pendapat.

Si Polan: Kau tahu, kalau tak ada kerajaan BN, tak merasalah kau subsidi semua tu.

Hanief: Kau tahu, kalau BN tak ambil RM90 bilion duit KWSP kita setiap tahun, tentu BN tak boleh bagi subsidi tu.

Si Polan: PAS sekarang dah jadi barua DAP.

Hanief: UMNO jadi barua MCA? Tak begitu?

Si Polan: Mahkamah kita dah jadi adil. Tengok Anwar Ibrahim dah menang kes liwat!

Hanief: Kes yang diada-adakan, memang wajib menang. Lagi pun kalau masuk penjara, buat orang marah saja. Mana kes Altantuya? Bagaimana rekod keluar masuk Altantuya terpadam? Kes VK Lingam? Terlepas begitu saja? Terlalu awal untuk kita kata mahkamah dah jadi adil.

Sunday, January 8, 2012

Polis Tutup Jalan , Apa Perlu Kita Buat ?


Sikap menutup jalan sehari sebelum hari protes, bukanlah suatu perkara yang sangat asing bagi kerajaan pengecut.

Ia telah berlaku sejak zaman pemerintahan Mahathir lagi. Ini merupakan taktik kotor yang harus dibalas dengan cara kotor juga.

Sudahlah media arus perdana pun disekat kerajaan. Jalanraya pun nak disekat juga.

Umum tahu bahawa negara kita ini telah dijajah oleh penjajah Inggeris. Penjajah tersebut telah sekarang hidup di U.K. Ramai menteri dan anak-anak PM kita belajar di sana. Apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, negara U.K pun beri rakyat mereka protes di jalanraya.


Tahukah anda bila masanya rakyat dibenarkan berhimpun secara besar-besaran? Tanpa sekatan daripada pihak polis?

Setiap hari 31 Ogos lah jawapannya!

Ketika itu semua boleh berhimpun di Dataran Merdeka.

Perlukah kita ikut seperti negara Belarus, Hong Kong, Israel, Kazakhstan, dan Poland? Mereka gunakan hari kemerdekaan mereka untuk berprotes. Hahahaha! Bijak tak? Dah hari lain semua disekat!


Orang Kazakhstan mengamuk pada hari kemerdekaan mereka berikutan masalah gaji dan pembuangan pekerja pelantar minyak di sana.



Warga Poland sayap kiri (golongan reformasi, sosialis dan pendukung dasar) melancarkan protes bagi menuntut perubahan pada hari kemerdekaan Poland.



Pada hari kemerdekaan Israel, Warga Yahudi ortodoks turun ke jalanraya untuk protes campur tangan puak Zionis.


Warga Belarus juga turun ke jalanraya untuk berprotes pada hari kemerdekaan Belarus. Protes tersebut berkaitan dengan masalah ekonomi Belarus.


Warga Hong Kong turun ke jalanraya pada hari kebangsaan China. Mereka berprotes berkenaan isu campur tangan China dalam pemerintahan Hong Kong dan hak kebebasan individu.

Thursday, January 5, 2012

Formula UMNO (Zaman Mahathir, Pak Lah & Najib)

Jom belajar formula UMNO

Dahulu masa zaman Mahathir, orang ramai sakit hati dengan pemikiran moden yang membawa kepada kebencian pada puak agamawan. Masa zaman Mahathir, Kelantan dikatakan mundur. Janggut Nabi S.A.W menjadi bahan ketawa Mahathir. Sekolah Agama Rakyat ditutup. Bahasa Jawi dihapuskan. Bahasa Inggeris diangkat dalam pembelajaran Matematik dan Sains. Kesimpulannya, zaman Mahathir puak agamawan digambarkan sebagai puak yang mundur dan miskin.

Akibatnya, keruntuhan moral berlaku dengan dahsyat ketika zaman Mahathir. Sungguhpun pembangunan teknologi di Malaysia bertambah pesat, akan tetapi pembangunan rohani terbukti gagal. Perkataan bohsia dan bohjan lahir pada era pemerintahan Mahathir. Gejala Mat Rempit semakin menjadi-jadi di zaman Mahathir sehingga tertubuhnya geng kongsi gelap lumba motor yang lengkap dengan logo sekali.

Masalah pembuangan bayi berlaku pada zaman Mahathir. Kejadian sumbang mahram atau dalam bahasa Inggeris disebut incest, seperti seorang wanita berzina dengan menantunya atau bapa berzina dengan anak perempuannya juga heboh di zaman Mahathir. Kes rogol juga berleluasa ketika zaman Mahathir, di mana ada kes datuk rogol cucu, budak sekolah menengah rogol budak sekolah rendah, menteri rogol remaja sekolah, termasuk kes Canny Ong yang diculik, dirogol dan dibakar oleh orang Islam bernama Ahmad Najib.

