Malaysia : Tong Taik UMNO: March 2012

Sunday, March 25, 2012

PDF: KEEEMA' - MAC 2012

Tuesday, March 20, 2012

Bapaku Seorang Pengira


Aku gagal dalam matapelajaran akaun. Aku tak suka hadkan apa yang patut aku dapat terutama benda yang berstatus keperluan.

Aku tak suka berjimat. Kalau kau beri aku pilihan beras Gred B dan Gred C, aku pergi ke Singapura cari beras Gred A.

Bapa aku sangat suka mengira. Dia ini, orang bank. Tapi aku sebagai anak, langsung tak kaya-kaya.

Tambahan dia bukan jenis kerja songlap duit bagi pada anak dan bini. Ini yang aku bangga walaupun aku manusia yang tak punya harta hari ini.

Aku tak peduli dengan kata-kata dia. Dia nak aku kira untung dan rugi setiap benda yang aku belanja. Walaupun benda itu sebesar tahi hidung. Asalkan ada perbelanjaan, mesti disusuli dengan rekod.

Aku harus jujur. Aku manusia muda yang seperti kebanyakan di Malaysia bergerak dalam status kekurangan duit. Walaupun aku tak berhutang, tetapi akaun bank aku tak lebih dari RM1k.

Semuanya aku simpan dalam dompet. Aku suka simpan duit aku dalam dolar Singapura. Mungkin akan datang aku nak cuba negara lain, maksud aku bekerja sekali di negara tersebut.

Pada aku, apabila kita mula cerewetkan hidup kita, dengan mengira apa jua yang dibeli, sikap berjimat akan timbul. Ini pada aku, merupakan sikap yang membuatkan aku resah sehingga ke alam mimpi. Nak beli ini tak boleh, nak beli itu kena tunggu dulu.

Aku tak seharusnya buntu begitu, sebab itu aku ke Singapura. Aku tak perlu kira berapa wang dalam kocek aku tinggal. Maknanya, di Singapura, barangnya murah. Gajinya mampu membuatkan kau bergerak tanpa kau perlu merekodkan apa yang kau patut beli.

Masalah besar di Malaysia ialah, sampai ke benda asasi pun kita bisa menyimpan rasa gusar (akibat mahal) apakah perlunya aku membeli atau meletakkan kembali ke tempatnya? Walhal barang itu beras wangi, buah oren, Madu Manuka, daging lembu Australia, fillet ayam, keju, shampu anti-kelemumur dan termasuk ubat kurap pun! Cilaka pecah rahsia!

Sebut tentang kurap, penyakit itu telah terubat di Singapura. Mungkin di Singapura makanannya berkualiti tinggi dan cuacanya agak dingin serta banyak tempat berhawa dingin.

Ubat kurap yang berkualiti tinggi (Decozol) dari Malaysia juga senang untuk didapati di Singapura. Di Malaysia pula, ia sering ketiadaan stok. Maknanya apa? Maknanya pengusaha ubat kurap lebih selesa menjual ubat mereka di Singapura. Mungkin lebih menguntungkan. Lalu apa yang tinggal di Malaysia? Ubat kurap yang tidak mujarab yang mahal (Creobic).

Aku sering digelar boros. Padahal aku belanjakan pada barang yang asasi. Aku tak main pantat/ pegang tetek anak orang atau bini orang di Geylang atau Bukit Bintang pun? Aku tak pernah beli itu kondom! Aku tak pernah masuk kedai ekor beli nombor ekor! Aku tak pernah beli rokok! Aku tak pernah masuk panggung wayang! Aku tak pernah modify kereta atau motorsikal! Aku tak overclock motherboard aku pun!

Cuma yang aku nak ialah berikan aku masa. Semua orang tahu, yang kaya zaman sekarang ini ialah orang tua. Kalau ada seekor-dua budak muda bergelar jutawan, itu hak dia. Ini soal logik, aku lebih selesa dan puas menyelami dunia hari ini dengan logik. Bukan dengan magik, guna bapa saudara, guna kenalan, guna bapa mertua. No! That's is not the quality which I'm looking for!

Bagi aku, aku tak perlu nak catat apa juga barangan yang aku beli untuk bagi aku gusar. Ubatnya ialah dengan merantau ke bumi yang lebih memberi aku peluang. Bukan duduk kekal di bumi yang memberi aku 1001 jenis macam pantang.