Ramai orang bukan Islam bertanya pada saya mengapa orang Islam sanggup bersikap seperti binatang begitu? Sedangkan orang Cina di Singapura tak ada pun berbuat begitu.

Jawapannya mudah, ini semua sebab kemiskinan dan pantang larang agama Islam. Orang Melayu tidak mempunyai wang yang cukup untuk melanggan pelacur apatah lagi nak bayar duit hantaran kahwin. Tambahan lagi mereka malu jika ditangkap oleh pihak berkuasa seperti JAWI di rumah-rumah pelacur. Sebab itu mereka lakukan seks di dalam rumah. Tapi mengapa tak langgan pelacur bawa masuk dalam rumah? Kerana itu pun boleh jadi kes pihak berkuasa JAWI. Jiran-jiran tentu nampak kelibat wanita seksi masuk dalam rumah dan jiran-jiran tentu mendengar pelacur itu mengerang kesedapan. Sebab itu jadinya kes hubungan seks dengan ahli keluarga sendiri atau disebut sumbang mahram. Modus operandinya agak tersembunyi, kerana tak ada satu pun kelibat pelacur keluar masuk rumah.

Ini berlainan dengan Singapura, mereka ada Geylang. Di sana ada kawasan lampu merah (kawasan pelacuran yang sah). Pelacuran diberikan lesen oleh kerajaan Singapura dan para pelacur semua diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Ramai kaki perempuan membanjiri Geylang di waktu malam bagi memenuhi nafsu seks mereka yang sekali gus mengelakkan kes rogol dan sumbang mahram di Singapura.

Jika di Malaysia, kawasan seperti Geylang ini wujud, contohnya Chow Kit, Brickfields, Bukit Bintang dan Pudu. Walaupun banyak, tetapi pelacuran diharamkan di Malaysia. Bagi orang Islam pula, mereka boleh ditangkap oleh pihak berkuasa seperti JAWI dan lain-lain.

Bayangkan kaki perempuan terpaksa menyorok-nyorok melanggan pelacur. Cuba anda bayangkan mereka sentiasa perlu berwaspada dan berada dalam keadaan yang mencemaskan ketika bersetubuh dengan pelacur. Baru nak bersenggama, JAWI datang ketuk pintu. Terus batang zakar terkulai lembik. Hahaha!


Sebelum penjajah Inggeris bertapak di tanah air ini (zaman kesultanan Melayu), pelacuran juga diharamkan. Bukan setakat itu, undang-undang menetapkan orang yang berzina atau merogol ini dikenakan hukuman hudud. Sebab itulah orang dahulu kala kahwin awal. Mereka ini apabila mencecah umur 12 tahun atau 14 tahun sudah pun berkahwin. Mereka juga boleh kahwin 4 jika berkemampuan.

Apabila sudah berkahwin, sahsiah atau personality mereka terbentuk dengan tanggungjawab yang dipikul untuk mencari nafkah dan melindungi keluarga. Jadi tak timbul gejala sosial seperti yang ada sekarang ini.

Sejak zaman Mahathir juga, kita dengar banyak dasar penswastaan. Syarikat yang dahulunya milik negara. Kini telah dijual atau orang sebut diswastakan dengan alasan mahu memperbaiki mutu perkhidmatan dan merancakkan persaingan.

Dari situ juga wujud kolej dan universiti swasta. Bila ilmu di tangan kolej dan universiti swasta, maka automatik ia akan menjadi mahal. Kerana kualiti ilmu dan prasarana atau kemudahan perlu dibayar dengan wang yang setimpal. Namun apakah wang yang setimpal itu, setimpal juga buat masa depan anak-anak muda? Ada yang kita dengar mereka menanggung hutang hingga sama dengan nilai sebuah kereta. Puluhan ribu ringgit berhutang, sudahlah berhutang, ada yang masih menganggur pula dan ramai yang bekerja dengan gaji yang bertaraf pendatang asing dari negara miskin.

Ini amat berbeda sekali pada zaman kesultanan Melayu. Pada waktu itu ilmu diberikan percuma pada rakyat jelata seperti apa yang berlaku di negara Sosialis dan negara Nordik contohnya Argentina, Brunei, Finland, Cuba, Jerman, Norway, Scotland dan banyak lagi.


Kita di Malaysia ini, rata-rata dibelit hutang pendidikan. Pendidikan yang merupakan hak asasi rakyat, kini telah dicabut hak itu dan didagangkan. Maka umat manusia di Malaysia perlu bekerja keras untuk mendapatkan hak mereka kembali, yang suatu ketika dahulu berada dalam genggaman erat mereka.

Inikah gambaran sebuah negara maju? Makin maju, makin ramai rakyat berhutang dan makin mahal harga barang-barang?