Kalau Mat Salleh boleh makan benda Gred A, aku juga mahukan benda yang sama. Aku tak mahu duduk di Malaysia dan buat lakaran akaun di Microsoft Excel kemudian membuat kesimpulan bahawa aku kena makan barang Gred B. Itu bodoh!

Orang lain boleh kerja tinggi dapat gaji tinggi di Malaysia, itu hak dia. Untuk kes aku, bekerja di Singapura itulah jalan keluar aku dari kemiskinan. Aku tak ada duit nak belajar semata-mata untuk pegang sijil berharga RM30,000. Aku lebih suka beli tanah RM30,000.

Soal nak belajar, niat nak belajar, aku akan nyalakan semula tapi mungkin masa itu bapa aku dah tak ada lagi. Penting rasanya, untuk kita hidup di dunia ini dengan memiliki satu jiwa hamba dan tak perlu terikut-ikut dengan budaya yang pada akal jujur kita ia tak munasabah.

Pasal itu aku tak ramai kawan yang boleh racun fikiran aku dengan materialisme. Aku lebih pada kejujuran pada seseorang insan. Seorang insan yang bergerak dalam keadaan berhutang, amat susah untuk beralih kepada imejnya yang sebenar iaitulah imej jujur. Ya! seseorang yang berhutang boleh berubah sikap. Jadi aku selesa untuk bergerak ke arah kesenangan walaupun agak lambat. Aku bukan sanggup berhutang demi mencapai sesuatu.

Aku juga bukan mampu kerja dengan syarikat besar dan ikat perut sampai kena gastrik macam bapa aku. Aku jenis manusia yang masih berstatus O'Level (SPM) dan sanggup berbelanja tinggi demi makanan yang berkualiti tinggi. Aku wajib hormat pada badan aku kerana ia jugalah yang akan bersama aku bila aku tua. Kerana itulah aku sanggup ketepikan kunci kira-kira atau segala mak-nenek akaun demi kesihatan dan kecerdasan badan aku. Aku harus buang imej vegetarian yang kurus dan hanya menipiskan kulit dan mencenderungkannya dengan virus atau bakteria. Aku tak mahu lagi kekurangan zat dan memiliki mata yang merah. Sewaktu aku di Singapura, aku bangga dengan orang yang aku lihat di dalam cermin. Tubuhnya tegap, matanya ada contrast tanpa urat-urat merah, pipinya tidak cekung lagi, punggungnya berisi, koteynya besar dan sasa serta suaranya makin seksi. Itulah aku di dalam cermin itu.

Tapi bila balik Malaysia, semua kurus balik. Nampak tulang-belulang! Babi! Semua macam sial! Semua mahal! Semua kena budget!

Kalau aku makan buah Oren dan minum jus Oren asli di Singapura, bapa aku terpaksa makan buah Oren China dari Chow Kit dan kordial Oren yang penuh gula dan pewarna buatan bangsa Bumiputranya sendiri.

Kerana itulah aku perlu lakukan perubahan. Kalau gagal, sekali tak bermakna aku gagal untuk selama-lamanya. Aku sedang menuntut ilmu yang tidak pernah diajar di sekolah rendah dan menengah dahulu. Tenaga pengajar dahulu mana pernah ajar bab cari majikan di Singapura, mana pernah ajar bab cari matawang asing, mana pernah ajar bab cari penginapan di Singapura, mana pernah ajar bagaimana nak menyesuaikan diri dengan pendatang asing yang lain di Singapura dan mana pernah ajar bahasa Mandarin & Tamil.

Pergh! Kalau ia pernah diajar, sudah tentu Singapura bukan Singapura lagi hari ini. Sebaliknya di Malaysia, kita diajar bagaimana nak jadi pelajar yang duduk di Malaysia dan taat pada kerajaan. Di mana akhirnya kerajaan tak kisah tentang, apa kau makan, berapa mahal barang keperluan kau, berapa susah kau tunggu bas, berapa banyak hutang kau tanggung, berapa kecil gaji kau, bertapa ingin kau nak kahwin (tapi tak mampu), berapa mahal sebuah rumah, berapa kecil rumah murah ... kerajaan tak kisah!

Sebab itu kerajaan aku sekarang ada di Singapura
Sebab itu bos aku sekarang ada di Singapura
Sebab itu makanan aku sekarang ada di Singapura

Habis di Malaysia semua untuk siapa?
Untuk pendatang asinglah!
Kerajaan pun pandai buat kunci kira-kira.
Bila dah kira-berkira, dia tak pakai lagi benda Gred A, diambil Gred B (Bangladesh punya).

Saturday, March 17, 2012

Biar Aku Tolong Kau Fikir | Gaji Amah


Otak kau tak boleh pakai. Ambil tukul besi, kasi ketuk itu kepala. Angkat itu otak keluar, buang dalam tong sampah!

Sekarang kau dah tak ada otak. Jadi biar aku tolong kau fikir tentang gaji amah.

Amah --- Kau --- Majikan --- Kerajaan
  • Amah dapat gaji dari kau
  • Kau dapat gaji dari majikan
  • Majikan dapat untung dari tender kerajaan
Hari ini, kerajaan buat-buat terkejut dengan undang-undang baru yang mereka cipta sendiri. Umum tahu, bahawa rakyat Malaysia belajar tak tinggi walaupun ada yang dapat PHd. Sebab PHd. Malaysia tak tinggi jika nak dibanding dengan PHd. Singapura.

Contoh macam krisis harga barang naik. Rakyat Malaysia yang konon bijak selalu salahkah para peniaga. Padahal punca masalah berbangkit dari kebodohan kerajaan yang gagal menetapkan satu standard gaji di Malaysia.

Para peniaga dapat duit dari rakyat yang menjadi pelanggan mereka. Nah! Kalau rakyat tak ada gaji yang baik. Macam mana nak beli-belah? Rata-rata gaji orang Malaysia kecil. Sebab itu semua orang terasa harga barang mahal. Termasuk kos menggaji amah pun mahal RM700.00.

Salah siapa ni? Inilah salah kerajaan. Kerajaan gagal menggubal satu undang-undang berkaitan dengan gaji minima.

Kerajaan selalu kata nanti banyak syarikat akan gulung tikar sebab bos syarikat tak dapat bayar gaji pekerja pada kadar yang ditetapkan kerajaan.

Kalau nak ikutkan, dah memang banyak syarikat gulung tikar. Mereka hanya bernyawa kerana bantuan pekerja asing. Kalau pekerja tempatan minta gaji RM1,500, pekerja asing boleh dibayar RM700.

Ramai tak sedar bahawa syarikat yang tak mampu nak bayar gaji semua ini memang patut berhenti daripada berniaga. Kerajaan wajib menyuruh semua bos syarikat ini pergi makan gaji di Singapura. Biar bos Singapura masuk dan buka syarikat di Malaysia. Kalau tak mahu bos Singapura masuk Malaysia, panggil bos dari UK, AS, Jerman, Jepun dan Korea.

Ini nak harapkan usahawan yang tak ada duit, bos syarikat yang hampir muflis, ahli politik yang makan duit projek lembu dan sebagainya. Bagaimana Malaysia nak maju?

Kalau nak bangunkan negara, pemimpin harus bijak, mesti tarik pelabur yang berduit, rakyat mesti cukup duit untuk berbelanja dan bukan disuruh berjimat. Apa kau ingat padi dah semakin pupus ke sampai nak kena berjimat, ikat perut dan lain-lain?

Kau suruh rakyat berjimat, tapi bini kau shopping merata dunia. Rakyat kau suruh makan ubi dan ikat perut, tapi perut kau boroi macam babi! Bila lancar program futsal, masa nak tendang bola serupa badak kenyang berlari. Berlengkung-lengkang perut boroi dia!

Eh! Kalau di Jepun dah lama PM dia letak jawatan tau? Apa punya teruklah Malaysia ni?

Kesimpulannya:-
  • Laksanakan gaji minima RM2,000
    RM2,000 gaji? Kau nak pakai orang gaji RM700 kan? Ada baki RM1,300. Bayar kereta RM500, sewa rumah RM500, makan RM300.

    Anak-anak suruh isteri sara, duit minyak, duit parkir, bil air, bil elektrik, bil Streamyx, bil telefon semua mintak isteri payungkan. LOL! Buat malu je! Dahlah duit hantaran berhutang lagi!