Kita pergi pada zaman Pak Lah. Orang ini boleh dilihat sebagai pembela orang Melayu yang terpijak tahi Mahathir, kemudian tergelincir dan tersungkur. Agenda perubahan Pak Lah umpama telur setengah masak. Ada yang menjadi dan ada yang tidak.

Era pemerintahannya terganggu seperti dengan lalat-lalat yang datang menghurungi bau tahi Mahathir. Pak Lah gagal mencuci tahi Mahathir kerana, Mahathir terlupa tutup paip air yang biasakan ditutupkan oleh Anwar Ibrahim. Pasir-pasir dan debu-debu untuk bertayammum juga telah dijual oleh geng Mahathir. Akhirnya Pak Lah berbau tahi. Ramai orang makin membenci Pak Lah. Akibat tak tahan dengan bau tahi itu. Pak Lah terpaksa tidur bagi melupakan bau yang dahsyat itu untuk beberapa jam.

Ramai pembaca mungkin bertanya, tidakkah Malaysia punya deraian hujan setiap minggu? Ya ada. Akan tetapi sewatu Pak Lah memerintah, Malaysia ibarat dilanda fenomena El Nino. Hanya titisan air embun di daun-daun pokok sahaja yang ada. Ia hanya cukup-cukup untuk minum agar tidak mati kebuluran.

Pak Lah tidak punyai pilihan yang banyak, sehingga terpaksa meneruskan aktiviti penswastaan dan beberapa tahi Mahathir yang lain. Inilah yang orang ramai masih tak nampak.

Dari segi meraih sokongan, Pak Lah sudah dibenci berikutan kegagalan mengurus ekonomi akibat bau tahi Mahathir yang kuat mengganggu pemikirannya. Sokongan terhadap Pak Lah makin berkurangan. Pak Lah hanya nampak satu jalan keluar. Iaitulah Islam Hadhari. Namun strategi itu juga gagal akibat bau tahi Mahathir yang masih kuat melekat di badannya akibat tersungkur pada perangkap tahi di hari pertama.

Pak Lah tidak berhenti di situ. Pak Lah mencari Michelle Yeoh si penjual minyak wangi. Hasilnya bau tahi Mahathir menjadi lebih mengelirukan. Sekejap wangi dan sekejap busuk. Bau wangi telah bercampur dengan bau busuk. Ini lebih memalukan Pak Lah di mata rakyat kerana teknik ini hanya digunakan oleh warga pendatang Tamil di Singapura dan warga pendatang Bangladesh di Malaysia. Mereka busuk tak mandi dan hanya pakai minyak wangi.

Akhirnya Pak Lah mencari seorang orang gaji untuk dikahwini bagi menyelesaikan masalahnya. Hasilnya bau tahi Mahathir itu berjaya dihilangkan separuh. Walaubagaimanapun orang ramai sudah marah. Negara sudah kucar-kacir. Pak Lah pun berundur.

Kemudian naiklah Najib yang pernah menjadi Menteri Pendidikan yang merompak tabung pendidikan anak-anak muda. Najib merupakan orang suruhan Mahathir semasa sesi penswastaan berjalan.

Mahathir yang masih hidup lagi ketika ini telah menyuruh Najib menukar formula bagi menjamin masa depan UMNO. Sekian lama orang ramai marah dengan tindakan Mahathir mempermainkan puak agamawan ini mereka kembali didekati UMNO dengan ulama cari makan.


Ulama ini akan hadir dengan seribu satu alasan, iaitulah alasan mengapa UMNO tidak boleh ditentang atau dihina. Dari isu protes hinggalah ke isu pemakaian baju kuning. Maka keluarlah seribu satu ayat dan seribu satu hadis merekrut Tuhan demi masa depan orang Islamlah kononnya. Orang ramai kembali percaya dengan UMNO. Kerana UMNO tidak lagi mencaci atau mempermainkan agama Islam seperti zaman pemerintahan Mahathir.

Ulama muda cari makan UMNO ini cuba memperlihatkan mengenai kelebihan bersatu dengan UMNO daripada menentang UMNO. PAS diajak meninggalkan DAP dalam Pakatan Rakyat demi hayat perjuangan umat Islam di Malaysia.

Ulama muda cari makan UMNO ini dikatakan sedang berjuang dari dalam. Ramai yang mempercayai akan perkara ini. Akan tetapi lupakah kita bila mana Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu berjuang dari dalam UMNO? Sehingga menduduki kerusi nombor dua negara? Apa jadi pada beliau hari ini?