    Macam mana, tak ramai anak-anak muda kahwin di Chow Kit dan Bukit Bintang serta Brickfields saja? PTPTN lagi?

  • Persetankan syarikat yang akan gulung tikar
    Suruh bos syarikat yang nak gulung tikar itu makan gaji di syarikat bos kaya.

  • Bawa masuk pelabur atau bos syarikat yang kaya
    Bukan bawa masuk pendatang asing dari negara mundur.
p/s: Kalau Najib tak boleh bikin gaji minima untuk golongan swasta, suruh dia letak jawatan, pergi jual cekodok ke, goreng pisang ke bagi bini dia makan. Setakat jadi PM tunjuk jari satu macam tu, anak jiran aku pun boleh jadi PM!

Friday, March 16, 2012

Jika Saya Seorang PM


Saya akan hapuskan semua bangunan tinggi.
Saya ganti dengan rumah buloh kampung beratap rumbia. Saya akan susun 28 juta penduduk untuk memenuhi tanah-tanah di Malaysia, supaya tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar. Semua orang akan memiliki tanah, kawasan untuk bercucuk tanam, menternak dan perigi. Tak perlu bayar bil dan pergi GIANT atau pun TESCO hujung minggu. Takkan ada pengangguran lagi.

Saya akan hukum buang negara pada semua pencemar sungai, tasik dan laut.
Saya mahu rakyat Malaysia memancing ikan sendiri dan minum air sungai.

Saya juga akan hukum buang negara pada semua perasuah dan pemakan rasuah.
Saya mahu rakyat Malaysia yang ada jatidiri dan maruah yang tinggi.

Saya akan haramkan kenderaan berenjin
Saya ganti dengan kuda dan lembu. Semua pelumba kereta boleh berambus ke negara lain. Mahathir boleh pergi bunuh diri dengan CEO Proton. Segala Mat Rempit dan Mat Evo boleh tukar jadi Mat Kuda. Badan lebih mantap kerana naik kuda, badan penunggangnya pun turut diaktifkan secara keseluruhannya. Tak payah pergi gym, tak payah protes mengenai kenaikan harga minyak.

Saya akan haramkan wang kertas
Saya ganti dengan wang dinar dan dirham. Tak perlu lagi anak-anak muda merantau cari matawang besar. Kerana apabila kita guna dinar dan dirham maknanya kita guna emas dan perak yang lebih kuat dari pound sterling. Jadi kita dapat hapuskan masalah brain drain dan manipulasi matawang.

Saya akan haramkan penggunaan Bahasa Inggeris
Saya akan letakkan kelas-kelas Bahasa Melayu berkembar dengan pondok kastam. Selagi tak boleh cakap Bahasa Melayu, selagi itu tak boleh masuk Malaysia.

Saya akan tutup semua pusat judi
Saya ganti dengan sawah padi dan ladang lembu. Nak kaya, tanamlah padi dan belalah lembu. Kalau lapar makanlah nasi.

Saya akan tutup semua pusat pelacuran
Saya ganti dengan akta mengharamkan hantaran kahwin dan mempermudahkan lelaki Malaysia untuk kahwin empat. Bantuan seperti bekalan beras dan daging lembu akan diberi kepada suami yang beristeri empat. Untuk pendatang asing, mereka yang mahu bekerja di Malaysia perlulah berkahwin di negara sendiri dahulu sebelum masuk Malaysia.

Saya lucutkan jawatan para pemimpin yang beristeri satu
Saya wajibkan ke atas semua para pemimpin untuk kahwin 4. Usaha ini dapat membendung masalah moral di kalangan pemimpin. Tanpa pemimpin yang bermoral, rakyat juga tidak akan ada moral.

Saya akan tutup semua kolej dan universiti swasta
Saya ganti dengan kolej dan universiti kerajaan yang percuma tanpa perlu bayar satu sen pun. Tempat letak kuda dan makanan kuda juga percuma untuk semua pelajar. Para pensyarah dari kolej dan universiti yang ditutup akan dipertimbang untuk dimasukkan ke dalam kolej dan universiti kerajaan. Makanan dan tempat tinggal percuma untuk pensyarah dan pelajar.

Dengan memberi pendidikan percuma, pelajar juga diwajibkan untuk belajar hingga faham dan mahir, bukan belajar untuk dapat Gred A, B, C, D dan lain-lain. Sekiranya orang itu belajar dan dapat Gred C, maknanya tak semua yang dia belajar, dia faham dan mahir. Jika tak faham dan tak mahir, boleh ulang lagi pengajian sehingga akhir hayat. Di sini kita dapat buang budaya malu dalam menuntut ilmu dan budaya menyimpan graduan pura-pura faham dan pura-pura mahir.

Saya akan rampas semua harta dan kekayaan CEO, kroni dan menteri
Saya berikan pada fakir miskin untuk buka sawah padi dan ladang lembu. Jika ada lebihan ia akan diedarkan bagi sesiapa yang memerlukan.

Saya akan tutup semua padang golf di Malaysia
Saya ganti dengan sawah padi dan ladang lembu. Ini selaras dengan hasrat saya untuk mewujudkan sumber makanan berlebihan dan sekali gus menjadikan Malaysia miskin sifar.

Dengan ini percayalah, jika saya jadi PM, anda akan dapat berjimak dengan sah di sisi Islam pada usia yang muda belia, anda akan memiliki sawah padi dan lembu serta kuda di tepi rumah anda dan anda boleh minum air sungai.

Apa lagi yang anda mahukan?

Tuesday, March 13, 2012

Campurtangan


Dahulu masa aku kecil, aku merupakan seorang yang banyak dilarang itu dan ini. Setiap benda yang nak dilakukan mesti kena minta pendapat yang dewasa daripada aku dahulu. Kadang-kadang pendapat atasan yang tak masuk akal pun, aku cuba pusatkan dalam otak aku bahawa itulah pendapat yang bernas. Kerana kita mesti dengar cakap orang tua-tua. Tua setahun, tua dua tahun, janjinya tua.

Sejak hari itu, aku rasa itulah lumrah hidup. Walaupun pada hari ini, aku sifatkan apa yang berlaku dahulu itu, merupakan penipuan kepada diri aku sendiri. Bayangkan, aku ada idea yang lebih baik, tapi aku sumbatkan semula dalam kepala aku. Aku tak keluarkannya, malah aku pakai pendapat orang lain pula. Umpama aku tahan berak, kepala tahi dah menyapa 'Selamat Pagi!' tapi aku tanam balik dalam dubur, bukan setakat itu, aku keluar tandas, aku persilakan orang lain untuk berak dulu. Bijakkan?

Sekarang aku dah masuk peringkat anak muda yang pernah merantau. Aku dah lihat macam-macam jenis manusia. Malah aku sendiri dah boleh kategorikan manusia yang bersama aku sewaktu aku kecil itu dalam kategori apa. Sebenarnya aku tak minat nak kategorikan orang.

Tapi apa akan jadi kalau satu pasaraya tidak ada lorong-lorong yang dikategorikan. Memang tak salah. Tapi semuanya akan menjadi lembab dan menyusahkan diri sendiri.

Nasiblah aku ni jenis tak nak dengar cakap orang. Aku jenis degil sebab aku nak alami sendiri benda yang aku percaya. Aku bukan jenis ulat buku atau ulat filem, yang suka baca teori, tonton bersama pop corn lalu berfantasi dan bersyarah.

Jika dilihat ke belakang kembali, orang-orang yang melarang dan tua daripada aku dahulu semua itu tak pernah merantau. Mereka hanya mampu dengan cara lama mereka. Hari ini mereka hampir mati keras dengan cara lama. Mereka tidak lagi punya idea, mungkin mereka sudah hilang semangat hidup. Mungkin itulah ubat untuk mereka yang bodoh sombong. Anti-idea baru.

Dalam meniti hidup dengan perangai degil dan suka mengalami benda yang aku percaya. Aku biasa menemui kegagalan. Tapi setiap kegagalan itu aku susuli dengan rancangan seterusnya. Aku tak macam sesetengah orang. Bila dah gagal, dia terus dengar cakap orang lain dan akhirnya dia masuk dalam kumpulan A atau B atau C dan lain-lain.

Hidup aku, penuh gaya solo. Aku bukan jenis manusia yang bergerak secara berkumpulan. Jika tidaknya, tentu aku dah tubuhkan pertubuhan SAMM atau pun JATI. HAHAHA!