Andai kata PAS termakan ajakan UMNO untuk bergabung. Maka jelaslah bahawa formula UMNO di zaman Najib ini seperti berikut:-

UMNO + PAS + MIC + MCA = BN

Wednesday, January 4, 2012

Najib Hisap Curut

Curut yang sinonim dengan minuman keras dan judi

Dari dahulu hinggalah semalam, saya menganggap Datuk Seri Najib merupakan seorang yang baik dan lurus bendul. Mungkin isterinya seorang saja yang jahat. Ramai orang tahu bahawa Datin Rosmah Mansor telah terkena terjahan saya sewaktu jabatan F.L.O.M ditubuhkan. Ekoran itu Najib terpaksa menipu mengenai kewujudan jabatan itu dan nombor telefon yang tertera pun ditamatkan perkhidmatannya.

Seseorang yang menghisap rokok atau curut ini bukanlah orang yang lurus bendul macam ulat buku. Para penghisap rokok ini lazimnya mempunyai sejarah hidup atau latar belakang yang gelap. Mereka hidup dengan penuh tekanan jiwa yang mengelirukan diri mereka sendiri. Jadi jalan keluarnya ialah dengan menghisap rokok.

Jika menghisap dadah dapat memberikan ketenangan pada si penghisap dadah, merokok itu juga dapat memberikan ketenangan pada si penghisap rokok dan merokok itu sangat susah ditinggalkan sehingga mampu membuatkan si penghisap runsing atau serba tak kena jika tak dapat sebatang rokok sehari.

Tapi apa kena mengena rokok dengan curut? Curut itu bapak kepada rokok. Ia mengandungi lebih tembakau dan mengandungi lebih nikotin.

Najib sedang hisap curut

Sultan Selangor menghulurkan tangan pada Rosmah


Pak haji kita?

Hari ini, saya terjumpa gambar Najib menghisap curut. Kalau ikut logik akal, curut merupakan benda sinonim dengan minuman keras dan judi. Ia sudah tentu bukan benda yang secocok dengan cara hidup orang Islam.

Jika anda ingin menulis karangan mengenai seorang alim (contohnya Pak Haji), jangan sesekali menulis Pak Haji tersebut menghisap curut. Kerana curut dengan orang yang baru menunaikan ibadah haji di bandar suci Mekah tidak sepadan sama sekali. Tambahan, Pak Haji telah terlatih selama berpuluh-puluh hari dengan undang-undang Mekah yang mengharamkan rokok apatah lagi curut.

Malah curut juga adalah benda yang memalukan bagi orang yang baru menghapuskan dosa dan bertaubat sambil menangis tersesak-esak di depan Ka'abah. Ini kerana Pak Haji sangat arif tentang bertapa pentingnya memelihara kesihatan diri seperti para Nabi junjungan S.A.W. Masakan si Pak Haji bodoh benar untuk membahayakan kesihatan diri dan memalukan umat Islam dengan menghisap curut?

Curut juga sama dengan rokok. Kedua-duanya ada cebisan dadah nikotin. Wujudnya dadah nikotin dalam kedua-dua benda ini, sama juga kewujudannya ulama' pengampu dalam dunia kita. Maka kiranya curut yang dicipta pada kurun ke-14 ini sudah wujud, sekali dengan ulama' pengampu yang akan menghalalkannya, mengapa kita harus sangsi lagi? Kita harus jelas dengan keputusan kita.

Justeru, jika kita tolak benda negatif, kita juga harus tolak pemimpin yang mengamalkan cara hidup negatif. Kerana pemimpin yang dilantik rakyat, bukan hanya dilantik untuk menghabiskan wang cukai rakyat, tapi juga dilantik untuk menunjukkan contoh yang baik pada rakyat.

Sunday, January 1, 2012

Oh


Oh, Pemerintah negara!

Naikkanlah cukai-cukai,
Panaskan hati rakyat jelata,
Agar jiwa remuk berkecai!

Oh, Para majikan!
Lanjutkanlah jam pekerja semua,
Mereka bangkit, kau terus tekan,
Agar mereka jadi gila!

Oh, Para guru!
Juallah ilmu palsu, sorok ilmu sebenar,
Biar murid meminjam, biar murid mendungu,
Agar mereka memburuh kasar!

Oh, Para belia!
Jadilah balaci si kaya,
Biar minda kau diracuni,
Agar hancur satu generasi!

Oh, Para agamawan!
Songsangkanlah ayat Tuhan,
Jual ayat Tuhan kau demi syaitan,
Agar kau boleh jadi jutawan!

Oh, Para Saintis!
Ciptalah bom yang paling kuat
Lupakan spesis kautlah pitis
Agar tuan kau kaya dan hebat!

Oh, Para Pemilik Bank!
Kautlah emas, sorokkan semuanya,
Gantikan dengan kertas bercoreng,
Agar semua papa kedana!

Oh, Para bangsawan!
Belilah akhbar dan ahli politik
Kahwinilah semua jelitawan
Agar kau borek dan anak kau rintik.

Blog Archive