Aku bukan nak jadi Rambo, aku cuma sedang mencari rakan yang setanding dengan kepala aku. Ya, aku harus jujur bahawa ramai yang sekepala dengan aku di Singapura. Tapi mereka bukan orang Malaysia. Mungkin lebih tepat, aku nak seseorang yang berlabel pendatang tetapi punya rasa apa yang aku rasa. Soal kemajuan negara, soal matawang, soal masa depan anak-anak muda yang hanya ada SPM macam aku dan yang paling penting soal macam mana nak benamkan UMNO-BN.

Aku dah duduk di Singapura pun, masih ada yang panas telinga. Dahulu, masa zaman aku jual arnab dan korek perigi, ada manusia yang mentertawakan aku dan menyuruh aku keluar daripada Malaysia kalau tak suka Malaysia. Nah! Sekarang aku dah keluar Malaysia. Banyak benda yang makin aku jumpa.

Aku ibarat seorang manusia yang baru sedar bahawa aku di kalangan 28 juta nyawa yang duduk dalam tong tahi. Inilah tahi-tahi yang cuba dimasuk, disuap dan dicalitkan pada aku selama ini.

Bak kata penulis blog Niamah!, memang Singapura itu rasanya seperti di planet yang berbeza. Kalau Malaysia itu tong tahi, Singapura itu ialah pam tong tahi. Realitinya ramai yang sebenarnya boleh keluar dari tong tahi ini. Cuma terpulang pada mereka, samada nak ketegaq dengan ego atau patriotisme atau entah apa benda yang aku pun gagal memahami sebabnya.

Sebelum aku masuk Singapura, aku selalu ingat Singapura itu tempat orang pam minyak kereta sambil henjut pada kereta mereka, aku juga selalu ingat Singapura itu tempat orang tak makan chewing gum, atau juga fikir Singapura itu Melayunya tertindas sehingga Melayu terpaksa kerja di ladang babi seperti laporan berita surat khabar Malaysia, aku juga tertanya-tanya Singapura ni ada ke menara tertinggi macam menara berkembar PETRONAS dan macam-macam lagi.

Pendek kata, semua dalam fikiran aku itu, membuatkan aku tak terliur nak jenguk Singapura. Aku biarkan orang campurtangan dalam kepala aku. Lalu fikiran aku seperti mereka. Tak ke manalah aku.

Tapi di atas desakan naluri (dorongan hati), aku mula berangan tentang Singapura. Aku mula pusatkan dalam kepala aku, bahawa aku banyak habiskan umur aku bekerja dengan syarikat Cina. Jadi apa masalah aku untuk kerja dengan orang Cina Singapura yang majoriti di pulau itu?

Aku pusatkan lagi dengan benda-benda seperti peraturan ketat yang memberi manfaat pada aku, seperti peraturan dilarang merokok, dilarang membuang sampah merata-rata dan peraturan beratur serta peraturan lain yang rata-ratanya ketat di Singapura.

Dengan aku berangan itu, aku berjaya tolak semua cerita-cerita bodoh dan segala momokan dahsyat mengenai Singapura.

Di saat aku menjejakkan kaki aku di Changi Airport, aku mula melihat jalanraya berdekatan di situ. Terus orang-orang yang aku anggap cerdik di Malaysia itu, aku serta-merta labelkan mereka sebagai manusia yang paling berotak udang dan perlu diselamatkan daripada memalitkan tahi-tahi pada generasi baru.

Bagi aku, kalau kita nak bagi orang campur tangan dalam kepala kita, biarlah orang itu merantau lebih hebat daripada kita. Kalau dia jenis tak suka dengar pendapat orang yang dah pernah merantau dan memburuh macam aku, aku persilakan dia masuk PERKASA, UMNO atau pun JATI. Inilah pertubuhan yang suka campurtangan dalam kepala orang Melayu. Tetapi tak beri faedah pada orang Melayu. Sebab itu aku ke Singapura mencari dolar.

Bak kata Ann Wan Seng, orang Melayu tak cukup dengan solat hajat, demonstrasi dan doa sahaja. Wang kena ada atau pun ekonomi mesti ada. Sebab itu pergerakan Arqam dimusnahkan akibat ia memiliki kekuatan ekonomi. Hari ini orang Melayu hanya ada jalanraya. Mahkamah kena beli, polis kena beli, ahli politik kena beli, pensyarah kena beli, ustaz pun kena beli, pelacur pun kena beli... siapa lagi boleh diharapkan?

Nak lakukan perubahan? Kita mesti ikut cakap diri sendiri dan tingkatkan diri kita sendiri secara ekonomi dan fizikal serta rohani dengan merantau. Tinggalkan tong tahi.

Friday, March 9, 2012

PDF: KEEEMA' - FEB 2012

Thursday, March 8, 2012

Mengapa Install Windows 64-Bit

Windows 7 64-bit

Saya bukan pensyarah universiti mahu pun kolej, yang biasa merujuk fakta di dalam buku kemudian memberi nota. Tapi saya seorang yang merujuk pengalaman yang sudah saya alami sendiri. Pada saya itu lebih bersifat buku dan nota untuk diberikan pada anda semua.

Saat ini, saya sudah memeluk teknologi Windows 64-bit. Lebih tepat lagi ialah Windows 7 64-bit.

Walaupun bergelar sebagai orang IT, tetapi kemunduran teknologi hardware di Malaysia telah menyebabkan saya memeluk teknologi Windows 64-bit pada kadar yang agak lewat. Untuk tidak mengelirukan anda, saya bukan pengguna Linux (Ubuntu) tegar. Tetapi saya pengguna kedua-dua OS tersebut. Bagi Linux saya masih menggunakan Ubuntu 32-bit. Mungkin saya akan pergi kepada Ubuntu 64-bit selepas ini. Umum tahu bahawa apa sahaja perisian yang berjalan di Windows, mampu dijalankan di Ubuntu dengan bantuan Wine. Perisian juga akan mempengaruhi kita samada perlukah kita untuk memiliki OS 64-bit dan sebagainya.

Sesetengah orang suka menaiktaraf komputer mereka tanpa mengetahui mengapa perlunya mereka berbuat sedemikian. Lazimnya hanya kerana nak bermegah dengan rating benchmark dan main games.

Bagi saya, faktor yang mendorong saya pergi kepada Windows 64-bit ialah kerana kehendak perisian yang memerlukan 6GB RAM sekurang-kurangnya.

Saya agak terkejut dengan pencapaian perisian sekarang. Walaupun ia hanya sebuah plug-in, tetapi saiz storan yang diperlukannya mencecah lebih 20GB dan memori RAM yang diperlukan seperti yang saya cakap tadi lebih daripada 4GB RAM. Kita pun biasa dengar komputer yang dilengkapi dengan 2GB dan 4GB RAM bukan?

Tetapi semuanya telah terbongkar apabila saya meneliti kemampuan papan induk (MOBO) saya. Ia mampu menyokong memori RAM 16GB maksimum. Maknanya akan ada cip memori RAM yang berkapasiti 8GB sekeping bagi memenuhi kedua-dua slot memori RAM tersebut!

Mungkin apa yang saya tulis ini agak kekampungan bunyinya, tetapi ketahuilah bahawa di Plaza Lowyat, cip memori RAM 8GB sekeping masih belum tersenarai lagi.

Setakat ini saya boleh simpulkan bahawa Windows 64-bit diperlukan kerana kemampuannya untuk menyokong jumlah memori RAM yang melebihi 4GB. Dalam kes saya, Windows 64-bit diperlukan kerana saya ingin memasang 6GB RAM.

Bagi pengguna Windows yang hanya mahu memasang 4GB cip memori RAM, Windows 32-bit sudah memadai buat anda.

Walaubagaimana pun terdapat kekurangan pada Windows 32-bit yang sesetengahnya hanya mampu mengesan dan mengguna 3GB sahaja daripada 4GB memeri RAM yang dipasang. Bagi saya alangkah ruginya kecacatan pada OS ini.

Friday, March 2, 2012

4 Agenda UMNO-BN | Mahathir Masih Berkuasa


Ramai orang percaya bahawa Malaysia masih lagi diperintah oleh Mahathir secara proksi.

Mana tidaknya? Semua agenda menghentam Anwar Ibrahim masih belum berakhir.

Mari kita lihat apa dia 4 agenda UMNO-BN yang dicanang oleh Mahathir sejak tahun 1997 ini:-
  • Kaki liwat
    Kes liwat sudah terbukti di mahkamah. Anwar menang kes ini. Sekali gus melenyapkan dakwaan Anwar kaki liwat.

  • Kaki perempuan
    Kes video seks Anwar dengan perempuan Thailand. Malangnya perut lelaki dalam video adegan seks itu buncit atau pun boroi. Maka jelas ia bukan Anwar.

  • Agen Asing
    Agen asing di sini ialah agen Yahudi. Seperti apa yang berlaku hari ini ialah tuduhan terhadap Anwar bahawa dia menyokong Israel. Padahal Anwar berkata jika Palestin dipelihara maka Israel boleh diiktiraf. Anwar ambil pendekatan two-states solution. Isitulah mengiktiraf kedua-kedua Palestin dan Israel. Sekarang ini, kalau tengok peta dunia, mana ada negara Palestin. Tetapi Israel. Itu pasal orang sebut negara haram Israel.

  • Boneka Amerika
    Agenda ini merupakan penguat kepada agenda yang mengatakan Anwar agen Yahudi. Mana tidaknya? Amerika itukan Pak Turut Israel? Malah ramai susuk pemimpin berbangsa Yahudi di dalam kerajaan Amerika.

Thursday, March 1, 2012

Rakyat Malaysia Benci Mamak Akibat Mahathir ?


Sekarang kalau kita lihat, dah banyak masalah dibawa oleh Mahathir. Dahulu orang suka Mahathir. Sekarang dia dilihat seperti orang tua yang gila nak jadi PM semula.

Sekarang ini mana-mana Mamak saya lihat di Malaysia saya rasa malas nak pandang. Penuh rasa benci terhadap Mahathir sehingga terbawa-bawa pada seluruh kaum Mamak di Malaysia.

Namun ini tak berlaku langsung di Singapura. Di sana, semua Melayu dan Mamak masing-masing cukup makan. Walaupun ada yang berkata mereka tertindas di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew, walaubagaimana pun mereka masih kaya dan boleh bershopping di Johor.

Di sini kita dapat lihat di mana apabila semua orang cukup ada duit, maka tak timbul isu nak berbalah antara Mamak dan Melayu.

Masalah di Malaysia ialah, ada kaum Melayu, Mamak dan Arab elit dalam UMNO yang dah makan terlebih. Jadinya yang Melayu kebanyakannya masih merempat dan marah dengan keadaan yang berlangsung sekarang. Sekarang ini Melayu merempat di bumi sendiri. Tapi bila di tanya bagaimana hidup di Malaysia? Macam biasa Melayu akan tipu diri mereka dengan berkata, "Oh, kita hidup OK! No problems!"

Secara jujur saya cakap, saya lebih senang untuk tambah berat badan di Singapura, berbanding di negara sendiri. Nak tahu lebih lanjut kerjalah di Singapura. Berkenaan dengan isu memilih majikan dan menukar majikan itu bukan isu. Itu satu kebiasaan. Orang Singapura sendiri tukar-menukar majikan. Mereka tak macam orang Malaysia, bersikap seperti lembu. Disebat, ditarik dan diherdik pun masih akur. Mereka guna akal.

OKlah, baru-baru ini ada kes Mahathir bersurat-menyurat dengan pemimpin Israel. Saya tak kisah apa jua isi surat itu. Namun, kita tetap kecewa dengan tindakan berkomunikasi itu.

Ini tak adil. Mana mungkin adil. Kita semua rakyat Malaysia dilarang untuk ke Israel, sedangkan pemimpin kita boleh senang-senang berhubungan pula?

Dari ekonomi sampailah ke kes liwat dan ini belum dilibatkan isu protes kaum Mamak di Pulau Pinang yang berkala. Saya sudah meluat dengan kaum ini di Malaysia. Jelas kaum Mamak di Malaysia jauh ketinggalan dengan standard Mamak di Singapura.

Saya menyeru agar kaum Mamak Malaysia mula merantau ke Singapura. Ini penting bagi membuka minda anda semua. Usah kita berbalah antara Melayu dan Mamak lagi. Kenapa di Singapura kita semua boleh bersatu? Kerana cukup makan! Semua badan berisi.

Jadi kita perlu humbankan Mahathir ke Sri Lanka secepat mungkin. Jika tidak kita perlu merantau ke Singapura sampai tahun 2020, malah mungkin lebih atau pun selama-lamanya!

ESET Purefix v. 2.03 Failed To Initialize

Blog Archive